Selasa, 7 Julai 2009

TEMPAT DUDUK STADIUM LARKIN DITUTUP SERTA MERTA - melayau



JOHOR BAHRU 6 Julai - Tempat duduk utama Stadium Hassan Yunos di Larkin di sini ditutup kepada orang ramai berkuat kuasa serta-merta ekoran keadaan struktur bumbung yang diragui tahap keselamatannya.

Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Shabery Cheek berkata, bagaimanapun pihaknya tidak mengisytiharkan stadium itu tidak selamat, sebaliknya ia dilakukan bagi mengelak sebarang risiko yang tidak diingini.

"Keputusan sama ada stadium itu selamat atau tidak akan hanya diketahui selepas menerima laporan penilaian daripada forensik Jabatan Kerja Raya (JKR) antara satu hingga dua minggu lagi.

"Bagaimanapun, hasil pemeriksaan visual, terdapat banyak karat pada struktur bumbung dan setelah berbincang dengan pengurusan stadium dan JKR, kita tidak mahu ambil risiko jadi tempat duduk utama ini tidak digunakan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan