Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Selasa, 2 Februari 2010

Guru tertekan kena urus defisit bajet


Mengurus Defisit Bajet

Oleh Wahid Hashim

ISU pemotongan bajet di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kini menjadi buah mulut dalam kalangan warganya serta pihak berkepentingan langsung dengan kementerian terbesar itu.

Taklimat kepada pihak swasta

Taklimat, pekeliling dan surat peringatan tentang pemotongan bajet turut diedarkan kepada pihak swasta (Baca kroni Umno Bn), yang selama ini bekerjasama dengan kementerian itu untuk menjayakan beberapa projek.

Lebih 100 buah syarikat telah diberi peringatan tentang hal ini.

Namun begitu, gurulah yang paling terasa dalam hal ini.

Kalau sebelum ini guru sentiasa menikmati kenaikan demi kenaikan, keselesaan ditambah keselesaan dan keraian bersambung keraian, kini masa untuk bermuhasabah dan menerima sedikit kekurangan dengan reda, syukur dan bersedia untuk bersama-sama menghadapi saat senang dan susah bagai sebuah keluarga besar.

Memang gurulah yang paling terasa bahangnya. Pelaksanaan beberapa program selepas ini betul-betul terbeban di atas batu jemala, kebijaksanaan dan budi bicara guru.

tuntutan elaun terbantut

Kalau dahulu tuntutan elaun merupakan pelincir kepada inisiatif pembangunan sahsiah atau akademik pelajar apabila ada program di luar, kini sedikit sebanyak telah terbantut akibat langkah pemotongan belanjawan. Sebagai guru, apakah sikap kita apabila berhadapan dengan isu sebegini?

Sedikit kesukaran benar-benar menguji keikhlasan Yang lebih penting ialah bagaimanakah caranya hendak mengatasi masalah pemotongan bajet itu dengan cukup bijaksana supaya masalah itu tidak menjejaskan kualiti pendidikan negara.

Jimat cermat

Pendekatan berjimat cermat, mencari duit melalui pelbagai aktiviti serta menggunakan pendekatan kreatif dan inovatif seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai pengupaya dengan cekap dan optimum seperti menzahirkan slogan sekolah tanpa kertas (baca banyak komputer dengan internet) adalah salah satu cara penjimatan yang boleh dilaksanakan.

Mungkin kad laporan pelajar atau pemberitahuan aktiviti tidak perlu lagi menggunakan kertas. Cukup melalui emel atau sistem pesanan ringkas (SMS).

Pada hari ni, bagi ibu bapa yang mempunyai anak di sekolah tentu sedar akan betapa lecehnya terpaksa mengisi beberapa borang yang bertalu-talu daripada pihak sekolah yang dihantar melalui anak masing-masing. Sekolah juga perlu mengamalkan konsep kitar semula kertas.

Bagi projek yang menelan belanja besar, pembiayaan melalui penganjuran dan penglibatan pihak swasta (baca ibu bapa juga yang kena tanggung) mungkin lebih berkesan. Konsep alumni terlibat dengan program sekolah juga boleh dilaksanakan.

Begitu juga konsep sekolah angkat korporat serta memperkenalkan konsep pentadbiran melalui Lembaga Pengarah seperti mana dilaksanakan di sekolah jenis kebangsaan Cina.

Dalam keadaan yang ekstrem, maka pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri perlu secara langsung terlibat mengurangkan beban kerajaan pusat.

Model pengagihan tanggungjawab kepada pihak berkuasa tempatan di negara maju termasuk di Amerika Syarikat (AS) boleh dilaksanakan di negara ini.

Mungkin struktur cukai di peringkat pihak berkuasa tempatan boleh diperluas skopnya, daripada hanya berfokus kepada pembekalan dan penyelenggaraan, kepada tujuan pendidikan menyeluruh.

Sesungguhnya semangat guru tidak boleh pudar dengan pemotongan belanjawan di peringkat kementerian.

Parameter terhadap tindakan dan hasilan boleh 'berundur' sedikit tanpa mencacatkan objektif asal. Sebagai contoh, bagi aktiviti sukan dan rekreasi, maka niat asal untuk melahirkan tubuh badan dan otak yang cerdas perlu menjadi mauduk, bukan untuk tujuan bertanding.

Sukan boleh menjadi rekreasi dan kategori dikecilkan mengikut kesesuaian umur peserta. Pertandingan yang menelan belanja besar seperti acara di peringkat kebangsaan boleh dikecilkan kepada peringkat daerah sahaja.

Namun begitu mata kredit bagi aktiviti untuk pemberat kemasukan ke universiti perlu dirombak dan dipertimbangkan semula. Pelaksanaannya perlu seragam dan menuntut keikhlasan guru.

Begitulah keadaannya. Sebagai kementerian terbesar, ramai yang terasa terpukul dengan langkah penjimatan itu. Semoga kita semua -para guru - cukup waras menghadapi situasi semasa dengan berhemah dan matang. Pengorbanan ikhlas kita, pasti akan mendapat ganjarannya kelak.

Bab pendidikan janganlah lokek sangat Tan Seri Menteri Pelajaran, kesian guru dan ibu bapa yang terbeban dengan berbagai kenaikan sekarang ni.

Sumber: Utusan Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch