Khamis, 30 Julai 2009

FATWA BARU KELUAR ???



HARAM ANJUR SERTAI SERTAI DEMONSTRASI JALANAN – berita hairan

KUALA LUMPUR: Islam mengharamkan umatnya menganjur atau menyertai aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan negara seperti perhimpunan haram bagi mendesak kerajaan menghapuskan dan mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu ini.

Pelbagai pihak termasuk menteri berkaitan, mufti dan ulama menyifatkan berdosa bagi mereka yang terbabit secara langsung dalam perhimpunan itu kerana jelas bertentangan dengan Islam kerana boleh mencetuskan ketegangan dan huru-hara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mashitah Ibrahim, berkata Islam tidak menggalakkan mana-mana umatnya untuk menyertai dan menganjurkan majlis yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat.

Sementara itu, Mufti Perak, Harussani Zakaria, berkata jika perhimpunan yang boleh mendatangkan huru hara, maka adalah haram mana-mana pihak untuk menyertainya apatah lagi perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.


KAH KAH KAH….

KAH KAH KAH…

KAH KAH KAH

Kah kah kah… PELIK…HAIRAN… TAKJUB… PENING KEPALA… TERKINCIT OTAK...kah kah kah..

Kah kah kah… PASAL INI CEPAT FATWA KELUAR….kah kah kah…

Kah kah kah…. PASAL ISA…. PASAL AKTA ZALIM...TAK ADA PULAK FATWA…kah kah kah…

Kah kah kah... TAK JUMPA PULA NAZ DAN ZAT NYA....kah kah kah..

NOTA:Inilah contoh terbaik bagaimana agama dan juru-juru agama
digunakan untuk menegakkan kezaliman.Dari semenjak agama muncul -
agama telah digunakan sebagai helah dan hujah untuk menundukkan
kaum tani dan kaum buruh dari bangun menentang kezaliman.

Di Zaman Pertengahan Eropah Gereja telah bersubahat dengan kaum
feudal untuk merampas tanah dan tanaman kaum tani.

Di zaman kolonial agama telah digunakan untuk merampas tanah dan bumi
di Asia - Afrika dan Amerika Latin.

Di Mesir, Iraq, Iran, Pakistan, Jordan - agama sedang digunakan
untuk mematahkan kemaraan kaum buruh dan tani dari bangun
untuk merampas kembali hak tenaga kerja mereka.

Di Saudi Arabia - tak payah tulislah.

ulasan tukar tiub

Melayu Lemah Hanya Helah Umno Yang Segelintir Orang PAS Terpesona




























Melayu sekarang lemah? Apakah indikasi Melayu lemah? Dimanakah statistiknya?

Sudah lebih setahun kita berbicara soal Melayu kini di dalam keadaan terpinggir di tanah tumpah darah mereka. Kelemahan Melayu didalam negara yang sudah lebih setengah abad ditadbir oleh kerajaan yang berterajukan parti Melayu bernama UMNO memaksa kononnya perlu ada penyatuan dan kerjasama diantara parti UMNO dan PAS.

Apakah penyatuan dan kerjasama yang dirindukan UMNO ini adalah satu manifestasi pengakuan pimpinan UMNO terhadap gagalnya pentadbiran mereka sehingga dikatakan Melayu terpinggir di bumi sendiri?

Dakwaan bahawa Melayu terpinggir di bumi sendiri adalah tidak betul. Bumi ini tidak lagi dikenali sebagai Tanah Melayu. Bumi ini bernama Malaysia dan milik penuh warganegara Malaysia. Jadi bumi ini milik Melayu, Cina, India, Dayak, Iban, Kadazan, Senoi dan lain-lain suku etnik.

Saya tidak percaya Melayu lemah dan Melayu perlu bersatu mengatasi kelemahan itu. Tetapi saya percaya,

• Melayu menjadi mangsa ketamakan elitis di dalam UMNO dan kroni-kroni mereka.

• Melayu dipajak dan digadai sesuka hati UMNO menerusi pelbagai polisi yang amat sedikit hasilnya sampai ke tangan orang-orang Melayu yang benar-benar memerlukannya.

• Demi untuk mengikat Melayu supaya setia pada UMNO, UMNO telah membesarkan jurang perkauman menerusi perlaksanaan dasar dan permainan isu-isu sensitif.
UMNO begitu angkuh di teraju Kerajaan Malaysia selama lebih 50 tahun, jika formula yang dibawa oleh UMNO betul mengapa Melayu masih ditakuk yang membimbangkan pimpinan, ahli dan penyokong UMNO sendiri?

Yang lemah sebenarnya ialah UMNO dan bukan Melayu. Dari segi politik sesungguhnya Melayu bertambah kuat bukan semakin lemah. Kekuatan Melayu ini bukan kerana UMNO tetapi terimakasih kepada Pakatan Rakyat.

Selepas pilihanraya umum 2004, Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO meraikan kemenangan terbesar didalam sejarah dengan menguasai 198 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.

UMNO sendiri memenangi 109 daripada 198 kerusi Barisan Nasional. Secara keseluruhannya, jumlah Ahli Parlimen Melayu di dalam Dewan Rakyat ketika itu adalah 126 orang atau 57% daripada isi Dewan Rakyat.
Apakah sumbangan besar UMNO didalam penggal tersebut sebagai parti yang hebat? Apakah sumbangan besar 109 ahli Yang Berhormat parti Melayu itu sepanjang tempoh tersebut?

Apapun sumbangan mereka, mungkin terjawab bila didalam pilihanraya umum 2008, jumlah 109 itu dicantas dan UMNO hanya menang 78 kerusi sahaja. Barisan Nasional pula kehilangan majoriti dua pertiganya bila hanya memenangi 140 kerusi daripada 222 kerusi yang ditandinginya.

Tetapi pilihanraya umum Mac 2008 itu menyaksikan lonjakan jumlah ahli-ahli Yang berhormat berketurunan Melayu di Dewan Rakyat. Hari ini jumlah ahli Dewan Rakyat Melayu ialah 131 orang kesemuanya atau hampir 60% dari jumlah keseluruhan ahli Dewan Rakyat.

Maka jika pencapaian politik yang menjadi ukuran, ternyatalah tidak berasas mengatakan bahawa Melayu semakin lemah. Yang lemah bukannya Melayu tetapi UMNO.
Oleh yang demikian, apakah perlu di bantu UMNO sebuah parti yang lebih 50 tahun diberi kepercayaan memakmurkan anak bangsa sendiri tetapi gagal.

UMNO bukan sahaja gagal didalam memperkasakan orang-orang Melayu tetapi juga telah merosakkan hubungan antara kaum di Malaysia dengan segala bentuk ketidak adilan perlaksanaan polisi kerajaan yang diterajuinya.

Hari ini UMNO, MIC, MCA dan GERAKAN yang berpolitik atas dasar etnik telah buntu di Semenanjung Malaysia. Pendek kata, bukan sahaja orang Melayu menolak UMNO, orang Cina dan India juga menolak parti-parti politik yang telah bersama UMNO sekalian lama di dalam kerajaan.

Pimpinan di dalam PAS yang mahu bekerjasama dengan UMNO harus mencari alasan yang lebih kukuh kerana alasan untuk menyatukan dan memperkuatkan Melayu adalah alasan yang amat-amat daif sekali.

Didalam pilihanraya umum 2008, kita juga telah menyaksikan bagaimana pengukuhan kedudukan Melayu di dalam Dewan Rakyat telah banyak dibantu oleh masyarakat bukan Melayu sendiri.

Anak-anak Malaysia dari keturunan Cina dan India telah sanggup menumbangkan calon dari keturunan mereka sendiri dan mengundi calon-calon Melayu yang bukan dari UMNO untuk mewakili mereka. Saya amat yakin pilihan ini dibuat kerana mereka ini sudah maju kehadapan dari segi pemikiran dan wawasan mereka.

Mereka tidak lagi melihat politik berdasarkan warna kulit, agama dan keturunan. Mereka melihat politik dari perspektif masa depan anak-anak mereka dan wawasan mahu membawa Malaysia jauh ke hadapan.

Sekurang-kurangnya 5 kerusi parlimen telah menjadi saksi kenyataan di atas. Ini tidak termasuk banyak lagi kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri.

Kesimpulannya, usahlah kita termakan dengan agenda memperkukuhkan Melayu kerana agenda itu semuanya hanyalah dalang kepada usaha pengukuhan semula UMNO.

Untuk apa harus kita kukuhkan UMNO? Adakah untuk Melayu? Kalau untuk Melayu maka bertanyalah, datuk dan nenek kita, ibu dan bapa kita telah berikan UMNO peluang selama lebih 50 tahun, kalau UMNO telah berjaya sudah pasti mereka tidak lagi perlu bercakap soal perpaduan, penyatuan dan menyelamatkan orang-orang Melayu.

Analisis : Syed Kickdafella

Rabu, 29 Julai 2009

Satu Keluarga Masuk PAS di Felda Ulu Dengar



Felda Ulu Belitong Kluang 27 Julai 2009 : Wak Kosran telah menyerahkan tiga helai lagi borang masuk PAS kepada Setiausaha PAS Kawasan Sembrong dalam program taklimat organisasi dan perjumpaan bulanan PAS Cawangan bersama PAS Kawasan.

Majlis turut disaksikan oleh YDP PAS Kawasan Sembrong Tuan Hj Saion Bin Jalal dan Ketua PAS cawangan Felda Ulu Dengar iaitu Tuan Imam Amat dan semua yang hadir di majlis yang bermakna itu.

Setakat ini Wak Kosran telah menyerahkan lima borang dari kalangan ahli keluarga dan insyallah akan menambah lagi lima ahli baru tidak lama lagi.

Terimakasih juga kepada tuan rumah Imam Amat yang sudi menyediakan tempat program di rumah beliau yang baru diubahsuai (besar dan amat sesuai untuk ceramah) .Walaupun hadirin dimaklumkan isteri beliau sedang sakit tetapi ia tidak menjadi pasal kepada beliau untuk berehat tetapi terus berjuang menegakkan Islam. Tahniah dan syabas diucapkan.Moga usaha itu mendapat pahala berganda dari Allah SWT.

Isnin, 27 Julai 2009

Satu Cawangan Satu PASTI, Satu Dun Satu SRI, Satu Kawasan Satu SMI, Satu Negeri Satu Universiti






Simpang Renggam 26 Jun 2009 : Cikgu Abdul Kadir Dewa yang merupakan Timbalan Pengarah PASTI Malaysia telah mengingatkan semua pengurus dan guru yang mengikuti Kursus Pengurusan anjuran PASTI Johor tentang wawasan Almarhum Ustaz Dato Fadzil Noor, bekas Presiden PAS bahawa matlamat beliau ialah memastikan setiap cawangan PAS mempunyai sekurang-kurangnya satu PASTI, satu Dun satu Sekolah Rendah Islam, satu kawasan satu Sekolah Menengah Islam dan satu negeri mempunyai satu Universiti yang dikendalikan oleh organisasi PAS atau individu PAS.

Hasrat almarhum Us Fadzil itu belum tercapai secara keseluruhannya tetapi percayalah kebangkitan rakyat yang cintakan Islam dan kemenangan kerusi di tangan PAS bersama Pakatan Rakyat akan merancakkan lagi pertumbuhan dan pertambahan bilangan institusi pendidikan di bawah kelolaan PAS nanti. Marilah kita menyambut cabaran itu dengan semangat dan harapan sebagaimana slogan PASTI iaitu Membina Generasi Al-Quran.

Mempertahankan Sokongan Bukan Islam dan Melebarkan Sokongan Orang Melayu Islam



Batu Pahat 25 Julai 2009 : Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Dato' Dr Mahfodz Muhammad menggesa semua Yang Dipertua PAS Kawasan-kawasan supaya berusaha untuk mempertahankan sokongan bukan Islam dan mencari kaedah yang berkesan bagaimana untuk melebarkan sokongan Melayu Islam kepada PAS.

Beliau yang memberi ucapan aluan dalam mesyuarat kali ke dua Badan Perhubungan PAS Negeri Johor mengingatkan supaya ahli PAS mesti bersedia mulai sekarang sekiranya mahu memenangi dan memerintah Negeri Johor dalam PRU 13 yang akan datang.

Isu kematian mendiang Teoh telah membangkitkan semangat dan moral DAP manakala kemasukan Dr Chua Ju Meng dan Dato SS Subramaniam masing-masing dari MCA dan MIC ke PKR menaikkan harapan ahli dalam parti pimpinan Brader Anwar itu. PAS bagaimana pula?? macam tak buat kerja saja!.Isu Kerajaan Perpaduan baru selesai, PRK manik urai menang tipis dan jangan berehat sahaja.

Harapan saya, Demo isu mansuhkan ISA pada 1 Ogos ini, pimpinan PAS (dua Tok Guru Mursyidul am dan Presiden) mesti mengetuai dan menonjol ke hadapan dan buktikan kita bukan tak buat kerja tetapi kita bersedia untuk berjuang bila-bila masa saja.

Khamis, 23 Julai 2009

Program Ziarah Kerana Allah di Kampung Melayu Renggam



Pada 22 Julai 2009 hari Rabu dalam perancangan awal untuk mengadakan pertemuan bulanan dengan ahli PAS Cawangan Bandar Renggam bersama PKR di Kampung Melayu Renggam tetapi disebabkan ramai ahli yang tak dapat hadir seperti Pak Ya yang sakit gaut dan Abg Zainal yang ada program keluarga di Batu Pahat, Abg Anas takut Polis buat sekatan (tak ada lesen lagi) maka ditukar ke program ziarah.

Bermula dengan solat maghrib di Masjid Jamek Bandar Renggam, sempat jumpa Cikgu Hanafi, En Haji Rahim dan bersalam kepada semua jemaah selepas selasai doa imam.

Malam itu ada kuliah Ustaz Ishak Muhtaram dan tak sempat tunggu kerana kita ada program sendiri. Tolong Mak masak untuk persiapan makan iaitu kari ayam kaw-kaw dan sayur tumis ala jawa. Sedap.

Pak Mat (umur 81 tapi masih sihat) datang rumah pukul 9.00 malam dan berbual panjang sehingga pukul 10.30 malam. banyak pengalaman Pak Mat yang dapat diambil iktibar.

Kata Pak Mat, dari pandangan rakyat di Renggam, sokongan masyarakat cina secara terang kepada Pakatan Rakyat manakala Melayu 50% sahaja yang menyokong.(kira ok lah tu)Peluang untuk menjatuhkan umno BN dalam PRU 13 cerah.

Sempat hantar berkat kepada Abg Daim dan Abg Dol di Simpang Renggam sebelum balik T6.

Rabu, 22 Julai 2009

Nabi Muhammad SAW Bertemu Dengan Allah SWT Memohon DiKurangkan Solat dalam Peristiwa Israk Wal Mikraj



Begitulah sedikit isi ceramah yang disampaikan oleh Al Fadzil Ustaz Abdullah Bin Husin sempena Israk Wal Mikraj di PASTI Taman Sri Lambak pada 20 Julai 2009 hari Isnin yang lalu.

Ceramah yang melabihi satu jam itu menceritakan iktibar disebalik kisah Israk Wal Mikraj diselang-selikan dengan alunan Selawat dan Nasyid yang didendangkan sendiri oleh Ustaz Abdullah yang juga Ketua Dewan UlamaK PAS Johor merangkap AJK Dewan Ulamak PAS Pusat.

Tahniah kepada tuan rumah Cikgu Sutinah yang bertungkus lumus membuat persiapan dan memang rugi siapa yang tak mendengar ceramah tersebut.

Selasa, 21 Julai 2009

Mari berkenalan dengan penulis Kitab Pendahuluan Faraid

Mari berkenalan dengan penulis Kitab Pendahuluan Faraid (Penggal Yang Pertama) yang ditulis dalam tulisan Jawi dalam bahasa Melayu Johor Lama iaitu Al-Haj Othman Bin Al-Haj Muhammad Said (Bandar Maharani Muar Johor) 1399 – 1979 buku Sukatan Matapelajaran Sekolah Igama Negeri Johor dicetak oleh Al-Hamid Press Sdn Bhd Johor Bahru.

Bismillahi Rahmaanir Rahim

Sa nya bergeraklah segala suku-suku anggota dan bertaburanlah fikiran dengan tiada ketentuan haluannya kerana diberati oleh permintaan beberapa murid Sekolah Kutub Bandar Maharani Muar yang sebaik-baiknya perasaan yang tak dapat saya melarikan diri daripada menanggung dia dengan seberat-berat tanggungan tambahan pula oleh kehendak guru saya yang tinggi hemah iaitu Tuan Haji Abu Bakar Bin Husan padahal mereka itu mengetahui akan bahawasanya saya tak dapat memenuhkan kehendak-kehendaknya istimewa pula kekurangan daripada alatanboleh menyusunkan kemanisan bahasa pada ahli zaman ini.

Maka saya pungut daripada beberapa kitab fekah akan beberapa mutiara yang tiada dinilaikan dengan lekas lagi ikhtisar dan dihimpunkan dia sebuah risalah yang kecil dinamakan dia “Pendahuluan Faraid” sungguhpun pungutan itu sedikit sahaja pada bicara ilmu faraid akan tetapi memadailah dengan dia bagi tiap-tiap kanak-kanak yang baharu memulai pada belajar ilmu faraid dan dialamatkan dengan huruf (sin) soal dan huruf (jim) jawapan supaya menyenangkan mereka itu hafiz atau mengingatkan dia maka saya harap pembaca-pembaca yang bijaksana sekiranya mendapat terlanjur atau tersalah di dalam kitab ini membetulkan dia dan janganlah kiranya dijadikan cerca di atas apa-apa kesalahan yang didapati di dalamnya kerana tiada terlepas seorang itu daripada sifat-sifat kekurangan, tetapi saya pohon kepada Tuhan Rabbil Aalamin bahawa menganugarahi akan sempena yang baik mudah-mudahan bertambah usaha bagi saya memungut atau menyusunkan lain-lain kitab.

Maka terjadi kitab ini pada 1 Rabiul Awwal 1344 bersamaan 19 September 1925 bersetuju pula pada bulan ini genap 52 tahun usia raja saya Yang Mulia Ibrahim Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Johor dipohonkan kepada Allah Subhanahu Wata’ala mudah-mudahan dicucurkan rahmat kepada ruh Almarhum yang telah mangkat di London pada hari Jumaat 8 Mei 1959 bersamaan 30 Syawal 1378 dan ditempatkan diperkuburan Di Raja Mahmoodiah Johor Bahru pada hari Sabtu 6 Jun 1959 bersamaan 29 Zulkaedah 1378 Amin Ya Rabbal Aalamin.

Allah peliharakan Sultan Johor

Al Hakir
Al-Haj Othman Bin Al-Hal Muhammad Said
Murid Madrasah Al-Jam’iyah Al-Khairiyah
Bandar Maharani Muar Johor

Ingatan

Cetakkan yang ketiga

Oleh sebab dengan kehendak Jawatankuasa Pelajaran Sekolah-sekolah Igama Negeri Johor bagi mengadakan Jawatankuasa Kecil bagi membahaskan sukatan pelajaran Sekolah-sekolah Igama Negeri Johor telah diadakan pada 1 Zulkaedah 1358 bersamaan 12 Disember 1939 di Sekolah Air Molek Johor Bahru didapati bersetuju digunakan kitab `Pendahuluan Faraid’ ini di Sekolah-sekolah Igama Negeri Johor dalam darjah lima dari itu maka berusahalah saya bagi membetulkan apa-apa perkataan yang salah cetak bagi ceta yang ketiga ini, mudah-mudahan dengan tak payah menggunakan salah betul lagi.

Sungguhpun begitu tetapi saya percaya ada juga silap atau tersalah di dalam cetakan ini.

Dari itu tiada terlepas manusia itu daripada terkhilaf atau tersalah maka diharapkan kiranya juga terdapat apa-apa khilaf atau tersalah supaya dibetulkan dengan lemah lembut kemudian daripada sudah ditakmilkan.

Othman Said
Batu Pahat Johor
11 Zulkaedah 1358
1 Januari 1940

Ehud Barak & Zahid Hamidi bertemu?




Oleh usinwafer


Akhirnya aku mengakui kebenaran laporan Bernama mengenai pertemuan Zahid Hamidi dan Ehud Barak laknatullah..namun kepercayaan itu berada dalam 50-50 lagi...Aku tak percaya dia jumpa muka ke muka (face to face) dan duduk berbincang...namun aku percaya yang Zahid Hamidi hanya selisih bahu (berlaga bahu)dengan Ehud Barak ja..

Kalau benar Zahid ada bertentang 4 mata dengan Ehud Barak...malang sungguh Malaysia mempunyai pemimpin seperti ini...bukankah Malaysia sudah memuktamadkan tiada hubungan diplomatik dengan Negara Haram Pengganas itu..

Kenapa nak syok sendiri kata pergi jumpa pemimpin Zionis haramjadah itu...
Adakah cerita ini hanya untuk mengangkat dan memperbesar-besarkan bahawa Zahid Hamidi diiktiraf di mata dunia sebagai Menteri Pertahanan yang paling berani berjumpa dan mengarahkan sesuatu kepada Rejim Zionis ini..atau ada kepentingan lain.

-apadianie.blogspot.com

Anwar mungkin merengkok 12 tahun kerana DNA



Oleh Zukri Aksah

Walaupun telah wujud empat laporan dari doktor berlainan yang mengesahkan bahawa Saiful Bukhari Azlan tidak mempunyai sebarang kesan yang menunjukkan dia diliwat, tetapi perbicaraan kes liwat Saiful lawan Anwar Ibrahim yang bakal bersambung nanti mungkin akan memberi kelebihan kepada Saiful.

Dalam ceramah umum di Beserah, Kuantan pada malam Sabtu lepas, pemimpin-pemimpin kanan PKR yang hadir, Zulkifli Noordin, Fuziah Salleh dan Azan Ismail, serta Saudara Ahmad Nizam Hamid senada dalam mendedahkan tentang keputusan hakim dalam sesi perbicaraan terakhir sebelum penangguhan baru-baru ini, bahawa perbicaraan seterusnya akan hanya mengambil kira bukti klinikal yang berupa hasil dari ujian DNA.

Keputusan mahkamah yang sebegini tentulah sangat mengejutkan, apalagi dalam keadaan telah wujudnya laporan pemeriksaan dari empat doktor yang bersedia memberi kesaksian mereka.

Mengecilkan skop pembuktian hanya kepada analisis DNA memberi gambaran bahawa empat orang doktor tersebut tidak berwibawa dan pandangan profesional mereka tidak berharga.

Pergantungan tunggal kepada ujian DNA dalam kes-kes jenayah, seperti di Amerika Syarikat, walaupun semakin diterimapakai di mahkamah-mahkamah mereka, namun sehingga hari ini masih menjadi kaedah pembuktian yang penuh kontroversi.

Ketepatan DNA hanya bersifat kepercayaan popular, bahkan kadar ketepatan 99.9 peratus DNA hanyalah suatu anggaran dan tidak ada sesiapa yang pasti tentangnya.

DNA memang berbeza untuk setiap manusia, tetapi yang digunakan dalam pembuktian adalah Profil DNA, yang sebenarnya hanya sebahagian kecil sahaja dari DNA keseluruhan seseorang manusia. Kerana itu, Profil DNA dua orang adik-beradik mungkin sahaja hampir sama.

Pada tahun 2001, Kathryn Troyer telah menjalankan ujian terhadap pengkalan data Profil DNA penjenayah Arizona, dan telah membuat penemuan dua penjenayah dengan profil genetik yang hampir sama, kedua-dua penjenayah ini mempunyai padanan 9 dari 13 lokasi kromosom. Sememangnya mereka berdua bukan adik-beradik kerana seorang berkulit putih dan seorang lagi berkulit hitam.

Asalnya FBI cuba menafikan bukti penemuan ini dengan mendakwa ia kes terpencil, 1 dalam 113 bilion, tetapi Troyer pada tahun-tahun berikutnya telah membuat berdozen-dozen penemuan yang serupa.

Ini telah menimbulkan persoalan tentang kredibiliti Profil DNA. DNA memang berciri unik, tetapi tidak untuk Profil DNA, ia hanya sekelumit dari keseluruhan genom.

DNA haruslah digunakan dengan kehadiran bukti dan kesaksian yang lain. Dalam kes jenayah, sebelum dibicarakan tertuduh bersalah atau tidak, Zulkifli Noordin berkata jenayah mesti dibuktikan berlaku.

Jika ada tuduhan seseorang merompak, rompakan itu mesti berlaku, ada barang yang hilang, ada wang yang hilang. Jika ada tuduhan seseorang merogol, rogol itu mesti berlaku, mangsanya disahkan hilang dara, ada bukti koyakan, ada bukti tusukan dan sebagainya.

Dalam kes Saiful, dia mendakwa diliwat, maka liwat itu seperti rogol mesti berlaku, ada koyakannya, ada tusukannya, dalam Islam mesti menghadirkan empat orang saksi. Empat orang saksi telah hadir dengan laporan mereka, keempat-empat mereka doktor dan kesimpulan mereka sama, liwat tidak berlaku!

Doktor-doktor ini tidak akan dipanggil ke mahkamah, hanya hasil ujian DNA sahaja yang akan digunakan. Sampel DNA Anwar, menurut Zulkifli Noordin, boleh diperolehi di mana-mana sahaja, bahkan dari peluh yang dilap ketika Anwar berdebat dengan Shabery Chik dahulu pun, sebelum itupun sampel DNA Anwar sudah berada di tangan polis, ketika Anwar ditumbuk pengsan oleh Rahim Nor, dicuri tanpa keizinan, itu pengakuan polis sendiri, dan ia terdedah untuk disalahguna dengan menaburnya di lokasi yang didakwa tempat kejadian atau di bahagian tertentu di tubuh Saiful.

Ulas Zulkifli Noordin lagi, kali ini Anwar mungkin akan trpaksa ke penjara untuk tempoh yang lebih lama, 12 tahun, kerana ini adalah tuduhan kedua untuk kesalahan yang sama.

themalaysianinsider.com

Bagaimana kongsi gelap tahu Teoh dedahkan rahsia mereka kepada SPRM?



Dalam berita bertajuk "TPM: Isu Teoh dipolitik untuk alih perhatian rakyat," Malaysiakini semalam melaporkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik anggota exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah - telah dipolitikkan oleh pihak pembangkang untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas wakil rakyat mereka.

Dipolitikkan?

Bagi saya, isu terbunuhnya Teoh within SPRM vicinity and under SPRM custody adalah isu kemanusiaan. Manusia yang tak gila dan berperikemanusiaan tak boleh melihat seorang manusia lain mati katak begitu sahaja. Isu kemanusiaanlah tu.

Isu kemanusiaan amat sukar dipisahkan dari politik. Tak tahulah kalau parti Muhyiddin kata kemanusiaan dan politik tak bercampur. Dulu depa kata agama dan politik tak bercampur.

Itu pun saya tak ambil kira hakikat bahawa Teoh pula adalah setiausaha ahli politik pembangkang.

Kalau Muhyiddin gaduh sangat pembangkang mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu siasatan SPRM ke atas wakil rakyat mereka, la ni mari kita berbagi kerja.

Muhyiddin dan juak-juaknya silakan memekik meraung sakan tentang wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) yang disiasat oleh SPRM. Telanjangkan, korek dan dedahkan. Peduli apa aku, kalau betul salah tanpa sebarang keraguan yang munasabah, mampuih pi la kat depa. Kalau salah, peduli apa aku parti apa pun.

Kami yang menentang Umno dan Barisan Nasional (BN) pula akan persoal, bongkar, selongkar dan jeritpekikkan isu terbunuhnya Teoh within SPRM vicinity and under SPRM custody.

Untuk nak tanya soalan, saya rujuk komen-komen penyokong Umno dalam blog ini. Terang-terangan mereka menyatakan Teoh terbunuh angkara kongsi gelap. Dimaklumkan melalui komen-komen dalam blog ini bahawa Teoh mendedahkan terlalu banyak rahsia ahli-ahli politik dalam kerajaan Selangor yang terlibat dalam kongsi gelap. Kalau sungguh Teoh buat gitu, mati dia mati terhormat. Mati kerana mendedahkan jenayah.

Tak pa la. Saya siarkan keyakinan dan kepercayaan mereka yang mereka hantar melalui komen dalam blog ini. Saya jarang sekat orang nak bersuara dalam blog ni kecuali kalau saya rasa saya boleh kena saman kalau siarkan jugak.

Kita tanya dua soalan dulu.

Soalan pertama, kalau kongsi gelap tahu bahawa Teoh mendedahkan terlalu banyak rahsia mereka kepada SPRM, bagaimana mereka tahu? Siapa beritahu?

Soalan kedua, kalau kongsi gelap bunuh Teoh, bodoh sangat ka depa tu? Apa ke bangangnya?! Kalau bodoh sampai lagu tu, berenti la jadi kongsi gelap. Lagi baik jadi toliap!

Kongsi gelap tak bodoh. Kalau depa bodoh, dah lama dah Malaysia ni bersih dari kongsi gelap. Untuk membayangkan bagaimana kongsi gelap beroperasi, baca berita Sinar Harian bertajuk "Ramli dakwa pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dianiaya" di bawah (saya simpan betul-betul berita tu. Pautan dia http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story865661.asp - dah tak dak dah). Baca juga berita Harakahdaily bertajuk "Perbicaraan dua pegawai polis patut jadi peluang pulihkan kepercayaan" di bawah.

Nak lagi gambaran bagaimana kongsi gelap beroperasi dengan pihak berkuasa? Baca kesemua surat sumpah seperti yang saya pautkan (linked) di bawah:

Statutory Declaration of ASP Hong Kin Hock (G/10990) (Malaysia Today 9/6/09)
Statutory Declaration of Detektif Sarjan Raja Kumar (D/104700) (Malaysia Today 12/6/09)
Statutory Declaration of ASP Mior Fahim Bin Ahmad (G/13237) (Malaysia Today 13/6/09)
Statutory Declaration of Sarjan Major Manimaran a/l Palaniappan (D/94894) (Malaysia Today 15/6/09)
Statutory Declaration of Chai Boon Chai @ Ah Wah (No K/P: 730702-04-5356) (Malaysia Today 16/6/09)
Statutory Declaration of Chong Tzeng Hang @ Ah Han (830210-01-5407) (Malaysia Today 17/6/09)

Ramli dakwa pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dianiaya
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Ramli Yusof semalam mengakui beliau adalah orang yang dimaksudkan dalam laporan akhbar yang mendakwa seorang pegawai tinggi polis memiliki harta sebanyak RM27 juta.

Beliau bagaimanapun menafikan mempunyai harta sebanyak itu termasuk tanah dan saham syarikat seperti mana yang didakwa.

"Walaupun nama pegawai tersebut tidak disebut, tetapi ia sudah diketahui umum bahawa saya adalah pegawai yang dimaksudkan dalam berita yang telah disensasi itu

"Yang pasti pengawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah dianiaya oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

"Malah mereka juga tidak mendapat sebarang sokongan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM)," tegasnya dalam satu kenyataan semalam.

Beberapa akhbar sebelum ini melaporkan seorang pegawai kanan polis Bukit Aman sedang disiasat oleh BPR atas tuduhan salah guna kuasa dan gagal mengisytihar harta bernilai RM27 juta.

Katanya lagi, beliau tidak akan meletakkan jawatan atas laporan skandal tersebut, tetapi akan mula bercuti lusa untuk menunaikan umrah dan ibadat haji pada Disember.

Jelasnya beliau memanggil sidang media semalam kerana ingin memberi peluang kepada BPR untuk menjalankan siasatan.

Tambahnya, beliau bagaimanapun tidak mempunyai musuh di dalam PDRM bahkan hubungannya dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga adalah baik.

"Kami saling hormat-menghormati," katanya.

Selain soal jawab dengan media, Ramli juga menyediakan kenyataan bertulis setebal tiga halaman.

Dalam kenyataannya itu, Ramli berkata beliau telah berdiam diri sehingga hari ini berhubung perkembangan dalam pasukan polis, terutama berhubung tangkapan dan pendakwaan terhadap pegawai-pegawai JSJK yang didakwa telah memalsukan kenyataan pemberi maklumat berhubung perintah buang daerah terhadap seorang lelaki, Goh Cheng Poh @ Tengku.

Pada bulan Mac 2007, katanya, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri telah memberi arahan-arahan khusus kepada pihaknya berhubung kegiatan sindiket-sindiket jenayah tertentu yang beroperasi di Johor membabitkan beberapa orang kenamaan.

Menurutnya, siasatan yang dijalankan oleh JSJK telah membawa kepada penahanan dan perintah buang daerah terhadap Goh Cheng Poh @ Tengku, ke Jeli Kelantan.

Perintah penahanan dan buang daerah itu, kata Ramli, dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri berdasarkan kepada hasil risikan yang dikumpulkan para pegawai JSJK.

Sebab perintah buang daerah di keluar terhadap Goh, tambahnya, adalah perkara di dalam bidangkuasa dan budibicara Timbalan Menteri Dalam Negeri dan, oleh itu, beliau tidak boleh mengulas mengenainya.

Tidak lama selepas perintah buang daerah itu dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, pihak akhbar telah melaporkan bahawa BPR dan JSJK telah menyiasat dan membersihkan Goh dari sebarang kesalahan.

Tambah Ramli, ini tidak termasuk siasatan JSJK terhadap kegiatan Goh sepertimana yang diarahkan oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Selepas tersiarnya laporan media itu, katanya, Goh telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk mengenepikan perintah buang daerah yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri tehadapnya.

Menurut Ramli lagi, dalam satu tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Penasihat Undang-undang Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, seorang pegawai Pejabat Peguam Negara, enggan memberi nasihat dan sebaliknya mengarahkan beliau dan pegawainya menyediakan afidavit mengenai kertas siasatan terhadap Goh.

Afidavit tersebut, tambahnya, adalah untuk difailkan di mahkamah ekoran permohonan Goh untuk mengenepikan perintah buang daerah terhadapnya.

Ekoran kesuntukan masa, kata Ramli, pegawai JSJK terpaksa mendapatkan nasihat perundangan daripada sebuah firma guaman yang kemudiannya membantu mereka menyediakan draf afidavit tersebut.

Menurut Ramli lagi, sehari sebelum Hari Raya, seorang rakan lamanya yang juga menjadi penasihat undang-undangnya telah ditangkap dan didakwa kerana gagal mematuhi satu notis arahan ke atas yang dikeluarkan oleh BPR.

Rakannya itu juga, kata Ramli, turut membantu para pegawai JSJK menyediakan afidavit yang difailkan dalam prosiding berhubung dengan kes Goh.

Dalam tempoh seminggu, tambahnya, beberapa pegawai JSJK telah ditangkap dan didakwa di mahkamah atas dakwaan memalsukan bukti berhubung perintah buang daerah terhadap Goh.

Ramli menyifatkan apa yang berlaku sebagai sesuatu yang membimbangkan dan tidak dapat dinafikan akan memberi kesan yang besar, bukan sahaja kepada JSJK tetapi juga kepada pasukan polis keseluruhannya.

Ramli mengakhiri kenyataannya itu dengan menyatakan bahawa beliau akan berlepas untuk mengerjakan umrah Khamis ini dan menyuarakan harapannya agar isu tersebut dapat ditangani oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.
Perbicaraan dua pegawai polis patut jadi peluang pulihkan kepercayaan

Harakahdaily (5/10/07): Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berharap perbicaraan dua pegawai polis yang dituduh mengaitkan Ketua Polis Negara dengan dengan tuduhan rasuah dilihat sebagai peluang untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman.

Cif Inspektor Nordin Ahmad, 42, yang kini bertugas di Cawangan Perjawatan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dan Lans Koperal Wong Boon Wai, 40, dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang didakwa di Mahkamah Sesyen Batu Pahat Rabu lalu atas 14 tuduhan memalsukan keterangan dan menggunakan dokumen palsu untuk mengaitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dengan tuduhan rasuah RM2 juta untuk membebaskan tiga tahanan Ordinan Darurat.

Mereka tidak mengaku bersalah atas semua tuduhan itu.

"Kita sangat prihatin dengan kes ini kerana sebelum ini Nordin telah membuat laporan di Balai Polis Kuantan pada 23 September lalu kerana isteri dan anak-anaknya ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

"Tindakan BPR menahan serta menjadikan isteri dan anak-anak Nordin sebagai tebusan dan tukar ganti untuk memaksa kehadirannya ke ke pejabat BPR memberikan keterangan adalah satu tindakan yang boleh menyebabkan BPR dituduh sangat keterlaluan, keji dan tidak bertamadun dalam menjalankan tugasnya," katanya.

Mengambilkira latar belakang yang sedemikian serta kaitan kes itu dengan Ketua Polis Negara ditambah pula dengan isu "pita video Lingam" yang begitu mencemarkan imej institusi kehakiman di negara ini, Salahuddin berharap pihak yang berkenaan dapat menjadikan perbicaraan ke atas Nordin dan Wong sebagai peluang untuk memulihkan keyakinan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap institusi kehakiman di negara ini.

Beliau juga mengulangi tuntutan PAS supaya badan kehakiman mestilah menjadi badan yang menjamin keadilan untuk semua rakyat dan terpelihara kewibawaannya.

"Kita mahukan sesuatu yang konkrit, objektif dan boleh diyakini, bukannya jawapan berfalsafah tentang the power of the powerless," tegas beliau.

Dalam laporan polisnya itu, Nordin menyatakan bahawa pada 23 September lalu semasa dalam perjalanan balik ke rumahnya, beliau menerima panggilan telefon dari isterinya, Kalsom Mat Noh, yang memberitahu ada beberapa pegawai BPR di rumahnya dan akan membawa mereka ke pejabat BPR.

Pada hari yang sama, katanya, "seorang lelaki bernama Muniem yang memperkenalkan diri sebagai pegawai BPR telah menghubungi saya dan bertanya saya di mana saya berada dan bila saya akan sampai".

Nordin meminta mereka membebaskan isteri dan anak-anaknya "yang berada di dalam tahanan mereka".

"Lelaki tersebut memaksa saya datang dengan segera untuk isteri dan anak-anak saya dibebaskan," katanya.

Laporan polisnya dibuat kerana Nordin "tidak puas hati dengan tindakan BPR yang menahan isteri dan anak-anak saya tanpa sebarang kesalahan, tanpa sebab, menyekat pergerakan isteri dan anak-anak saya dari menghubungi saya".

Beliau "tidak berpuas hati dengan tindakan BPR yang menyalahgunakan kuasa mereka untuk kepentingan diri mereka, memaksa saya hadir ke pejabatnya dan menjadikan isteri dan anak-anak saya sebagai tebusan, sebagai tukar ganti kehadiran saya".

SPRM tidak dipercayai, tubuh Suruhanjaya Diraja segera - Husam Musa



KELANA JAYA, 20 Julai (Hrkh) - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Paduka Husam Musa menegaskan bahawa Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan dengan segera kerana institusi lain seperti polis dan SPRM sudah lagi tidak boleh dipercayai.

Beliau yang tidak bersetuju dengan pihak polis sendiri yang menyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu berhubung dengan kematian pembantu exco kerajaan negeri selangor, Teo Beng Hock baru-baru ini ketika dalam tahanan siasatan SPRM.

"Kita tidak bersetuju polis menyiasat SPRM keranan sendiri buat salah dan sendiri siasat, sampai bila kita tidak akan jumpa jalan penyelesaiannya, polis dan SPRM adalah sama sahaja," tegas beliau.

Tambah beliau, pihak polis dan SPRM adalah sama sahaja bahkan polis kadang kala lebih buruk dari SPRM dan SPRM lebih buruk dari polis.
Beliau memberi contoh kes Kugan yang mati dalam tahanan polis sehingga sekarang tiada sebarang pembelaan.

"Apa jaminan polis siasat SPRM, mereka akan dakwa pembunuh Teo Beng Hock, tidak ada jaminan sama sekali.

"Kita tidak boleh mempercayai sesiapa sahaja, tidak kira polis, ketua hakim, SPRM hatta Perdana Menteri itu sendiri. Kami tidak menaruh kepercayaan kepada pihak-pihak ini.

"Kerana itu, kita minta satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan segera supaya kita boleh menyiasat keseluruhan episod ini," katanya.

Sementara itu, beliau menyifatkan anak muda ini sebagai hero Pakatan Rakyat kerana menyekat niat jahat BN mahu merampas Selangor dan usaha yang dilakukan oleh teo patut dihargai.

"Kita mesti memperjuangkan keadilan kepada hero kita ini dan keadilan yang kita tuntut ialah dalam masa sekarang ini," katanya sambil menyifatkan kematian Teo Beng Hock dan keluarganya adalah hero Pakatan Rakyat.

Katanya, dengan berlaku kematian Teo, usaha Barisan Nasional (BN) untuk menjatuh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor seperti yang pernah dilakukan untuk menjatuhkan kerajaan Perak menemui jalan kegagalan.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Himpuanan Soldariti 'Keadilan Untuk Teo Beng Hock' yang diadakan di Stadium Kelana Jaya dekat sini semalam yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor.

Hadir sama dalam Himpunan Solidariti itu ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan semua Adun dan ahli exco kerajaan negeri Selangor.

Lebih 3,000 orang hadir memeriahkan solidariti ini dan diakhir perhimpuanan ini, ada pengunjung betindak membakar akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.
Tindakan ini berhubungan dengan kenyataan dalam akhbar tersebut mengenai kematian Teoh adalah berkenaan dengan isu perkauman.

Berkaitan dengan isu ini, Husam berkata, menurut Pengerusi SPRM, Ahmad Said Hamdan patut sedar bahawa isu kematian pembantu exco adalah bukan isu perkauman.
"Dia harus tahu bahawa Beng Hock adalah sama nilai nyawanya dengan nyawa orang melayu. Pedulikan melayu, cina dan india.

"Kita adalah anak bangsa Malaysia. Apabila salah seorang dibunuh kita wajib menuntut bela di sisi agama Islam," katanya sambil diiringi dengan tepukan yang gemuruh dari hadirin. - azm_

Ahad, 19 Julai 2009

Analisa Manek Urai: Cakap Malam Dengar-Dengar, Cakap Siang Pandang-Pandang


Syed Kickdafella

Pengundi Melayu tidak lari dari PAS, 50% ini terus mahukan Islam sebagai teras perjuangan bangsa Melayu

“Open your eyes before you open your mouth….

Itulah kalimah paling sesuai buat rakan media, segelintir rakan blogger dan ahli-ahli PAS yang pro Kerajaan Perpaduan yang begitu berdansa dalam kemabukan dengan keputusan pilihanraya umum Manek Urai pada 14hb Julai yang baru lepas.

Pagi semalam saya menerima panggilan telefon dari seorang diplomat dari kedutaan asing, meminta pengamatan saya terhadap apa yang telah berlaku di Manek Urai.

Sebagaimana kepada rakan diplomat, saya juga mengajak kita bermula dengan analisa keputusan pilihanraya Manek Urai dengan melihat fakta sejarah Pilihanraya Kecil di Kelantan bermula dari tahun 1987 seperti yang boleh diperolehi dari laman rasmi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

Fakta Sejarah

Mana-mana Pilihanraya Kecil sememangnya sengit apalagi di Negeri Serendah Sekebun Bunga yang penduduknya sering dijenamakan sebagai berani membuat keputusan politik yang berlainan dengan penduduk dari negeri lain di Malaysia.

Bermula daripada tahun 1987, terdapat 6 pertembungan diantara PAS dengan UMNO Barisan Nasional di dalam pilihanraya kecil di Kelantan iaitu,

• 1987 – PRK N14 Bukit Tunku.

• 1994 – PRK N9 Lundang.

• 1997 – PRK N32 Pulai Chondong.

• 1997 – PRK N30 Semerak.

• 2006 – PRK N12 Pengkalan Pasir.

• 2009 – PRK N41 Manek Urai.

Melainkan pada Pilihanraya Kecil N9 pada 29hb March 1994, dimana calon PAS Ustaz Mohd Daud Iraqi menang dengan majoriti 4,246 undi atau 30%, selebihnya menyaksikan pertarungan sengit dengan kemenangan atau ketewasan yang tipis seperti data di bawah,

• 28/6/1987 PRK N41 Bukit Tuku BN menang dengan majoriti 118 undi atau 1.4%.

• 29/3/1994 PRK N9 Lundang PAS menang dengan majoriti 4,246 undi atau 30%.

• 6/1/1997 PRK N32 Pulai Chondong PAS menang dengan majoriti 118 undi atau 1.3%.

• 11/8/1997 PRK N30 Semerak BN menang dengan majoriti 778 undi atau 7.79%.

• 6/12/2006 PRK N12 Pengkalan Pasir BN menang dengan majoriti 134 undi atau 0.9%.

• 14/7/2009 PRK N41 Manek Urai PAS menang dengan majoriti 65 undi atau 0.6%.

Kemenangan besar PAS dalam PRK N9 Lundang pada tahun 1994 adalah pada ketika kemuncak penentangan dan kebencian rakyat Kelantan terhadap UMNO.

Pada ketika itu PAS bersama Semangat 46 menerusi Angkatan Perpaduan Ummah menyapu bersih kerusi DUN di Kelantan dalam Pilihanraya Umum 1990.

Faktor simpati rakyat Kelantan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah dan kasih sayang mereka terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang baru 4 tahun mentadbir Kelantan adalah antara pemangkin kemenangan besar tersebut.

Dua pilihanraya kecil pada tahun 1991 yang melihat pertembungan Semangat 46 dengan Umno BN juga menyaksikan Semangat 46 mengalahkan BN dengan peratusan majoriti lebih 15%.

Manek Urai: PAS Menang Setelah 12 Tahun

Begitulah sepatutnya yang dibaca oleh pengalisa politik. Sudah 12 tahun PAS tidak pernah menang dalam Pilihanraya Kecil di Kelantan.

Blogger Penarik Beca adalah antara yang pertama mengetengahkan fakta ini.

Setelah kemenangan YB Zulkifli Mamat di Pulai Chondong pada 1997, PAS telah tewas di dua PRK berturut-turut. Manek Urai merupakan sejarah setelah sedekad tanpa kemenangan di dalam PRK.

UMNO BN Wajib Menang di Manek Urai

Manek Urai adalah diantara kubu-kubu jentera UMNO BN. Ia terletak dibawah Zon Kelantan Selatan yang dikawal oleh KESEDAR sebuah agensi pembangunan tanah Kerajaan Persekutuan yang dibekalkan dengan beratus juta ringgit bagi membangunkan kawasan Kelantan Selatan dan memperkukuhkan kedudukan politik UMNO.

Sama seperti KADA sebuah lagi agensi persekutuan, KESEDAR menjalankan pelbagai aktiviti bertujuan mendapatkan political mileage bagi UMNO. Menerusi KESEDAR juga pelbagai jawatan lantikan politik dibuat termasuklah penceramah politik.

Manek urai berada di dalam kawasan Parlimen Kuala Krai yang mempunyai 4 DUN. Berikut analisa ringkas keputusan PRU12 pada DUN-DUN berkenaan,

• N39 Mengkebang – PAS tewaskan BN dengan majoriti 1,903 undi atau 16%.

• N40 Guchil – PKR menang tewas BN dengan majoriti 1000 undi atau 8%.

• N41 Manek Urai – PAS tewaskan BN dengan majoriti 1352 undi atau 13%.

• N42 Dabong – PAS menang dengan menewaskan BN dengan majoriti 552 undi atau 8%.

Walaupun Pakatan Rakyat telah menyapu bersih kesemua 4 kerusi DUN, apa yang jelas ialah melainkan di Mengkebang, 3 lagi DUN berada di dalam kawasan kemenangan kurang daripada 13% undi majoriti.

Ini bermakna jika hanya 7% pengundi bertukar arah, Pakatan Rakyat akan tumbang.
Berbekalkan jentera Kerajaan Persekutuan dan Jentera Negeri-Negeri di bawah BN, UMNO sepatutnya telah berjaya menumpaskan PAS di Manek Urai.

Oleh yang demikian, analisa yang tidak bias dan dibuat oleh mereka yang benar-benar matang dalam politik Malaysia amnya dan politik Kelantan khasnya akan mempertikaikan bagaimana BN boleh tewas dan mengapa PAS hanya menang dengan 65 undi.

Mengapa BN Tewas di Manek Urai

Anggaran Jambatan dua lorong penghubung diantara Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama ialah RM20 juta mengikut Jabatan Kerja Raya. Bagaimanapun Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa Kerajaan Persekutuan akan membina Jambatan bernilai RM7 juta pada 15hb Julai 2009 jika BN menang di Manek Urai.

Penduduk Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama memberi majoriti undi mereka kepada BN dengan harapan sebuah jambatan dapat terbina pada keesokan harinya tanpa mereka sedari, Muhyiddin sendiri tidak berniat dengan apa yang dikatakannya itu.

Muhyiddin beranggapan adalah mustahil untuk BN menang di Manek Urai.

Muhyiddin mempunyai jentera kempen sehebat-hebatnya tetapi jentera kempen BN tidak memiliki ‘passion’ seperti jentera kempen serba daif dan miskin Pakatan Rakyat.

Passion begini sudah lama berkubur dalam UMNO.

Dahulu UMNO adalah satu perjuangan kini bagi ahli UMNO, adalah zaman menikmati hasil perjuangan datuk dan nenek mereka.

Pada hari penamaan calon, UMNO hanya mampu menggembeling 2,000 untuk berarak bersama mereka ke pusat penamaan calon walaupun SPR membenarkan mereka membawa 5,000 orang.

Pakatan Rakyat pula membawa 5,000 orang berarak dengan mereka dan pada penghujung proses penamaan calon, jumlah penyokong mereka sudah jauh melebih 20,000 dan ia melimpah hingga ke simpang jalan Kuala Krai – Gua Musang iaitu lebih 3.4 km dari pusat penamaan calon.

Pada hari pengiraan undi, jumlah penyokong PAS yang berkumpul di pusat penjumlahan undi lebih dari 3,000 orang tetapi di sebelah BN, tiada seorangpun penyokong atau pimpinan UMNO yang hadir walaupun keputusan hampir bila-bila masa menyebelahi mereka.

Suasana gerai begini yang dibuka seawal 4.30 petang di luar pusat penjumlahan undi tidak dapat dilihat disebelah penyokong BN kerana kebanyakkan penyokong BN hadir kerana mereka dibeli, Penyokong PAS hadir kerana bagi mereka ia sebahagian dari ibadah dan perjuangan menentang kemungkaran.

UMNO Tewas Kerana Tiada Kepercayaan Diri

YB Dato’ Wan Abdul Rahim a.k.a Chegu Rahim bersama YB Lim Kit Siang Di Sungai Peria, Manek Urai

PAS di sebalik segala retorik dan perang saraf sedar bahawa mereka akan tewas di Manek Urai.

Apa yang mampu mereka lakukan ialah mengurangkan kadar kemerosotan undi supaya disaat-saat akhir mereka boleh mengharapkan kepada keajaiban berlaku.

Semenangnya itulah yang dilakukan hasil dari kebijaksanaan YB. Dato’ Wan Abdul Rahim, Penasihat Strategi dan YB. Abdul Fatah Harun, Pengarah Jentera Pilihanraya Negeri.

Sebelum hari mengundi, jentera PAS berpendapat, jika jumlah keluar mengundi kurang daripada 77%, maka PAS akan menang di Manek Urai. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan dalam taklimat Jentera Kempen BN pada hari terakhir pula mendedahkan, BN memerlukan sekurang-kurangnya 82% pengundi keluar mengundi untuk menang di Manek Urai.

Pada Jam 2 petang 14hb Julai 2009, angka rasmi keluar mengundi sudah melebihi 82%. Jentera PAS sudah kini yakin mimpi ngeri mereka telah menjadi nyata.

Dalam usaha mendapatkan keajaiban yang mereka perlukan, YB Fatah Harun setelah berunding dengan jawatankuasanya dengan gembira memanggil satu sidang media di Markas Induk jentera Pilihanraya PAS.

YB Fatah Harun a.k.a Abe Tah (Kanan) Bersama Dato’ Takiyuddin Hassan di sidang media Perlancaran Jentera Kempen PAS di Manek Urai Baru.

Di dalam sidang media jam 2.30 petang tersebut, YB. Fatah telah mengumumkan berdasarkan senarai yang keluar mengundi, PAS kini mendahului BN dengan 2,000 undi dan mengumumkan kemenangan PAS didalam PRK Manek Urai.

Terkejut dengan pengumuman itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat keputusan meninggalkan Manek Urai jam 3.30 petang dan sejurus dengan itu, jentera BN yang sebelum ini sibuk masuk ke segenap pelusuk kampung telah memberhentikan operasinya.

Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain turut meninggalkan Manek Urai dengan kawalan polis pengiring. Pondok-pondok BN kesemuanya dikosongkan satu jam sebelum tamat proses pengundian.

Kesempatan ini diambil oleh jentera PAS menyemak senarai pengundi yang belum membuang undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat PAS bersama jentera mereka menunggang motorsikal masuk ke segenap ceruk mencari mereka yang belum keluar mengundi dan merayu supaya mereka keluar mengundi dan memangkah bulan.

Akhirnya, keajaiban telah berlaku. PAS menang dengan 65 undi.

Kemenangan Termanis

Akhirnya, jam 9 malam, PAS telah meraikan kemenangan dengan penuh rasa bersyukur. Ini adalah kemenangan termanis dalam pengalaman mereka berhadapan dengan jentera gergasi BN di dalam Pilihanraya Kecil dimana sudah 12 tahun kemenangan menjadi milik UMNO.

Kelompok terpenting di dalam Badan Perhubungan PAS Kelantan, terus menikmati kesederhanaan yang berjaya membatasi rasa bongkak dalam diri mereka.

Kemana Hilang Undi PAS Dalam PRU 12

Di dalam PRU 12, PAS menang dengan majoriti 1,352 undi. Kini majoriti itu tinggal hanya 65 undi. Apakah yang menyebabkan ini berlaku? Rumusannya adalah seperti berikut,

• Di dalam PRU 12, sentimen pengundi terutamanya pengundi di perantauan dan pengundi-pengundi muda ialah untuk mempertahankan Negeri Kelantan daripada ditadbir oleh UMNO Barisan Nasional.

• Mereka tidak mahu Negeri Kelantan turut menjadi Negeri yang bergelumang dengan rasuah, maksiat dan kemungkaran seperti negeri-negeri lain yang ditadbir oleh UMNO Barisan Nasional.

• Satu cara untuk menyekat UMNO BN ialah dengan secara beramai-ramai mengundi PAS.
• Majoriti mereka ini bukanlah ahli mana-mana parti politik.

• Ahli-ahli UMNO dan pimpinan UMNO Kelantan sendiri sebenarnya lebih suka UMNO terus gagal merampas Kelantan kerana dengan cara demikian, wang pembangunan untuk rakyat Kelantan terus menerus akan disalur menerusi Parti dan Agensi-Agensi seperti KADA, KESEDAR, Majlis Tindakan Pelancongan dsbnya yang mana ahli-ahli politik UMNO adalah pengerusinya.

• Dengan UMNO terus kecundang, mereka akan terus menjadi orang-orang penting dengan peruntukan yang berpuluh-puluh juta ringgit.

Namun di dalam berhadapan dengan Pilihanraya Kecil, sentimennya adalah berbeza,

• Pengundi senyap tahu bahawa undi mereka tidak akan memberi Negeri Kelantan kepada UMNO.

• Ini kerana PAS sebagai kerajaan mempunyai majoriti besar di Dewan Undangan Negeri.

• Oleh yang demikian mereka mengundi BN dengan harapan Kerajaan PAS akan lebih sensitif terhadap kehendak penduduk tempatan.

• Mereka juga mengundi BN sebagai protes kepada ketidakpuasan hati mereka, jika ada terhadap pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz.

Semangat gotong royong terus menjadi keutamaan dikalangan penyokong PAS tanpa mengharap pulangan wang ringgit.

Benarkah Pengundi Melayu Kembali Kepada UMNO

Di dalam PRK Bukit Gantang, UMNO mendakwa pengundi-pengundi Melayu telah kebanyakannya pulang kepada UMNO. Data UMNO menjelaskan seperti berikut,

• Di dalam PRK Bukit Gantang UMNO mendapat 65% undi Melayu.

• PAS dapat 35% undi Melayu.

Jika benar 65% pengundi Melayu sudah kembali setia kepada UMNO maka keputusan di Manek Urai pada 14hb Julai 2009 ialah UMNO mendapat 6,841 undi dan menang dengan majoriti 3,157 undi.

Ini adalah berdasarkan fakta berikut,

• Jumlah pengundi berdaftar di Manek Urai 12,293 orang.

• Jumlah membuang undi 10,631 pengundi.

• Pengundi Melayu 99.9%.

Sebaliknya, PRK Manek Urai membuktikan bahawa UMNO BN hanya memperolehi hanya sejumlah 50% undi dari pengundi Melayu.

Manek Urai dan Masa Depan PAS

Berdasarkan prestasi di Manek Urai, jelas bahawa PAS telah mengambil langkah yang betul dengan,

• Terus bersama Pakatan Rakyat.

• Menolak politik perkauman.

• Menolak Kerajaan Perpaduan dan Kerjasama dengan UMNO.

• Mengurangkan kehadiran tokoh-tokoh PAS yang pro UMNO dan Kerajaan Perpaduan secara langsung mengurangkan kerosakan yang akan dilakukan oleh mereka di Manek Urai.

Dengan berlandaskan 50% sokongan daripada pengundi Melayu di kawasan majoriti Melayu dan berlandaskan 35% sokongan pengundi Melayu dikawasan campuran serta 84% sokongan pengundi bukan Melayu, PAS seharusnya bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan PRU 13 lebih awal dari tempoh matang dengan semangat untuk bersama Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia.

Apa yang perlu dan penting sekarang, ialah untuk PAS memastikan kemusnahan yang bakal di bawa oleh pimpinan PAS pro UMNO dan Kerajaan Perpaduan dibendung dengan berkesan supaya PAS tidak tertembak kaki sendiri disaat-saat ia memerlukan kedua-dua kakinya untuk memecut ke garisan penamat.

Jangan Cuba Tipu Rakyat : Kematian Teo Beng Hock Bukan Jatuh Tempat Tinggi -Melayau



Mari kita jadi penyiasat seperti dalam siri popular CSI

Apabila aku baca laporan Utusan Online bertajuk “Teo Beng Hock mati kerana terjatuh dari paras tinggi” aku pun cari dalam macam-macam blog dan aku jumpa macam-macam andaian dan ulasan. Tapi kebanyakannya tidak sama dengan yang ditulis oleh Utusan.

Contohnya aku tengok foto kat sini bersama pakar CSI dan pakar tersebut mengesahkan dengan yakin Mendiang Teo bukan mati akibat jatuh dari tempat tinggi.

Menurut pakar ini, jika Mendiang jatuh dari tempat tinggi, dari foto tersebut boleh dikesan seperti:-

• Pasti ada kesan darah yang keluar dari hidung dan mulut. Kesan darah atas lantai berhampiran muka.

• Jatuh dari tempat tinggi kepala terhempas ke lantai dan pecah. Darah terpercik keluar paling banyak di bahagian kepala dan tompokan darah paling banyak atas lantai di kepala mendiang.

• Mayat akan kelihatan renyuk

Itu saja pakar boleh komen. Sebab pakar ini mendapat pengalaman dan pengetahuan pun dari tv, rancangan CSI dan macam-macam.

Lagipun dia anak aku umur 11 tahun, masih sekolah. Ha… ha… ha…
Kalau IO Polis dan unit forensik polis, dapat jawapan macam lain aku tak tau la……….!!!!!

http://leecopperten.blogspot.com

Hari Kebesaran Islam : Israk Wal Mikraj jatuh pada hari esok



27 Rejab 1430 Hijrah ,jatuh pada hari Isnin 20 Julai 2009,peristiwa Israk Mikraj merupakan satu peristiwa yang amat penting dalam diri umat Islam .

Nabi Muhammad SAW di bawa menemui maha pencipta yang maha Agong dan maha Berkuasa. Tika dan waktu inilah waktu solat telah diwartakan lima waktu sehari semalam.

Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW amat mencintai umatnya,dari 50 waktu solat diminta menjadi 5 waktu.Sesungguhnya Allah SWT telah memperkenankan kesungguhan kekasihNya.

Nabi Muhammad SAW,sedia maklum bahwa umatnya tidak akan termampu menunaikan solat waktu yang telalu banyak (50 waktu),namun rasa kecintaan baginda tidak pernah diambilkira oleh kita umatnya,kerana kadang-kadang solat 5 waktu ini,juga akan ditinggalkan kerana sebab-sebab yang memang disengajakan.

Kajian rambang didapati kebanyakan pelajar perempuan lebih culas menunaikan solat berbanding pelajar lelaki.Dalam menunaikan ibadat solat tidak ada apa yang perlu diberatkan,solat tanpa telekung,tidak menjadi kesalahan.

Hanya dengan memakai tudung labuh,menutup aurat sudah boleh kita menunaikan solat.

Jangan mengambil ringan tentang ibadat solat,kerana solat merupakan:

i. ibadat pertama yang akan dihisab di akhirat
ii.membanding bezakan antara umat Islam dan golongan musyrikin serta kafir
iii. mencegah seseorang daripada melakukan perkara kemungkaran dan kefasadan

Sesungguhnya solat itu tiang agama,rumah tanpa tiang dan tembok pasti akan roboh,begitu juga umat Islam tanpa solat akan tunduk menyembah bumi.

Solat adalah penghubung manusia dengan penciptaNya.Solat pasti akan memberi ketenangan kerana di waktu kita menunaikan solat segala-galanya akan kita serahkan kepada Allah SWT.

Tunaikan solat sesungguhnya solat adalah tiang agama. Peristiwa Israk Mikraj telah membawa Rasulullah SAW yang tercinta menemui Allah SWT untuk memuktamadkan waktu solat fardhu lima waktu.

Betapa Allah Menyayangi Umat Muhammad,namun malangnya kita sebagai umat yang mengaku Islam seolah-olah lupa dan sentiasa mengejar perkara lagha (sia-sia). Tunaikanlah solat kerana ia adalah kewajipan bagi kita semua.

Sumber : Ustazah Mastura paismkjkt.blogspot.com

Sabtu, 18 Julai 2009

Kematian Teo dibunuh SPRM ; Teori Raja Petra




Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-verita karut.

Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut. SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP. Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan.

Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah. Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan. Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan. Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya. Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis.

Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit.

Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa. Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu. Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia.

Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau. Malaysia Today menulis semua ini.

Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today. SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama.

Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana Umno menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri.

Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku! Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap. Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan.

SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahu menyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang. Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM.

Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu.

Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia. Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan.

Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah. Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau.

SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh kealam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ke tingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang.

Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap. Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa.

Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh. Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua. -

translation by MSK (MatSamanKati)

Kenapa PAS menang ciput di Man U?

Saya janji nak tulis kenapa PAS menang ciput mengalahkan Barisan Nasional (BN) di Manek Urai? Ni nak tulislah ni. Tapi, ni bukan analisa pilihan raya. Ni hasil tanya-tanya dan bersembang sana-sini ja.

1. Tak jejas dua pertiga PAS di Kelantan

Sehari dua sebelum pilihan raya tersebut, saya bersembang dengan beberapa kawan yang berasal dari Kelantan. Kesemua mereka penyokong PAS. Bila sampai ke tajuk Manek Urai, ting tong, ting tong, bersembanglah bab jambatan baru yang dijanjikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin - jambatan bagi menghubungkan Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru.

"BN berjanji hari ini dengan disaksikan oleh semua bahawa menang sahaja BN, kita akan terus memulakan kerja-kerja pembinaan, ini janji BN dan akan dikotakan," kata Timbalan Presiden Umno itu.

Salah seorang dari mereka berkata, "Kalau aku, aku bagi jah BN mene sekali. BN mene pun, buke nak jatuh kerajae Tok Guru. Tak dak apa satu. Dua pertiga tak jejas".

Terus seorang lagi kawan menyambut, "Betul, betul. Buke kita nak pejatuh Tok Guru. Kita nak suruh dia buat hok yang dia kata nak bagi sangat tu. Pilihan raya umum kita beri balik ke PAS".

Saya tak setuju. "Tak boleh. Takkan kerana nak ke benda hampa nak pelingkup momentum BN kalah. Setakat ni (pilihan raya kecil) di Semenanjung dah 5-0 dah (BN kalah atau tak berani bertanding). Umno nak sangat menang ni. Dia nak tunjuk Melayu sokong dia lagi (lihat posting bertajuk 'Mentalkinkan Melayu')".

Persoalannya, berapa ramai pengundi Manek Urai yang mempunyai pemikiran sedemikian dan berapa ramai anak Manek Urai di perantauan yang balik mengundi yang mempunyai pemikiran sedemikian?

Saya diberitahu, hujah itu adalah antara hujah popular Umno di Manek Urai.

2. Power kepala Agong

Suka tak suka terima, taburan duit juga menentukan pola pengundian. Kepala Agong (duit) memang power. Ada beg misteri?

Seorang pekerja pilihan raya PAS bercakap sendiri dengan anggota keluarga salah sebuah rumah di dalam kawasan Manek Urai. Mereka sendiri memberitahu beliau, jumlah yang diterima oleh seluruh anggota keluarga itu, orang ni dapat sikit dan orang nu dapat sikit, adalah RM5,000!

Hampa nak kata apa? Hampa larat nak bagi RM5,000? Duit tambang kepada yang tinggal di luar Manek Urai tak payah cakap la...

Bukan bagi saja-saja. Ada yang mengaku disuruh bersumpah waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi akan mengundi parti yang diwakili oleh pihak pemberi. Ada yang mengaku tak nak pergi mengundi kerana tak mahu mengundi parti yang memberi duit itu. Dia kata gitu la. Mana kita tau dia pi undi ka, dak ka.

3. Hantu ciptaan Umno

DAP menjadi hantu (bogeyman) ciptaan Umno. Dalam kempen bisik-bisik, ditaburkan pelbagai hasutan yang mengaitkan DAP. PAS pulak dah berkawan dengan DAP. Saya dah hint siap-siap sebelum ni dalam posting bertajuk "'Pantang Melayu' akan kalahkan PAS di MU?"

Anda rasa pengundi termakan dak dengan kempen lagu tu? Saya tak boleh kata ya atau tidak. Belum sempat bertanya-tanya lagi untuk kaji benda tu.

Apa nak heran Umno guna isu tu. Pemimpin tertinggi PAS pun dok jaja merata rumah kenduri bahawa "DAP agen Singapura". Dia lahap sungguh dakyah BTN tu. Dia tak peduli pun hakikat bahawa Umno menjadikan negara ini tanah jajahan Singapura.

Cerita Karpal Singh suruh langkah mayat dia dulu sebelum laksana hudud turut ditabur. Takkan depa nak cerita Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata:
Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan (Kenyataan Najib pada 20hb April 1983 kepada para wartawan).

Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu (Kenyataan Najib pada 20 April 1992 kepada para wartawan).

4. Rakyat merasa jauh hati

Ada juga yang menyatakan rakyat Kelantan jauh hati. Tahun lalu, saya pernah dengar seorang tokoh politik Kelantan berkata, "Dah berapa bulan dah (berlalu) pilihan raya umum. Program kebajikan tak berjalan lagi. Banyak sangat politiking sesama sendiri".

Saya tak tau betul atau tidak apa dia kata. Tetapi itulah yang saya dapat ingat dia kata.

Laa, kalau longkang tersumbat ka, jalan kampung berlubang berlopak ka, jangan la buat bodo ja. Cepat-cepat la selesaikan.

Orang miskin atau orang terdesak nak minta bantuan empat lima puluh ringgit, jangan la tahaq dia (biar dia tunggu terlampau lama) sebelum dihulur apa yang dihajati. Nak habaq bagi, kami orang miskin ni selalunya sensitif terlebih!

Lama dahulu, hampir setiap kali muktamar tahunan PAS, mesti ada gesaan supaya para pemimpin turun ke bawah. Harap la ni ada lagi gesaan lagu tu.

Kalau orang lain tak dan nak panas punggung dah terterap hangit kerana imej "gong", janganlah berlaku benda yang sama di Kelantan. Terterap tu loghat utara - tertiarap.

5. Kempen rumah ke rumah tak menyeluruh

Yang ni tak payah ulaslah. Dah berpuluh ribu kali dah orang dok sebut.

6. Umno dan PAS satu bendera

Umno memainkan isu Umno dan PAS tak lama lagi akan ada satu bendera.

Setakat itu sahaja yang saya dapat dengar punca-punca yang menyebabkan PAS menang ciput di Man U. Kalau maklumat yang saya dapat tak betul, this kutu takes full responsibility.

Apa sebenarnya berlaku di pejabat SPRM, Plaza Masalam - Harakahdaily

Orang ramai yang berurusan di Plaza Masalam, Shah Alam bertanyakan kenapa ada orang ramai berhimpun, kepada salah seorang yang menyertai perhimpunan mendesak siasatan dilakukan ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertanggungjawab menyiasat Teoh Beng Hock.
Orang yang ditanya itu menjawab: "Ada kes kematian semalam di sini. Mereka ini melahirkan tidak puas hati tentang kematian itu."

Jawab balik orang bertanya itu: "Ooo ... yang semalam kes bunuh diri tu ..."
"Macam mana awak tahu itu kes bunuh diri," soal orang sebelah kepada yang ditanya tadi.

Ini antara bualan ringkas di pintu masuk ke bangunan pejabat di Plaza Masalam pagi tadi semasa orang ramai yang dianggarkan lebih 500 orang berkumpul meminta SPRM bertanggungjawab diatas kematian Teoh yang ditemui dibawah pejabat SPRM, tingkat 14.
Tambah orang itu: "Kalau saudara dapat berita awal kes itu bunuh diri, saya pun dapat berita awal yang Teoh ini bunuh diri."

Orang ramai yang tidak mengenali Teoh iaitu Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Selangor, Ean Yoing Hian Wah dan mendapat maklumat awal memang mudah menyangka kebenaran berita tersebut.

Soalnya siapa yang bertanggungjawab menyebarkan berita bahawa Teoh membunuh diri, sedangkan pihak polis mengklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut dan siasatan sedang dijalankan.

Apabila ada pemimpin DAP yang menceritakan tentang keperibadian Teoh maka maklumat awal tersebut ternyata semacam sebuah cerekarama seolah hendak menutup kematian sebenar Teoh.

Ini kerana kematian mengejut beliau itu banyak menimbulkan persoalan dan andaian. Teoh pula tidak meninggalkan sebarang nota dalam masa rehat beliau di pejabat SPRM iaitu sebaik sahaja selesai siasatan pada pukul 3.30 pagi hingga 6 pagi, semalam bagi beliau mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Walaupun kesedaran kematian Teoh pada pukul 1.30 tengahari tetapi sebelum itu kali terakhir lokasi beliau berada di pejabat SPRM maka suruhanjaya tersebut perlu bertanggungjawab.

Pada 7 Julai lalu, saudara yang mahu dikenali Zul seorang pembantu tadbir pihak berkuasa tempatan (PBT) menceritakan beliau didera oleh SPRM di bilik gelap di pejabat SPRM di Johor Bahru dan telah membuat laporan polis.

Perkara ini disahkan Pengarah SPRM Johor, Simi Abdul Ghani yang dimaklumkan berhubung insiden yang menimpa Zul itu berkata pihaknya menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan selanjutnya.

"Pengadu berkenaan sudah membuat laporan polis, jadi kami serahkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk menjalankan siasatannya dan jika terbukti dakwaan itu benar, biar pegawai yang terbabit dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya," katanya.

Ini bermakna SPRM sudah ada kes dera saksi maka amat dibimbangi keghairan yang meruap-ruap menyiasat dakwaan penyelewengan exco kerajaan negeri Selangor akhirnya mengundang padah seperti yang menimpa Teoh.

Kata orang tua-tua kalau bergurau biar berpada, takut nanti bawa malapetaka.
Bagaimanapun rakyat Malaysia yang tertanya-tanya mahu pihak polis menjalankan siasatan dan menahan mereka yang terakhir bersama beliau di pejabat SPRM, tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam.

Atau apakah pejabat SPRM juga terdapat 'lembaga' misteri sebagaimana cerita pelajar siswi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Siti Farihan Mohamed Hassan, 23, ditemui mati di Kolej Pendeta Zaba, dipercayai terjatuh dari tingkat empat.

Diceritakan rakan mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Rosliza, 20-an, berkata sejak mendiami kolej kediaman itu hampir dua tahun lalu, pelbagai cerita mengenai gangguan makhluk halus seperti lembaga hitam tersebar.

Apakah Teoh juga mati kerana 'lembaga misteri'? Siapa lembaga misteri itu? Jin atau manusia?
Apa yang pastinya selagi siasatan tidak dijalankan secara telus selagi itu kematian Teoh jadi tanda tanya dan misteri. _

SPRM mahu rampas kerajaan negeri Selangor?



MAJLIS Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor.
Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.
Sebelum ini telah terdapat banyak kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan.

Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.

Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan.

Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan Umno untuk melemahkan Pakatan Rakyat.

Jawapan tegas

Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan Umno, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka.
Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenal pasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan.

Kami percaya bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan.

Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendesak dan bertegas agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM selama ini. (17 Julai)
Kenyataan media ini dikeluarkan oleh:

Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KeADILan

Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen DAP_

JANGAN LUPA PETANG AHAD INI



PERHIMPUNAN RAKSAKSA BELA KEMATIAN TEOH


TEMPAT: Stadium Kelana Jaya

PENGANJUR : Pakatan Rakyat/Kerajaan Selangor

BILA: Ahad : 19haribuan Julai 2009-

MASA : Jam 4.30 Petang

ADA APA : Menunjukkan setiakawan kepada Teoh yang terbunuh.

ADA APA LAGI : Membatah perangai dan kelakuan SPRM

ADA LAGI : Menuntut diadakan Suruhanraya DiRaja menyiasat kematian Toh.

APA LAGI : Ucapan Pimpinan Pakatan Rakyat.

LAGI : Datang pakai baju hitam tanda berkabung dan marah.

ADA LAGI : Jangan jadi bodoh dan dibodohkan oleh gerombolan.

Semua dijemput datang.

Orang terakhir jumpa Teo: SPRM ugut saya...-Malaysiakini



Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa mencerita pengalaman perit yang dilaluinya ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu, berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Tan disoal siasat oleh SPRM pada hari yang sama dengan Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor - yang ditemui mati, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM jam 1.30 petang semalam.

Tan mendakwa, dua pegawai SPRM yang menyoal siasatnya, cuba mendapatkan pengakuan palsu daripadanya, dengan memaksanya menafikan telah membekalkan 1,500 ribu bendera Malaysia bagi satu majlis sambutan hari Kemerderkaan di DUN Sri Kembangan.

Sewaktu sesi soal siasat tersebut, katanya, pegawai berkenaan menggunakan teknik 'polis baik dan polis jahat' - pada mulanya bersikap baik tetapi kemudiannya bertindak kasar dan memaksanya berdiri selama empat jam dari pukul 10 malam hingga 2 pagi.

Tan berkata, ada beberapa kali dia diancam dengan keganasan fizikal, di mana seorang pegawai menuding ke dahinya dan didakwanya berkata: "Kami jangan bohong. Saya boleh pukul kami. Percayalah!".

Sewaktu disoal siasat, katanya, pegawai yang lain masuk ke bilik untuk mempersendakan kelemahannya bercakap dalam bahasa Malaysia dan memanggilnya dengan istilah yang kesat - Cina bodoh - dan bertanya sama ada dia rakyat China.

Yang paling teruk, kata Tan, ialah ancaman terhadap keluarganya yang disifatkannya sebagai satu 'penderaan mental'.

"Mereka kata, jika saya tidak cakap benar, mereka akan ambil isteri dan tiada siapa yang akan menjaga anak-anak saya. Tetapi saya tidak beralah," kata Tan dalam satu sidang akhbar di bangunan setiausaha kerajaan negeri hari ini.

KAH KAH KAH…

Kah kah kah… SIASATAN RASUAH APA MACAM INI ?.... kah kah kah..

Kah kah kah…. JUAL 1,500 HELAI BENDERA MALAYSIA SALAH KE?..kah kah kah…

Kah kah kah… BERAPA HARGA BENDERA INI?... KATA LAH 3000 RINGGIT…kah kah kah…

Kah kah kah… BANDING KAN DENGAN 12 BILION RINGGIT DUIT LESAP DI PERLABUHAN KLANG?... kah kah kah…

Kah kah kah.... BANDINGKAN DENGAN HARGA RUMAH WAK BOTOX... kah kah kah

Kah kah kah… BANDINGKAN DENGAN 9 JUTA RINGGIT LESAP … DI REMPAT OLEH ISTEERI TOYO…. kah kah kah…

Kah kah kah… BUAT SIASATAN CARA NAZI… KALAU NAZI DENGAN KETUANAN JERMAN…. INI DENGAN KETUANAN MELAYU…. RASIS...kah kah kah…

Woit… INI MATI MATI NAK SIASAT KE ?... kah kah kah..

Woit…ATAU SUDAH MATI MASIH KENA SIASAT KE. ?..kah kah kah..

woit...ATAU SIASAT SAMPAI MATI ?... kah kah kah...

Dicatat oleh Tukar Tiub pada 1:46:00 AM 0 ulasan

MARI KITA BACA KEMBALI KES DATUK NORZA


KES DATUK NORZA

"Bakul sampah yang kotor telah diletakkan di atas kepala saya, dan saya dipaksa untuk menyanyikan lagu Negaraku berkali-kali, lagu Umno berkali-kali dan disuruh menyebut Rukun Negara berulang kali. Semasa saya dipaksa berbuat demikian bakul sampah di atas kepala saya diketuk berkali-kali".

Kawan saya, Amin menerima email yang mendedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendera, memaksa dan mengugut Halimi Bin Kamaruzzaman supaya mengakui Datuk Norza Zakaria terbabit dengan politik wang. Lihat postingnya yang bertajuk "SPRM untuk jatuhkan sesetengah pihak dalam Umno?"

Antara penyiksaan pegawai-pegawai SPRM ke atas Halimi ialah:

1. Dipukul di bahagian kepala, perut dan bahu bertubi-tubi oleh tiga pegawai SPRM
2. Ditendang di bahagian rusuk dengan lutut
3. Dipaksa telanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan bogel
4. Dicekik sehingga tidak bernafas
5. Ditolak ke dinding
6. Ditendang ketika dipaksa berguling-guling atas lantai
7. Diketuk kepala dengan bakul sampah berkali-kali
8. Diugut akan diletakkan puntung rokok pada kemaluan

7 siswa ditahan demo bela Muslim selatan Thai -Malaysiakini

Tujuh pelajar institusi pengajian tinggi, termasuk dua wanita, ditahan polis susulan perhimpunan membantah keganasan terhadap rakyat Islam Thailand di selatan negara itu.

Empat pelajar lelaki ditahan 2.45 petang sewaktu menuju ke kedutaan Thailand di Kuala Lumpur dari bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak untuk berdemonstrasi, kata sumber pelajar.

Mereka, termasuk seorang pelajar bukan Islam, kini ditahan di ibu pejabat daerah Sentul, kata seorang pemimpin mahasiswa Universiti Malaya (UM) Mohd Aizat Mohd Salleh.

Polis daerah itu bagaimanapun menyatakan hanya tiga orang, termasuk seorang pelajar ditahan di situ, setakat jam 4 petang ini.

Sementara empat yang lain ditahan jam 3.30 petang sewaktu kumpulan lebih kurang 100 aktivis pelajar bersurai di bangunan Tabung Haji selepas menyerahkan memorandum.

Keempat-empatnya, termasuk dua wanita, dibawa di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi untuk diambil kenyataan.

Menurut Mohd Aizat, mereka dikenali sebagai Fauzan Maaruf, Farid Hamlud, Syamsul Mahida Abdul Malek dan Aisyah Jamilah Wan Ahmad.

Sementara itu, peguam kumpulan tiga pelajar lagi, yang ditahan di IPD Sentul, Azizzul Shariman Mat Yusoff pula berkata, beliau dimaklumkan oleh seorang pegawai polis di situ bahawa mereka tidak akan dibebaskan malam ini.

Katanya, ini kerana polis perlu mengambil keterangan malam ini.

Bagaimanapun, Azizzul berkata, mereka dijangka dibebaskan kira-kira jam 9 pagi esok.

Sebelum ini, menurut Mohd Aizat, polis telah memberi amaran kepada kumpulan mahasiswa terbabit supaya bersurai kerana dikatakan mengganggu lalulintas.

Bagaimanapun selepas berunding dengan pihak polis, mereka diberikan lima minit untuk berkumpul dan menyampaikan ucapan.

Aizat mendakwa berlaku pergelutan apabila polis melarang mereka daripada penggunakan pembesar suara.

Ekoran itu, tiga pelajar telah ditangkap manakala empat lagi ditahan selepas perhimpunan ketika mereka berada berhampiran bangunan Tabung Haji.

Kes Teoh: Desak SPRM disiasat, 7 ditahan - Malaysiakini



Polis bertindak meleraikan 300 orang yang berhimpun di luar bangunan Hotel Concorde di Shah Alam menuntut supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat ekoran kematian seorang pembantu exco kerajaan Selangor.
Ketika mereka melaung "siasat, siasat, siasat", pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dijadual menghantar memorandum bantahan kepada SPRM.
Teoh Beng Hock, 30, terbunuh, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM itu di mana dia disoal siasat kelmarin berhubung dakwaan salah guna peruntukan DUN.
Pemimpin Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 10 pagi dan menyampai ucapan ringkas kepada orang ramai di situ sebelum masuk ke bangunan hotel tersebut.

Turut bersama Anwar ialah pemimpin tinggi Pakatan termasuk pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Jerit 'polis ganas'
Kira-kira 10 minit kemudian, anggota polis pencegah rusuhan mula bertindak meleraikan perhimpunan tersebut, mengakibatkan berlaku pergelutan di situ.

Tujuh orang ditangkap, termasuk ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam dan exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar.
Turut ditangkap: Lu Chuan Boon pembantu exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong yang diheret polis sejauh kira-kira 30 meter apabila enggan beredar dan bertindak duduk di situ.
Bagaimanapun, dia pengsan ketika diseret dan polis kemudian mengangkatnya masuk ke dalam bangunan SPRM.
ADUN Rawang, Gan Pei Nee dipukul di kepalanya ketika cuba mambantu Lu.
Orang ramai menjerit "polis ganas" ketika dia dibawa dari situ.
Pada jam 11 pagi, kebanyakan orang ramai yang menyertai perhimpunan itu telah bersurai dan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar turut berada di situ untuk memantau keadaan.
Bagaimanapun, kira-kira 100 orang berhimpun semula di belakang bangunan pejabat SPRM.

Suruhanjaya diraja
Manakala anggota polis pencegah rusuhan membentuk benteng mengawal di bahagian depan bangunan tersebut.
Pada kira-kira jam 11.15 pagi, Anwar muncul dari bangunan SPRM bersama Kit Siang, Guan Eng, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Anwar memberitahu pemberita bahawa mereka menemui Pengarah SPRM Selangor, Jaffar Mahad.
Sambil menyatakan kesedihan mereka terhadap kematian Teo itu, Anwar berkata wujud keadaan misteri yang memerlukan tindakan segera diambil, termasuk menyiasat cara SPRM menjalankan soal siasatnya.
Sehubungan itu, Anwar mendesak supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kejadian tersebut.
Sementara itu, Khalid berkata, sebarang soal siasat oleh SPRM berhubung dakwaan berlaku salah guna peruntukan DUN, kini hendaklah dijalankan di pejabat setiausaha kerajaan negeri.
Menurutnya, kerajaan Selangor akan membiayai kos pengkebumian Teo.
Anwar juga mengumumkan bahawa pemimpin Pakatan akan bermesyuarat di ibu pejabat PAS malam ini, untuk membincangkan tindakan seterusnya.
Anwar berkata, satu perhimpunan dirancang diadakan di Stadium Kelana Jaya jam 4.30 petang Ahad ini.

Khamis, 16 Julai 2009

Kematian MJ, Pembunuhan Marwa & Muslim China



Oleh Zaharuddin Abd Rahman

Sibuk benar pihak media satu dunia meraih keuntungan di atas kematian Micheal Jackson (MJ). Manakan tidak, majlis peringatan MJ di Los Angeles baru-baru sahaja telah menarik minat dan tontonan oleh lebih 2 billion manusia. Rancangan tersebut turut mendapat perhaatian jutaan umat Islam yang masih lagi mencari-cari tanda keislaman MJ di majlis tersebut, namun rasanya mereka hampa, tiada sebarang ciri Islam di majlis tersebut walau satu peratus.

Berita kematian MJ berterusan mendapat liputan media, amat meluas dan masih mempunyai magnet untuk menarik pembaca dan peminatnya di serata dunia.

Media seperti biasa, berlumba-lumba mencari keuntungan dari kematian dan kehidupan seseorang. Kini, wujud berita baru hasil pendedahan kakaknya yang menyatakan MJ dibunuh melalui satu konspirasi individu di sekelilingnya.

KISAH MUSLIMAH MARWA SHERBINI DIBUNUH DI GERMANY

Gambar atas : Al-Marhumah Marwa, suami dan anaknya

Pada masa yang sama, saya lebih amat tersentak lagi marah dengan pembunuhan Dr Marwa el-Sherbini. Si pembunuh manusia celaka bernama Alex W, penganggur dan penyokong parti pro Nazi German, dia yang berasal dari Russia sebelum itu didapati bersalah mengucapkan kata-kata kurang sopan serta maki hamun kepada Dr Marwa di khalayak ramai pada bulan November yang lalu.

Si celaka menjerit melolong kepada Marwa, melaungkan kata "terrorist" dan "Islamist whore" sewaktu berada di Dresden park. Ketika itu, Marwa meminta izin untuk meletakkan anaknya di buaian di taman berkenaan, tetapi si celaka tersebut tidak membenarkan, lalu pertengkaran terjadi.

Si celaka itu diheret oleh Marwa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman Euro 780. Namun si celaka ini membuat rayuan yang menyebabkan ia bertemu wajah sekali lagi dengan Marwa di mahkamah. Dengan pisau di tangannya si celaka ini menyerbu Marwa yang sedang mengandung tiga bulan lalu menikamnya sebanyak 18 kali di dalam mahkamah di hadapan hakim!.Peristiwa ini berlaku pada 1 Julai 2009 yang lalu.

Satu susana yang tidak masuk dek aqal, bagaimana boleh si celaka ini membawa pisau di dalam sebuah mahkamah? Dan bagaimana ia boleh menikam sebanyak 18 kali tanpa gangguan segera dari pengawal dan orang sekelilingnya. Suami Marwa tangkas menerpa untuk membantu namun rupanya mereka terlupa sedang berada di ‘medan perang'.

Suaminya ditembak oleh pihak polis semasa ingin membantu isterinya, sedangkan si celaka pembunuh dibiar hidup. Polis menggunakan alas an murahan apabila berkata ‘tersilap sangka', mereka sangkakan suaminya adalah pembunuh.

Syeikh al-Azhar Syeikh Muhammad Tantawy mendesak pihak Germany untuk mengenakan tindakan berat kepada si pembunuh. Namun sejauh manakah seriusnya mahkamah akan bertindak terhadap si pembunuh, tidak dapat dipastikan?

Adalah wajar jika dapat pelajar Islam di Germany bergabung tenaga dengan umat Islam di tempat masing-masing menghantar memorandum mendesak tindakan keras ke atas si pembunuh.!

Malangnya, berita ini langusng tidak dihebahkan dan disneypakan dari media barat khususnya. BBC senyap sunyi, sedangkan berita mahkamah Dubai yang menjatuhakn hukuman kepada dua warga British yang mengadakan hubungan seks terbuka di pantai Dubai, dihebohkan, mahkamah dubai dikritik seolah melakukan satu tindakan jahat.

Namun, kisah wanita Islam yang mengandung di tikam di dalam sebuah mahkamah di hadapan hakim di sebuah Negara yang membangun kononnya tidak langsung diambil endah. Teringat saya kepada pengalaman bertamu di beberapa daerah di Germany, tidak disangka begitu hodoh wajah sebenar negara tersebut, lebih khusus sebenarnya kepada bangsa Rusia, yang mana warga Rusia sememangnya terkenal sebagai amat bersifat perkauman lagi berjiwa ganas dengan selainnya. Kepada para pelajar Malaysia di Germany dan Russia, jagalah diri anda sebaik-baiknya.

THAILAND & URUMQHI CHINA

Selain berita itu, kita juga mengeluh panjang membaca berita pembunuhan umat Islam beramai-ramai di Selatan Thailand dan juga kezaliman serta penindasan di Bandar Urumqhi, China. Semua maklumat ini amat patut mendapat perhatian kita dan pemimpin negara-negara umat Islam.

Berkenaan peristiwa berdarah di China, Kerajaan Turki telah berusaha melaksanakan tanggungjawab mereka Presiden mereka, Recep Tayyib Erdogan, [1] mengutuk tindakan China secara terbuka, malah menyeru pemboikotan barangan dari Negara China, selain itu menawarkan visa bagi pemimpin masyarakat Islam Urumqhi yang berada di dalam buangan di Washington, Rebiya Kadeer.

Kita masih menunggu sebarang kenyataan dan tindakan pimpinan Negara kita.
Dalam kejadian terbaru di Urumqi dalam wilayah Xinjiang, dianggarkan 1,000 hingga 3,000 penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Rakyat. Mereka membantah kematian beberapa pekerja kilang alat permainan akibat perkelahian antara kaum Uighur dengan kaum Han China pada 25 Jun lalu.

Angka kematian akibat pergaduhan antara penduduk Han Cina dan Islam Uighur meningkat kepada 184 orang. Menurut laporan BBC yang berat sebelah melaporkan bahawa jumlah kaum Han yang terbunuh adalah lebih besar dari penduduk Muslim, malah diprovok dengan laporan sebahagian yang terbunuh adalah wanita.

Sedangkan sumber-sumber lain mengatakan jumlah sebenar kematian penduduk Muslim tidak didedahkan dengan sebenar.

Situasi buruk itu kelihatan berubah sedikit demi sedikit sehingga kelihatan berubah menjadi tindakan penghapusan etnik, keadaan ini memaksa majoriti umat Islam meninggalkan kawasan tersebut agar tidak disakiti dan dibunuh.

Puak Etnik Han pula berarak di jalan di sini awal minggu ini sambil memegang pisau, kapak, pisau pemotong daging dan senjata buatan lain berazam untuk membalas dendam ke atas etnik Uighur.

Dilaporkan bahawa pemberita menyaksikan samseng Han menyerang dua penduduk Uighur dalam serangan berasingan tetapi warga Uighur mendakwa banyak lagi serangan berlaku walaupun kehadiran anggota keselamatan. Polis rusuhan dan tentera terus memenuhi bandar ini.

DITINDAS PUNCA TIDAK PUAS HATI MUSLIM

Kebanyakan mereka kecewa dengan layanan kerajaan yang lebih mengutamakan penduduk majoriti daripada kaum Han. Kaum Han bukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi juga budaya dan tradisional China. Selain itu, masjid-majsid juga telah diarahkan untuk ditutup.

Umat Islam di Xinjiang adalah penduduk asal dan menguasai wilayah Xinjiang namun kini mereka dipandang sebagai penduduk kelas kedua. Mereka ini bukan sahaja ditindas kerana agama tetapi lebih terarah kepada cubaan asimilasi dan dominasi oleh China.

Kebanyakan perniagaan dikuasai oleh penduduk Han dan rumah-rumah penduduk Uighur telah dimusnahkan untuk memberi laluan kepada kemasukan kaum Han. Kebanyakan peluang pekerjaan turut dikuasai oleh puak Han.

Lebih menyedihkan budaya kaum Uighur telah diketepikan dan mereka kini umpama golongan minoriti yang terpaksa menumpang di wilayah sendiri walaupun hakikatnya adalah sebaliknya.

Kaum Uighur mengatakan kebanyakan dasar-dasar kerajaan tidak berlaku adil kepada mereka demi memberi tempat kepada penghijrahan kaum Han Cina ke wilayah Xinjiang dan ini telah menimbulkan ketegangan etnik dan menaburkan benih-benih keganasan.

Dari segi kemanusiaan penindasan sebegini tidak seharusnya berlaku. Kaum Uighur hanya mahukan keadilan dan hak mereka dikembalikan. Namun laungan mereka ini tidak mendapat sebarang pembelaan dari kerajaan China.

Sesungguhnya pihak berkuasa China tidak harus menyalahkan kaum Islam Uighur sahaja dalam setiap rusuhan yang berlaku. Sebaliknya mereka perlu kembali memberikan keadilan dan kebebasan kepada penduduk asal Xinjiang ini.

Kaum Uighur ini ditindas dari menikmati hasil dari kawasan mereka seperti gas, minyak dan 121 jenis mineral dan 148 jenis yang dikeluarkan oleh China. Regim komunis di sana turut membakar buku-buku berkaitan ilmu Islam, mengganggu masjid dan berusaha menghapuskan Islam dari kawasan kaya terbabit.[2]

KESIMPULAN

Semoga kita lebih celik dengan beberapa peritiswa hitam dan pembunuhan zalim terhadap umat Islam. Penindasan umat Islam kini berada di mana-mana. Kami yang berada di UK sebenarnya turut merasai sikap perkauman yang diamalkan oleh warga Britain ini.

Sebuah akhbar Islam di UK, pernah melaporkan lebih 50% pelajar Islam di sekolah-sekolah seluruh UK mengalami pengalaman dicerca dan diejek dengan bahasa perkauman dan kebencian kepada Islam.

Anak saya sendiri pernah mengalaminya ketika berada Wales dan juga di Leicester. Tudung yang dipakai oleh anak perempuan saya pernah diejek budak lelaki tahun 5 sebagai ‘ayam'.! Cermin tingkap rumah seorang rakan saya pernah dibaling batu oleh beberapa orang budak sekolah, demikian juga cermin belakang kereta MPV Honda saya yang pecah akibat sifat perkauman ini.

Ini adalah web yang sangat baik untuk memberikan informasi berkenaan kezaliman yang berlaku kepada Muslim di seluruh dunia, di barat khususnya. Info anti Islam di Barat.

Kalau sifat perkauman ini dikira logik di negara barat, tetapi amat malang sebenarnya ia juga wujud di Negara-negara Arab yang merasakan diri mereka lebih mulia daripada bukan arab.

Pelajar Malaysia kerap diperleceh di Jordan, Mesir dan lain-lain Negara. Malah sebahagian ulama berbangsa Arab juga tidak kurang kuat sikap perkaumannya. JIka itulah di Negara umat Islam sendiri, tidak hairanlah ia berlaku di Negara bukan Islam.

Buanglah sikap perkauman yang merugikan ini, Islam tidak menghalang cinta kepada Negara dan kaum, namun mestilah ia berada di belakang cinta Allah, Rasul dan jihad di jalanNya.

Firman Allah swt :-
Ertinya : Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya."" Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik ( At-Taubat : 24 )

Akhirnya, sama-sama kita berdoa agar mereka yang terkorban di Xinjiang, Thailand dan Dr Marwa di beri keampunan dan diberi ganjaran yang sebaiknya oleh Allah swt. Juga buat seluruh umat Islam yang berjuang dan dizalimi sejak zaman baginda Nabi s.a.w sehinggalah kini.

Zaharuddin Ab Rahman
www.zaharuddin.net