Tahniah Mafrel, Laporan Mafrel mesti diserah kepada parlimen dan bagi tahu semua rakyat untuk buat perbandingan.
sebenarnya kalau nak ikutkan, SPR dibawah Jabatan Perdana Menteri pun sudah menyalahi peraturan pilihanraya yang sepatutnya badan ini bebas di bawah perlimen.
Noh Omar tak menafikan pulak kerajaan pusat bagi rasuah pilihanraya...amalan dulu kini selamanya Umno...
Noh: Mafrel tak layak lagi pantau pilihan raya
Salhan K Ahmad - Malaysiakini
Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar melabelkan badan pemantau pilihan raya, Mafrel, sebagai alat pembangkang kerana didakwanya tidak bersikap bebas dalam menyatakan pandangannya.
Noh menyatakan demikian dengan merujuk satu kenyataan pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh hari ini yang menyelar tindakan kerajaan pusat meluluskan projek perumahan dan sekolah kepada penduduk di Hulu Selangor.
Syed Ibrahim dipetik akhbar Sinar Harian hari ini sebagai berkata, tindakan tersebut menyalahi peraturan pilihan raya.
Noh berkata, kenyataan seperti itu menunjukkan Syed Ibrahim tidak memahami peraturan dan juga pihak berkuasa terlibat dalam pengurusan pilihan raya.
"Dulu, Mafrel dilantik SPR sebagai badan pemantau bebas.
"Kalau betul-betul bebas, kenapa tidak pertikai sumbangan daripada kerajaan negeri (Selangor) juga?," soalnya.
"Kalau betul-betul bebas, kena tegur dua-dua. Mengapa ditekankan kepada kerajaan persekutuan sahaja.
"Dia kata badan bebas, memantau pilihanraya. Tapi laporannya dihantar ke mana? Adakah hantar kepada SPR?" soalnya.
Katanya lagi, SPR perlu melantik badan yang benar-benar bebas tanpa mempunyai kecenderungan politik seperti Mafrel.
"Kalau nak lantik, lantiklah badan lain yang tidak ada kecenderungan politik... Bukannya badan yang berat sebelah, yang tidak faham peranan mereka, yang tidak faham tanggungjawab SPR, polis, PBT dan dia hanya buat kenyataan hanya bagi pihak dan suara pembangkang supaya rakyat marah dengan kerajaan persekutuan.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
-
RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT
DI BALIKHALAS
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan