Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Sabtu, 17 Julai 2010

Barang naik: Benar dakwaan Idris Jala Malaysia Bankrap


PULAU PINANG, 16 Julai: Tindakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) menaikan harga minyak dan gula mulai semalam mengesahkan kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala bahawa negara boleh 'bankap' pada tahun 2019 sekiranya kerajaan tidak bertindak cepat memotong subsidi beberapa barangan keperluan rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Rosidi Husein berkata langkah drastik itu terpaksa dibuat kerajaan Umno BN demi menyelamatkan keadaan ekonomi negara yang kian mengucup walaupun ada menteri masih mempertahankan ekonomi negara berkembang ke tahap yang menyakinkan.

"Apa yang diperkatakan oleh Idris Jala betul dan tidak boleh dinafikan. Untuk mengelak daripada berlaku kejadian yang buruk itu kerajaan terpaksa melakukanya mulai sekarang bukan menanti saat mencemaskan," ujarnya ketika diminta mengulas kenaikan barangan terpenting itu.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak juga kelihatan tidak berani memberi ruang kepada Ahli Parlimen untuk berbahas mengenai isu kenaikan harga minyak dan barangan lain sebaliknya mengistiharkan kenaikan selepas sahaja persidangan Parlimen selesai.

Sikap itu membuktikan apa saja yang kerajaan buat akhirnya untuk menyelamatkan kroni tanpa mengambil tahu kemarahan rakyat di peringkat akar umbi.

"Rakyat harus memikirkan kenaikan tersebut kerana kenaikan harga minyak pasti membuatkan harga keseluruhan barangan keperluan seharian termasuk harga makanan akan meningkat, " jelasnya.

Lazimnya menteri akan bercakap kenaikan harga minyak masih rendah berbanding harga di negara membangun lain termasuk Asean.

Manakala setiap kali ura-ura kenaikan berlaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Ismail Sabri Yaacob akan memberi jaminan kepada rakyat kenaikan tidak akan berlaku tetapi bila jadi kenyataan beliau sendiri lepas tangan dengan kenyataan lain pula.

Semalam kerajaan mengistiharkan kenaikan harga gula kepada 25 sen sekilogram, petro RON95 dan Diesel naik 5 sen dan gas LPG sepuluh sen sekilogram.

2 ulasan:

  1. Bismillah..
    sudah tiba masanya kita patut tumbangkan kerajaan umno/bn bengong ini...kerna menyusahkan rakyak...

    BalasPadam
  2. kerajaan tidak telus dlm menguruskan negara...

    saya kira baru 1 minggu atau 2 minggu lepas si mangkuk Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna menggatakan harga gula TIDAK AKAN NAIK, akibat dari kes kekurangan gula dipasaran. Tapi sekarang rakyat lihat sendiri apa yg telah berlaku, harga 2 komoditi terpenting itu tetap dinaikkan. Justeru itu jumlah penjimatan itu sekitar rm750juta sama dgn ura2 jumlah pembayaran yg harus dibuat oleh kerajaan terhadap agensi penasihat APCO. (Dakwaan Penasihat parti PKR itu ada asasnya)

    Semakin kita dewasa seiring dgn teknologi dan semakin kita matang, kerajaan BN semakin menjengkelkan di mata rakyat.

    Kalo satu masa dahulu kita boleh pangkah kertas undi dgn mata tertutup, tapi tidak pada hari ini. Kita perlu meneliti dahulu sebelum memangkah kertas undi.

    "FIKIR DULU SEBELUM BUANG"

    BalasPadam

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch