Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Selasa, 7 Julai 2009
Khir Toyo beli tanah dan rumah pada harga RM 3.5 juta bukan RM 24 juta - Bernama
SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hari ini mengakui membeli dua lot tanah berserta sebuah banglo di Seksyen 7 di sini dengan harga RM3.5 juta dan bukan RM24 juta seperti didakwa oleh seorang wakil rakyat dari DAP.
Katanya beliau membeli aset itu melalui pinjaman dari HSBC Bank tiga tahun lepas dengan tempoh bayaran balik selama 30 tahun.
“Saya beli rumah selepas lima tahun jadi Menteri Besar bukan sebaik sahaja menjadi Mb,” katanya kepada pemberita di sini semalam ketika mengulas dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim.
Dr Khir berkata beliau memanggil Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meneliti dokumen pinjamannya sebelum mendapat kelulusan bank.
Sebelum ini, Ng mendakwa kos pembinaan banglo termasuk pemgambilan dua bidang tanah masing-masing berkeluasan 0.2 hektar dan 0.1 hektar mencecah kos RM24 juta dan jumlah itu tidak mungkin mampu dibiayai oleh Dr Khir melalui pendapatannya selama lapan tahun menjadi Menteri Besar.
Ng mendakwa pendapatan Dr Khir ketika memegang jawatan Menteri Besar dianggarkan sebanyak RM576,000 setahun iaitu RM4.6 juta dalam tempoh lapan tahun.
Jika apa yang didakwa oleh Ng itu benar, Dr Khir mencabarnya supaya menjadi ejen jualan asetnya itu dan beliau sanggup memberi komisen 50 peratus daripada harga jualan itu.
Dr Khir berkata ADUN Sekinchan itu membuat tuduhan itu kerana tidak puas dengan tindakannya memberi tumpuan di kawasan Sekinchan sejak kebelakangan ini.
“Saya pergi dari rumah ke rumah sejak sebulan lalu dan akan pergi ke setiap rumah di Sekinchan dalam dua tiga tahun ini. Ini yang dia marah sebab dah tak diterima di kawasannya.
“Jadi dia nak alihkan isu ini supaya orang marahkan saya,” kata Dr Khir yang tewas kepada Ng pada pilihan raya umum lepas. BERNAMA
ulasan : RM 3.5 juta pun terlalu mahal beb
Tiada ulasan:
Catat Ulasan