Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Khamis, 16 Julai 2009
Penyokong Pakatan Rakyat cedera, media tutup keganasan BN
Manik Urai 16 Julai (Hrkh) - Akibat kekalahan di Manek Urai memberikan tamparan dan kejatuhan moral yang dasyat kepada Barisan Nsional (BN) namun media seperti biasa cuba memberikan moral semula dan menjadi peniup 'nyawa' parti itu.
Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham berkata ini dapat dilihat apabila media cuba mengenengahkan isu puteri Umno jadi mangsa keganasan dengan gambar diambil dari sebuah sebuah hospital.
"Malangnya media menggelapkan berita dan gambar penyokong Pakatan Rakyat yang berdarah, 'pecah' kepala dibaling batu oleh penyokong BN," katanya dalam blog peribadinya.
Dalam blognya itu, turut disiarkan gambar seorang muslimat di salah satu pusat mengundi yang terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana kepala cedera teruk terkena batu yang dibaling penyokong Umno.
Turut disirakan seorang petugas Pakatan Rakyat yang turut cedera turut dibaling objek keras, berdarah kepalanya dan terpaksa dibalut (bendera PAS) tetapi tidak mahu dihantar ke hospital.
"Inilah bentuk mainan media regim yang tidak layak di ajak berpakat atau berpadu..." katanya dan menambah walaupun berkarung wang ditabur, janji dan ugutan di buat namun BN tetap kalah. - azm _
Tiada ulasan:
Catat Ulasan