Pada 9 Mei 1975, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Dato’ Haji Mohamed Bin Nasir telah menandatangani perjanjian dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang diwakili oleh Pengerusinya, YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah.
Perjanjian tersebut adalah bersesuaian dengan penggubalan Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 yang memansuhkan beberapa bahagian penting Akta 95 Perlombongan dan Petroleum 1966 dan memberi ekslusif untuk mencari, mengeksploit, mendapatkan dan memperolehi petroleum di pantai atau di luar pantai Malaysia kepada Petronas.
Salah satu butiran perjanjian itu adalah seperti yang tercatat di dalam seksyen 1 (1) yang berbunyi,
“Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di Kelantan…”
Rujukan kepada Malaysia di seksyen 2(1) Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 di tafsirkan mengikut Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan (iaitu undang-undang tertinggi), antara lain Artikel 1 menyebut,
• Persekutuan hendaklah di kenali sebagai Malaysia di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
• Negeri-negeri Persekutuan hendaklah Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.
• Wilayah-wilayah Negeri ini adalah seperti yang wujud sebelum merdeka. (meliputi perairannya).
Oleh yang demikian setiap kali kalimah “onshore” dan “offshore” di gunapakai dalam Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 ianya bermaksud “onshore” atau “offshore” kepada satu daripada 13 Negeri dalam Persekutuan dan bukannya Persekutuan secara keseluruhan.
Hasil Petroleum yang ditemui dan diperolehi di luar pesisir pantai (offshore) Hasil Petroleum yang ditemui dan diperolehi di perairan Malaysia (offshore) adalah milik salah satu daripada mana-mana 13 Negeri yang disebut dalam Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan dan adalah hak mutlak sepanjang masa kepada Kerajaan Negeri tersebut sehingga pemilikan diserahkan oleh Kerajaan Negeri kepada Petronas mengikut perjanjian yang ditandatangani berdasarkan Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974.
Kalimah “offshore” juga tidak dipecah tafsirkan didalam akta yang sama dan juga didalam perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri Kelantan kepada sub kategori seperti yang ditentukan dalam Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu 1982.
• Territorial sea iaitu 22 km dari daratan.
• Contagious zone iaitu 44 km dari daratan.
• Zon Ekonomi Ekslusif iaitu 370 km dari daratan.
Oleh yang demikian, setiap kawasan di dalam Perairan Malaysia adalah milik salah satu daripada 13 negeri yang disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Memahami JDAJoint Development Area melibatkan kawasan pertindihan tuntutan di antara Malaysia dan Thailand. Kedua-dua negara bersetuju membangunkannya mengikut model kawasan pertindihan Australia – Indonesia. Kedua-dua negara menggubal undang-undang dang diluluskan di Parlimen masing-masing.
JDA hanyalah kawasan pembangunan bersama dan bukan wilayah khas. Kawasan Bersama Malaysia – Thailand (MTJA) pula dipersrtujui menerusi undang-undang agar terbahagi dua dan menggunapakai undang-undang negara masing-masing.
Kedaulatan, hak, tuntutan dan keistimewaan mana-mana pihak tidak terhapus menerusi akta yang digubal dan ini jelas tercatat di dalam Akta 440 Malaysian-Thailand Joint Authority 1990 (rujuk lampiran).
Ini bererti Malaysia masih berkuasa penuh ke atas kawasannya di dalam JDA dan Perlembagaan Persekutuan masih supreme law disitu.
Akta yang sama juga menjamin hak Kelantan ke atas perairan tersebut serta terus mengangkat sebarang perjanjian yang dimeterai sebelumnya.
Rakyat Kelantan harus bersedia berhadapan dengan Petronas jika Petronas tidak bersedia menegakkan kebenaran dan mengotakan perjanjian. Rakyat Kelantan diseluruh dunia harus bersedia jika Petronas membelakangkan perjanjiannya dengan Kerajaan Kelantan.
Dunia korporat dan dunia sukan lumba kereta F1 merupakan medan-medan terbaik untuk dunia mengenali Petronas sebenar-benarnya.
Petronas tidak boleh mudah berkata tiada hasil gas atau petroleum di Kelantan. Petronas harus juga jelas dengan dua buah telaga di luar JDA iaitu Gajah-1 dan Ular-1 yang terletak di blok PM 301 dan PM 302 tetapi dikaburi dengan nama JDA.
Begitu juga dengan Lawit dan Jerneh, pengeluar Gas yang mampu menampung keperluan satu pertiga keperluan Semenanjung. Lawit dan jerneh terletak di Blok PM 303. Dibayar royaltinya kepada Terengganu walaupun kesahihan kedudukannya boleh dipertikaikan oleh rakyat Kelantan.
Petronas juga harus menjelaskan penemuan-penemuan di Blok PM 301 dan PM 302 yang dalam lingkungan kedalaman air kurang 70 meter. Di dalam hal ini jelas Petronas tidak boleh membiarkan dirinya dijadi tunggangan politik UMNO. Sudah lama kebobrokan ini menjadi resam permainan Petronas dan UMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan