Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Selasa, 7 Julai 2009
KERAJAAN PERPADUAN TELAH BERKUBUR – NIK AZIZ - melayau
Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, cadangan kerajaan perpaduan demi kepentingan Melayu telah ‘berkubur’ dan PAS tidak akan menyebutnya lagi.
Beliau berkata, ruang untuk PAS atau amno berbincang lagi mengenai isu tersebut sudah tertutup kerana PAS telah mencapai perpaduan melalui Pakatan Rakyat.
“Isu (kerajaan) perpaduan kami dah tanam, dah berkubur. Pakatan adalah lebih melambangkan perpaduan, lebih daripada maksud perpaduan iaitu ia terdiri daripada berbilang kaum.
“Melayu buat apa? Tak usahlah timbul isu perpaduan itu lagi kerana kami dah baca talkin, jadi apa masalahnya?” tegas beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan