YANG TERBANG BERTABURAN
UTARA : SPRM SIASAT SURAT LAYANG – berita hairan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan terhadap kandungan surat layang mendakwa berlaku penyelewengan membabitkan pemberian konsesi balak berjumlah RM21.5 juta sepanjang 11 bulan pemerintahan pakatan pembangkang di Perak.
Pengarah SPRM negeri, Nooraziah Abd Manaf, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan dengan menjadikan kenyataan yang disiarkan di dalam media sebagai asas siasatan itu.
“Memang sehingga hari ini (kelmarin) SPRM Perak tidak menerima sebarang laporan rasmi daripada mana-mana pihak mengenai kes berkenaan.
“Bagaimanapun, SPRM boleh menjalankan siasatan pada bila-bila masa dengan menjadikan laporan media itu sebagai perkara asas sebelum mengambil tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
Beliau mengulas laporan media mengenai surat layang dipercayai tersebar luas di kalangan pemimpin DAP Perak berhubung dakwaan penyelewengan berkenaan.
Surat tanpa tarikh dan tidak bertanda tangan itu disertakan lima muka surat menyenaraikan 103 syarikat balak yang menerima konsesi oleh pentadbiran pakatan pembangkang yang ketika itu diketuai Mohammad Nizar Jamaluddin.
Surat bertajuk, ‘Ke mana pergi hilang RM21.5 juta, peruntukan (donation) diberi oleh 43 syarikat pembalak telah diberi kelulusan dalam masa 10 bulan kerajaan pakatan pembangkang 2008’ berkenaan turut menyenaraikan jumlah wang, nama penerima serta kawasan balak yang diberi kepada ahli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen DAP negeri itu.
Nooraziah berkata, SPRM akan mengenalpasti kesahihan surat layang itu dan kertas siasatan akan dibuka jika terbukti kegiatan rasuah serta penyelewengan berkenaan wujud.
TT kata
CUKUP HEBAT…. CUKUP GEMPAK…SYABAS !
AKAN MELAKUKAN SIASATAN SEGERA
HANYA BERDASARKAN SURAT LAYANG
SPRM MACAM ULTRAMAN AKAN BERGERAK PANTAS
SABAR DULU… MAI SINI NAK TANYA
BERIBU RIBU LAPORAN YANG DULU…. SENYAP AJE
BUKAN SURAT LAYANG…. ADA NAMA ALAMAT DAN POTOKOPI KAD PENGENALAN
KES KHIR TOYO ENJOY KE DISNEYLAND
KES MAT HASSAN BAWA DUIT KELUAR NEGERI
ADA LOPORAN ... TAK SIASAT JUGA ?
KES SAMSENG KAUTIM DENGAN PEGAWAI POLIS
TAK ADA JUMPA FAIL KE ?.... ATAU FAIL HILANG?
JANGAN RISAU… MALAYSIA TODAY ADA SALINAN
nota:
dapat dilihat jelas bahawa sprm ini
bukan badan pencegah rasuah
tapi barua gerombolan nak
bagi pakatan rakyat susah
dan kempen seolah olah
pakatan pun sama terlibat rasuah
kalau tak ada rasuah – boleh
pasang rasuah macam kes
china doll di ipoh
nota:
kalau kes pakatan
siasat sampai mati
kalau gerombolan
kes dilapor terus mati kah kah kah
BUKTI NYA ? APA TINDAKAN SPRM BILA BACA BERITA INI?
PERTIIKAI HARTA MAYC DIPINDAH - melayau
KUALA LUMPUR 10 Okt. – Kepimpinan Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) hari ini melahirkan rasa curiga terhadap usaha bekas Presidennya, Syed Hamid Albar yang memindahkan harta dan liabiliti MAYC kepada Yayasan MAYC – yang didaftar sebagai syarikat pada awal tahun 1990-an.
Presiden MAYC, Akhramsyah Muamar Ubaidah Sanusi berkata, pemindahan harta MAYC kepada yayasan itu yang dibuat pada 26 September lalu akan menyaksikan aset bernilai berjuta-juta ringgit itu terus kekal di bawah kuasa Syed Hamid.
“Lebih membingungkan lagi, saya diberitahu bahawa keahlian yayasan tersebut akan dibuat secara terbuka sedangkan ia bukanlah persatuan apatah lagi apabila didaftarkan sebagai syarikat.
“Jadi keputusan menghidupkan semula sesebuah yayasan harus diperjelaskan secara terperinci termasuk mengenai pemegang amanah, penerima manfaat dan sebagainya bukan dilakukan secara terburu-buru,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia di majlis rumah terbuka anjuran MAYC di kediamannya di sini hari ini.
Akhramsyah juga memberitahu, seharusnya perpindahan harta dan liabiliti tersebut perlu dipersetujui melalui mesyuarat agung tahunan (AGM).
Sementara itu, Setiausaha Agung MAYC, Ahmad Ansor Muhd. Rivai Batubara berkata, hanya segelintir ahli sahaja yang dipanggil untuk menghadiri AGM tersebut seolah-olah mahu menyembunyikan sesuatu.
“Kenapa ahli MAYC yang terdiri daripada golongan korporat dan profesional tidak dipanggil ke AGM tersebut?
“Saya lihat ini satu pencabulan hak dan perlu diambil tindakan yang tegas bagi mengelakkan salah guna kuasa ke atas harta MAYC kelak,’’ tegasnya.
SPRM ... INI LAPORAN AKHBAR PAGI INI
BUKAN SURAT LAYANG
BILA NAK BERTINDAK
APAKAH KERANA INI GEROMBOLAN MAKA ... TAK ADA TINDAKAN..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan