Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Khamis, 9 Julai 2009
PM Najib Harap Felda Realisasikan Makanan Segera - Johor Daily
SEGAMAT – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Felda perlu melalui proses pemodenan dalam usaha transformasi pembangunan tanahnya dengan muncul sebagai Gedung Makanan Negara seberapa segera. Namun pelbagai pihak mempertikaikan kenyataan itu kerana tiada kertas kerja dibincangkan sebelum ini.
Najib yang tidak beryakinan harga sawit dan getah menjamin pendapatan yang baik pada masa akan datang, berharap impian menjadi Gedung Makanan Negara dapat direalisasikan. Sebelum ini Persatuan Anak- Anak Peneroka Felda (ANAK) sering mempertikaikan pengurusan Felda kerana penyelewangan dan pengurusan 'sambil lewa'.
Menurut Najib lagi, “Setiap peneroka memiliki empat hektar tanah dan kawasan yang lapang atau kosong boleh digunakan untuk menanam tanaman bagi mendatangkan pendapatan tambahan kepada mereka.”
Sementara itu Johor Daily dimaklumkan Felda sehingga hari ini masih belum menyaman Presiden Anak iaitu Mazlan Aliman (Foto)walaupun notis yang diberikan telah luput tarikh. Dalam kenyataan sebelumnya Mazlan mengalu-alukan saman itu kerana beliau mendakwa banyak bukti telah disediakan.
Setiausaha Agung ANAK, Zabidie Abas memberitahu Johor Daily bahawa ANAK hampir setiap hari menjelajah keseluruh negera bagi mendengar rintihan peneroka yang ditindas dan memberi penerangan tentang penindasan pengurusan Felda .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan