Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Isnin, 15 Mac 2010

Sungai masih kering di Kluang








Foto Sungai Sembrong yang kering kontang, sedangkan semasa banjir besar di Johor 2006 jembatan sungai tersebut telah binasa dihanyutkan air, Askar jurutera bertungkus lumus membina jambatan sementara yang menghubungkan jalan utama dari Kluang ke Mersing yang sehingga hari ini masih belum siap-siap lagi.

MEMORANDUM BERKAITAN MASALAH BEKALAN AIR BERSIH KEPADA PENDUDUK DI KLUANG

Dikemukakan pada 12 Mac 2010

oleh Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Mahkota, Kluang Johor Darul Takzim

PENDAHULUAN

Menikmati
bekalan air adalah hak asasi manusia dan ia adalah merupakan keperluan asas. Perkara ini termaktub dalam pelbagai undang-undang antarabangsa, pengisytiharan dan konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada bulan November 2003, Jawatankuasa Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Ekonomi, Kebudayaan dan Sosial (UNECSR) telah mengambil langkah awal apabila mengisytiharkan bahawa hak untuk menikmati kemudahan air adalah hak asasi manusia yang asas dan semua negara hendaklah mewujudkan undang-undang bagi merealisasikan hak untuk menikmati kemudahan air ini. Bermakna, kerajaan sememangnya bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap rakyat yang ada di dalam negara ataupun negeri bawah naungannya mendapatkan hak bekalan air.

Secara tidak langsung, menyediakan bekalan air adalah satu tanggung jawab sosial kerajaan dan bukannya untuk mengaut keuntungan. Jika penswastaan berlaku, pengurusan bekalan air akan lebih cenderung dalam mengaut keuntungan serta meningkat nilai saham kepada syarikat serta pemegang saham syarikat tersebut. Proses penswastaan air di Johor telah pun berlaku dan tempoh selama sepuluh tahun penswastaan sudah tentu dapat dilihat kesannya pada hari ini sejauh mana penswastaan tersebut memberikan impak ataupun kesan kepada kerajaan negeri dan pengguna secara keseluruhannya.

SEJARAH BEKALAN AIR JOHOR

Bekalan air secara rasminya telah berlaku di negara kita bermula daripada tahun 1804 apabila British telah memasang saluran paip air daripada kawasan bukit ke kawasan bandar. Selepas itu bermulalah usaha untuk menyalurkan air bersih kepada pengguna dibuat diseluruh negara secara berperingkat-peringkat sehinggalah negara mencapai kemerdekaan. Apabila negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diberikan tanggungjawab untuk membekalkan air ke seluruh negara. Peranan JKR dalam membekalkan air ini berterusan sehinggalah pada tahun 1988. Pada tahun 1989 Jabatan Bekalan Air (JBA) telah ditubuhkan di Malaysia untuk menguruskan perbekalan air bersih kepada pengguna di Malaysia. Pada 2 Februari 1994, JBA yang menguruskan air di Johor telah diperbadankan dan dikenali sebagai Syarikat Air Johor (SAJ) dan tindakan memperbadankan JBA kepada SAJ merupakan langkah pengkorporatan yang telah dilakukan oleh kerajaan.

BAGAIMANA AIR JOHOR DISWASTAKAN

Setelah Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan minat kerajaan Malaysia untuk melaksanakan polisi penswastaan pada tahun 1983, satu pelan induk yang dinamakan Pelan Induk Penswastaan (PIP) telah digubal dan diwartakan pada tahun 1991. PIP telah mengemukakan enam keperluan dan enam saranan bagi mempercepat dan memperluaskan program penswastaan. PIP juga telah mencadangkan agar Pelan Tindakan Penswastaan (PTP) yang mana akhirnya PTP ini telah mengenal pasti enam kategori berbeza untuk penswastaan. Di antaranya adalah kategori syarikat-syarikat perkhidmatan yang dahulunya dilindungi daripada persaingan kormersial akan diswastakan demi kepentingan pengguna.

Maka, pada awal tahun 1997 kerajaan negeri Johor telah menerima cadangan penswastaan daripada syarikat Lambang Optima Sdn Bhd. (LOSB). Kemuncaknya, pada 19 April 1999 Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Johor yang diketuai oleh Menteri Besar Datuk Abd Ghani Othman meluluskan secara muktamad akan terma dan syarat penswastaan itu.

Menerusi penswastaan SAJ ini, LOSB akan memiliki 80% saham dalam SAJ Holding. Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) yang mewakili kepentingan kerajaan Johor mempunyai 15% saham. Manakala 5% bakinya akan dimiliki oleh kakitangan SAJ dan kerajaan negeri Johor akan memegang satu saham istimewa. Manakala tempoh konsesi yang diberikan kepada SAJ Holding ialah 30 tahun. Kerajaan Johor memilih LOSB kerana LOSB dikatakan mempunyai kepakaran dalam urusan bekalan air, LOSB mempunyai pengalaman dalam bidang air dan kerajaan Johor melihat kemampuan kewangan LOSB untuk melaksanakan penswastaan SAJ.

KESAN PENSWASTAAN AIR JOHOR

Penswastaan air di Johor telah memberikan kesan positif apabila Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) telah berjaya mengurangkan Kadar Air Tidak Berhasil (KATB) ataupun Non Revenue Water di Johor daripada 49% pada tahun 1999 kepada 29% pada tahun 2007. Namun ia juga telah memberikan banyak kesan yang negatif kepada pengguna apabila pengguna terpaksa berhadapan dengan kenaikan tariff air. Sebagai contohnya, sebelum diswastakan perbekalan air sekiranya sebuah rumah menggunakan di antara 1-15 m3 maka jumlah setiap m3 adalah sebanyak RM 0.30 dan jika jumlah yang digunakan di antara16 – 30 m3 air maka jumlah bayaran yang perlu dijelaskan adalah sebanyak RM 0.70 bagi setiap m3 air. Namun kenaikan tarif air telah berlaku pada tahun 2001, penggunaan di antara 1-15 m3 maka jumlah setiap m3 adalah sebanyak RM 0.30 dan jika jumlah yang digunakan di antara16 – 30 m3 air maka jumlah bayaran yang perlu dijelaskan adalah sebanyak RM 0.95 bagi setiap m3 air. Selepas itu, kadar kenaikan tarif diteruskan pada tahun 2003 dengan penggunaan di antara 1-15 m3 maka jumlah setiap m3 adalah sebanyak RM 0.38 dan jika jumlah yang digunakan di antara16 – 30 m3 air maka jumlah bayaran yang perlu dijelaskan adalah sebanyak RM 1.18 bagi setiap m3 air.

ISU : MASALAH PERBEKALAN AIR

Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Mahkota telah menerima banyak aduan berkaitan dengan masalah perbekalan air bersih yang telah mula dicatu oleh Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJH) di daerah Kluang bermula 13 Februari 2009 sehingga 13 Mac 2010 ini berikutan paras air di Sungai Sembrong merosot kepada 0.3 meter iaitu lebih rendah daripada paras kritikal, 0.5 meter.

Mengikut maklumat yang disiarkan melalui media massa, Ketua Komunikasi Korporat SAJH, Jamaluddin Jamil telah memaklumkan bahawa SAJH akan memastikan agihan yang dibuat melibatkan semua kawasan. Justeru orang ramai dinasihatkan tidak perlu bimbang kerana bekalan air masih mencukupi dan perlu menggunakan sebaik-baiknya bekalan berkenaan. Dinyatakan bahawa sebanyak 19 lori tangki telah diperuntukkan mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi kawasan Paloh, Chamek dan Nyior.

Namun, mengikut aduan yang diterima, sejak akhir-akhir ini jadual perbekalan yang disediakan oleh SAJH tidak dapat diikuti dengan sepenuhnya sehingga menyebabkan berlakunya kawasan-kawasan yang tidak menerima bekalan air selama dua hari berturut-turut sebagai contohnya Taman Sri Kluang dan kawasan-kawasan lain.

Malah, ada juga ketikanya bekalan air terus dihentikan pada waktu tengah malam sebelum sempat pengguna menadah dan menyimpan air untuk kegunaan pada hari yang berikutnya. Kelemahan dalam pengurusan catuan perbekalan air bersih kepada pengguna ini telah menyebabkan kesusahan yang dihadapi oleh pengguna.

Namun, harapan pengguna untuk keluar daripada proses percatuan air ini tidak kesampaian apabila SAJH telah mengeluarkan satu jadual baru catuan air yang akan bermula pada 13 Mac sehingga 14 April 2010 yang akan datang.

KRISIS AIR DI KLUANG BUKAN KALI PERTAMA

Masalah bekalan air di Kluang bukanlah pertama kali pernah berlaku kerana pada tahun 2005 telah berlaku krisis bekalan air yang melibatkan beberapa buah daerah di Johor iaitu Kluang dan Batu Pahat. Media arus perdana telah menyiarkan berita berkaitan dengan krisis ini, di antaranya :-

• SAJH kesan tiga kimia di Sungai Semberong (Berita Harian ; 10 Mei 2005),
• Catuan Air Jika Bekalan Kritikal (Utusan Malaysia : 10 Mei 2005),
• Cadang Guna Dua Sumber Bekalan Air (Utusan Malaysia : 11 Mei 2005)
• Bekalan Air Tercemar Punca Gangguan Air (Berita Harian : 31 Mac 2005)

Pada 11 Mei 2005 disiarkan di dalam Utusan Malaysia kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Abd Ghani Bin Othman telah mencadangkan agar Sungai Kahang dan Empangan Machap dijadikan sebagai sumber bekalan air bagi Empangan Semberong Barat yang semakin kritikal di mana paras air semakin meruncing ke tahap 7.09 meter kerana empangan ini bergantung sepenuhnya kepada air hujan.

Pada 10 Mei 2005, disiarkan pula di dalam Utusan Malaysia bahawa catuan air bagi seluruh Daerah Batu Pahat dan Kluang akan dibuat dalam tempoh satu minggu lagi jika sumber bekalan air semakin kritikal.

Pada 9 Mei 2005 pula, Berita Harian mendedahkan bahawa Syarikat Air Johor Holding (SAJH) telah mengesan tiga bahan kimia di Sungai Semberong sehingga mencemarkan dan menjejaskan operasi di Loji Air Parit Raja, Batu Pahat yang dikatakan telah dapat dikesan sejak awal tahun 2005 di Sungai tersebut.

Pada 31 Mac 2005 disiarkan di dalam akhbar Berita Harian tentang bekalan air tercemar menjadi punca gangguan air disekitar Daerah Batu Pahat. Puncannya adalah kerana aktiviti pembakaran, pembajaan dan kerja-kerja meracun oleh pekebun di sepanjang sungai tersebut.

Dua memorandum telah diserahkan kepada YAB Menteri Besar Johor berkaitan dengan masalah bekalan air ini iaitu daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DDPNJ) pada 20 Mei 2005 dan Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Air Johor (JBSAJ) pada 29 September 2005 (rujuk lampiran). Kedua-dua memorandum telah mendedahkan sebab-sebab krisis air berlaku dan telah mencadangkan beberapa alternatif untuk mengatasi masalah ini.

Isu bekalan air bersih ini juga telah mendapat perhatian daripada Tengku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail yang kini merupakan Sultan bagi Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim yang telah bertitah pada 20 Januari 2007 meminta kerajaan negeri memandang serius tanggungjawab penyelenggaraan empangan Semberong yang menjadi kawasan tadahan air. Baginda telah melahirkan rasa kurang senang dengan keadaan persekitaran empangan tersebut kerana terdapat sapah sarap di dalam empangan yang membekalkan air kepada rakyat Johor.

Titah baginda ketika mengadakan lawatan ke empangan semberong ;

“Ini adalah satu pengajaran dan kerajaan negeri diminta tengok Empangan Sembrong ini dengan serius. Jangan biarkan sampah penuh kerana ini akan menghalang aliran air dan bila tersumbat inilah yang akan menyebabkan banjir”.

Baginda juga menitahkan kerajaan negeri supaya mengambil tindakan terhadap sebarang pencerobohan yang dikesan di sekitar kawasan empangan itu.

“Sekiranya benar ada pencerobohan, kerajaan negeri kena ambil tindakan serta-merta. Ini melibatkan kesan jangka panjang kawasan empangan”

DESAKAN

Merujuk kepada jadual baru catuan air yang telah disiarkan di dalam laman web rasmi SAJH yang mana ia memberikan isyarat bahawa bekalan air bersih masih belum dapat dipulihkan maka PAR Zon Mahkota mendesak supaya :-

1. SAJH memastikan bahawa jadual catuan air yang telah ditetapkan dipatuhi sepenuhnya tanpa pengecualian. Mana-mana jadual catuan air yang gagal disempurnakan oleh SAJH maka penghantaran air dengan menggunakan lori tangki hendaklah disediakan secepat yang mungkin untuk mengelakkan pengguna terbeban dengan lebih banyak masalah.

2. SAJH ‘turun padang’ untuk menjelaskan kepada pengguna berkaitan dengan isu ini dan PAR Mahkota bersedia untuk menguruskan pertemuan SAJH dengan pengguna di Kluang.

3. Menyediakan lori tangki bekalan air bersih kepada pengguna bukan hanya untuk penduduk di Paloh, Nyior dan Chamek sahaja tetapi juga untuk mana-mana kawasan yang telah dihentikan bekalan air bersih lebih daripada sehari.

4. SAJH bertindak dengar segera untuk mengatasi masalah bekalan sumber air yang disalurkan ke empangan.

Sekian, wassalam.

2 ulasan:

  1. ya betul kontang,

    perhatikan konkrit ditengah itu adalah sangga/tiang jambatan yang tak siap lagi.

    Jom solat minta hujan...

    BalasPadam

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch