Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Jumaat, 30 Oktober 2009

Jurutera Melihat Sendiri Struktur Rapuh Jambatan Gantung





Foto jurutera yang juga MB Perak yang sah,Ir Nizar meyaksikan sendiri asas pembinaan jambatan yang rapuh dan bagi pihak yang menjadi mangsa boleh merujuk beliau untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang terlibat dalam kejadian jambatan maut ini.

sumber http://ini-yang-aku-rasa.blogspot.com/

Ahli Parlimen Tapah juga Patut Disiasat



Foto Y.B. DATO' S. VEERASINGAM A/L SUPPIAH berjawatan Timbalan Menteri, juga Ahli Parlimen Tapah sepatutnya disiasat atas kematian murid-murid India dalam tragedi jambatan maut Kem 1Malaysia anjuran PPD Ulu Kinta Selatan.


Baca Ulasan TT:

MACAM MANA JAMBATAN INI DIBUAT?

JAMBATAN INI PROJEK SIAPA ?

MASIH BELUM MUNCUL SIAPA KONTRAKTOR JAMBATAN INI

ANGARAN KITA TAK BOLEH CAKAP….

TAK KAN HARGA NYA LIMA PULUH JUTA KUT….

nota:

kalau di eropah
kontrektor ini akan dituduh penjenayah
kes ini kes bunuh

PERKHEMAHAN SATU MALAYSIA RUPA RUPANYA…

MANGSA PERTAMA SATU MALAYSIA…

PASAL APA GURU BESAR KENA SIASAT….

SIAPA KONTRAKTOR JAMBATAN SATU MALAYSIA INI?

SENYAP AJE… TAK KAN TAK ADA KONTRAKTOR YANG BUAT

JAMBATAN BUKAN POKOK BACANG YANG BOLEH TUMBUH SENDIRI…

MARI BERTARUH... INI MESTI KONTRAKTOR KELAS F.

nota:

kalau di eropah
kontrektor ini akan di tangkap
kontrektor ini akan di tuduh melakukan kes bunuh

KEMATIAN BERGANDA UNTUK MANGSA KEM 1 MALAYSIA – harakah daily



Foto Y.B. DATO' CHANG KON YOU, Adun Chenderiang dari BN yang tahu tempat kejadian jambatan maut itu di kawasannya dan beliau juga patut disiasat.

Sedih akibat kematian anaknya, N Dina Deve yang mati akibat jambatan runtuh dalam promram 1 Malaysia, bapa kanak-kanak malang itu, T Nathan, 45 meninggal dunia pagi tadi.

Akibat kematian anaknya, Nathan yang terlalu sedih tidak lalu makan atau minum sehingga terpaksa menerima kemasukan air melalui drip dilengannya.

Pagi tadi, Nathan meninggal di rumahnya di Mambang Diawan, dekat sini selepas beberapa hari menanggung kesedihan.

nota TT:

inilah mangsa ke empat dalam kempen 1Malaysia
hari ini hari ke empat. langsung tidak ada disebut
siapakaah si kontraktor yang bertanggung jawab
membuat jambatan gantung ini.

kalau di eropah si kontraktor bukan sahaja juburnya
akan dibakar malah akan di tahan atas tuduhan membunuh.

di negara yang mengakui Islam ini – siasatan akan dijalankan
hanya untuk meredakan kemarahan bukan untuk mencari
siapa yang bertanggung jawab.

kotraktor ini patut di tangkap.
yang meluluskan projek ini wajib di tangkap.

siasatan wajib dijalankan bukan kerana dendam.

yang telah mati tetap mati. apa yang perlukan dilakukan
bukan hukuman tetapi melihat bagaimana projek ini lulus,
siapa meluluskan, siapa jurutera, siapa penjual simen – besi jenis
apa – semua ini penting untuk mengelakkan ianya berlaku lagi.

inilah cara bagaimana masyarakat eropah menyusun tamadun
mereka sehinggakan hampir seluruh dunia ingin memiliki beg
luis vuitton dan kereta BMW

Jom Kenali Sekolah Yang Mencetuskan Isu Jambatan Maut




Foto Lencana SK Kuala Dipang dan gambar sebahagian blok sekolah. Tiba-tiba nama sekolah ini jadi sebutan 1Malaysia kerana hutan rekreasinya yang berada di kawasan sekolah ini, siap ada sungai yang deras mengalis, Ustaz ada berapa orang kat program tu, ada tak sesi solat hajat atau program tu saja-saja nak seronok-seronok. Atau ada tak gejala sosial dikalangan peserta atau penganjur dan semua yang terlibat. Kalau rajin sila siasat tentatif programnya.

Nama Sekolah : Sek. Keb. Kuala Dipang
Alamat Sekolah : 31850 Jeram
Perak Darul Ridzuan
Gred Sekolah : A
Lokasi : Luar Bandar
PPD : Kinta Selatan
Mukim : Kampar
Daerah : Kinta
Majlis Bandaran : MDKS
Kawasan Parlimen : Tapah
Kawasan DUN : Chenderiang


sumber http://ini-yang-aku-rasa.blogspot.com/

Jabatan Pelajaran nafi terlibat bina jambatan maut - Malaysiakini




Logo PPD Ulu Kinta Selatan yang menafikan jambatan maut itu projek mereka di bawah sektor pembangunan. Guru Besar yang kena soalsiasat SPRM pulak. Setakat ini siapa penderma yang bikin projek dan kontraktornya masih belum diketahui.

Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPN) tidak terlibat dalam proses kelulusan pembinaan jambatan gantung yang roboh dan mengorbankan tiga pelajar sekolah yang menyertai perkhemahan 1Malaysia di Kampar malam Isnin lalu.

Pengarahnya Mohd Radzi Abd Jabar berkata urusan pembinaan jambatan gantung merentasi Sungai Kampar itu diselia sepenuhnya oleh pihak yang bertanggungjawab membuat sumbangan berkenaan.

"Kalau ada orang yang nak bagi sumbangan seperti jambatan ini, terpulang kepada mereka sendiri," katanya ketika diminta menjelaskan prosedur lazim untuk membina struktur di dalam kawasan sekolah apabila melibatkan sumbangan luar.

"Dia yang nak sumbang, dia yang cari orang (untuk bina) dan dia buat sendiri. (JPN) tidak terlibat," katanya lagi yang enggan mendedahkan identiti pihak yang terlibat membuat sumbangan berkenaan.

"Kita sudah dimaklumkan identiti mereka (yang membuat sumbangan dan membina jambatan) dan kita akan panggil mereka nanti ke jawatankuasa khas yang menyiasat perkara ini," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau yang turut menganggotai jawatankuasa berkenaan juga enggan mendedahkan kos yang terlibat untuk pembinaan jambatan gantung tersebut.

"Kalau orang nak bagi sumbangan, takkanlah kita nak tanya berapa dia nak bagi," katanya.

Jelasnya lagi, jambatan itu dibina bagi menghubungkan pusat kokurikulum di seberang sungai tersebut yang terletak berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang

"Pusat kokurikulum itu bukan untuk kegunaan sekolah itu saja tapi untuk semua sekolah dalam daerah Kinta Selatan," katanya.

Walaupun mengakui pusat ko-kurikulum itu terletak bawah seliaan Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan (PPD), tetapi beliau enggan mengesahkan sama ada proses pembinaan jambatan itu juga berada bawah tanggungjawab pejabat tersebut.

"Itu kita tidak tahu," katanya, termasuk apabila ditanya sama ada sumbangan untuk pembinaan jambatan tersebut juga dibuat melalui PPD tersebut.

Ditanya lagi sama ada JPN akan menggantikan jambatan yang runtuh itu, beliau sekadar berkata: "Setakat ini tak ada lagi. Kita tak tahu lagi".


Semalam, pengarah Jabatan Kerjaraya Perak, Datuk Dr Safry Kamal Ahmad juga dilaporkan berkata jambatan gantung dibina tanpa mendapat kelulusan jabatannya.

Beliau juga memberitahu Malaysiakini bahawa pihaknya juga tidak mengetahui kontraktor yang terlibat dengan pembinaan jambatan tersebut.

Manakala Guru besar SK Kuala Dipang, Alwi Hashim memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau mengesahkan lima pegawai suruhanjaya bertemunya di pejabatnya di sekolah berkenaan selama dua jam mulai 12 tengah hari.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan butiran soal siasat

Khamis, 29 Oktober 2009

Apa itu Bokbong?


Foto bokbong aka sejenis musang, dari jauh macam kucing tapi bukan, lihat kukunya yang tajam.

(Foto ehsan Tambako)

Apa guna kepuk di ladang
Kalau tidak berisi padi
Apa guna berambut panjang
Kalau tidak berani mati

Guruh berdentum bumi bergegar
Ayam jaguh sedang bersabung
Jangan cakap sahaja berdegar
Hulur senjata kita bertarung

Limau bentan di tepi tingkap
Budak-budak melempar burung
Harimau di hutan lagi kutangkap
Inikan pula cicak mengkarung

Pudak bukan sebarang pudak
Pudak tumbuh di tepi lombong
Jalak buka sebarang jalak
Jalak biasa menang bersabung

Anak Cina bersampan kotak
Muatan sarat dengan ragi
Biar retak bumi kupijak
Kamu takkan kulepaskan lagi

Sejak kecil saya mendengar perkataan Bokbong tanpa saya tahu apa itu Bokbong. Tapi saya diberi faham bahawa Bokbong itu adalah sejenis ‘muga’ yang boleh memberi bahaya dan memberi rasa takut yang amat sangat kepada budak-budak kecil terutama bagi yang suka tidur lambat, main sendirian di belakang rumah atau tempat gelap dan suka menangis malam.

Hanya baru-baru ini saya mendapat tahu apa itu Bokbong sebenarnya. Bokbong sebenarnya adalah sejenis haiwan yang dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil Mongoose.

Ia sangat hebat, lincah dan licik. Kepantasannya bisa membuatkan ia mampu menewaskan Ular Tedung yang berbisa itu.

Saya merasakan satu pecah amanah telah dilakukan. Saya telah dikaburi dari fakta sebenar sehingga saya percaya saya sepatutnya takut kepada Bokbong walhal kalau saya diberitahu dengan benar apa itu Bokbong sebenarnya, saya akan mahu menghormatinya dan mempelajari secara falsafah kehebatannya dalam berdepan dengan ular yang saya amat tidak suka.

Saya harap tidak ramai mereka yang menimpa nasib seperti saya iaitu tidak mengetahui perkara sebenar sehingga kita boleh menyalah tafsirkan yang baik jadi buruk dan yang buruk jadi baik. Lebih-lebih lagi saya berharap tokoh-tokoh penting dalam dunia kita tidak turut menjadi mangsa kepada orang yang suka pecah amanah ini.

Seksyen 405 Kanun Keseksaan (Pindaan 1997) – Pecah Amanah atau lebih dikenali dengan nama Criminal Breach of Trust.

Secara kasarnya seseorang itu yang diberi pertanggungjawabkan ke atas sesuatu harta atau jawatan yang memberinya kuasa atau kuasa bersama ke atas sesuatu harta secara berseorangan atau bersama telah menggunakannya secara tidak jujur atau telah memilik dirikan harta itu itu atau telah melucut hak milik harta yang diamanahkan itu dengan tidak berlandaskan proses undang-undang yang diperuntukan atau telah mengaburi pihak yang memberinya amanah dengan dengan apa tujuan sekalipun telah melakukan pecah amanah.

Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Pindaan 1997) menyatakan, jika pecah amanah telah dilakukan oleh Pentadbir Awam atau ajen, hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih dua puluh tahun beserta sebatan / rotan dan denda hendaklah dijatuhkan keatasnya.

Saya mahu jadi Bokbong bukan mahu takut pada Bokbong. sumber Kikcdafella

Terkini : Keputusan Mesyuarat Khas PAS


Foto sidang media selepas mesyuarat khas PAS. Gambar 100 wartawan dan jurugambar dari akhbar perdana dan media maya sanggup menunggu sehingga sidang media diadakan lebihkurang pukul 1.00 pagi.


"Sidang akhbar sudah berakhir. Kenyataan dari keputusan meeting malam tadi telah dikeluarkan.

1] Perkukuhkan Pakatan Rakyat. Semua pimpinan dan ahli PAS diminta beriltizam untuk untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Satu seminar khas mengenai pengukuhan Pakatan rakyat akan dilangsungkan. Penulis merasakan seminar itu adalah seminar yang sama yang akan dijalankan pada bulan Disember nanti.

2] Satu lembaga displin dibentuk dengan diketuai oleh Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man bagi menangani isu-isu displin yang sedang berlaku di Negari selangor.

3] Isu Unity Government atau Kerajaan Perpaduan sudah tidak berbangkit lagi. Tiada lagi kerajaan perpaduan selepas ini.

*Mustafa Ali, Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Roslam Sms masih lagi mengekalkan status quo masing-masing."

Disalin sepenuhnya dari Utara Online.

TGNA Keluar Awal

Menurut maklumat yang diperolehi, TGNA meninggalkan Mesyuarat Khas PAS lebih awal atau sebelum mesyuarat berakhir. Mungkin beliau terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan pagi besok, termasuk persidangan DUN.

Rabu, 28 Oktober 2009

ASPEK PEMBINAAN JAMBATAN GANTUNG TIMBULKAN PERSOALAN – berita hairan



Cara pembinaan jambatan gantung menyeberangi Sungai Kampar, di Kuala Dipang, dekat sini yang runtuh menyebabkan seorang murid lemas dan dua lagi hilang semalam hangat dipersoalkan pelbagai pihak yang berada di tempat kejadian.

Kerajaan sudah menubuhkan sebuah jawatankuasa siasatan terhadap kejadian itu namun kalangan ibu bapa dan orang ramai yang berada di tempat kejadian, membuat andaian terhadap aspek pembinaan jambatan berkenaan sebagai punca utama kejadian.

Ulasan TT

SATU LAGI JAWATAN KUASA DITUBUHKAN

STADIUM RUNTUH… TUBUH JAWATAN KUASA

PARLIMEN BOCOR… TUBUH JAWATAN KUASA

PEMBANTU RUMAH MATI… TUBUH JAWATAN KUASA…

KEMUDIAN TUBUH SATU LAGI JAWATAN KUASA UNTUK KAJI SEMUA JAWATAN KUASA INI….

nota:

kalau di Eropah
ini melibatkan kes bunuh
kontrektor sudah kena tangkap, penganjur yang abaikan keselamatan pun patut kena BELASAH 1MALAYSIA...apa macam

Harga minimum rokok naik lagi 1 Januari



Adakah anda penghisap rokok Marlboro atau rokok jenama lain? mujur saya bukan perokok, yang isap tu, eloklah berhenti.

Kerajaan akan menguatkuasakan peraturan harga minimum rokok berkuat kuasa 1 Januari tahun depan bagi menghalang peningkatan golongan perokok terutamanya remaja.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, cadangan tersebut turut dipersetujui pejabat Peguam Negara dan telah diwartakan untuk dilaksanakan awal tahun depan.

"Kerajaan perlu menetapkan harga minimum rokok bagi menyukarkan perokok terutamanya remaja daripada mendapatkan bahan itu. Selain itu ia juga bertujuan mengawal lambakan rokok-rokok murah yang mungkin memasuki negara ini selepas Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) dikuat kuasakan pada Januari tahun depan.

"Kementerian telah menghantar cadangan melaksanakan peraturan harga minimum tersebut kepada Pejabat Peguam Negara (AG) untuk pertimbangan dan pihak AG telah bersetuju untuk mewartakan cadangan tersebut dengan penguatkuasaannya akan bermula awal Januari tahun depan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Harga minimum bagi 20 batang rokok yang dicadangkan ialah RM6.20 sekotak.

Liow berkata dengan jumlah tiga juta perokok atau kira-kira 11 peratus daripada jumlah penduduk negara ini, adalah cukup penting untuk harga minimum ini dikuatkuasakan.

Beliau berkata dengan penguat kuasaan ini, kementerian berharap dapat mengurangkan jumlah perokok selain mengawal kemasukan rokok-rokok seludup yang dipercayai mempunyai kadar toksid yang lebih tinggi daripada rokok yang dibenarkan.

"Umum telah tahu kesan daripada merokok, di mana asap rokok itu sendiri mempunyai lebih daripada 4,000 bahan toksik yang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit paru-paru dan jantung.

"Jadi usaha kerajaan ke arah pengawalan tabiat merokok adalah dengan memastikan rokok susah untuk didapati di pasaran," katanya.

Liow berkata, walaupun kerajaan sedar kesan daripada merokok, tetapi kerajaan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menyekat atau menghapuskan terus penjualan rokok di negara ini.

"Dengan jumlah tiga juta perokok yang ada, adalah mustahil untuk kerajaan menghapuskan terus penjualan rokok...kita perlu fikirkan kaedah lain. Jadi kaedah terbaik yang dirasakan sesuai ialah mengawal kemasukan rokok dengan menguatkuasakan harga minimum," katanya.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan tetap melakukan inisiatif lain untuk mengurangkan jumlah perokok sedia ada dengan menawarkan pelbagai cara antaranya menyediakan klinik berhenti merokok serta membuat iklan besar-besaran sepertimana iklan dimuatkan di kotak-kotak rokok. - Bernama

PAS perlu tegas isu k'jaan perpaduan



Jawatankuasa pusat PAS diminta mengambil tindakan tegas terhadap pemimpinnya yang didapati mencetuskan konflik dalaman parti, termasuk dalam isu kerajaan perpaduan dengan Umno.

"Kalau kita berani dan tegas membuat keputusan dan mengambil tindakan, masalah ini akan dapat diselesaikan secara tuntas.

"Dan dengan sendirinya cakap-cakap tentang EGM (muktamar khas) tidak lagi berbangkit, kerana yang pentingnya matlamat itu tercapai," kata seorang ahli jawatankuasanya Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau diminta mengulas sama ada mesyuarat khas jawatankuasa pusat PAS dan pesuruhjaya negerinya malam ini dapat menyelesaikan krisis dalaman berpanjangan parti itu, terbaru dalam isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah" yang ditimbulkan mursyidul amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Dzulkefly berkata, walaupun ketegasan jawatankuasa pusat PAS mungkin boleh menyebabkan perasaan tidak puas hati, ia mesti diteruskan demi kepentingan parti.

"(Perasaan tidak puas hati) itu tidak menjadi perhitungan kita. Yang penting, parti mesti berada dalam keadaan baik,” kata ahli parlimen Kuala Selangor.

Ditanya sama ada konflik dalaman PAS sentiasa berpanjangan ekoran tiadanya ketegasan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menguatkuasakan keputusan mesyuarat, Dr Dzulkefly enggan mengulas perkara itu.

Malam ini, PAS mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu "beberapa kerat pemimpin bermasalah" berhubung isu kerajaan perpaduan yang dibangkitkan Nik Aziz dalam blognya Khamis lalu.

Nik Aziz, juga menteri besar Kelantan, yang asalnya dilaporkan "keberatan" untuk hadir – kerana DUN negeri masih bersidang – kini mengubah pendiriannya untuk berdepan dengan jawatankuasa pusat dan barisan pesuruhjaya negeri di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Tiga pemimpin PAS yang dipertikaikan Nik Aziz di blognya itu: timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan pula berkata, dalam mesyuarat malam ini, beliau akan mengusulkan agar lembaga displin – yang dipengerusikan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man – diaktifkan sepenuhnya bagi menangani pihak yang mencetuskan masalah dalam parti.

"Ia melibatkan isu-isu perbalahan di luar (parti), cara mengendalikan maklumat parti, mendedahkan minit mesyuarat parti, tuduh-menuduh dalam media.

"Misalnya tuduh sesuatu pihak ini pro-Umno, mestilah ada bukti. Kalau tuduhan tanpa bukti, boleh menyebabkan prejudis sesama sendiri," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau juga berpendapat, jika parti sentiasa mengadakan perbincangan, setiap isu dalaman dapat diselesaikan dengan mudah.

"Boleh selesai. Konsep syura (bermesyuarat) itu telah menjadi prinsip kita. Selama ini, yang tidak selesai itu sebab tidak bermesyuarat," katanya.

Ditanya tentang sejauh mana Abdul Hadi boleh bertegas dalam menguatkuasakan keputusan mesyuarat, Nasrudin tidak menjawab secara jelas, sebaliknya berkata:

"Ini berpunca daripada diri sendiri. Jangan biarkan masalah berlarutan. Ia terpulang kepada disiplin dalam parti.

"Kita minta pimpinan tidak menggunakan media (bertelagah)."

Selasa, 27 Oktober 2009

Wajah Baru Unit Amal Malaysia aka Tentera Merah




Foto Pengarah Jabatan Amal M'sia Sdr Jo yang memakai uniform dan lambang baru. Nampak segak dan kacak bergaya. Namun ada juga ahli yang sukakan imej lama yang lebih santai dan tak banyak pangkat. Terpulang kepada anda. Sebagai ahli Amal saya harap dengan imej baru ni, maka semangat dan kerja mesti di tahap impak maksima.

AKHIRNYA PENGAKUAN TUN M YANG SUCI & MURNI TERKELUAR JUGA



Pengakuan Ikhlas Tun Mahathir bahawa dia dah nyanyuk dan meraban di akhir pemerintahannya lalu memaksa Tok Guru Nik Aziz bersara dari politik.

Alhamdulillah kita saya bersyukur pada Allah akhirnya yang ditunggu dah terjadi.Memang teman berharap Tun Mahathir akan mengaku secara umum bahawa beliau dah lama sangat memerintah dan beliau juga dah nyanyuk.

Sebelum ini semasa PRU 12 beliau juga telah membuat pengakuan bahawa apa yang dilakukan dalam memburukkan DSAI adalah tidak benar.Namun ramai orang UBN tidak sanggup menerima bahawa DSAI tidak bersalah.

Ketika diminta mengulas tentang krisis terbaru PAS.. Tun Mahadir memberikan ulasan "Nik Aziz pun dah terlalu lama dan tua dan nyanyuk macam saya.."

Memang jelas kenyanyukan Tun di mana dari cara bercakap pun dah nampak yang Tun Mahadir ni dah nyanyuk sekarang, Sebelum Hari Raya beliau sibuk membincangkan serta mempertikaikan bau mulut orang berpuasa dan lain-lain lagi. Padahal semua yang beliau pertikaikan terlalu basic atau fundamental al-maklumlah beliau memperkenalkan dasar Islam Fundamental.

Kem 1Malaysia Abaikan Keselamatan : 22 Murid Mangsa Jambatan Runtuh



19 selamat, 1 mati, 2 hilang setakat ini

Menurut berita yang baru kami terima, Kes jambatan runtuh di Kuala Dipang - 19 selamat, 1 mati, 2 masih lagi hilang setakat 10:08 pagi. - www.perakexpress.com

GOPENG: Sehingga pagi ini, 22 pelajar yang dikhuatiri hanyut kerana jambatan gantung runtuh di Sungai Kampang, Kuala Dipang, belum ditemui.

Gerakan mencari itu membabitkan anggota polis, bomba dan penyelamat, Rela dan penduduk tempatan di sekitar Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang, dekat sini.

Dalam kejadian 10.30 malam tadi, seramai 22 murid dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di SK Kuala Dipang, runtuh.

Kira-kira 20 murid lain dilaporkan terselamat apabila sempat berpegang pada tali jambatan dan ada yang diselamatkan oleh seorang guru dan pengawal sekolah berkenaan.

Murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Seramai 59 murid kini berada di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang manakala sekumpulan lagi masih berada di tapak perkhemahan di seberang sungai berkenaan. - Bharian

Budak melompat-lompat penyebab jambatan gantung runtuh

KAMPAR 27 Okt. - Tindakan beberapa budak nakal melompat-lompat dikatakan menjadi penyebab jambatan gantung di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang di sini runtuh sehingga menyebabkan 22 pelajar hanyut.

Pendedahan itu dibuat seorang mangsa yang terselamat, Muhammad Haziq Ting Muhammad Salleh tingkat 12.

Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bemban itu merupakan antara 22 pelajar yang terlibat dalam kejadian itu.

Muhammad Haziq berjaya menyelamatkan diri dengan berenang dan berpaut pada jaring di tepi sungai sebelum diselamatkan seorang guru. - Utusan

* Budak pula yang dipersalahkan dan dikambinghitamkan?

Baca Sampai Habis,Nasihat Mursyidul Am : PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?



Anda belum baca dan ziarah blog TGNA di http://www.blogtokguru.com/

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir : 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.
Pengajian : Pondok Tuanguru Hj Abbas, Besut. Universiti Deoband India. Universiti Lahore Pakistan. Universiti Al Azhar. Sarjana Muda bahasa Arab. Sarjana Perundangan Islam.


Latarbelakang:

Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri.

Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri.

Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.

Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.

i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.

Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:

“Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)

Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.

ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:

“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)

iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:

“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)

Apa isunya?

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”
“Fungsi Dewan memantau kerajaan.

Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”

“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”

Pandangan Saya

Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :

Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah .

Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah.
Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu.

Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana.

Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan.

Mereka jelas.Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .

Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.


Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009

PASTI akan buang hadis palsu dalam teks prasekolah



Logo PASTI, Hadis Palsu terdapat dalam Buku Teks Pelajaran Al-Quran Tahap 2 (6 Tahun) m/s 37 ketua Penyunting adalah Roseman, Penyunting Ustaz Azhar, Penulis Salmiah dan Ustaz Md Nazri cetakan pertama 2005, kedua 2006 dan ketiga 2007.

Jabatan Pendidikan Prasekolah PASTI akan membuang satu hadis yang didakwa palsu dalam buku teks kanak-kanak enam tahun dalam edisi baru, seawal-awalnya diterbit pada 2011, kata seorang pegawainya.

Jabatan itu yang mengurus Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) akan mengeluarkan buku teks baru untuk murid tahap dua, kata setiausaha eksekutifnya Kamarul Arif Ambak.

PASTI masih lagi menggunakan buku Pelajaran Al-Quran – yang didakwa menyiarkan hadis palsu itu – cetakan tahun 2005.

"Sudah lama timbul isu ini, kita sudah bincang tiga, empat tahun lepas kerana masih ada yang berpandangan ia boleh dipakai.

"Kita masih belum tukar versi baru. Kita ambil perhatian, kita tidak mahu ada perbezaan pandangan sehingga menjadi perbalahan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan seorang ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pahang di blog peribadinya, Selasa lalu.

Khairul Azmi Ismail mendedahkan, hadis berbunyi "hubbul watan minal iman" atau maksudnya "mencintai tanah air itu sebahagian daripada iman" diletakkan di halaman 37 teks tersebut.

"Sebenarnya ia bukanlah hadis yang sahih atau hasan (boleh disebarkan) malahan dhaif (lemah) pun bukan, bahkan ia merupakan hadis yang palsu yang tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam silibus anak-anak kita," katanya.

Selepas merujuk beberapa sumber ulama, beliau menyimpulkan bahawa "hadis ini memang jelas kepalsuannya, sehinggakan para ulama hadis tidak menjumpainya di mana-mana kitab pun dan tidak diketahui siapakah perawinya" dan "hadis palsu haram diajarkan melainkan untuk memberitahu kepalsuannya".

Khairul Azmi menggesa penyusun sukatan pelajaran PASTI membuat penelitian semula dan penambahbaikan terhadap teks-teks rujukan murid supaya kesilapan seumpama ini tidak berulang.

Menurut Kamarul Arif lagi, Jabatan PASTI PAS pada asalnya bercadang menerbitkan edisi baru buku teks itu tahun ini tetapi gagal kerana ia masih di peringkat penyusunan dan reka letak buku tersebut.

Tambahnya, kedua-dua proses tersebut "memerlukan masa yang agak panjang".

Bajet 2010 Untungkan Kerajaan Rugikan Rakyat: Anwar



Foto Brader Anwar, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Pembentangan bajet oleh PM Najib semua TV keluar siaran langsung lagi tetapi sidang Perbahasan Bajet oleh ahli Parlimen tak pernah keluar TV dan Radio. Rakyat nak dengar dan tengok juga, siapa yang cerdik dalam mentadbir dan siapa pula yang pemboros.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasil daripada yuran kad dan cukai keuntungan hartanah yang diperkenalkan semula, jauh melebihi kebajikan yang diagihkan kepada rakyat melalui potongan dan pengecualian cukai.

Dalam Bajet 2010, kerajaan mengumumkan pengurangan kadar cukai pendapatan individu dari 27 peratus kepada 26 peratus selain menaikkan pelepasan cukai daripada RM8,000 kepada RM9,000, pelepasan dalam bayaran yuran internet, pembelian komputer, kenaikan pelepasan caruman KWSP dan sebagainya.

Berucap membahaskan bajet tersebut di Dewan Rakyat hari ini, Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, secara kasarnya rakyat menikmati peruntukan kebajikan dalam bentuk pengecualian dan pelepasan cukai hanya dalam lingkungan RM500 juta.

"Walaubagaimanapun kerajaan mengenakan bayaran RM50 untuk kad kredit utama dan RM25 untuk kad tambahan. Dianggarkan kerajaan akan memperolehi pendapatan lebih daripada RM400 juta daripada yuran kad-kad ini yang keluar daripada poket rakyat.

"Ini tidak termasuk lagi cukai keuntungan hartanah sebanyak 5 peratus yang diperkenalkan semula. Hasil daripada yuran kad dan cukai keuntungan hartanah ini jauh melebihi kebajikan yang diagihkan kepada rakyat melalui potongan dan pengecualian cukai," tambahnya.

Sehubungan itu, Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh bertanya adakah benar bajet ini berkebajikan kepada rakyat.

"Apa yang berlaku, ia bertentangan dengan usaha kerajaan untuk meneruskan agenda ekonomi berasaskan kreativiti, inovasi dan nilai ditambah tinggi. Poket rakyat makin kosong dan kuasa membeli merosot.

Rabu, 21 Oktober 2009

INTENSIF FDI INTI BAJET 2010 – Utusan




Foto kelihatan Mukhriz Mahathir berdansa dengan isterinya dalam satu majlis keraian ala mat saleh di rumah mewah mereka. Pelabur Ausrtalia bimbang kelajuan internet yang perlahan menyukarkan muat turun fail penting mereka yang besar.

Insentif bagi menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia dijangka menjadi antara inti pati Bajet 2010.

"Memang sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menyediakan insentif-insentif perlu bagi menggalakkan FDI ke negara ini," kata , Mukhriz Mahathir..

"Apapun, kita bersaing dengan negara lain, terutama di rantau ini, untuk meraih pelaburan. Saya tidak dapat mengumumkan mengenai insentif khusus dalam Bajet itu.

FDI INI KAPALA BANA APA, ORANG KAMPUNG TAK FAHAM

NAK MASUK MELABUR BUAT APA?

SYARIKAT ARAB KENA KELENTONG DI PELABUHAN KLANG… MEREKA LARI

SYARIKAT INDIA BUAT KERETA API LETERIK … KENA KELENTONG ..MEREKA LARI LAGI

SYARIKAT NEGARA CHINA NAK BUAT JAMBATAN KEDUA DI PULAU PINANG… KENA KELENTONG… TAKUT

INI BELUM KIRA… KOMISEN UNTUK.. JKK… KETUA CAWANGAN… KETUA BAHAGIAN…YB…MB…MENTERI…

PROJEK 80 SEN…. BOLEH NAIK SAMPAI 80 JUTA RINGGIT

TAK PERCAYA BACA BAWAH INI KENAPA ORANG LARI:



PELABUR RISAU , INTERNET MALAYSIA LEMBAB - malaysiakini

Syarikat-syarikat Australia yang berhasrat untuk melabur di Malaysia bimbang dengan tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, kata timbalan pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin.

Capaian Internet yang laju adalah penting bagi syarikat-syarikat Australia yang mempunyai dokumen besar untuk dihantar dari Malaysia ke ibu pejabat mereka di Australia, katanya.

"Ada dokumen teknikal yang amat besar dan selalunya kami mendapati ia mengambil masa yang panjang untuk menghantar dokumen-dokumen sebegini akibat kelembapan Internet di Malaysia.

"Capaian Internet di Australia lebih laju daripada di Malaysia.

nota TT:

UmnoBN takut nak buat internet laju. Kalau internet laju kita boleh buat radio dan tv sendiri.

Di serata dunia sekarang akhbar yang besar besar macam. New york times, Boston globe, Times of london – semua menguncup. mana mana media arus perdana yang pro pemodal,anti anak muda, anti kaum buruh – semua mengecut pembaca.

Di malaysia pun sama. ini dalam keadaan internet macam hampeh, bayangkan kalau cepat dan pantas.

Tukar tiub, Malaysiakini, Harakahdaily akan jadi stesen TV. Tukar tiub akan jadi stesen radio.

semua siaran terus menerus.Jadi arwah RTM dan TV3. Selamat tinggal Klasik Nasional. Hari hari kita ketawa.

Selasa, 20 Oktober 2009

Syawal Sudah Habis, Zulkaedah Menanti..



30 Syawal 1430 sudah berlalu. Semakin akhir syawal, bertambah meriah pula dengan jemputan rumah terbuka. Malam tadi PAS Tenggara dan PAS Muar mengadakan rumah terbuka.

Musim haji sudah bermula, penerbangan petugas tabung haji dan jemaah haji yang awal telah bermula. Tahniah kepada bakal haji dan hajjah. Moga beroleh haji mabrur.

INI BERITA FITNAH – RAJA PETRA FITNAH RAJA : Baca sampai habis, Jangan MALAS.


Kita semua tahu apa yang berlaku di Perak. Tetapi ramai yang tidak tahu, mengapa ia berlaku.

Sekiranya anda masih ingat, ianya mengambil masa seminggu untuk kerajaan baru di Perak dan Selangor mengangkat sumpah selepas pilihanraya umum Mach 2008. Kedua-dua Sultan dinegeri ini mahu ‘membincangkan’ terlebih dahulu dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.Sultan kemudiannya meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju untuk melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang baru.

Jurang masa selama seminggu itu telah memberika masa kepada kerajaan negeri yang lama iaitu Barisan Nasional untuk memindah dan memusnahkan banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan sebelum ini.

Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk Umno bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, Umno bersetuju memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pas dikedua-dua negeri ini. dan kemuncaknya, Umno malah bersetuju untuk membenarkan Pas melaksanakan undang-undang Islam dikedua-dua negeri ini.

Tetapi, Pas terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran Umno. Akhirnya, kedua-dua Sultan tidak mempunyai pilihan melainkan menerima Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di Perak dan Selangor. Tetapi ini tidak menghentikan mereka dari terus merancang dibelakang tabir tentang bagaimana untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini.

Sultan Selangor agak bersedia untuk menerima keadaan yang berlaku. Tambahan pula, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai majoriti yang cukup banyak dan agak susah untuk membeli ramai Ahli Dewan Undangn Negeri. Tetapi, Perak agak berlainan sama sekali. Majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat Perak amat sedikit berbanding Selangor.

Sebaik saja kerajaan baru dibentuk di Perak, Sultan Perak mula meminta macm-macam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia bertolak ansur, demi menjaga hubungan baik dengan istana. Tetapi apa yang diminta oleh Sultan dan kerabat diraja agak berlebihan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai pilihan melainkan menolak permintaan Sultan.

Dan ini menyebabkan Sultan murka. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional mempunyai jalan yang amat mudah untuk mendapatkan perkenan untuk Barisan Nasional membentuk kerajaan baru.

Pada mulanya, Sultan Perak tidak begitu pasti sama ada hendak menyingkir kerajaan Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional. Apabila Menteri Besar, Nizar Jamaludin berjumpa dengan Sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan, Sultan meminta masa untuk membuat pertimbangan. Tetapi sebaik saja selepas itu, Najib Tun Razak berjumpa Sultan dan mempengaruhi Sultan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sebaliknya melantik Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang baru.

Taktik Najib amat mudah. Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda. Dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak. sekiranya Sultan Azlan mangkat. Kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya. Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan.

Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat. Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya.

Tambahan pula, Sultan dan keluarganya telah meminta banyak perkara dari kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya telah ditolak. Umno pula akan memastikan bahawa semua permintaan Sultan dan keluarganya akan dipenuhi sekiranya Barisan Nasional dipilih sebagai kerajaan negeri.

Dan dengan itu, Pakatan Rakyat menemui ajalnya di Perak. Sultan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.

Apakah permintaan Sultan dan keluarganya yang ditolak oleh Pakatan Rakyat dan sebaliknya diterima oleh Barisan Nasional? Mari kita tengok, dalam masa beberapa bulan saja, Sultan dan keluarganya tiba-tiba menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, sebaik saja Pakatan Rakyat tumbang.

1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.

2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, disepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak dimana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan - Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.

4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak wementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) dimana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah).

5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta dimana harga sebenar jauh lebih tinggi dipasaran terbuka. Hotel tersebut terletak dikawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.

Keluarga Diraja Perak bukan orang susah. Tetapi nampaknya mereka tamak. Raja datuk seri Eleena Azlan Shah merupakan Pengarah kepada Gamuda Berhad dan juga merupakan orang ke 25 kaya di Malaysia dengan harta bernilai RM773 juta. Ini menjadikan beliau wanita kedua terkaya di malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki tangga ke 18 dengan harta bernilai RM1 billion.

Gamuda Berhad juga telah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuhraya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.

Itulah kisahnya. Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan. Dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat disingkir di Perak.

Sekarang, kita berharap, rakyat Perak tahu apa yang berlaku.

(Artikel diatas adalah terjemahan daripada artikel asal Raja Petra “Why the Pakatan Rakyat government was brought down in Perak” yang disiarkan di Malaysia Today)

INI BARU BERITA BETUL

DASAR KEWANGAN PERLU MANAFAAT RAKYAT : RAJA NAZRIN – berita hairan


Dasar kewangan yang diwujudkan perlu memberi tumpuan kepada rakyat dan tidak sewajarnya disediakan untuk pelabur dan pengurus wang saja, titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah hari ini.

Baginda bertitah, pada permulaan krisis kewangan global semasa, terdapat perbezaan antara kepentingan golongan pelabur dan orang biasa, tetapi Asia tidak boleh mempunyai dua versi berkenaan.

"Pembuat dasar tidak boleh memenuhi keperluan golongan elit dan mengetepikan orang biasa yang bersusah payah mencari rezeki," titah Raja Nazrin, yang juga duta kewangan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia.

PM : KERAJAAN UTAMAKAN KESELESAAN RAKYAT BERBANDING DEFISIT



Foto PM Najib yang nak menipu orang kampung bahawa difisit itu baik. Tak tau PM ni belajar ekonomi kat mana. Tukartiub kata, kalau belanja boros melebihi pendapatan tu namanya difisit, maka nak tampung terpaksalah pinjam Along.

Kerajaan berpendapat adalah lebih penting untuk memastikan rakyat sentiasa selamat dan dalam keadaan selesa serta tidak terbeban dengan masalah ekonomi berbanding menumpukan usaha untuk membendung defisit tambahan yang dialami negara, kata Najib Razak.

Ini kerana defisit adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan dalam jangka pendek dan semua negara akan mengalami defisit tambahan.


INI EKONOMI PM NAJIB, TAK MENGAKU EKONOMI MSIA DALAM KEGAWATAN

DEFISIT DAH SUDAH LEBIH 7%

MANA MANA NEGARA DALAM DUNIA YANG LEBIH DARI 3.5 % DEFISIT DIANGGAP EKONOMI DALAM BAHAYA

ERTINYA… BEBERLANJA LEBIH BANYAK DARI DUIT YANG ADA DALM TANGAN

ERTINYA : BERHUTANG PADA ALONG

AKHIRNYA RAKYAT JUGA YANG BAYAR

JANGAN LAH NAK MENIPU MELAYU

DUIT KERAJAAN ITU DUIT RAKYAT LAAA…

BUKAN DUIT ROSMAH

KATA DULU: OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM

OUR FUNDUMENTAL IS STRONG

20 October 2009 KFC DAN PIZZA HUT Bayar Zakat Perniagaan kepada Kerajaan Negeri Kedah



Foto MB Kedah Ustaz Azizan menerima penyerahan zakat KFCHolding. Turut hadir Tan Sri Ali Hashim.

Alor Setar, 18 Oktober 2009- Kentucky Fried Chicken (KFC) Malaysia Holding dan Pizza Hut telah melunaskan bayaran zakat perniagaan sebanyak RM 110,560.00 bagi KFC dan RM 66,849.00 bagi Pizza Hut. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM 177,409.00.

Pembayaran Zakat Perniagaan ini diadakan bersempena dengan Majlis Pembukaan Rasmi Restoran Pizza Hut dan KFC Pandu-Lalu Limbong Kapal Alor Setar yang dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Ustaz Azizan bin Abdul Razak, Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Turut hadir menerima cek zakat tersebut ialah Dato’ Syeikh Ghazali bin Haji Yaacob, Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah Darul Aman. [http://www.zakatkedah.com]

Misteri : 32 Planet Baru DiKesan!



Para saintis angkasa mengumumkan semalam, mereka telah mengesan 32 planet di pinggir luar sistem solar.

Antara planet tersebut lima kali ganda besar Bumi dan ada juga yang lima kali ganda besar Jupiter. Orbit tahunan planet-planet tersebut beribu-hari berbanding Bumi yang hanya 365 hari.

Saya teringat ayat 5, surah as-Sajdah:
يدبر الأمر من السماء إلى الأرض ثم يعرج إليه
فى يوم كان مقداره ألف سنة مما تعدون


Terjemahan: Dia, Malaikat, menguruskan semua urusan dari langit ke bumi, kemudian naik kembali kepadanya pada sehari yang lamanya seribu tahun mengikut kamu perhitungkan sekarang.

1. Apakah ayat tersebut memberi isyarat tempat atau kedudukan para Malaikat? Para Malaikat adalah makhluk dan mereka ada tempat.

2. Mungkinkah, para Malaikat mendiami planet yang orbit hariannya menyamai 365,000 hari di Bumi?

3. Mungkinkah, suatu masa akan datang, manusia dapat mengesan tempat atau kedudukan para Malaikat tersebut?

Sumber Abdul Wahab Arbain

Isnin, 19 Oktober 2009

Ribuan rakyat warnai hari terbuka Aidilfitri PAS



Foto muslimat PAS bertungkus lumus meraikan tetamu dari pelbagai bangsa dengan menolong mencedok juadah. Sebanyak 50 ribu cucuk sate disediakan kepada tetamu sebagai menu utama. Selain itu ialah 50 gantang nasi dagang, laksa, nasi himpit, lemang, kuih muih serta buah tembikai sebagai pembasuh mulut. Alhamdulillah, bajet untuk 6 ribu makan cukup untuk 10 ribu orang. Semua dapat makan dan tak ada yang mengadu tak cukup makan, BERKAT maha suci Allah.. ALLAHUAKBAR.

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Lebih 10 ribu orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat memenuhi perkarangan Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar, Gombak dalam majlis hari terbuka Aidilfitri PAS yang diadakan petang tadi.

Dari mula majlis berlangsung pada jam dua petang, orang ramai tidak putus-putus hadir memeriahkan majlis sehinggalah ianya berakhir pada jam 5 petang.

Dan dari mula hingga akhir majlis jugalah, para pimpinan parti setia berdiri menyambut orang ramai yang tertib beratur untuk bersalam dan bersua muka dengan pemimpin yang amat mereka hormati.

Kehadiran tetamu lelaki disambut Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalannya Ustaz Nasharudin Mat ISa, Naib-naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali serta beberapa pimpinan lain yang masing-masing segak berbaju Melayu dan bersampin.

Mereka berbaris di sepanjang laluan masuk ke dalam dewan Datuk Fadzil Noor yang dijadikan tempat makan bagi tetamu lelaki serta para jemputan khas.

Turut menyambut kehadiran tetamu Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaludin.

Tetamu wanita pula disambut mesra oleh Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Saleh, Setiausahanya Kartini Ahmad, Ketua Penerangan Salbiah Wahab dan beberapa pimpinan lain yang turut sibuk melayan tetamu di bawah khemah di bahagian hadapan markaz yang disediakan untuk tetamu wanita.

Ahli Jawatankuasa PS Pusat, Dr Lo' Lo GHazali turut hadir memeriahkan majlis walaupun tangan kanannya masih berbalut akibat perbedahan kecil.

Pentas hiburan Islamik yang disediakan oleh pihak penganjur pada majlis kali ini menjadi penyeri dan tarikan kepada para pengunjung selain pelbagai juadah yang disediakan.

Dari mula hingga akhir majlis tetamu dihiburkan dengan persembahan nasyid dari juara Akademi Nasyid TV9 Azhan Atan, kumpulan nasyid As Saufi serta kumpulan Dikir Barat yang didatangkan khas dari Kelantan, Belia 4B Pulau Hilir kelantan.

Azhan yang juga Mantan Ketua Pemuda PAS Kawasan Tanjung Piai Johor menyanyikan tiga buah lagu dari album terbarunya, Ku milikMu sebagai halwa telinga tetamu sambil menikmati juadah yang disediakan.

Persembahan mereka turut diselang seli dengan ucapan para pimpinan.

Sebanyak 50 ribu cucuk sate disediakan kepada tetamu sebagai menu utama. Selain itu ialah 50 gantang nasi dagang, laksa, nasi himpit, lemang, kuih muih serta buah tembikai sebagai pembasuh mulut.

Menurut pengarah program, Ustaz Mohd Nor menu tersebut disediakan untuk anggaran 6 ribu orang.

"Kehadiran orang ramai memang lebih baik pada tahun walaupun kita tahu banyak undangan majlis begini pada hari ini. Alhamdulillah majlis kita tetap mendapat sambutan ramai."katanya yang merupakan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan.

Tetamu cilik pula tidak pulang dengan tangan kosong apabila duit raya turut disediakan untuk 3 ribu kanak-kanak.

Pada majlis ini juga, PAS mengambil kesempatan melancarkan tabung bencana alam di Padang, Indonesia bagi membantu meringankan beban mangsa di sana.

Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir pula ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Timbalan Pengerusi DAP Tan Seng Giau Exco Kerajaan Negeri Selangor dari DAP Ronie Liu Elizabeth Wong dari PKR dan T selain Dr Halimah Ali dan Dr Siti Mariah Mahmud dari PAS.

Majlis kali ini juga turut dihadiri tetamu dari Palestin dan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk wakil daripada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh Setiausaha Gerakan Mahsuhkan PPSMI (GMP) Hasni Abas.

Majlis kali ini juga membuktikan tiada jurang perbezaan antara bangsa dan agama apabila tetamu berbangsa Cina dan India turut kelihatan di celah-celah tetamu Melayu.

Sambutan Aidilfitri PAS merupakan acara tahunan PAS yang diadakan bagi meraikan ahli, penyokong serta merapatkan silatulrahim antara pimpinan, pendokong dengan seluruh masyarakat amnya.

Pada tahun lepas, sambutan ini diadakan di Stadium Malawati Shah Alam._

HarakahDaily.Net/-

1MALAYSIA : Amalan seks bebas kritikal



KUALA LUMPUR: Amalan seks bebas di kalangan remaja pada masa ini boleh dianggap memasuki zon kritikal apabila data dikumpul daripada dua rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 sehingga September lalu.

Jika diambil kira statistik rumah perlindungan lain di seluruh negara, kes yang tidak dilaporkan dan kejadian buang bayi yang berlaku hampir setiap hari, angka sebenar remaja hamil luar nikah pasti meningkat berlipat kali ganda.

Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof, berkata sejak beliau membuka rumah perlindungan itu 21 tahun lalu yang secara khusus menguruskan kebajikan wanita hamil luar nikah, secara purata 191 bayi tak sah taraf dilahirkan di Kewaja setiap tahun atau 16 bayi sebulan.

“Lebih membimbangkan, ketika jumlah kes yang saya kendalikan meningkat, usia wanita hamil luar nikah itu makin menurun kerana ada yang baru berusia 15 tahun,” katanya.

Bagi Yang Dipertua Baitul Fiqh, Juhaidi Yean Abdullah, secara purata pihaknya menguruskan lapan hingga 10 wanita hamil luar nikah setiap bulan dan sepanjang lima tahun kewujudannya rumah perlindungan itu menguruskan 220 kes wanita hamil luar nikah.

“Yang dikesalkan, ketika kami beri bantuan kepada wanita hamil luar nikah dengan matlamat utama bagi mengelak mereka menggugurkan kandungan atau membuang bayi, ada yang cuba ambil kesempatan.

“Ini terbukti apabila seorang wanita berulang kali datang kepada kami apabila hamil luar nikah enam kali. Dia akhirnya kami serahkan kepada pusat pemulihan akhlak untuk tindakan lanjut. Ia kes kronik, tetapi kami tidak boleh berbuat apa-apa jika empunya diri tidak mahu mengubah sikap,” katanya.

Juhaidi berkata, bukan mudah menjaga sekumpulan hamil luar nikah dalam satu masa tetapi pihaknya sanggup memikul tanggungjawab itu demi kepentingan anak yang bakal lahir.

Menurutnya, antara bantuan Baitul Fiqh kepada wanita hamil luar nikah ialah mengurus proses kelahiran di hospital dan pendaftaran kelahiran bayi.

“Kami turut membantu mencari ibu bapa angkat untuk bayi itu dengan prosedur ketat. Setiap permohonan disaring dengan mengambil kira latar belakang, pendapatan dan pengetahuan agama,” katanya.

Sementara itu, Yahya menekankan kerjasama seluruh anggota masyarakat bermula daripada pemimpin, guru, agensi penguat kuasa dan ibu bapa untuk menghentikan percambahan anak luar nikah di kalangan masyarakat negara ini.

“Trend wanita lahir anak luar nikah kini sangat membimbangkan kerana ia dianggap perkara biasa dan bukan lagi hal besar. Bayangkan, hampir setiap hari secara purata saya terima dua panggilan telefon berkaitan masalah hamil luar nikah.

“Sampai satu tahap Kewaja terpaksa tolak permintaan mereka untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan kerana kami tidak lagi mampu. Namun mereka tetap mendesak dan ada yang merayu,” katanya.

Ditanya punca meningkatnya kes kehamilan luar nikah, Yahya, 45, merumuskan masalah keluarga menjadi penyebab utama.

“Ibu, ayah, adik beradik dan keluarga hidup dalam penuh kejahilan. Penghayatan agama entah ke mana dan ada ibu bapa menyalahkan anak kerana ‘tidak pandai jaga’ yang bermaksud boleh melakukan hubungan terlarang tetapi jangan sampai mengandung.

“Kesudahannya, walaupun bertaubat dan menyesal, suasana kehidupan seperti itu menyebabkan mereka kembali terjebak. Apa pun, kes berulang seperti ini tidak banyak, ” katanya.

Beliau mencadangkan satu peraturan yang membuatkan sesiapa saja takut untuk terbabit dengan seks bebas sehingga mengandung anak luar nikah diwujudkan.

“Sebagai contoh, mana-mana pasangan yang dikesan melakukan hubungan seks selain suami isteri, tidak kira sama ada yang beragama Islam atau dengan pasangan berbeza agama, mereka perlu dihukum.

“Operasi seperti mencegah lumba haram atau dadah juga perlu diselitkan dengan siasatan sama ada yang terbabit dengan gejala negatif itu melakukan seks bebas. Tangkap dan hukum mereka, baru timbul perasaan takut,” katanya yang kini menguruskan 61 wanita hamil luar nikah di pusat perlindungan kelolaannya.

SATU MALAYSIA TIDAK BERMAKNA MELAYU TERUS BERTOLAK ANSUR- malaysiakini



Foto Konsep Satu Malaysia versi Lim Kok Wings. PAS telah mendahului zaman dan sudah lama menggunakan istilah SE MALAYSIA yang dahulunya SE MALAYA sejak penubuhannya lagi manakala DAP juga sudah menjadikin prisip M'sian M'sia sebagai teras. Memang UmnoBN dan kerajaan sudah ketinggalan zaman kerana baru nak pakai konsep 1Malaysia.


Perwakilan Johor hari ini menggesa Umno supaya tidak terjebak dengan andaian bahawa gagasan satu Malaysia akan menjadikan orang Melayu bertolak ansur dengan tuntutan kesamarataan oleh bukan Melayu.

Bercakap ketika membahaskan ucapan dasar presiden parti itu, Samsol Bari Jamali hari ini berkata gagasan satu Malaysia yang dipelopori presiden parti itu merupakan "penawar" kepada gagasan Malaysian Malaysia yang didakwa telah mencabul hak Melayu yang telah disepakati.

APA SALAHNYA KESAMARATAAN

APA SALAHNYA MALAYSIAN MALAYSIA

APA PASAL ADA YANG LEBIH DAN ADA YANG KURANG

TAK PAYAHLAH CAKAP HAL ORANG CINA LAGI

JOHOR DAH NAK LINGKUP….HABIS DI JUAL OLEH GEROMBOLAN PADA CINA SINGAPURA… NAPA TAK TIMBULKAN

DEFISIT BOLEH DIURUS JIKA BAJET STRUKTUR DENGAN BAIK: MAHATHIR : mStar



Foto Tun Mahathir sekeluarga dulu dan kini masih tak mahu pencen sehingga tukartiub menggelarkan beliau sebagai PM no 3 sekarang selepas Rosmah dan Najib yang memeintah M'sia


Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan dapat menguruskan defisit bajet jika bajet itu distrukturkan dengan baik.

Katanya defisit 7.6 peratus bukan perkara baharu.

"Defisit Amerika Syarikat ialah 100 peratus tetapi mereka masih boleh menguruskannya.

"Asalkan bajet kita distrukturkan dengan baik, ia boleh diuruskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Menara Mustapha Kamal-Pusat Dagangan PJ di sini malam Jumaat.


ADA BERAPA MENTERI KEWANGAN DI MALAYSIA

TUN DAH LUPA… NAK JADI WAKIL KUBANG PASU PUN TAK DAPAT

nota:

Sebenarnya siapa yang belajar asas ekonomi akan tahu bahawa difisit lebih dari 3% pengeluran negara adalah merbahaya.

Ertinya kita menggunakan duit yang lebih dari pendapatan kita.
Ini macam orang dapat gaji seratus ringgit sebulan tapi beberlanja
seratus tujuh ringgit.

Dari mana nak raba duit ini. pasti pinjam dari along.
yang nak bayar ialah rakyat. kerana beli kapal selam. ini nak beli loji
nuklear. beli sukhoi.

Jangan nak samakan dengan Amerika. Amerika negara imperialis.
Amerika menjajah seluruh dunia. Malaysia hanya menjajah kelantan
sabah dan serawak.

Rabu, 14 Oktober 2009

Puteri Kepit



Foto aksi puteri Umno mengepit kaki dengan tudung selendang nipis dan rambut terkeluar. Gaya macam artis, nak mengurat dato' K agaknya.

Iktibar dari Al Quran - Tragedi Gempa Di Padang Sumatra



Kedudukan gempa di Padang Sumatra yang tidak begitu jauh dari Tanah Semenanjung khasnya Port Dickson dan Telok Kemang.

1. Gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 september dan 1 oktober baru - baru ini cukup memilukan .

2. Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar . Musnah harta benda dan binasa segala nyawa .

3. Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha' dan Qadar Allah swt .

4. Al Quran [ wahyu Allah swt ] telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di dapati dalam banyak surah dan ayat guna membimbing ummat manusia agar beriman , bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt .

5. Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .

6. Apabila kita laraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]

7. Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa' sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .

و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا


17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب


8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

8. Ayat - ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia .

9. Ayat - ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt . Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila - bila [ wali'yazubillah ] jika maksiat dan mungkar makin membarah .

10. Dewan Pemuda PAS Pusat menyeru seluruh rakyat negara ini agar kembali kepada Islam sekaligus meninggalkan maksiat dan mungkar [ zina , pergaulan bebas , pendedahan aurat , judi , arak , rogol , rompak , samun , rasuah , salah guna kuasa , zalim dan 1001 perkara mungkar ] agar seluruh rakyat dan negara di berkati dan dirahmati oleh Allah swt .

Nasrudin Hassan Tantawi

Pembedahan PAS

Oleh Penarik Beca

Peduli apa siapa yang menang, sama ada Barisan Nasional yang menang atau Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang sebenarnya menang. Yang penting, PAS kalah di Bagan Pinang.Saya tak dan lagi nak tulis apa-apa. Tetapi, saya setuju dengan pembedahan demi pembedahan yang dilakukan terhadap PAS

(Sila lihat berita Malaysiakini "PAS VP tells why non-Malays ditched Pakatan" dan "PAS gagal, dekati pengundi waktu pilihan raya").

Walaupun begitu, saya berbeza pandangan dengan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang menyatakan:

"To some extent a certain percentage might have been influenced by Prime Minister Najib Razak's '1Malaysia' concept".

Saya tak fikir sampah sarap seperti '1Malaysia' itu diambil peduli oleh rakyat Malaysia atau para pengundi di Bagan Pinang. Yang menjadi masalah ialah apa persepsi terkini mereka terhadap PAS dan Pakatan Rakyat (PR).

Dari awal lagi, saya dah katakan bahawa PAS kalah kepada strategi orang-orang Umno (sila lihat posting bertajuk "Tahniah Azeez! Hang menang, orang PAS kalah").

Mampoih pi la depa guna strategi serang markaz PAS ka, debik orang PAS ka, punggai orang PAS dengan batu ka (hatta sehingga keputusan telah diumumkan pun, beberapa kereta di tepi-tepi jalan dekat markaz pilihan raya PAS rosak akibat dibaling dengan batu - batu besaq pulak tu), tetapi mereka berjaya dengan strategi itu.

Depa dapat alihkan kerja orang PAS dengan strategi itu.

Awat? Hampa marah depa ganas? Kalau keganasan boleh menangkan mereka, apa lagi pilihan mereka? Yang kita, strategi apa? Jangan dok ralit nampak salah orang ja, mari kita bedah PAS dulu.

Takat ni dulu. Sehari dua ni ada saja hal. Komen-komen yang berlambak tu pun saya akan moderate kemudian. La tak dan nak buat. Ni nak kena keluaq pulak ni. Salam!

BN, Mana Kemenangan Besarnya ?



Menang besar kerana berjaya bawa budak sekolah lelaki dan puteri rambut perang berseronok merayu undi dalam masa yang sama dapat bergejala sosial

Oleh Ahmad Zawawi

Pilihanraya Kecil Bagan Pinang sudah berlalu. Pilihanraya yang paling pintar lagi terkedepan “advanced” dalam sirinya semenjak post-PRU 12. Walaupun tarikh (hari) mengundi sebenar telah ditetapkan pada 11hb Oktober sejumlah besar pengundi sudah MENGUNDI DULU pada 8hb & 9hb Oktober.

Hasil dari Undi Cara Pos iaitu sebanyak 30.00 % daripada keseluruhan undi telah dibolot oleh UMNO/BN. Jadi pada hari mengundi sebenar (proper) UMNO/BN hanya memerlukan 21.10 % sahaja lagi dari baki 70 % keseluruhan pengundi berdaftar untuk mencapai kemenangan mudah.

Para pengundi Atas Pagar memahami cara formula diatas dimana tanpa undi dari merekapun UMNO/BN boleh mencapai kemenangan juga.

Mereka mengambil keputusan untuk sama-sama menyokong pemenang buat kali ini.

Sesungguhnya apabila UMNO/BN mencapai kemenangan begini besar mereka tidak akan mengambil kira lagi untuk mengkaji sokongan terhadap mereka. Mereka akan terus menerus “celebrate” kejayaan tersebut .

Sebagai contoh media massa mereka Radio/TV masih lagi memperkatakan perihal kemenangan tersebut macam orang yang ta` pernah menang.

Berdasarkan pandangan diatas dimana duduknya perkataan “Menang Besar” itu?
Kepada penyokong Pakatan Rakyat khususnya Parti PAS janganlah merasa gusar. DiPRK Bagan Pinang ini Parti PAS tidak kalah cuma tidak berjaya merampasnya saja. Kejayaan UMNO/BN adalah ibarat “salin tikar” saja.

Kita misti optimis pada PRU ke 13 nanti keseluruhan kerusi DUN dalam Parlimen Telok Kemang akan jatuh kepada Pakatan Rakyat. Untuk makluman pada masa sekarang inipun Pakatan sudah memiliki 3/5 Kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Telok Kemang.

Kepada para petugas yang telah kembali ketempat masing – masing ucapan terima kasih dari Blog ini diatas kesungguhan yang diberi semasa diPort Dickson

PRK Bagan Pinang : Ulasan edyesdotcom

"Sebelum saya menyusulkan ulasan, adalah lebih baik kali ini saya mulakan dengan sebuah kesimpulan, diikuti oleh ulasan yang berbentuk analisis.Kesimpulan - Kalah di Bagan Pinang bukan bermakna Pakatan Rakyat kalah dalam semua aspek. Kita cuma kalah satu DUN yang sebelumnya milik BN.

Kerugian beberapa ribu undi bukanlah bermaksud kita rugi moral dan identiti. Saya percaya, Pakatan Rakyat telah menang sejak hari penamaan calon, atau lebih tepat sejak UMNO menamakan Isa Samad sebagai calon. Itulah kemenangan Pakatan Rakyat, kerana UMNO led BN sanggup menggadaikan maruah demi meragut kemenangan domestik.
Berikut adalah ulasan edyesdotcom tentang faktor-faktor kemenangan BN;

1. Undi tentera - Daripada lebih 4 ribu undi tentera, PAS hanya menerima 600 undi sahaja dan selebihnya milik BN. Saya tak nafikan kalau tentera memang benar-benar mengundi BN kerana jasa Najib sewaktu menjadi Menteri Pertahanan. Najib telah beberapa kali mengkaji pendapatan tentera daripada minimum kepada maksimum sekarang ini. Saya anggap ia satu strategi pelaburan jangka panjang oleh kem Najib.

2. Secure undi kaum India - Modus operandi di Manik Urai yang sangat berkesan terhadap penduduk-penduduk kampung telah digunapakai. Ia pasti lebih terkesan di atas kesempitan hidup kaum india di estet-estet terutamanya kehadiran perayaan Deepavali hujung minggu ini. Ini adalah satu faktor penting dalam persoalan "Mengapa kerajaan suka melihat rakyat bergelumang dalam kesempitan hidup?". Jawapanya ialah, apabila tiba saat yang diperlu seperti PRK / PRU, maka di sinilah peluang untuk membeli undi dari mereka-mereka yang terdesak.

3. Calon Popular(secure undi Melayu) - Bagi pengundi Bagan Pinang, soal Isa Samad kaki rasuah adalah perkara ke-dua. Perkara pokok ialah Isa Samad adalah rakan mereka. Isa Samad seorang yang amat disenangi dan sentiasa berdamping di kalangan pengundi di Bagan Pinang. Walau Isa Samad hampir menghancurkan Negeri Sembilan sekalipun, walau Isa Samad bergelumang dalam politik wang, namun faktor 'waghih kito' membutakan mata para pengundi melayu di Bagan Pinang.

4. Keterdesakkan BN - Barisan Nasional begitu terdesak untuk mengecap kemenangan. Segala taktik, strategi dan propaganda samada secara bersih mahupun kotor akan digunakan. Tidak dapat dibayangkan betapa hancurnya BN dan UMNO sekiranya kalah dalam PRK Bagan Pinang disusuli kecelaruan yang berlaku dalam beberapa parti komponen utama BN. Atas sebab ini jugalah, UMNO sanggup mencalonkan Isa Samad walaupun ia akan menjejaskan integriti UMNO dan BN dalam perspektif nasional.


Di bawah ini pula adalah faktor yang perlu diambil kira oleh kepimpinan Pakatan Rakyat sebelum bercerita tentang post-mortem Bagan Pinang;

1. Simbol Perpaduan - Seawal bermulanya tempoh berkempen, UMNO led BN dalam media utamanya mempersoalkan Pakatan Rakyat yang masih tidak bergabung secara rasmi di bawah satu panji. Alasan yang diberikan oleh PR selama ini iaitu tidak cukup korum disanggah oleh ROS namun tiada jawapan dari PR yang mencerminkan kesungguhan Pakatan Rakyat untuk membentuk pakatan rasmi serta mengungkapkan menifesto nasional PR. Jadi, saya juga ingin tahu apakah PR benar-benar ingin bergabung atau hanya melekat untuk sementara kerana tidak mempunyai asas persefahaman sampai bila-bila?

2. Prestasi YB dan MB - Secara serius saya katakan, Pakatan Rakyat harus meneliti semula prestasi para wakil rakyat PR yang dipilih pada PRU12 lalu samada ia benar-benar berfungsi dengan baik atau sekadar 'par' sahaja. Penelitian prestasi wakil rakyat ini harus dilakukan dengan konsisten bersama report yang telus. Jika prestasi YB Pakatan adalah lebih kurang sama dengan prestasi YB BN di penggal sebelumnya malah jika ada yang lebih teruk, maka perspektif rakyat akan melihat pengorbanan mereka yang tekad meninggalkan BN suatu masa dulu tidak berbaloi dan tidak mustahil akan kembali memangkah BN.

Tsunami politik yang berlaku pada 8 Mac menuntut para YB untuk melakukan perubahan sepertimana perubahan mereka yang memangkah selain BN. Oleh demikian, YB PR perlu memberikan perkhidmatan yang jauh lebih baik dari YB BN malah jika perlu berikanlah prestasi perkhidmatan yang selama ini tidak pernah dititikberatkan oleh pemimpin BN.

Kepimpinan Pakatan Rakyat harus berada di landasan yang tepat bagi merealisasikan pertukaran kerajaan pusat. Bukan satu tugas yang mudah, tetapi inilah waktu yang paling tepat untuk membuktikan kepada rakyat semua bahawa Pakatan Rakyat layak menjadi pemerintah Malaysia. Bagaimana nak buktikan semua ini terpulang kepada kebijaksanaan kepimpinan.


Sambungan Kesimpulan - Bila saya kata Pakatan Rakyat menang di peringkat nasional sejak hari penamaan calon, bukanlah maksud saya untuk menjadi seorang blogger optimis yang tidak mahu kalah. Tetapi ini adalah hakikat, betapa UMNO dan penyokongnya yang ketandusan pemimpin tergamak mengiktiraf perasuah semata-mata untuk menang. Ia umpama, matlamat menghalalkan calon. Sesungguhnya rasuah dan politik wang itu, halal disisi UMNO

Sisi gelap di Bagan Pinang - Menyayat Hati

Kisah penduduk yang tak meraikan orang luar - siap kau kalau pergi tempat lain.

dan kisah anak DURHAKA

Oleh jinbukitridan

"“Keluar! Keluar! Ini tanah aku dan aku tak izinkan ngko parking kat sini…ngko alih cepat kalau tak nanti tahulah aku nak buat macam mane…aku bakar nanti! @#$#@$@ Baik ngko alih cepat!” …Itu antara kata-kata aluan di hari pertama kami sebaik menjejakkan kaki ke Bagan Pinang. Puncanya salah sebuah kereta petugas Pas (agaknya) meletakkan keretanya di hadapan rumah seorang penduduk di situ.

Rumah itu kelihatan kosong dan seakan ditinggalkan barangkali menjadi sebab sahabat itu meletakkan kenderaannya di situ. Tanpa ingin memanaskan keadaan sambil meminta maaf sahabat itupun mengalihkan keretanya.

Saya yang ada berdekatan terkejut melihat aksi yang di luar kebiasaan orang Melayu ini. Sejurus kemudian selang beberapa saat kelihatan di jalanraya berlaku pergaduhan antara ‘Tuan Tanah’ tersebut dengan seorang yang lain pula dan cepat-cepat disuraikan oleh petugas Pas dan pihak Polis.

Satu lagi pengalaman pahit yang dihadapi penulis ialah apabila melihat seorang ibu tua yang sakit ditengking oleh anaknya sendiri di hadapan orang ramai. Peristiwa berlaku di Markas Dewan Ulama di mana ibu tua tersebut datang ke situ untuk mendapatkan rawatan alternatif melalui Doa-doa yang ditawarkan di situ.

Semasa ibu itu duduk untuk mendapatkan rawatan tiba-tiba datang seorang lelaki (dipercayai anaknya lingkungan 20 an) menaiki basikal sambil mengherdik “ Mak! Mak buat apa kat sini??? Balik!” dengan wajah yang masam mencuka.

“Mak nak berubat” Jawab ibu tua tersebut denga perlahan. “Balik!!!” Sekali lagi pemuda itu menengking ibunya dan dengan wajah sedih ibu tua tersebut berlalu pergi. Barangkali beliau takut ibunya akan mengundi Pas!

Peristiwa ini diperhatikan oleh ramai petugas Pas yang sedang membuat persiapan untuk program munajat di malam tersebut. Terkedu dan tergamam hati kami melihat insiden tersebut malah di hati saya berdebar takut Allah menurunkan balanya akibat penderhakaan tersebut di saat saya berada di sana. Maklumlah sekarang kerap sangat Tsunami , gempa-bumi dan ribut taufan berlaku di sekitar kita.

Itu antara rencah di luar kebiasaan yang boleh ditonton oleh sekalian petugas yang hadir ke sana. Di kaca TV dilaporkan petugas Pas yang mengganas! Ini sangat tidak adil dan memusingkan fakta 180 darjah!

Rata-rata petugas Pas kelihatan berdisiplin dan amat menjaga tingkah-laku mereka dalam menyantuni masyarakat tempatan mahupun petugas lawan. Tidak ada satu insiden pun sama ada pergaduhan atau provokasi yang berlaku di Bagan Pinang berpunca daripada petugas Pas. Tidak ada. Masyarakat Malaysia berhak untuk mengetahui keadaan sebenar selain putar belit media yang berat sebelah.

Insiden petugas Pas diserang di Markas mereka sendiri! , insiden pihak yang menyerang anggota Polis berpakaian biasa yang disangkakan petugas Pas dan sebagainya dilaporkan dalam keadaan yang terbalik daripada kejadian asal.

Hebat permainan media yang tidak memikirkan etika , moral , Dosa dan Pahala. Alangkah baiknya jika Pas dan PR mempunyai media cetak dan saluran TV sendiri untuk memberikan pilihan maklumat kepada rakyat.

Adalah tidak adil jika label ganas di labelkan untuk Pas memandangkan keganasan yang dilakukan semuanya berpunca daripada pihak lain. Malah tidak dapat dinafikan tidak ada parti lain di Malaysia ini yang boleh mendisiplinkan ahlinya seperti yang dilakukan Pas.

Walaupun diprovoke dengan berbagai cara namun pimpinan tetap menasihatkan agar akhlak Islam yang diperjuangkan dijaga. Sabar dan bertolak ansur…itulah pendekatan yang diambil dengan harapan rakyat Malaysia dan pengundi di Bagan Pinang khususnya dapat menilai sendiri siapakah yang benar dan salah. Tapi malangnya mereka didedahkan dengan cerita yang sebaliknya oleh TV dan suratkhabar yang tidak amanah.

PAS gagal, dekati pengundi waktu p'raya-Malaysiakini



Kekalahan teruk PAS di Bagan Pinang, antaranya, berpunca daripada kegagalan parti itu dan dua lagi rakannya dalam Pakatan Rakyat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengundi di negeri yang dimenangi mereka.

"Sejauh mana kita serius berkhidmat di estet-estet? Ini pengalaman saya bersama Kelab Penyokong PAS (KPP).

"Orang India inilah yang beri sokongan kepada kita. Kalau kita tidak serius, (kecuaian) itu tidak baik," kata ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau, yang juga pengarah operasi PAS untuk pilihan raya kecil itu, diminta mengulas prestasi buruk parti itu di kerusi DUN tersebut semalam apabila, sekurang-kurangnya, gagal mengurangkan majoriti BN.
Ahli parlimen itu berkata sikap Pakatan yang hanya mendatangi pengundi di saat akhir menjelang pilihan raya mestilah dihindari jika PAS dan gabungan pembangkang mahu terus mendapat kepercayaan rakyat.

Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian sedikit sebanyak mempunyai pendapat yang sejajar dengan Dr Dzulkefly.

Dr Sivamurugan berkata, PAS memberikan lebih tumpuan isu rasuah dan integriti sehingga menenggelamkan isu kebajikan - yang pernah dianggap berjaya meraih perhatian pengundi bukan Melayu.

"Pembangkang kali ini banyak memainkan isu korupsi dan integriti.

"Tetapi selepas 18 bulan memerintah (di negeri-negeri Pakatan), mereka perlu memikirkan strategi lain, dengan menimbulkan isu-isu kebajikan," katanya.

"Kalau kita lihat, dalam pilihan raya umum sebelum ini, sokongan India dan Cina diperoleh daripada isu kebajikan."
Dr Dzulkefly mengakui, isu-isu berbangkit di peringkat nasional – seperti kontroversi penjualan arak di Selangor dan perobohan rumah di Kg Buah Pala, Pulau Pinang – sedikit sebanyak memberikan kesan penduduk di kawasan-kawasan lain.

"Kita tidak boleh lagi membuat andaian bahawa isu di peringkat (sesebuah) negeri dan pusat tidak membawa kesan di negeri lain," katanya, diminta mengulas analisis ringkas akhbar web rasmi parti Harakahdaily.

"Jangan ingat apa yang berlaku di Kedah tidak ada kesan di Bagan Pinang. Ada (kesan)."

Akhbar web itu dalam analisis segera sejurus selepas keputusan diumumkan menyebut, pengundi Cina di Bagan Pinang menolak parti Islam kerana tidak berpuas hati terhadap beberapa kenyataan pemimpin PAS di Selangor.

Bagaimanapun, laporan itu menyebut, kesahihan maklumat itu hanya dapat dipastikan apabila analisis lengkap keputusan penuh pilihan raya itu dibuat.

Menurut Dr Dzulkefly, daripada awal lagi PAS beranggapan kerusi itu sukar ditawan kerana Bagan Pinang kerusi tradisi BN dan terdapat banyak pengundi pos di situ.

Selain itu, katanya, terdapat sentimen pengundi yang “termakan budi” kepada Isa – yang pernah menjadi menteri besar Negeri Sembilan kira-kira dua puluh tahun.

"Mereka ada keupayaan untuk memberi, sama ada projek, subsidi, tanah dan imbuhan. Sedikit sebanyak penduduk akan termakan budi," katanya.

Bekas menteri besar Tan Sri Mohd Isa Samad menggandakan majoriti BN kepada 5,435 undi apabila mendapat 8,013 undi, meninggalkan jauh calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan hanya 2,578 undi.

Pada pilihan raya umum 2008 - rekod terburuk BN - parti pemerintah itu hanya meraih majoriti 2,333 undi.

Pada pilihan raya umum sebelumnya, prestasi BN yang paling baik sejak merdeka, ia memperolehi 4,411 undi.

Kejayaan BN semalam menebus maruah parti itu yang selama ini tercalar akibat kegagalan memenangi sebarang pilihan raya kecil di Semenanjung sejak sembilan kali ia diadakan.

BN juga berjaya menebus ketewasannya di tiga daripada lapan daerah mengundi pada Mac tahun lalu, semuanya didominasi pengundi bukan Melayu: Ladang Atherton, Pekan Siliau dan Sua Betong (lihat carta bawah).

Kemenangan Isa itu, selain membuktikan ketokohannya masih utuh walaupun tercalar dengan isu rasuah, juga menunjukkan pengundi bukan Melayu berpatah balik bersama BN.
 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch