RM2.461 bilion bantu kontraktor Kelas F
KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan RM2.461 bilion di bawah Program Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) bagi membantu mengagihkan projek kepada kontraktor Bumiputera Kelas F, persidangan Dewan Rakyat diberitahu, semalam.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung berkata, peruntukan khas Kementerian Kewangan itu disediakan untuk pelaksanaan program PIA yang dikhaskan kepada kontraktor kelas F sepanjang tempoh lima tahun ini.
“Di bawah Program Projek Infrastruktur Asas (PIAS) pula, sebanyak RM2.972 bilion peruntukan disediakan untuk tempoh empat tahun bermula 2006,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Bung Mohktar Radin (BN-Kinabatangan) yang mahu tahu pencapaian dan prestasi golongan Bumiputera dalam bidang ekonomi terutama kontraktor kecil, menengah dan kelas A.
Bagaimanapun, Chee Heung berkata, melalui pelaksanaan PIA dan Pias tidak bermakna pengagihan projek dibuat secara terus kepada kontraktor kelas F.
“Usaha membangunkan kontraktor Bumiputera supaya lebih berdaya saing masih diteruskan melalui perolehan secara sebut harga bagi memastikan golongan ini berdaya saing dan meningkatkan bina upaya masing-masing,” katanya.
Sementara itu, dalam isu sama, Kementerian Kerja Raya memaklumkan bahawa kontraktor Kelas F masih boleh mengambil bahagian dalam sesuatu projek menerusi kaedah sebut harga.
Timbalan Menterinya, Datuk Yong Khoon Seng berkata, pada 2008 kontraktor Kelas F diberi peluang turut serta dalam 10 peratus daripada projek bernilai RM10 juta dan perkara tersebut masih diteruskan.
“Bagaimanapun, kalau dulu kontraktor Kelas F boleh latih sendiri kontraktor kecil mereka dan kementerian luluskan kini kita akan buat secara terbuka dan telus untuk kontraktor kecil ini dijemput turut serta dalam sebut harga,” katanya.
pendaftaran kontraktor kelas F dihentikan April tahun lepas
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Hamim Samuri (BN-Ledang) yang mahu tahu bagaimana kementerian membantu kontraktor mendapatkan peluang kerja dan latihan sejak pendaftaran Kelas F dihentikan April tahun lepas, serta bilakah pendaftaran F akan dibuka semula memandangkan ramai belia dan lepasan kemahiran yang berminat menjadi kontraktor Kelas F. - Sinar
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
-
RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT
DI BALIKHALAS
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan