Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Ahad, 19 Julai 2009
Hari Kebesaran Islam : Israk Wal Mikraj jatuh pada hari esok
27 Rejab 1430 Hijrah ,jatuh pada hari Isnin 20 Julai 2009,peristiwa Israk Mikraj merupakan satu peristiwa yang amat penting dalam diri umat Islam .
Nabi Muhammad SAW di bawa menemui maha pencipta yang maha Agong dan maha Berkuasa. Tika dan waktu inilah waktu solat telah diwartakan lima waktu sehari semalam.
Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW amat mencintai umatnya,dari 50 waktu solat diminta menjadi 5 waktu.Sesungguhnya Allah SWT telah memperkenankan kesungguhan kekasihNya.
Nabi Muhammad SAW,sedia maklum bahwa umatnya tidak akan termampu menunaikan solat waktu yang telalu banyak (50 waktu),namun rasa kecintaan baginda tidak pernah diambilkira oleh kita umatnya,kerana kadang-kadang solat 5 waktu ini,juga akan ditinggalkan kerana sebab-sebab yang memang disengajakan.
Kajian rambang didapati kebanyakan pelajar perempuan lebih culas menunaikan solat berbanding pelajar lelaki.Dalam menunaikan ibadat solat tidak ada apa yang perlu diberatkan,solat tanpa telekung,tidak menjadi kesalahan.
Hanya dengan memakai tudung labuh,menutup aurat sudah boleh kita menunaikan solat.
Jangan mengambil ringan tentang ibadat solat,kerana solat merupakan:
i. ibadat pertama yang akan dihisab di akhirat
ii.membanding bezakan antara umat Islam dan golongan musyrikin serta kafir
iii. mencegah seseorang daripada melakukan perkara kemungkaran dan kefasadan
Sesungguhnya solat itu tiang agama,rumah tanpa tiang dan tembok pasti akan roboh,begitu juga umat Islam tanpa solat akan tunduk menyembah bumi.
Solat adalah penghubung manusia dengan penciptaNya.Solat pasti akan memberi ketenangan kerana di waktu kita menunaikan solat segala-galanya akan kita serahkan kepada Allah SWT.
Tunaikan solat sesungguhnya solat adalah tiang agama. Peristiwa Israk Mikraj telah membawa Rasulullah SAW yang tercinta menemui Allah SWT untuk memuktamadkan waktu solat fardhu lima waktu.
Betapa Allah Menyayangi Umat Muhammad,namun malangnya kita sebagai umat yang mengaku Islam seolah-olah lupa dan sentiasa mengejar perkara lagha (sia-sia). Tunaikanlah solat kerana ia adalah kewajipan bagi kita semua.
Sumber : Ustazah Mastura paismkjkt.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan