Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Selasa, 4 Ogos 2009
Wabak Selsema Babi Menular Teruk
Pekeliling Dari PASTI Malaysia. Sila Baca Dan Ikut Arahan.
Ruj.Kami : PAS/DPP/PASTI/2.01/09-11(09)
13 Sya’ban 1430H
04 Ogos 2009
Assalamu’alaikum warahmatuLLah
Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia
Pengarah-pengarah PASTI Negeri / Wilayah.
Tuan-puan,
Pekeliling Influenza H1 N1 ( Selesema Babi )
Perkara di atas dirujuk.
Mengikut data terkini, penularan wabak H1 N1 ini telah mengorbankan lapan nyawa di seluruh negara.
Justeru, PASTI di semua peringkat dinasihati mematuhi langkah-langkah berikut :
a. Mendapatkan maklumat daripada media massa dan memberikan taklimat tentang bahaya wabak ini kepada semua guru dan murid-murid PASTI.
b. Mematuhi langkah-langkah yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan berkenaan penjagaan kebersihan di semua premis PASTI.
c. Menasihati penjaga-penjaga supaya mengambil tindakan segera menghantar anak-anak menjalani pemeriksaan di pusat kesihatan jika dijangkiti demam.
d. Memasukkan slot doa mohon dihindarkan oleh ALLah swt. daripada wabak ini pada setiap perhimpunan pagi .
e. Tindakan menutup PASTI selama seminggu boleh diambil oleh pengurusan PASTI di peringkat cawangan jika terdapat murid-murid yang disahkan telah dijangkiti Influenza H1 N1 ( selesema babi ) ini.
Sekian untuk tindakan tuan-puan dan diakhiri dengan ‘ jazakumuLLah khairan kathira “
Yang menjalankan tugas;
ROSLI SUHAIME
Setiausaha JP. PASTI Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan