Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Rabu, 30 Jun 2010

Sultan Johor Peroleh Lesen Memandu Kereta Api



Sultan Johor Sultan Ibrahim almarhum Sultan Iskandar menerima replika sijil kelayakan memandu lokomotif. Foto BERNAMA: Shaifuldin

JOHOR BAHARU, 28 Jun (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari Isnin tiba di JB Sentral setelah menamatkan program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010, dengan menggunakan kereta api sebagai pengangkutan utama, yang meliputi empat daerah di negeri ini.

Baginda dan rombongan diraja serta peserta kenamaan tiba di JB Sentral pada pukul 5 petang dan disambut kira-kira 500 rakyat jelata.

Selepas memandu sendiri kereta api dan melakukan prosedur 'turn table' bagi memusingkan lokomotif 86 tan dalam tempoh 10 minit di Stesen Gemas, Negeri Sembilan pada pagi ini, Sultan Ibrahim telah layak menerima Lesen Memandu Lokomotif Kelas 26.

Lesen itu diserahkan kepada baginda oleh presiden Lembaga Pengarah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Dr Aminuddin Adnan pada satu majlis di stesen tersebut.

Dengan itu juga, baginda menjadi sultan pertama memandu kereta api sejauh 391.3 kilometer selama tiga hari sejak Jumaat lepas.

Ini diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) dan sijil pengiktirafan disampaikan kepada baginda oleh pengarah urusan MBOR Datuk Danny Ooi.

Dalam ucapan pada majlis penutupan kembara itu di JB Sentral, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman melahirkan rasa bangga rakyat Johor atas kejayaan Sultan Ibrahim memperoleh lesen tersebut.

"Sesungguhnya Kembara Mahkota Johor 2010 ini sangat istimewa kerana Duli Yang Maha Mulia Tuanku sendiri memandu kereta api," katanya.

KMJ edisi ke-12 dimulakan pada 2001 hasil cetusan Sultan Ibrahim sendiri ketika menjadi Tunku Mahkota Johor yang bertujuan mendekatkan hubungan keluarga diraja Johor dengan rakyat itu turut disertai isteri baginda, Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris, dan dua anakanda baginda iaitu Tunku Aminah serta Tunku Idris.

-- BERNAMA

Bahaya SMS sedang memandu


Assalamualaikum wbt semua,

Kali ni saya nak kongsi kisah mengenai akibat anda leka membalas/menaip SMS sewaktu sedang memandu, inilah akibatnya akibat kecuaian kita sendiri.

Kisah ini berlaku di luar negara. Si pemandu terleka ketika sedang asyik membalas SMS rakan-rakan sehingga akhirnya tidak menyedari bahawa keretanya telah tersasar memasuki lorong bertentangan dan akhirnya merempuh sebuah trak yang sedang melalui arah bertentangan.

Keseluruhan keretanya remuk dengan teruk dan si pemandu tidak dapat diselamatkan akibat tersepit di tempat pemanduan. Sebuah kemalangan yang tragis. Sila rujuk gambar-gambar di bawah untuk lebih lanjut.







Umno atau Felda yang perlu saman Suara Keadilan?

Dua bulan yang lalu 4 orang pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi datang berjumpa saya untuk ditemuramah berkaitan dengan blogger .

Antara perkata yang saya perkatakan ialah "jangan sesekali memperlekehkan Felda kerana felda yang terbaik untuk orang melayu..tetapi kerana tangan-tangan politik meyebabkan felda banyak masaalah..."

Apa rasionalnya Felda nak saman Suara keadilan..?

Apakah itu langkah terbaik yang Felda pilih..?
Mengapa Felda tunduk dengan kehendak umno (Dato' Ahmad Mazlan)..?
Adakah Ketua-ketua Peneroka tahu keadaan sebenar...?.atau yes man depan ketua ...?..atau tak perlu berfikir lalu semuanya benar...?

Dalam Suara keadilan tajuk utama "Felda bangkrap" isi dalam apa dia...?...
Sebagai contoh membungkus nasi yang dah berbau lalu ditulis diluar "nasi basi"..bukankah lama kelamaan ia akan basi juga....?...

100% peratus saya tidak setuju Felda menyaman Suara Keadilan tetapi saya setuju 100% dan menyokong penuh UMNO menyaman Suara keadilan dalam kes ini.

Kalau perkara ini tidak benar Felda sepatutnya buat satu laporan kedudukan yang sebenar...Peneroka ternanti-nanti perkara ini....kita ada Suara Felda.... Kita ada Ketua Peneroka...Kita ada Pengurus Rancangan...Kita ada JKKR...

Felda sepatutnya tidak terikut-ikut rentak politik...
Felda tidak sepatutnya membazir duit dengan kes saman-menyaman ini.....

Biar UMNO yang buat ....kerana umno banyak duit.....dalam kes ini belum tentu umno menang.....

Tapi saya yakin umno tak akan buat saman ini.....ini cuma ajenda politik sahaja...kalau nak saman juga dia suruh Felda lepas tu dia menyorok belakang pokok......kalau berlaku sesuatu..bukanya dia ...tapi Felda ...dia lepas tangan....

Kita juga yang rugi ...habis duit felda .....

Saya ulang sekali lagi...saya setuju umno menyaman Suara Keadilan dalam kes ini ...

Apabila ia dibicarakan dalam mahkamah kedua belah pehak membawa hujah....

Baru dunia tahu kedudukan sebenar.....
Baru Peneroka tahu kedudukan yang sebenar....

Dalam mahkamah mana boleh tipu......

Itu sebabnya saya setuju Umno saman Suara Keadilan.....

Kalau ada orang tanya "umno mana boleh saman Suara Keadilan sebab ini kes Felda ...Beritahu dia ..undang-undang dia buat tepuk dada tanya diri.."

Penasihat Undang-undang dari Pejabat Peguam Negara bias

Negeri-negeri Pakatan Rakyat akan melantik penasihat undang-undang mereka sendiri dan memberhentikan amalan sekarang yang mana jawatan berkenaan diisi oleh perwakilan daripada Pejabat Peguam Negara.

Pada sid
ang media oleh pemimpin Pakatan di parlimen, hari ini, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan itu perlu berikutan 'kecuaian' oleh penasihat undang-undang yang dilantik oleh kerajaan persekutuan.

"Kita akan mencadangkan negeri-negeri Pakatan supaya melantik sendiri peguam mereka sebagai penasihat undang-undang,” kata Anwar.

"Ini kerana pejabat peguam negara tidak berkecuali. Mereka mewakili kepentingan kerajaan Umno-BN. Ini menyebabkan banyak masalah kepada pentadbiran negeri-negeri, sebagai contoh di Kelantan seperti yang dijelaskan oleh exconya hari ini,” katanya.

Bagaimanapun Anwar tidak mengulas lanjut masalah yang dihadapi di Kelantan itu.

Penasihat undang-undang di negeri-negeri Pakatan Rakyat sejak pilihan raya umum 2008 seringkali bertindak dan membuat keputusan yang bercanggah dengan kerajaan negeri. Paling ketara, ia berlaku di Perak sebelum kerajaan negeri Pakatan ditumbangkan.

Di Selangor pula, penasihat undang-undang negeri didakwa melenggahkan hasrat kerajaan negeri menjadikan dokumen konsei perjanjian air sebagai dokumen awam.

Mengulas laporan Berita Harian semalam yang memetik kenyataan Pemuda Umno bahawa nisbah kaum Melayu yang mendaftar sebagai pengundi berbanding Cina adalah 40:1, Anwar berkata, Suruhanjaya pilihan Raya (SPR) seharusnya mengeluarkan angka tepat dan tidak menimbulkan rasa takut di kalangan masyarakat.

Beliau berkata, dalam keghairahan SPR menyokong kenyataan Pemuda Umno, SPR seakan-akan lupa bahawa laporan sebegini hanya memperlihatkan kegagalan badan itu dalam menarik minat rakyat yang layak untuk mendaftar sebagai pengundi.

"Ini memperlihatkan kegagalan SPR dalam menjalankan tugas mereka dengan berkesan," kata Anwar.

Anwar sebulat suara menyokong pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengesyorkan SPR supaya melaksanakan daftar pengundi secara automatik.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula mencabar SPR untuk memberikan angka yang sebenar bagi membuktikan apa yang diperkatakan Umno adalah benar

Isnin, 28 Jun 2010

Presiden miskin disukai RAKYAT




Presiden baru Uruguay, Jose Mujica mungkin menjadi salah seorang pemimpin paling miskin apabila beliau mengisytiharkan harta kekayaan miliknya ialah sebuah kereta Volkswagen Beetle.

Kereta itu berusia 23 tahun dan bernilai kira-kira AS$1,900 (RM6,220). Menurut deklarasi hartanya, bekas pemimpin gerila itu tidak mempunyai akaun bank dan aset lain. Manakala sebuah ladang bunga yang kecil pula diletakkan atas nama isterinya.
Pendapatan yang dilaporkan dalam deklarasi itu hanya gajinya sebagai Presiden iaitu kira-kira AS$11,000 (RM36,014) sebulan.

Presiden tersebut memberikan 20 peratus daripada pendapatan bulanan itu kepada pergerakan politiknya.

Beliau yang berumur 75 tahun menjalani kehidupan dengan penuh kesederhanaan. Inilah pemimpin yang disokong oleh rakyat Uruguay yang agak terkehadapan dalam sukan bolasepak.

Mereka benci pemimpin elit kapitalis yang boros dan tidak ragu-ragu dalam pilihanraya mereka memilih pemimpin yang sederhana sama taraf dan kufu dengan rakyat jelata.

GAMBAR fail pada 2009 menunjukkan Jose Mujica bekerja di ladang bunga milik isterinya sebelum menjadi Presiden Uruguay.

Indahnya Islam : Sukarelawan England mengucap syahadah


Istanbul- Ahad 23 mei 2010. Jam 10 malam waktu Istanbul, di hadapan pejabat IHH Insani Yardim Vakfi di Fateh, bersempena dengan keberangkatan konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, telah diadakan acara kesyukuran sempena kemasukan Peter Veana, 63 tahun, ke dalam agama Islam.

Peter yang merupakan seorang berasal daripada Isle of Wights di Selatan England, kemudiannya menukar nama beliau kepada Muhammad Fatih.

Acara tersebut berlangsung sederhana dan sangat mengharukan, di antara anggota rombongan ada yang memberikan hadiah spontan berupa kopiah, baju jubah dan tasbih.

Turut hadir memberikan ucapan tahniah dan doa selamat kepada Peter termasuklah Dr. Nawaf Takruri Ketua Persatuan Ulama Palestina di Syria, Syekh Abdul Ghani Atamimi Ketua Persatuan Ulama Palestina di Luar Negeri, dan juga hadir Ust Ferry Nur, ketua KISPA Indonesia.

Laungan takbir bergema di depan pejabat IHH pada malam itu sebagai ungkapan haru atas hidayah dan anugerah yang telah diberikan Allah kepada Muhammad Fatih.

Beliau pernah menyertai rombongan Viva Palestina ke-3 pada bulan Januari tahun 2010 yang lalu, sekarang dengan penuh kesedaran yang tinggi masuk ke dalam agama Islam.

Di saat Israel menyekat bantuan ke GAZA kita lihat kapitalis Adidas kuasai bola Piala Dunia

Kehangatan deman Piala Dunia masih berlangsung dan semakin panas. Apa kata kalau kita mengenali bola-bola yang pernah digunakan dalam piala yang begitu tersohor di planet bumi untuk pengetahuan bersama.

1930-Uruguay 13 Julai-30 Julai 1934

1934-Itali, bola yang sama pada 1930 27 Mei-10 Jun 1934

1938-Perancis

04 Jun-19 Jun 1938


1950-Brazil

24 Jun-16 Julai 1950

1954-Switzerland 16 Jun-14 Julai 1954

1958-Sweden 8 Jun-29 Jun 1958



1962-Chile 30 Mei-17 Jun 1962



1966-England 11 Julai-30 Julai 1966



1970-Mexico 31 Mei-21 Jun 1970. Telstar-Adidas




1974-Jerman Barat 13 Jun-07 Julai 1974. The Telstar Durlast-Adidas



1978-Argentina 01 Jun-25 Jun 1978. Tango Durlast-Adidas



1982-Sepanyol 13 Jun-11 Julai 1982. Tango Espana-Adidas



1986-Mexico 31 Mei-29 Jun 1986. Azteca Mexico-Adidas



1990-Itali 08 Jun-08 Julai 1990. The Unico Etrusco-Adidas



1994-Amerika Syarikat 17 Jun-17 Julai 1994. Questra-Adidas



1998-Perancis 10 Jun-12 Julai 1998. Tricolore-Adidas



2002-Korea Selatan & Jepun 31 Mei-30 Jun 2002. Fevernova-Adidas



2006-Jerman 09 Jun-09 Julai 2006. Teamgeist- Adidas


2010-Afrika Selatan 11 Jun-11 Julai 2010. Jabulani-Adidas

Bermula 1970. Bola Piala Dunia dikuasai oleh Adidas. Kapitalis Adidas dari Jerman mendapat hak menaja bolasepak Piada Dunia.

Kita seronok dan bangga main bola dan guna jenama ini tetapi selepas piala dunia bolasepak selesai, masuk bulan syaaban dan ramadan apakah saudara kita di Gaza dapat meraikaan bulan mulia itu dengan selamat atau dengan LETUPAN torpedo dari jet Israel?

Surat murid salafi kepada gurunya yang berpaling masuk Umno


Kata manhaj salafi tapi sokong kezaliman UmnoBN, Dewan Ulama dan Dewan Pemuda PAS jangan berdiam diri, mohon proaktif atasi kecelaruan ini, mungkin mereka masih boleh dipujuk dan diajak berunding, atau mereka kena ancam ISA...

Murabbi yang ana kasihi,

Penyertaan ustaz ke dalam UMNO, bukanlah suatu yang sangat mengejutkan ana kerana ana sedia maklum hubungan ustaz dengan UMNO sebelum ini.

Ana tahu ustaz, bahawa UMNO sedang mempergunakan ustaz dan geng- geng ustaz sebagai alat politik mereka. Kita boleh menutup mata bila berdepan dengan sejarah, tetapi sejarah tidak pernah menipu kita. Lihat apa yang terjadi kepada saudara Anwar Ibrahim. Mereka sangat memerlukan undi Melayu pada saat ini kerana pilihanraya semakin hampir.

Cumanya pada kali ini, ana memilih untuk berlaku naif. Ana bukannya tidak dapat membaca tindakan politik UMNO yang saya benci, tetapi kethiqahan ana kepada Ustaz menyebabkan ana terasa ingin menasihati ustaz.

Oleh kerana parti adalah wasilah dan segala jamaah adalah wasilah , oleh sebab itulah wasilah- wasilah ini dengan realiti yang ada sentiasa berijtihad bahawa cara ustaz antara cara terbaik.

Kita tahu bahawa parti politik hanyalah sebuah wadah perjuangan dan hukum menyertai UMNO bukanlah bermaksud menjadi kafir atau murtad.

Kita bersetuju sekiranya kemasukan ke UMNO itu adalah dengan niat untuk berdakwah dan mengubah keburukan menjadi kebaikan dengan cara mendekati penyokong UMNO.

Itu adalah bidang ijtihad yang tiada siapa berhak menghukum dosa dan pahala kecuali Allah SWT.

Jujurnya memasuki pada waktu genting seperti ini membawa beberapa tanggapan yang bercampuk aduk ketika ini. Memasuki UMNO ketika UMNO sangat pro- Amerika dlm pendirian praktis dan lisan menyebabkan ustaz akan ditimpa masalah imej dikalangan rakyat. Sedangkan menerima hadiah daripada pemerintah pun dielak oleh salafussoleh agar mulut mereka tidak takut menegur kesalahan pemerintah.

Ana mengharap para ustaz yang masuk kali ini, oleh kerana mereka banyak menegur dan membasmi kejahatan walaupun bid'ah yg kecil dalam ceramah mereka sebelum ini(satu perkara yg baik), maka kalau ustaz membisu dengan kemaksiatan yg nyata dilakukan oleh UMNO, kedudukan ustaz akan terhina di sisi umat.

Syeikh yang ana kagumi,

Ana ingin mencabar ustaz menggunakan wasilah yg ada untuk membasmi kezaliman UMNO yang nyata dan pendirian politik antarabangsa pemimpin UMNO yang ke arah cara pemerintahan kafirin sekarang ini. Harap ustaz merealisasikan usul- usul perjuangan Sheikh Muhammad yang jelas menentang MUWALAT ini dalam kebanyakan kitab beliau. Kalau tidak , tinggalkan nama perjuangan sunnah ustaz kerana ustaz sedang merosakkan nama pejuang sunnah itu.

Sesungguhnya tugas Ustaz sangatlah berat apabila berada dalam UMNO. Mana Ustaz nak tangkis fitnah dari pentaksub parti pembangkang lagi, mana nak berdepan dengan najis mughallazah dalam UMNO sendiri dan sebagainya.

Ustaz Fathul Bari yang ana muliakan,

Seperkara lagi Ustaz, ana harap Ustaz berjaya melakukan ta'awun bukannya tuhdod. Ta'awun maksudnya di sini pengislahan sistem UMNO yang sekular kepada Islam. Dalam masa ustaz melakukan kerja dakwah ustaz, jangan pula melakukan tuhdod yakni membantai kerja dakwah pejuang di sebelah sini, PAS. Kalau ustaz hentam kerja dakwah ulama' PAS, ustaz tunggu ana langgar ustaz. Hehe...

Apapun ana ucapkan selamat berjaya kepada ustaz. Ana mengambil ketetapan falsafah bahawa UMNO atau PAS atau pemimpin HANYAlah asbab sementara sahaja. Bukan akidah.

Ana tidak beriman kepada jenama PAS atau pemimpin Hadi atau Nik Aziz. Jika wujud keperluan menjatuhkan sesesuatu demi Allah, demi sistemNya, Nik Aziz pun ana akan langgar. Muktamad!

Berbalik kepada Ustaz Fathul Bari dan sahabat, pertamanya, ana ucapkan selamat berjaya kepada beliau. Menanti dan meneliti bentuk jalan apakah yang boleh dilakukan Ustaz Fathul Bari dan sahabat demi Allah dan sistemNya. Kemudian, seandainya kami dapati ustaz semakin menajiskan dirinya, maka, ana akan langgar.

"Ya Allah, Tuhan kami semua. Jika Ustaz Fathul Bari dan sahabat benar keranaMu, Ya Allah, berikan kekuatan kepada beliau. Jika Ustaz Fathul dan sahabat semakin melanggarMu, atau melewatkan proses tegaknya sistemMu, maka; berikan kekuatan kepada kami atau mana- mana golongan yang Kau hadirkan untuk melanggarnya. Amin."

Ketahuilah ustaz, mungkin orang yang paling tajam mengkritik ustaz adalah orang yang paling mengasihi ustaz, berbanding orang yang memuja dan memuji di sekeliling kita. Ana hanya seorang murid ustaz, dan kekal murid sebelum dan selepas kritikan ini.

Allah tahu yang terbaik.

- asyrafmuiz.blogspot.com

Penyembelih ayam tak reti mengucap syahadah


KUALA LUMPUR: Seorang penyembelih ayam warga asing yang mendakwa dirinya beragama Islam tiba-tiba gagap dan terketar-ketar apabila diminta mengucap dua kalimah syahadah dalam operasi bersepadu membabitkan beberapa jabatan dan agensi di sebuah pusat penyembelihan ayam, di sini, awal pagi semalam.

Tindak tanduknya yang mencurigakan menimbulkan persoalan sama ada ayam disembelihnya halal dimakan umat Islam.

Dalam operasi itu sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan dan pegawai Jabatan Kesihatan melakukan pemeriksaan mengejut di beberapa lokasi yang menjadi pusat penyembelihan ayam sekitar ibu kota.

Sumber berkata, operasi terlebih dulu disasarkan kepada kilang penyembelihan dan pemprosesan ayam di Segambut yang didapati mengikut syarat dan kaedah penyembelihan ditetapkan oleh syarak.

Menurutnya, pihak berkuasa yang berpuas hati dengan aspek penyelenggaraan kilang terbabit kemudian menuju pula ke pusat penyembelihan ayam sekitar Pasar Pudu.

“Ketika pemeriksaan dilakukan itu, pegawai agama yang terbabit sengaja ‘menemuduga’ beberapa pekerja asing yang ditemui sebelum seorang daripada mereka gagal mengucap bagi membuktikan dia penganut Islam.

“Lelaki terbabit didapati sukar mengucap dua kalimah syahadah,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan yang turut disertai peserta program Iman Muda Astro Oasis turut ke kawasan penyembelihan ayam di Pasar Chow Kit, yang kerap mencetuskan kegusaran berikutan tahap kebersihannya mengecewakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan ayam disembelih diselenggarakan di premis yang tidak sempurna selain keadaan lantai kotor dan berlumut.

“Pegawai agama yang menjalankan pemeriksaan secara rambang turut tidak berpuas hati apabila seekor daripada puluhan ayam yang disembelih tidak mengikut hukum syarak berikutan urat pada leher tidak terputus sepenuhnya,” katanya.

Malah, lebih menjijikkan apabila ada ayam yang disembelih dibiar berteraburan di lantai bertakung yang dibimbangi boleh merebakkan kuman.

“Agak mengejutkan apabila seorang pekerja pusat penyembelihan secara selamba memijak ayam yang siap diproses, namun dibiarkan di lantai. Perbuatan terbabit mendukacitakan berikutan pekerja terbabit seolah-olah tidak mementingkan soal kebersihan.

“Berikutan itu pegawai Jabatan Kesihatan bertindak mengeluarkan kompaun terhadap pemilik premis terbabit atas kesalahan tidak mematuhi syarat kebersihan ditetapkan,” katanya.

Menurutnya, operasi pemeriksaan pusat penyembelihan ayam terbabit bukan kali pertama dilakukan pihak Jawi dan Jakim, namun peniaga dan pemilik pusat pemerosesan ayam seolah-olah tidak menganggapnya penting, terutama aspek kebersihan.

AUKU : tindakan mesti dikenakan kepada pensyarah masuk Umno


Berpolitik: Gamis mahu pensyarah diambil tindakan
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mahu pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil tindakan tatatertib kepada seorang pensyarah universiti itu yang menyertai Umno Jumaat lalu.

Presidennya, Mohd Idris Mohd Yusoff dalam satu kenyataan berkata, UKM perlu adil dan konsisten apabila sebelum ini turut mengambil tindakan tatertib terhadap empat pelajar Sains Politik yang terlibat dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor lalu kerana di dakwa melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

"Gamis mendesak pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan pendirian kepada seorang pensyarahnya Fadlan Mohd Othman yang secara jelas dan terang menyatakan kepada umum menyertai parti Umno," katanya.

Empat pelajar UKM yang dikenakan tindakan tatatertib sebelum ini ialah Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin, dan Azlin Shafina Mohamad Adza.

Mereka kini berjaya mendapat perintah injunksi sementara dari Mahkamah Tinggi bagi menghalang UKM daripada meneruskan prosiding tatatertib terhadap mereka.

"Bagaimana pula dengan seorang pensyarah yang terlibat dengan parti politik? Adakah ia dilepaskan oleh kerana menyertai parti politik kerajaan? Ataupun dia dilepaskan kerana dia adalah seorang pensyarah, dan bukan pelajar?" soalnya lagi.

Jumaat lalu, pensyarah UKM, Fadlan Mohd Othman bersama 39 orang lagi yang didakwa berlatarbelakang agama dilaporkan telah menyertai Umno.

Laporan sebelum itu mendakwa 100 orang ulama akan menyertai Umno termasuk bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Dr Asri bagaimanapun semalam menafikan penyertaannya ke dalam Umno seperti yang dispekulasikan banyak pihak sejak awal minggu lalu.

jika ulama pun Umno tipu, apatah lagi rakyat


Umno tipu, jatuh reputasi ulama muda
Ismail Hashim

SHAH ALAM, 28 Jun: Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan.

Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, (gambar) dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.

“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.

“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.

Hosni merupakan seorang pelajar hafiz menamatkan pengajiannya di Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Jugra pada 2003 dengan mendapat diploma dalam bidang itu.

Bermula 2004, beliau belajar di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan dan 2009 mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul di Kuliah Syariah dan kini bersedia menyambung pengajian Master di sebuah universiti tempatan.

Anak ketiga daripada empat beradik ini sangat kesal dengan kejadian menipu oleh Umno kerana masyarakat telah memandang serong dengan paparan media yang secara langsung menjatuhkan reputasinya sebagai pewaris ilmu.

“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.

Majlis tersebut turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat, Ketua DAPSY, Anthony Look dan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari.

Mengulas kejadian itu, Idris berkata, jika ulama pun Umno tipu, apatah lagi rakyat biasa sambil menegaskan PAS tidak gentar dengan penyertaan seberapa ramai ulama kerana rakyat lebih tahu sama ada PAS baik atau Umno sudah gelisah.

Dr Mariah yang disebut-sebut




'Tak nampak batang hidung MP PAS'

Pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor "lebih banyak bercakap daripada membuat kerja" demi publisiti, dakwa Umno Kota Raja. "Mereka kata mereka lebih hebat daripada segala-galanya. Tapi kita tahu, mereka tidak buat, hanya cakap tak serupa bikin," kata Kamaruzzaman Johari sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya dalam mesyuarat bahagian itu pagi ini.

Ucapan itu dinyatakan di hadapan 292 perwakilan dari 79 cawangan di Auditorium Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Klang. Dalam persidangan itu, Kamaruzzaman mendakwa ADUN Sri Muda Suhaimi Shafiei daripada PKR setelah dua tahun menjadi wakil rakyat, selain "kata-kata sedap dan janji manis" tiada projek pembangunan dijalankan di kawasan tersebut. Kamaruzzaman mendakwa walaupun terdapat peruntukan untuk membina masjid di kawasan itu, sampai sekarang ia tidak menjadi kenyataan. Katanya, ia berbeza dengan Umno bahagian itu yang mengambil inisiatif bertemu Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Noh Omar sehingga berjaya menyelesaikan masalah sewa rumah setinggan di Kampung Seri Nadi dengan pengurangan sebanyak 50 peratus.

'Dulu dia rajin jenguk tokong, kuil' Parlimen Kota Raja mempunyai dua DUN iaitu Sri Muda dan Sri Andalas. Kesemua DUN dan parlimennya dikuasai oleh Pakatan. Kamaruzzaman turut menempelak ahli parlimen kawasan itu Dr Siti Mariah Mahmud yang didakwanya "tidak menjenguk" rakyat di kawasannya. "Kalau dahulu dia rajin menjenguk (rakyat) di tokong, kuil... Tapi bila rakyat mengadu tentang projek pembangunan, dia kata, yang ada peruntukan (hanya kerajaan) BN di peringkat persekutuan.

"Tapi sekarang Siti Mariah tak nampak batang hidung untuk menjenguk kampung-kampung, malu rasanya," katanya. Dalam ucapan dasarnya juga, Kamaruzzaman mendakwa kerajaan di bawah Pakatan "tidak menunjukkan kesan kejayaan dalam pentadbiran" seperti yang dilakukan oleh BN dahulu. "Kerajaan negeri gagal membuat perubahan pentadbiran dan perancangan pembangunan. "Sebaliknya mengungkit keputusan dan mencari kesalahan BN untuk menutup kelemahan kerajaan negeri dalam menunaikan manifesto dalam pilihan raya dahulu," katanya.

Jentera penerangan siapa yang berkesan


Akar umbi Umno didakwa tak tahu strategi

Umno Kota Raja hari ini mengakui kepimpinan parti itu di peringkat akar umbi masih lesu dan gagal menggunakan peluang bagi menangani isu-isu yang timbul di Selangor, negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

"Akar umbi sekarang lesu, bosan dan hilang semangat. Tidak tahan dan tak mengetahui strategi Umno negeri untuk merampas Selangor.

"Nak tunggu Pakatan bankrap, agak payahlah... Contohnya isu pasir, yang sepatutnya menjadi bom atom (kepada Pakatan) tetapi menjadi (umpama) kentut mak nyah," kata seorang perwakilan dalam mesyuarat Umno bahagian itu.

Sewaktu membahaskan usul bagi memperkasakan Umno Selangor, Rahman Nordin menggesa kepimpinan negeri seperti setiausahanya Datuk Satim Diman dan Ketua Penerangan Abdul Syukur Idrus menyerang kembali Pakatan bagi merampas semula Selangor.

"Kita akan terjah pemimpin malas, tidak menguntungkan untuk mempertahankan Islam dan Melayu yang cuba dihancurkan Pakatan Rakyat," kata Rahman.

Rahman juga turut mengkritik Umno negeri yang "berpeluk tubuh dan membisu seribu bahasa" berhubung kerajaan Selangor yang didakwanya mahu menyumbang peruntukkan kepada sebuah yayasan.

"Mana (pemimpin) Umno negeri, (mana) hulubalang kita, kerana mereka mahu mengembang sayap Pakatan Rakyat.

"Mana pemimpin kita, berpeluk tubuh dan membisu seribu bahasa.... Duit itu hak milik anak negeri Selangor," katanya.

Sementara itu seorang perwakilan - yang hanya dikenali sebagai Ismail - pula berpandangan sebaliknya.

Beliau mempertikaikan perkara itu kerana menurutnya kepimpinan Umno bahagian itu sendiri jarang membuat majlis penerangan kepada akar umbi.

"Sebaliknya pembangkang menggunakan pentas ceramah hampir setiap malam," kata Ismail.

MB Khalid teraju kerajaan, Azmin ambil PKR Selangor


PKR S'gor dirombak, Azmin ganti Khalid

Naib Presiden PKR Azmin Ali dilantik sebagai pengerusi majlis pimpinan negeri Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuatkuasa serta merta. Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam hari ini.

Menurut Wan Azizah, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugaskan kepada usaha pentadbiran kerajaan negeri. "Ini dimohon oleh Tan Sri Khalid sendiri bagi menumpukan tenaganya untuk disalurkan dalam pentadbiran Selangor," katanya. Azmin sebelum ini mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.

Kekosongan yang ditinggalkannya Azmin di negeri itu akan diambil alih oleh penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, umum Wan Azizah lagi. Rombakan itu dilihat mengejutkan apabila sejak semalam ramai pemimpin kanan parti itu terus menafikan terdapat desakan supaya Khalid berundur dalam pemukiman PKR.

Anwar nafi cubaan MP guling Khalid
Khalid tidak hadir dalam kesemua sesi pemukiman dua hari sejak semalam di sebuah hotel di Shah Alam. Selain ditemani Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketiga-tiga Azmin, Khalid dan Zaid hadir bersama dalam sidang media petang ini. Bercakap soal yang sama, Anwar juga memberitahu dua negeri lagi akan mengalami pertukaran pucuk pimpinan yang akan diumumkan kemudian. "Ia sedang dimuktamadkan," katanya yang enggan menyatakan terlebih dahulu negeri atau pimpinan terbabit.

Selain itu, Anwar turut menafikan bahawa terdapat pakatan ahli parlimennya yang merancang mahu menggulingkan Khalid sebagai menteri besar. "Perkara itu tak berbangkit sama sekali. Kita sebulat suara dokong penuh. (Beri) Pandangan itu biasalah. "Kita tengok Tan Sri Khalid pun tak sensitif sangat. Yang sensitif akhbar Umno," katanya.

Sabtu, 26 Jun 2010

Rosak anak Tun M yang mengaku homo

Anak Mahathir Gay ? | Mazhar Mahathir

Setelah UMNO meluluskan lesen judi. Kini ia mulakan kembali berita pengganas tempatan yang bertopengkan agama. Ini benda basi. Dulu UMNO sudah bikin cerita Al-Maunah. Sekarang entah apa kumpulan pula. Kenapa di zaman Pak Lah tak ada cerita dongeng ni?

Jangan kerana UMNO marahkan PAS, mereka terus bikin cerita pengganas II ini. Liwat II sudah ada. Insaflah UMNO. Khususnya Mahathir, kamu sudah tua. Sekejap halalkan judi, sekejap tolong orang Palestin, sekejap guna APCO, sekejap anak meniaga arak, sekejap anak jual minyak sawit pada Israel. Apakah kamu ini wira Freemason gerakan bertopengkan Islam?

Mana kamu dapat idea menuduh Anwar meliwat?

Daripada idea Mazhar anak kamukah?

Cari-cari di Internet, bau dia macam gay? Makan ayam terlebihkah atau pun Google dah salah orang?
















More About Mazhar

* Interested In:

Dating Men, Relationship with Men, Friends
* Member Since:

May 2003
* Hometown:

Kuala Lumpur
* Mazhar's URL:

http://profiles.friendster.com/mazhar84
* Other education:

Nuri (mase kecik2), Children's House (Tadika), Sek Keb Bukit Damansara (SKBD), Kolej Yayasan Saad Melaka (KYSM), MMU Cyberjaya, ASWARA (Akademi Seni Kebangsaan)
* Affiliations:

KYSER
* What I enjoy doing:

Dancing, Listening to music, Singing!! More dancing, Photography, Horse riding, Snow Boarding, SCUBA Diving, Swimming, Cycling, Playing Games on my PC, Playing games on my XBOX, Playing games in my head, Playing games WITH my *head*, Being gay!
* Favorite Books:

Confessions Of An Economic Hitman, Unspeak, An Unquiet Mind, The Da Vinci Code, Men's magazines, PC magazines, Game magazines, Fashion magazines, Magazines with pretty pictures of people and places in them... that sorta thing.
* Favorite Movies:

Brokeback Mountain! Anchorman, King Kong, The Sound of Music (ALL TIME FAV!), Rambo (How could I forget?!), How High (this is so f***ing funny!!!), Mrs. Doubtfire, (2003) Peter Pan!, Life As A House, A.I. (Artificial Intelligence), Fight Club, Meet Joe Black, Braveheart, Se7en, The Butterfly Effect, Secret Window, American History X and sooo many more!!
* Favorite Music:

Sufjan Stevens, The Postal Service, My Chemical Romance, The Killers, Damien Rice, The Strokes, ATHLETE, Sonic Youth, Peterpan, Starsailor, Scissor Sisters, Kings of Convenience, Deftones, Sigur Ros, Muse, Mew, Coldplay, Oasis, Nirvana, Foo Fighters, Radiohead, Modest Mouse, Stereophonics, Richard Ashcroft, Red House Painters, Groove Armada, Armand Van Helden, Jamiroquai, Daft Punk, Royksopp, Telepopmusik, Fischerspooner, AIR, Underworld, Indie Rock, Disco & House, Latin Jazz, Jazz, AND THE ENTIRE HED KANDI LABEL COLLECTION!!
* Favorite TV Shows:

The 4400, Angels In America! Pingu, Manhunt, Who's Line Is It?, Malcolm In The Middle, Sponge Bob Square Pants, Steven Spielberg's Taken, Queer As Folk, 3rd Rock From The Sun, Survivor, C.S.I, That 70's Show, Frasier, The Simpsons, Friends, Lizzie McGuire, Anything "Star Trek"......sorry, no O.C. ere kakakakaka
* Zodiac Sign:

Capricorn
* About Me:

www.friendster.com/mazhar84
www.myspace.com/mazhar

WHERE IS MY MIND??.... I really have no idea. I'm crazy. Bipolar actually... YAY! =D

"My heart is broke, I have some glue, help me inhale, mend it with you" -NIRVANA-

"I changed my mind so much I can't even trust it,
My mind changed me so much I can't even trust myself..."
-Modest Mouse-

OPERATING INSTRUCTIONS:
*PUSH ME*
*AND THEN JUST TOUCH ME*
*TILL I CAN GET MY... SATISFACTION*
*SATISFACTION, SATISFACTION, SATISFACTION, SATISFACTION*

(please do as suggested)

And if you're curious, it's 6"......
=)

------------------------------------
Most people think they're wierdos but they really arn't. I am wierd, I border on psychotic actually. Wait, I am. Don't let that scare you though! =)
------------------------------------

If I had to describe myself in just one sentence, it would be...

Drugs, sex and.... house music!

LOVE DOESN'T EXIST, JUST LOT'S OF HORNY PEOPLE... thats not so bad when you think about it... =)
------------------------------------
* Who I Want to Meet:

*DRUGS*
*ROCK & ROLL*
*BAD ASS*
*VEGAS HOES*
*LATE NIGHT*
*BOOTY CALLS*
*SHINY DISCO BALLS!!*

....owh, and the Grim Reaper!

People I'm NOT interested in meeting:

1. People who don't put up their picture in their profiles
2. GIRLS I've never met or known (No, I don't want to be friends! NO GIRLS!)
3. Non good looking guys (that's putting it nicely....hahahahaha!) =P
4. People that like to speak the very broken english

++++++++++++++++++

You know wut... I really wanna see all my friends that haven't seen in ages!! =) - http://profiles.friendster.com/285155
Saya jamin lepas ini Mazhar Mahathir akan ikut jejak Ashman Najib iaitulah memadam semua butiran dirinya di Internet.

Saya nampak trend UMNO sekarang ialah ingin memeluk syaitan terus. Tiada helah lagi nampaknya. Ia seperti para penyanyi yang menggunakan puak-puak Illuminati untuk berjaya. Seperti Lady Gaga, Madonna, Jay-Z, Chris Brown dan lain-lain. Mereka secara terang bersekongkol dengan syaitan.
 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch