Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Rabu, 30 September 2009
Saksikan Sendiri Mengapa UMNO Begitu Galak Menuduh PAS Diperalat DAP
Foto Lambang Umno dulu yang asli dan sekarang yang telah diubahsuai oleh Tun Mahathir yang menakutkan orang cina dengan keris tak bersarung, bila sokongan pengundi merosot, takutkan rakyat dengan senjata, patut ditukar lambang tu dulu dengan yang lebih mesra rakyat dan jangan salahkan PAS pulak.
Sumber Tulangbesi
Patutlah galak sangat UMNO sekarang ni menuduh PAS dihambakan DAP. Rupanya, ada udang sebalik batu. Dari beberapa siri prosiding SELCAT, rakyat mulai sedar bahawa sewaktu UMNO memerintah Selangor dahulu, duit rakyat di Selangor mereka gunakan macam bapak mereka punya.
Adakah patut belanja duit rakyat RM1.6 juta semata-mata untuk membawa keluarga pergi bercuti di Disneyland, California, USA. Pergi Disneyland atas nama urusan kerajaan tapi pihak Disneyland pun tak tahu diorang datang.
Kalau ini bukan tindakan khianat kepada bangsa Melayu, saya tak tau la nak kata apa. Duit RM 1.6 juta tu boleh membeli 40 rumah kos sederhana kepada 40 keluarga Melayu yang miskin
BUKANKAH INI SATU PENGKHIANATAN KEPADA BANGSA MELAYU dan UMAT MELAYU SEDUNIA?
Jawab wahai ahli2 UMNO sekelian jawab. Pemimpin kamu pergi bercuti ke Disneyland dgn wang rakyat RM1.6 juta, kamu penyokong bawah ni dapat apa? Nak pegi bercuti kat Morib pun takda duit. Hahahahaha.
Wahai ahli UMNO sekelian, janganlah kamu jadi kerbau. Kerja teruk kat sawah sampai kena sebat last2 nasik yang kamu tolong tanam padinya, dimakan oleh kucing yang di atas rumah.
Lihatlah jasa SELCAT mendedahkan perangai UMNO menjadikan wang rakyat macam wang bapak diorang.
UMNO mengulangi juga isu kononnya bangsa Cina telah naik muka dan mula menghapuskan hak Melayu kerana dengan isu perkauman, diharap ramai orang Melayu tak percaya khabar benar bahawa pemimpin UMNO menggunakan wang rakyat macam bapak dia punya. Nah, skarang saksikanlah mengapa UMNO begitu giat menggunakan isu perkauman sejak akhir-akhir ini.
Selasa, 29 September 2009
Promosi HUDUD Lagi
Imej poster Hudud dari Allah, Manusia dari Allah juga, tentulah Allah SWT Maha Tahu apa sistem dan peraturan yang sesuai untuk hamda-hambaNya.
Sumber Brofat
Maklumat tambahan mengenai Hudud:
Hudud adalah hukuman yang dikenakan bagi mereka yang melakukan kesalahan kepada Allah. Di bawah adalah senarai-senarai kesalahan:
Senarai yang disepakati ialah:
1. Kesalahan zina; perbuatan perhubungan seks antara dua jenis sama ada secara paksa atau rela, sama ada bujang, janda ataupun duda. Perbuatan itu tidak sampai mencerakan orang lain.
2. Kesalahan qazaf (menuduh); perbuatan menuduh orang baik sebagai berzina tanpa membawa empat orang saksi atau bukti. Tuduhan ini boleh jadi suami terhadap isteri atau orang lain terhadap mana-mana perempuan.
3. Kesalahan mencuri; perbuatan mencuri barang berharga orang lain atas niat jahat dalam kadar tertentu. Perbuatan itu tidak mengakibatkan kecederaan orang lain.
4. Kesalahan minum arak; perbuatan minum arak sama ada sedikit atau banyak. Perbuatan itu tidak sampai mencederakan orang lain.
Senarai yang tidak disepakati ialah:
1. Kesalahan meninggalkan solat fardu; mereka meninggalkan solat atau niat mengikari ajaran Islam malah mereka bangga tidak melakukan solat.
2. Kesalahan murtad; mereka yang telah memeluk Islam tetapi bertindak keluar daripada Islam sama ada secara suka atau paksa.
Promosi HUDUD Lawan Promosi KAPITALIS
Imej Piramid Kapitalis (klik untuk besarkan) yang mencengkam seluruh sistem kehidupan manusia di dunia sekarang ini
Sumber Brofat
Kita lihat pula sistem yang diguna pakai oleh majoriti kerajaan di dunia hari ini. Kapitalis, demokrasi dan pelbagai nama yang dengar macam hebat, tapi tak lebih daripada monyet yang sedang bergayut dalam hutan.
Tahukah anda bahawa sistem pemerintahan bercorak demokrasi adalah direka dan dibentuk supaya kekuasaan pemerintah dapat dikekalkan manakala rakyat semakin tertindas?
Sama ada sistem pemerintahan, ekonomi atau sosialnya, kesemuanya disusun begitu halus dan dibalut dengan slogan-slogan kebebasan, keadilan dan macam-macam lagi sebenarnya hanyalah kebenaran yang palsu.
Sistem inilah yang membesarkan lagi jurang antara si kaya dengan si miskin.
Sistem inilah yang telah menyebabkan masalah sosial semakin berlarutan. Golongan pekerja diperhamba secara halus.
Golongan pemerintah dipuja secara halus.
Hiburan melampau pula diperkenal agar rakyat semakin leka dan malas untuk berfikir. Jika rakyat mampu berfikir, tahulah mereka bahawa mereka itu sedang diperhamba oleh pemerintah.
Berfikirlah wahai manusia-manusia sekalian. Apabila sistem yang memperhambakan rakyat diperkenalkan, maka rakyat akan hidup terdesak. Apabila kehidupan menghimpit mereka, maka mereka akan lebih mudah terdorong untuk melakukan jenayah. Maka apabila mereka melakukan jenayah, maka pemerintah dengan gembira menghukum mereka.
Saya teringat cerita Rain God dalam buku literature short stories Tingkatan 4, bagaimana kisah kisah masyarakat yang hidup menderita di tanah yang kering kontang di tengah padang pasir. Diceritakan juga bagaimana penderitaan mereka, kebuluran, kehausan, tanaman-tanaman mereka mati semuanya.
Pada mulanya saya menyangka tempat mereka tiada pemerintah dan tiada kerajaan tidak dinyatakan pun bantuan-bantuan oleh pihak berkuasa diberikan.
Dan akhirnya akibat terdesak, sebuah keluarga dari masyarakat tersebut telah mengorbankan anak mereka kononnya untuk memanggil Tuhan hujan. Maka dengan tidak semena-mena, datanglah polis atau pihak berkuasa lalu menangkap ketua keluarga tersebut.
Ketika membaca bahagian tersebut, barulah saya terfikir, bagaimana BODOH dan ZALIMNYA pemerintah tersebut. Sudahlah kebajikan rakyat tidak dijaga. Apa yang dia tahu, hanya menghukum mereka.
Berbeza dengan Islam, kebajikan rakyat dijaga, kehormatan rakyat dipelihara, segala keperluan disedia maka rakyat tiada sebab untuk melakukan jenayah.
Maka apabila berlaku juga jenayah, perlulah mereka dihukum dengan keras. Janganlah kita asyik fikir adakah hukuman hudud betul-betul dapat mengekang jenayah. Ia telah terbukti benar. Tapi hakikatnya yang lebih kuat, untuk mengekang jenayah, kerajaan perlulah menjaga kebajikan rakyat dengan sebenar-benarnya. Laksanakanlah sistem-sistem Islam dalam pemerintahan.
Sistem Islam dalam politik, sistem Islam dalam ekonomi, sistem Islam dalam sosial, sistem Islam dalam kehidupan. Itulah sebenarnya yang mengekang jenayah.
Promosi HUDUD
Foto Sultan Muhammad Al Fateh yang melaksanakan hukum syariah sepenuhnya semasa pemerintahan empayar beliau dan Foto pelaksanaan hukum hudud di Negara Aceh Darussalam
Sumber Brofat
Tadi, ana ada diminta memberi hujah bagi mempertahankan beberapa perkara penting. Salah satunya, mengenai Hudud. Sebenarnya, sebelum kita terburu-buru bercerita tentang hudud, marilah kita bersama bercerita tentang tentang kelebihan-kelebihan sistem Islam yang syumul ini terlebih dahulu.
Mengapa perlu diceritakan tentang hukuman dahulu berbanding kelebihan-kelebihan lain?
Tidak ada sekolah atau universiti di dunia ini yang menyebutkan hukuman-hukuman mereka kepada pelanggar displin sebagai cara promosi. Sudah pastinya mereka akan bercerita tentang kesempurnaan fasiliti, kehebatan pemimpin, kejayaan pelajar dan lain-lain.
Tidak ada universiti yang menulis di dalam iklan-iklan mereka “di sini kami menghukum pelajar yang lewat ke kelas!
Maka mari kita melihat sejarah. Kita dapat lihat bagaimana pernah wujud satu kerajaan yang mana tiada seorang pun rakyatnya yang miskin. Kita juga dapat lihat bagaimana satu kerajaan yang begitu berjaya dalam pelbagai jenis bidang ilmu. Mereka adalah kerajaan yang meletakkan agama Islam sebagai cara hidup mereka. Islam sebagai cara pemerintahan mereka. Itulah sistem yang paling hebat dan paling adil di dunia.
Kita lihat pula sistem yang diguna pakai oleh majoriti kerajaan di dunia hari ini. Kapitalis, demokrasi dan pelbagai nama yang dengar macam hebat, tapi tak lebih daripada monyet yang sedang bergayut dalam hutan.
Isnin, 28 September 2009
Puasa Sunat Bulan Syawal (Puasa Enam) Ibarat Puasa Sepanjang Tahun
Foto poster puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Moga kita diberi kekuatan untuk melaksanakannya bukan tujuan untuk kempiskan perut yang boroi tetapi sebagai bukti ketaqwaan berterusan selepas Ramadan
Setiap amalan ada kesan dan hasilnya. Ibadat puasa Ramadhan ini mampu menjadikan kita orang yang bertakwa. Inilah intipati dari Ramadhan. Kelazatan puasa memuncak ketika berakhirnya Ramadhan. Kita inginkan keberkahan Ramadhan ini berpanjangan hingga setahun, tapi apakan daya ia datang hanya sebulan saja.
Sungguhpun begitu, kita masih berpeluang meneruskan puasa selepas 1 Syawal. Adalah menjadi amalan sunat mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan atau mana-mana 6 hari dalam bulan tersebut.
Nabi Muhammad saw. bersabda "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."
Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Sayugialah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa 6 di bulan Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa bulan Ramadhan.
Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kerana kedatangan haid, puasa Sunat 6 hari dalam Syawal ini memberi peluang terbaik untuk mengqadha' di samping mendapatkan pahala berpuasa sunat.
Kebiasaan mentaakhirkan qadha sehingga hampir Ramadhan akan datang adalah satu amalan yang tidak sepatutnya dilakukan. Amalan wajib jika ditinggalkan mestilah disegerakan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap Allah.
Apakah makna dan tujuan kita melambatkan qadha' puasa wajib? Tidak lain menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajiban yang telah kita tinggalkan. Bukankah Allah tahu apa yang tersirat di hati kita?
Misteri Matahari Terbit Sebelah Barat Di Planet Marikh
Foto Plenet Marikh yang berhampiran dengan bumi yang mengalami fenomena pusingan arah terbalik. Bayangkan kalau bumi berputar lawan arah maka terbit matahari dari barat, masa tu taubat sudah tidak diterima dan antara tanda besar berlaku KIAMAT sebagaimana maksud hadis Nabi SAW.
Plenet Marikh telah mengalami peristiwa retrograde, dimana peristiwa tersebut adalah peristiwa berkurangnya kecepatan planet sehingga menyebabkan perpindahan terbitnya matahari dari sebelah timur menjadi disebelah Barat.
Lawati web berikut untuk memahami bagaimana fenomena ini berlaku:
http://mars.jpl.nasa.gov/allabout/nightsky/nightsky04.html
http://apod.gsfc.nasa.gov/apod/ap080511.html
http://famhar.multiply.com/journal/item/26
Dari Hudzaifah bin Usaid Al-Ghifari ra, berkata: Rasulullah saw. muncul di tengah-tengah kami pada saat kami saling mengingat-ingat. Rasulullah saw. bertanya, “Apa yang sedang kamu ingat-ingat?” Sahabat menjawab, “Kami mengingat hari kiamat.” Rasulullah saw. bersabda,”Kiamat tidak akan terjadi sebelum engkau melihat 10 tandanya.” Kemudian Rasulullah saw. menyebutkan: Dukhan (kabut asap), Dajjaal, binatang (pandai bicara), matahari terbit dari barat, turunnya Isa as. Ya’juj Ma’juj dan tiga gerhana, gerhana di timur, barat dan Jazirah Arab dan terakhir api yang keluar dari Yaman mengantar manusia ke Mahsyar. (HR Muslim)
Planet-planet selain Bumi seperti Marikh, Musytari dan Saturn, pada saat-saat tertentu tampak bergerak mundur (disebut “retrograde motion”). Awalnya gerak terbalik ini cuba dijelaskan dengan suatu epicycle, yakni putaran pada orbit tiap planet. Maksudnya, ada suatu titik yang mengorbit mengelilingi bumi, lalu planet-planet itu bergerak mengelilingi titik tersebut. Tapi semakin lama, epicycle ini makin tua, rumit, bingung dan lemah.
Yang membuat matahari terbit di timur adalah putaran bumi pada paksinya. Bumi berpusing dari barat ke timur, sehingga Malaysia selalu melihat matahari lebih dulu daripada India.
Boleh juga orbit bumi terganggu arah paksinya, seperti dibuktikan dari sejumlah penelitian bahwa di masa lalu paksi bumi itu tidak seperti saat ini.Ada kajian menunjukkan bahwa yang sekarang Utara itu kemungkinan adalah Selatan berjuta tahun dahulu. Namun selama arah putaran bumi masih mengikuti hukum alam, maka negara sebelah timur bumi masih lebih dulu melihat matahari. Syukur Alhamdulillah.
ADUN Teja Turut Baraan Malam Raya – Indahnya Islam
Foto Adun Teja Perak YB Chang Li Kang menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya dengan memakai baju putih ala Raihan di majlis ziarah atau baraan dalam Basa Jawa pada malam hari raya pertama.
Gopeng YB Chang Li Kang (Berbaju Putih) sekali lagi melanggar budaya yang selama ini tidak pernah diamal dan praktikkan oleh Umno dan BN...
Bunyinya "Pelik" tetapi benar,mungkin juga satu "Record di Malaysia" apabila bersama-sama penduduk Islam di Gopeng dalam program "Takbir dan Ziarah" pada malam Hari Raya semalam.
Beliau yang diiringi pembantunya kelihatan tidak langsung janggal dalam mengikuti dan bersama-sama penduduk tempatan dalam program "Ziarah dan Takbir" dan sentiasa kelihatan ceria sesuai dengan slogan Islam Untuk Semua.
Berapa Banyak PAS Bina Masjid?
Foto Masjid Kristal yang menjadi kebanggaan Umno yang memerintah Trengganu. Tanya imam berapa saf solat subuh masjid hebat tu?
Tadi terdengar tazkirah di radio IKIM. Antara isinya, dalam Al-Quran ataupun hadith, tidak ada pun perintah untuk dirikan masjid, tapi yang ada hanyalah suruhan dirikan sembahyang kerana apabila umat Islam benar-benar ingin mendirikan sembahyang, barulah mereka terfikir akan kepentingan masjid.
Tapi saya tengok kerajaan BN sekarang ni terbalik. Bina masjid banyak tapi lengang, bina masjid tak salah tapi memakmurkan masjid itu yang utama atau aula. Sembahyang kat mana-mana masjid, surau atau musalla pun boleh dan tak semestinya masjid mesti mempunyai binaan yang mewah.
Sembahyang hari raya aidilfitri bukan main ramai sampai tak muat masjid, bila masuk waktu Zuhur tunggal berapa kerat orang jer. Di Masjid Taman Kasih Kluang tempat YB Jais dan Dato Ghapar (dulu) sembahyang, sibuk nak buat PROJEK besar dan naik tarafkan masjid tu, tapi Dato Jamil Khir (Sekarang Menteri) kata kalau setakat penuh sesak masa solat sunat Aidilfitri saja, itu fenomena BIASA di mana-mana tempat, sebab warga kota balik kampung halaman, lainlah kalau Solat Subuh sampai masjid tak muat itu memang mesti dibesarkan.
PAS bina orang yang nak pergi masjid, itu fokus kami.
Ahad, 27 September 2009
Pakai Tudung Kepala Walaupun Bukan Muslim - Indahnya Islam
Foto gadis Kristian dari Texas Amerika yang berani, malah nampak ayu dan jelita apabila memakai tudung kepala di saat ada orang Islam yang tak mahu tutup aurat.
SPENCER Wall, seorang wanita Amerika Syarikat (AS) berusia 20 tahun asal West Texas, tergolong unik dan luar biasa di tengah masyarakat majoriti bukan Islam. Dia yang beragama Kristian, tetapi sejak akhir April lalu telah memutuskan untuk memakai pakaian Muslimah, bertudung lengkap selama satu tahun ini. Apa tujuannya?
Wall mengatakan dia bukan ber'eksperimen' tetapi belajar dari pengalaman. Dia nak rasa bagaimana menjadi golongan minoriti seperti komuniti Muslim, yang selalu dipandang sebelah mata dan dicurigai di negaranya, walaupun dia bukan mewakili komuniti tersebut. "Saya bukan ingin mewakili Muslimah atau komuniti Muslim.. Saya hanya ingin tahu bagaimana rasanya menjadi seperti mereka.. sebentar saja ..." ujar Wall.
Perubahan penampilan Wall tentu sahaja mengundang banyak tanya dari teman-teman dan orang-orang sekeliling. Wall memang mengalami hal-hal yang tidak diharapkannya sejak memakai tudung dan pakaian Muslimah. Orang kerap memandang Wall dengan curiga, tidak mahu bercakap dengannya dan sering dicemuh. Bahkan pernah ada pengunjung di restoran tempatnya bekerja, menolak dilayani Wall. Tetapi seperti kebanyakan Muslimah di AS yang kerap menerima kelaku seperti itu, Wall tidak ambil peduli dan tetap terus melangkah.
Pertanyaan yang kerap diterima ialah, asal dari mana? Kerana orang-orang Amerika masih melihat warga Muslim sebagai imigran atau pendatang. Mulanya Wall menjelaskan, 'ingin belajar dari pengalaman..' Tapi lama-lama, dia pun bosan juga, dan jawab pendek,"Saya bukan Muslim, tetapi saya pakai tudung kerana sukakanya!" Meski demikian, Wall mengakui jawapan itu tidak sepenuhnya benar, kerana jauh di dalam hatinya ia merasa tidak boleh keluar rumah tanpa berpakaian Muslimah. "Saya pernah cuba tak pakai tudung sehari saja, tetapi tak boleh..."
Kini bukan hanya dalam berpakaian, Wall juga mengikuti kebiasaan bagaimana sepatutnya sikap seorang Muslimah. Ia menolak hubungan bebas terutama dengan lelaki. Pernah di toko pakaian, Wall meminta pelayan toko itu menutupi ruang terdedah apabila kakinya ternampak semasa mencuba-cuba pakaian. Wall mengatakan, pengalamannya 'menjadi seorang Muslimah' mengajarnya untuk menghargai dan menghormati hal-hal yang bersifat peribadi. Satu hal yang tidak pernah ia rasakan dalam ajaran agama Kristien.
Bahkan katanya, suatu hari nanti ia juga ingin rasa bagaimana hendak bersolat 5 kali tiap hari. "Seperti yang anda tahu, kami hidup di tengah masyarakat yang tidak peduli dengan aktiviti ibadah. Dengan pengalaman saya sekarang, saya rasa diri saya lebih dekat dengan Tuhan," ungkap Wall. "Pengalaman ini mengajar saya untuk menghormati wanita yang membuat keputusan ' tinggal tetap di rumah, menjaga dan mendidik anak-anak saja..' menghormati mereka yang bertudung lengkap, beraktiviti di luar atau menjadi seorang CEO.." sambungnya.
Sumber lain: http://theislamawar eness.blogspot. com/2009/ 06/spencer- walls-hijab- experiment. html
Isteri Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Kembali Ke Rahmatullah
Foto Tuan Haji Aminul Huda kelihatan sebak semasa mengucapkan terima kasih kepada hadirin yang menziarahi dan menguruskan jenazah Allahyarham Isteri beliau.
Dari sumber Khairul Faizi
Saya bersama isteri sempat menziarahi jenazah isteri Tuan Haji Aminulhuda Hassan di rumah beliau di Taman Sri Skudai tengahari tadi. Isteri beliau, seorang Pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meninggal dunia selepas kedua-dua pasangan suami isteri ini selesai solat subuh berjamaah.
Sejak dua tiga hari yang lalu, isteri beliau beberapa kali pengsan dan merancang untuk menjalani pemeriksaan di hospital pada pagi ini.
Apapun, saya mengucapkan takziah kepada beliau dan keluarga yang pastinya kehilangan orang yang tersayang.
Mudah-mudahan Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya, amin.
Rasuah: Malaysia merudum lagi, lebih buruk dari Botswana dan Bhutan
Foto peta Negara Bostwana di Afrika dan Bhutan di Asia Tengah. Kedudukan Malaysia sebagai negara Islam (Kata Tun Mahathir) terus jatuh menjunam. Kita patut malu kerana jadi juara rasuah. Islam menentang keras amalan RASUAH.
KUALA LUMPUR, 27 Sept: Ketika Pulau Pinang diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke 47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.
Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45.
Paling mendukacitakan ialah apabila indeks yang dikeluarkan oleh TI itu menunjukkan negara-negara umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang memerangi rasuah.
Negara-negara seperti Somalia, Iraq, Afghanistan dan Sudan berada di tangga paling bawah. Somalia berada di kedudukan tercorot iaitu ke-180, Iraq ke-178, Afghanistan ke-176 dan Sudan ke-173.
Negara yang berada di tempat teratas ialah Denmark diikuti oleh New Zealand, Sweden dan Singapura.
Di Malaysia, negara menanggung kerugian sebesar RM10 billion setahun akibat rasuah - iaitu jumlah yang mencukupi untuk membina lebih dari 15000 kos rendah jika diambilkira permohonan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) kepada kerajaan untuk menaikkan harga rumah kos rendah kepada RM60,000.
Dalam laporannya, TI membangkitkan amalan keluar masuk yang berterusan di antara bidang politik dan perniagaan di mana pihak tertentu bertukar-tukar tempat dari kedudukan sebagai ahli politik kepada ahli perniagaan atau dari ahli perniagaan kepada ahli politik dan terus keluar masuk di antara kedua-dua bidang itu.
Keadaan itu, menurut TI, mengakibatkan pengaruh yang negatif kepada konsep "check and balance" (semak dan imbang)
Laporan tersebut juga menyatakan bahawa hubungan serba kompleks antara politik, sektor awam dan sektor swasta itu mungkin mengakibatkan rasuah berlaku dengan bebas tanpa sebarang hukuman.
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low berkata, usaha mencegah rasuah di negara ini tidak ubah seperti melepas batuk di tangga sahaja jika tidak dilaksanakan tindakan drastik untuk memisahkan hubungan selesa antara kerajaan, perniagaan dan politik.
Low berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula tidak memperlihatkan hasil yang diinginkan dan orang ramai menganggap suruhanjaya itu mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih.
Satu-satunya sisi yang positif dari laporan tersebut mengenai Malaysia ialah pengiktirafan yang diberikan kepada kerajaan Pulau Pinang dalam memerangi rasuah.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pihaknya menerima pujian itu dengan rendah hati.
Beliau juga mengumumkan bahawa Pulau Pinang berjaya mengurangkan RM36 juta atau 12 peratus perbelanjaan operasi hasil dari usaha memerangi rasuah itu. _
MB Johor Nak Bikin Jelapang Padi di Sembrong
Foto sawah padi dengan ternakan lembu. Rasanya anak muda dan penduduk Sembrong menganggap bersawah padi bukan pekerjaan tradisi di sini dan aktiviti yang tidak glamer, nak harap anak-anak orang Umno atau orang felda? Cuba tanya, anak siapa yang mahu kerja di sawah? nanti akhirnya guna buruh luar dari seberang, kalau buka kilang industri mungkin lebih sesuai MB.
JOHOR BAHRU, 2 Mac: Johor telah mengenal pasti sebuah kawasan seluas 2,800 hektar di Sembrong untuk dijadikan kawasan jelapang padi, menggantikan kawasan asal rancangan itu di Endau, Mersing.
Perubahan tapak jelapang padi dari Endau ke Sembrong dibuat selepas mendapati keadaan tanah di Sembrong lebih sesuai untuk tanaman itu.
Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman berkata, cadangan berkenaan bagaimanapun hanya dapat dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan Persekutuan.
Katanya, kerjasama itu penting terutamanya dalam menyediakan kemudahan infrastruktur untuk tujuan itu seperti sistem perparitan dan saliran untuk pengairan padi, serta laluan benteng bagi kemudahan keluar masuk jentera.
“Penyediaan infrastruktur bagi jelapang padi ini memerlukan perbelanjaan besar dan sebab itu kita memerlukan kerjasama daripada Kerajaan Persekutuan bagi membangunkan kawasan itu,” katanya.
Katanya, pengeluaran padi itu kelak dijangka akan dapat menghasilkan sekurang-kurangnya 19,000 tan metrik semusim untuk memenuhi keperluan rakyat.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin
PAS Kawasan Sembrong mengucapkan Salam Aidilfitri 1430 Hijrah, mohon maaf zahir dan batin, terkasar bahasa dan tingkahlaku mohon diampunkan, termakan atau terminum mohon dihalalkan samada disedari atau tidak, al maklumklah sebagai manusia yang tak dapat elak dari melakukan salah, silap dan dosa. didoakan tuan panjang umur dan dilimpahkan rezeki dalam keimanan dan ketaqwaan. Selamat berjuang, Islam Untuk Semua.
Khamis, 17 September 2009
Misteri Galaksi Andromeda Telan Bintang-Bintang Kecil
Foto gambaran bintang telah menelan bintang-bintang kecil yang lain. Bayangkan matahari kita ditelan, tentulah berlaku kemusnahan alam sejagat
Galaksi Andromeda nampaknya terus membesar dengan menelan bintang-bintang dari galaksi lain, demikian hasil penelitian para saintis astronomi.
Ketika sebuah kumpulan ilmuwan memetakan Andromeda, mereka menemukan bintang-bintang yang mereka katakan merupakan "sisa-sisa galaksi kerdil". Para Astronomi melaporkan penemuan mereka yang diterbitkan di jurnal Nature.
Kajian itu didapati sejumlah bintang-bintang pernah ditanda dan dikenalpasti sebelumnya namun kumpulan risikan ini menyediakan perincian gambar untuk menunjukkan hal itu terjadi. Gambar itu menunjukan "model hirarki" pembentukan galaksi sedang mengembang dan berjalan.
Model itu menggambarkan bahawa galaksi besar akan dikelilingi oleh sisa-sisa galaksi lebih kecil yang mereka rangkumkan. Para ilmuwan memetakan hujung galaksi Andromeda secara terperinci untuk pertama kali.
Pauline Barmby, astronomi dari Universiti Western Ontario yang terlibat dalam kajian ini, mengatakan kepada BBC bahwa pola orbit bintang itu mengungkapkan asal-usulnya.
"Galaksi Andromeda begitu hampir sehingga kita dapat memetakan semua bintang," katanya. Galaksi Andromeda, yang dianggarkan jaraknya sejauh 1.5 juta tahun cahaya dari bumi kini terus membesar-dan membesar menjadi Galaksi RASAKSA.
Misteri Plenet Bunuh Diri Dijumpai Astronomi
Foto plenet yang merapati mataharinya akan musnah menjadi malapetaka dahsyat
Sejumlah astronomi menemukan fenomena yang nampaknya merupakan aksi bunuh diri planet karena berada sangat hampir dengan bintangnya dan menimbulkan gelombang dahsyat.
Planet tersebut adalah WASP-18b yang telah berjuta tahun hidup dan ditemukan oleh Coel Hellier, seorang profesor astrofisik di Keele University di England. Hellier menyampaikan laporannya pada jurnal ilmiah The Nature, Khamis (27/8/2009). ”Dengan menciptakan gelombang itu, dia (plenet)menghancurkan dirinya sendiri,” ujar Hellier.
Bintang planet tersebut adalah WASP-18. Planet itu mengelilingi bintang dalam jarak sekitar 325 tahun cahaya dari Bumi (satu tahun cahaya sekitar 9,3 trilion kilometer). Itu berarti kedudukannya berada di kawasan jiran tetangga galaksi kita.
Jarak planet tersebut dengan bintangnya adalah sekitar 1/50 jarak Bumi dengan Matahari. Ukuran planet tersebut sekitar 10 kali ukuran Planet Zuhal. Gelombang antara planet tersebut dan bintangnya boleh dianalogikan dengan Bulan dan Bumi yang akan membentuk dua kali gelombang dahsyat. Setakat ini para astronomi telah menemukan lebih dari 370 planet di luar sistem Matahari. Namun, penemuan planet bunuh diri amat jarang terjadi. Apakah itu tanda-tanda Kiamat sudah DEKAT?
UMNO dan ARAK tak dapat dipisahkan-malaysiakini
Foto tulisan jawi `Bersama Kita Menghayati Ramadan Al Mubarak Dengan Penuh Keberkatan' Ucapan Ikhlas Dari Umno Bhg. Ledang berlatarbelakang Arak Tiger.
Perdana Menteri 1Malaysia mendakwa Umno parti Islam sebab memperjuangkan Islam di negara ini. Inilah buktikanya banner sambutan Ramadan dan banner arak boleh diletakkan bertindihan antara satu sama lain. Gambar yang diambil dari blog http://dppmuar.blogspot.com/ yang diletakkan di sebuah kedai cina Simpang empat Sungai Mati oleh Umno Bahagian Ledang.
Mungkin inilah gambaran parti Islam yang didakwa oleh Umno sehingga arak dan judi dikilang dan dijual berluasa di negara ini.
Lim Guan Eng Berbuka Sekali - Indahnya Islam
Foto Lim Guan Eng turut serta dalam merasai nikmatnya berbuka puasa, tak ada protokol dan pandai pula duduk bersila... beruntung dapat pemimpin yang mesra rakyat begini.
Hafaz al Quran adalah profesional - Lim Guan Eng
Sementara itu, Ketua Menteri dalam ucapan ringkasnya menegaskan, Umno rasa cemas apabila Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat memperuntukan bantuan pada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dulunya dihentikan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Bukan itu sahaja malahan kerajaan negeri juga mengiktiraf para Huffaz sebanding dengan profesional lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lainya.
"Semua itu tidak pernah terfikir oleh Kerajaan BN. Bila kita laksanakan bantuan pada pada Huffaz, Umno mula cemburu dengan menabur fitnah yang berbagai, " terangnya.
Program tersebut juga dihadiri oleh wakil jentera PAS dari Kedah, Haji Fauzi Tahir yang membantu jentera Parlimen Tasek Gelugor yang ditugaskan di Unit Peti Undi (UPU) Permatang Ara ketika pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos lepas.
Parti LDP yang memerintah Jepun Lebih 50 Tahun Terlungkup
Foto pemimpin Pakatan Rakyat Jepun yang berjaya membentuk Kerajaan Jepun BARU.
TIGA ketua parti yang bergabung terdiri Mizuho Fukushima (kiri) Ketua Parti Sosial Demokratik (SDP) bersama Perdana Menteri yang baru, Yukio Hatoyama (tengah) dari Parti Demokratik Jepun (DPJ) dan Shizuka Kamei, Ketua Parti Baru Rakyat (PNP) bagi membentuk pakatan kerajaan baru Jepun, hari ini. - Foto AFP
80% golongan muda tidak sokong BN - Daim
Foto Akhbar China Press yang mengeluarkan berita 80% orang muda tak sokong BN, kenapa ahkbar Melayu arus perdana seperti Utusan M'sia dan Berita Harian langsung tak keluar berita tersebut?.
KUALA LUMPUR, 16 Sept: 80 peratus dari golongan muda tidak menyokong Barisan Nasional (BN), kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
Para siswazah menganggur, kebanyakannya Melayu, akhirnya terlibat dengan politik dan mereka menyertai PAS akibat rasa marah kepada kerajaan kerana tidak mempunyai pekerjaan, kata bekas Bendahari Umno itu di dalam temubual dengan China Press Ahad lalu.
Menurut beliau, keadaan sedemikian berlaku kerana kerajaan tidak memupuk bakat yang sepatutnya untuk kehendak pasaran.
Dalam temubual tersebut yang disiarkan oleh The Sun Online Ahad lalu, Daim berkata, universiti-universiti tidak menawarkan kursus-kursus yang menepati dengan kehendak industri mengakibatkan banyak siswazah tidak mempunyai pekerjaan disebabkan apa yang mereka pelajari tidak memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.
Beliau berkata, bukan sahaja golongan muda yang menentang kerajaan, malah kira-kira sejuta dari tiga juta ahli Umno juga tidak mengundi parti itu.
Menurut beliau, ramai ahli Umno yang hilang keyakinan kepada parti itu dan para pemimpinnya.
"Politik wang rasuah adalah masalah terbesar yang dihadapi oleh parti itu," katanya.
Di luar Umno pula, Daim percaya, perpecahan di dalam MCA akan menjejaskan kerjasama dan reformasi di dalam BN.
Rakyat, katanya, tidak menghormati mana-mana parti yang berpecah.
Manakala perubahan di dalam BN pula, katanya, terlalu perlahan untuk memenuhi kehendak rakyat.
"Rakyat mahu melihat perubahan, sama ada di dalam BN atau Pakatan Rakyat (PR), siapa yang lebih dahulu berjaya melaksanakan reformasi akan memenangi sokongan mereka," katanya.
Mengenai kemelut Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), Daim berkata: "Kerajaan mesti menghukum kesemua yang melanggar undang-undang, hanya dengan cara itu ia boleh mengembalikan keyakinan umum".
Pada masa lalu, katanya, rakyat tidak melihat mereka yang menyalahgunakan kuasa dihukum.
Rabu, 16 September 2009
Makan Serdak dan Saki Baki Kuih Raya - Ust Tantawi
Foto Ustaz Nasarudin Hassan At Tantawi orang Felda Jengka Pahang menceritakan pengalaman susah senang belajar di Mesir Bumi Anbiya.
Biarpun sudah seminggu Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Tantawi demam dan berehat di rumah, namun beliau tetap gagah bercerita kepada Harakahdaily imbauan kenangan lama menyambut Aidilfitri di rantauan orang selama 10 tahun.
Ketika itu beliau melanjutkan pelajaran di Syria dan Mesir, dan hanya pada tahun 1997, kembali ke tanahair meraikan bersama keluarga dirindu.
Berbeza di negara timur tengah ini, katanya orang Arab berpesta hanya pada bulan Ramadan dan menjalani kehidupan seperti biasa dan 'sepi' kembali tatkala masuk hari raya kedua.
"Kenangan paling indah, apabila keluarga hantar kuih-kuih raya kepada kami di sini dan bila sampai semuanya sudah hancur... dan serdak kuih dan biskut raya itulah nikmat yang kami rasai di hari raya.
"Mana tidaknya, kuih raya ini berada dalam sebulan atau tiga minggu perjalanan sebelum sampai ke tangan kami.." katanya dengan nada yang serak akibat demam.
Sementara itu beliau menyeru pendokong gerakan Islam dan PAS agar benar-benar terima dan menghayati "Madrasah Ramadan" atau "University of Ramadan" supaya menjadi mujahid yang bertaqwa.
Pesannya bahawa kemenangan Islam itu pasti sebagai pernah dicapai oleh generasi terdahulu dan umat Islam mesti menang daripada ideologi yang dicipta oleh manusia.
"Jiwa yang menang, belenggu daripada sebarang ideologi yang kufur.
"Dengan kedatangan Syawal, lebih meningkatkan kualiti diri di samping memburu kemenangan Islam," jelasnya.
ELAK MALAYSIA DAPAT KILANG DIPLOMA - malaysiakini
Foto skrol diploma yang menjadi impian pelajar di Malaysia malangnya banyak yang tidak diiktiraf dan TAK LAKU
Semua institusi pengajian tinggi (IPT) negara perlu terlebih dahulu menghalusi kualiti dan kelayakan pelajar, khususnya dari luar negara sebelum menerima permohonan mereka melanjutkan pelajaran di negara ini.
Mohamed Khaled Nordin berkata lambakan pelajar asing di IPT negara ini menyebabkan Malaysia digelar sebagai pembekal ijazah tidak berkualiti atau "kilang diploma" di beberapa forum antarabangsa.
Katanya tohmahan seumpama itu harus dikekang kerana ia menjatuhkan imej dan martabat sektor pendidikan tinggi negara.
"Kementerian tidak mahu mana-mana IPT menerima pelajar tidak berkelayakan, terutama dari luar negara untuk mengikuti program yang ditawarkan.
ADA UNIVERSITI SEBELAH KEDAI BASIKAL… kah kah kah..
ADA UNIVERSITI SEBELAH KEDAI TOMYAM…. kah kah kah….
ADA KOLEJ KONGSI DENGAN KEDAI JUAL TAYAR….kah kah kah…
TAK PERCAYA – PERGI KE CHOW KIT… DEKAT CENTRAL MARKET…. DEKAT JALAN PETALING…. BUKAN FITNAH… kah kah kah…
BANYAK YANG DATANG DARI AFRIKA… BERIJAZAH DENGAN BLACK MONEY
YANG DATANG DARI NEGERI CHINA…. BERDIPLOMA MENJADI CHINA DOLL
YANG DATANG DARI NEGERI ARAB…. BERMUTAAH
BUKAN PELAJAR SAJA YANG DATANG MENIPU… PENSYARAH PUN SAMA
TAK PERCAYA SILA BACA BAWAH INI :
DUA PENSYARAH UPM MENIPU DAN CIPLAK
PETALING JAYA (Sept 13, 2009) : Two Universiti Putra Malaysia (UPM) lecturers are facing career-damaging action for plagiarism.
Six years ago, the two academicians – a professor and one who recently received her PhD – produced a reference book titled "Writing an Effective Resume" meant for management students on writing impactful resumes that would attract potential employers.
However, about a year ago, suspicions arose within academia that the book may have plagiarised materials of several American university websites, including Harvard and Albion College.
Investigations conducted by the university discovered that a "substantial" amount of the 64-page book was lifted almost word-for-word, albeit given a local touch.
It, among others, defines a resume and its purpose, making the resume appealing, networking, organising the employment portfolio and preparing curriculum vitae.
Higher Education Ministry director-general Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi acknowledged receiving the complaint and that investigations are ongoing.
"We certainly cannot accept plagiarism, especially in the higher education environment," he said, adding that punitive action would be taken under the Universities and University Colleges Act and Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act (Act 605).
"It is under the purview of the university. I spoke to the legal director and UPM is taking very serious action on the staff according to the Act," Radin Umar said in an email to theSun.
Investigations headed by UPM's Legal Department concluded that among the actions to be taken are that they repay royalties to the university, as well as a "severe reprimand on their personal file".
UPM vice-chancellor Prof Datuk Dr Nik Mustapha R. Abdullah told theSun in a recent interview that this would mean a slow climb up the rungs for the two authors.
"It's very difficult to prove plagiarism also because sometimes it's about expression but it's very unfortunate as they will have to suffer," he said, adding that one of the authors expressed sincere regret over the matter.
"It's the price you have to pay. It was unintentional and it's our first case of plagiarism and the printers suffer the biggest loss because the books cannot be sold," he said.
Nik Mustapha said the episode serves as a lesson to all university staff – deans, directors and senior officers – who have all been issued a warning on the severity of such acts.
He said the university has a Publications Committee which screens material to be published albeit it is focused on journals and articles, as part of the university's efforts to scale up the annual QS World University Rankings by Times Higher Education.
"UPM will have a sub-committee that will be dedicated to screen materials for books following this. Before the book is sent for publication, the draft of the material will need to get an endorsement from the Publications Committee," said Nik Mustapha.
The authors and publishers of the original material have not been notified
BAGAIMANA MEREKA JUAL NEGARA, Chin Peng pun tak jual negara
Foto pemaju mengambil tanah hak milik rakyat secara zalim kononnya untuk dimajukan, berapa ramai orang melayu yang mampu beli, kalau bangunan tak laku jual pulak kepada pelabur asing, akhirnya kita jadi pelarian di negara sendiri.
TANAH DI SERAH KEPADA PEMAJU - Utusan
SELAYANG 14 Sept. - "Kami disuruh memohon tanah ini tetapi ternyata itu sekadar kata-kata untuk menyedapkan hati penduduk kerana akhirnya tanah itu diberikan kepada sebuah syarikat."
Itulah luahan penduduk sekitar Jalan 1, Bandar Baru Selayang, di sini, terhadap keputusan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Gombak yang meluluskan tanah di Lot 10875 untuk Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan sebuah syarikat.
Mereka membantah sekeras-kerasnya pemberian hak milik tanah itu atas alasan mereka terlebih dahulu memohon tanah tersebut iaitu sejak 12 tahun lalu.
"Harapan penduduk untuk mendapatkan tanah itu berkecai kerana 'dirampas' dengan mudah oleh syarikat itu sedangkan kami sudah lama memohonnya," kata penduduk di situ.
Seorang penduduk, Abdul Majid Md. Haniff, 47, berkata, selama 12 tahun dia berusaha dan memohon untuk mendapatkan hak milik tanah tersebut tetapi usahanya ternyata sia-sia.
Menurutnya, dia juga berasa teraniaya dengan keputusan yang diambil oleh PTD Gombak itu kerana sebelum ini, dia juga pernah mengalami masalah yang sama sebelum ini.
"Dulu, masa saya tinggal di Kampung Selayang Tin begini juga jadinya. Tanah yang dahulunya hak milik nenek moyang kami dirampas dan rumah kami diroboh begitu sahaja oleh MPS tanpa memberikan sebarang pampasan ketika itu.
"Tetapi pada masa itu, tahap kesabaran kami masih boleh dikawal. Tidak sampai lima bulan kemudian, rumah kedai yang dimiliki oleh mak saya pula dirobohkan oleh MPS tanpa sebarang notis pemberitahuan sedangkan kami ada dokumen yang sah mengenai bangunan tersebut," katanya.
nota:
perhatikan di mana ketuanan melayu menjual
tanah orang melayu kepada para cukong. lihat
satu demi satu tanah hilang tuan. semuanya dilakukan
kerana ada duit masuk bawa meja.
orang melayu di tipu dengan ketuanan melayu
pada hal yang membolot harta kekayaan negara
ini ialah cukong dan towkay yang ada hubungan
dengan pemimpin gerombolan.
caranya cukup senang. nama ketua gerombolan akan
dimasukan sebagai lembaga pengarah atau dijanjikan saham
atau dijanjikan kondo bersama amoi. lalu tanah ini diluluskan.
cara ini telah berjalan selama 52 tahun. hingga habis tanah
orang melayu dalam bandar kena rembat.
inilah nama nya ketuanan melayu. pakida ke pewaris ke
pesaka ke pekatak bobok ke tidak akan bersuara kerana
dapat keluping saham atau sekurang kurangnya dapat
jadi pak gard kah kah kah
p/s : adakah anda tahu di indonesia tanah tidak
dibenarkan dimiliki oleh orang asing?
Kroni Rosmah Mansor Dapat Projek Bas PLKN
Foto Rosmah isteri PM Najib yang akan membolot projek Bas PLKN dan diberi kepada kroni dengan modal berbayar RM 2
Sebuah syarikat milik individu yang mempunyai pertalian rapat dengan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Najib Razak, dikatakan bakal diberi kontrak mewah membekalkan 400 unit bas untuk Program Khidmat Latihan Negara (PLKN).
Bas-bas itu dikatakan akan dimport dari China dan dijangka memintas kepentingan pengusaha bas tempatan yang setia menampung keperluan pengangkutan peserta PLKN, sejak ia dilancarkan pada tahun 2004.
Bas-bas itu dikatakan ditempah daripada syarikat Dong Feng di China dan akan dijual kepada kerajaan pada harga RM600,000 sebuah - hampir dua kali ganda berbanding harga asal.
Difahamkan, Kementerian Kewangan yang diterajui oleh Najib mengarahkan Syarikat-syarikat Kaitan Kerajaan atau GLC untuk menyediakan dana kepada syarikat pembekal berkenaan untuk membawa masuk bas-bas terbabit dari China.
Ini kerana syarikat pembekal yang dikaitkan dengan isteri Najib itu hanya mempunyai modal berbayar RM2 pada masa ini tetapi akan mengaut keuntungan puluhan juta ringgit.
Bas 40 penumpang itu adalah mirip bas Syarikat Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL), yang beberapa ratus buah tersadai di Rawang dan Selayang.
Sumber-sumber memberitahu Suara Keadilan bahawa kerajaan akan memanggil tender rasmi untuk kontrak itu pada hujung tahun ini untuk memberi gambaran bahawa urusniaga berkenaan dijalankan secara telus.
Hakikatnya ialah segala keputusan mengenai kontrak itu sudahpun dibuat. Malah sebuah agensi perkapalan juga telah dikenalpasti oleh Kementerian Kewangan bagi menguruskan kerja-kerja logistik termasuk membawa masuk bas berkenaan dari China.
Sumber itu memberitahu Suara Keadilan, dana bagi pembelian bas berkenaan oleh syarikat terbabit akan dibiayai oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) atau lebih dikenali sebagai 'Prasarana'.
Sumber juga mendakwa, Prasarana telah 'diarah' oleh pihak atasan untuk menyediakan dana itu bagi membeli dan membekal bas berkenaan atas nama syarikat yang dikaitkan dengan Rosmah.
Prasarana adalah syarikat di bawah Kementerian Kewangan yang didaftarkan pada 11 Ogos 1998 untuk mengambil alih projek-projek pengangkutan yang gagal, dengan kelulusan kerajaan.
Syarikat itu dipertanggungjawabkan untuk menyediakan sistem pengangkutan di Lembah Klang dan Pulau Pinang dan mengambil alih bebrapa syarikat pengangkutan lain seperti Sistem Transit Ringan LRT, PUTRA dan juga STAR.
Dalam pada itu, seeorang pengusaha pengangkutan yang berpengalaman dalam pembinaan bas berkata pemilihan bas buatan China menimbulkan banyak persoalan.
Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, bas buatan China mempunyai banyak masalah teknikal selain tidak efisyen manakala kos penyenggarannya tinggi.
"Kita boleh lihat sendiri apa yang berlaku kepada ratusan bas jenis sama milik Rapid KL yang tersadai hingga menjadi besi buruk di merata Lembah Kelang. Adakah kita mahu perkara yang sama berulang?" soal beliau.
"Bagaimana pula keselamatan atau kesejahteraan anak -anak muda kita yang bakal dihantar ke kem-kem PKLN di seluruh negara menggunakan bas-bas ini?" tambahnya.
nota:
perhatikan sekarang ini gerombolan
sedang merembat segala harta secepat
mungkin kerana selepas ini mereka
semua akan bungkus.
pegawai kerajaan yang berjiwa besar dan
berjiwa rakyat sila amabil perhatian
kerana semua ini akan membawa bala
kepada anak cucu cicit kita.
mereka yang kaya raya ini nanti akan lari membawa
duit dan intan berlian harta rompakan khazanah
negara seperti yang telah dilakukan oleh imelda marcos
anak suharto thaksin suami isteri dan shah iran.
berjaga jaga !
Mat Shah Bin Satray dibebaskan ISA
Foto Mujahidin Mat Shah bersama isteri tercinta mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dapat meraikan Ramadan dan Syawal bersama keluarga setelah merengkok dalam kem Tahanan Kemunting akibat Akta Zalim ISA
Suami aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Norlaila Othman bersama empat lagi tahanan akan dibebaskan dari kem perlindungan Kamunting, Taiping petang ini.
Dalam pengumumannya di Putrajaya hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kelima-limanya dibebaskan selepas kementerian mendapati mereka menunjukkan pemulihan yang positif dan tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.
Mat Sah Mohd Satray bersama empat lagi tahanan Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA) itu dituduh terlibat dengan gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI).
Mat Sah (foto), yang pernah bekerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, ditahan pada April 2002 atas tuduhan terlibat dengan gerakan Islam itu.
Turut dibebaskan, Dr Abdullah Daud, seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang ditahan 3 Jan 2002.
Tiga lagi yang turut dibebaskan: Mohd Nasir Ismail @ Hassan, Ahmad Kamil Md Hanapiah dan Muhammad Amir Md Hanapiah.
Ketiga-tiganya ditahan di kem Kamunting mulai 30 Mei 2007.
Dalam sidang medianya, menurut Bernama, Hishammuddin menafikan pembebasan mengejut ini ada kaitan dengan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan diadakan pada awal bulan depan.
"Pembebasan mereka hari ini untuk memberi mereka peluang menyambut Aidilfitri bersama keluarga masing-masing.
"Ia tidak ada kena-mengena dengan pilihan raya kecil Bagan Pinang," beliau dipetik berkata.
Tambahnya, dengan pembebasan itu, kini tinggal sembilan lagi tahanan ISA - empat rakyat Malaysia dan masing-masing seorang warga Bangladesh, Pakistan, Thailand, Singapura dan Indonesia.
Apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April lepas, beliau mengumumkan pembebasan 19 tahanan ISA.
Manakala pada Mei lepas, seramai 13 tahanan termasuk tiga pemimpin pertubuhan haram Hindraf, telah dibebaskan.
Menurut agensi berita itu lagi, terdahulu Hishammuddin mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Persatuan Peguam Syarie mengenai pindaan akta itu.
Beliau dipetik berkata perbincangan menyentuh mengenai ketelusan ISA, tempoh tahanan serta layanan terhadap tahanan.
"Tetapi dalam pertimbangan mengenai keselamatan negara, semua bersetuju bahawa ISA masih lagi diperlukan selagi belum ada akta baru diperkenalkan untuk memansuhkan ISA," kata Hishammuddin lagi.
Sementara itu, sebagai reaksi segera, Norlaila yang terkejut dengan pembebasan Mat Sah tetap menyatakan kesyukurannya.
"Syukur kepada Allah dan (saya) nak berkongsi rasa gembira ini dengan semua rakyat Malaysia yang selama ini menyokong perjuangan saya dan GMI," katanya kepada Malaysiakini melalui mesej SMS.
Beliau yang kini berada di Sabah tidak dimaklumkan lebih awal tentang permbebasan suaminya itu.
Norlaila menambah, beliau berharap akan mengadakan sidang akhbar berhubung perkara tersebut setelah kembali ke Kuala Lumpur malam esok.
Selasa, 15 September 2009
Salahudin Sedih Tak Mampu Beli Baju Raya Untuk Isteri
Foto Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS yang sabar menghadapi kesusahan sebelum bergelar YB
Nostalgia raya bagi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub di mana beliau tidak lupa kesusahan yang dilaluinya sehingga tidak mampu membeli baju raya untuk isteri tercinta. Mujur dan istimewanya isteri beliau pandai menjahit. Isteri solehah yang tidak mahu menyusahkan suami. Kini isteri beliau masih menerima tempahan menjahit baju raya walaupun Salahuddin bergelar Ahli Parlimen.
Mazlan Aliman Demam Teruk Masa Sambut Raya
Foto Mazlan Aliman AJK PAS Pusat yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak)
Nostalgia Raya bagi Presiden Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Seluruh Malaysia (Anak) dan bekas AJK PAS Mazlan Aliman pula, tidak dapat dilupakan zaman kecilnya ketika demam dan sakit di bulan Ramadan.
Apa tidaknya, malu terasa apabila neneknya mengikat tali kasut di lehernya, sebagai petua mengelak muntah dan bayangkan apabila rakan-rakan menziarah. Tebal mukanya.
Baju Raya Sama Dengan Baju Sekolah Akibat Kemiskinan - Bang Mat Sabu
Foto Hj Mohamad Sabu atau nama glamernya '`Abang Mat' yang kental jiwanya sejak kanak-kanak lagi.
KUALA LUMPUR, 15 Sept: Mengacah meriam buluh dan bergasak mengumpul duit raya walaupun 10 sen cuma antara rakaman kehidupan yang tidak dilupakan mereka yang kini sudah bergelar pemimpin. Hakikatnya mereka juga orang biasa, yang punyai memori Aidilfitri sama seperti yang lain.
Seperti AJK PAS Pusat Haji Mohammad Sabu, yang ketika kanak-kanaknya terpaksa memakai baju sekolah sebagai baju raya kerana kemiskinan. Namun dalam serba kedaifan, mampu kumpul duit raya yang banyak lantas ke pekan berhampiran untuk menonton wayang.
Walaupun tika itu comot dan tidak bersikat, jauh sekali anak gadis jatuh minat namun baginya Syawal cukup seronok dan mengujakan!
Al-Kisah Seorang Guru Dengan Seorang Anak Muridnya.
Saya sangat mengagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya
paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.
Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan
sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat.
Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan. Air mata sahaja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak
berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu
sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin
ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 petang, kelihatan seorang anak lelaki sedang berlari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Belum pun pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh.
Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju
dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
"Mak pesan, jangan meminta-minta dari orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada
orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu,
......."
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat
yang mampu. Cerita-cerita begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang Guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara-perkara berikut:
i. Solat Sunat.
ii. Puasa Sunat.
iii. Berdzikir.
iv. Bersedekah.
v. Mengusap Rambut Anak-Anak Yatim.
vi. Mendengar Cerita-Cerita & Sejarah Pengalaman Dari Kesusahan Orang Lain.
vii. Membantu Golongan Insan-Insan Yang Dalam Kesusahan & Kaum Fakir Miskin Yang Perlukan Bantuan.
Wallahu'alam...
Dicatat oleh AlifMimYaNun FaAlifDalZaiLamAlifNun
paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.
Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan
sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat.
Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan. Air mata sahaja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak
berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu
sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin
ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 petang, kelihatan seorang anak lelaki sedang berlari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Belum pun pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh.
Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju
dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
"Mak pesan, jangan meminta-minta dari orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada
orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu,
......."
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat
yang mampu. Cerita-cerita begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang Guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara-perkara berikut:
i. Solat Sunat.
ii. Puasa Sunat.
iii. Berdzikir.
iv. Bersedekah.
v. Mengusap Rambut Anak-Anak Yatim.
vi. Mendengar Cerita-Cerita & Sejarah Pengalaman Dari Kesusahan Orang Lain.
vii. Membantu Golongan Insan-Insan Yang Dalam Kesusahan & Kaum Fakir Miskin Yang Perlukan Bantuan.
Wallahu'alam...
Dicatat oleh AlifMimYaNun FaAlifDalZaiLamAlifNun
Kenapa Mesti Balik Kampung?
Foto warga kota pulang ke kampung dengan menempuh berbagai ujian seperti kesesakan lebuhraya, harga bahanapi kenderaan yang mahal, letih dan memenatkan tetapi tetap juga nak balik kampung. Foto rumah kampung betapa indahnya suasana kampung.
Di minggu terakhir Ramadan ini, lagu Balik Kampung oleh allahyarham Datuk Sudirman Arshad terasa bagai dinyanyikan dalam jiwa ramai penghuni di kota raya ini.
Beberapa hari sebelum Aidilfitri, yang dijangka pada hujung minggu ini, jalan-jalan menghala keluar dari bandar-bandar utama di negara ini akan mula sesak dengan kenderaan membawa ribuan penghuni kota untuk 'balik kampung'.
"Balik kampung sudah menjadi satu budaya bagi rakyat Malaysia bukan sahaja pada Hari Raya tetapi juga perayaan lain seperti Tahun Baru Cina dan Deepavali.
"Bukan sahaja bagi orang Melayu tapi untuk semua bangsa," kata bekas pendidik Fatimah Mansur.
Kata beliau balik kampung kini telah bertukar menjadi satu fenomena.
"Cakap saja balik kampung, satu transformasi akan menyelinap ke dalam jiwa anda," katanya.
Kenapa perlu balik kampung?
Balik kampung ialah satu perkara yang memenatkan. Terdapat kesesakan jalan yang teruk, kemalangan termasuk kemalangan maut, juga kos yang tinggi dari segi pengangkutan.
Jadi kenapa perlu balik kampung dan kenapa tidak menyambut Hari Raya di kota sahaja.
"Masyarakat kita memang gemar menziarah kaum keluarga dan berjumpa mereka secara langsung, bukan hanya bercakap melalui telefon atau berkomunikasi melalui e-mel atau teknologi yang lain.
"Balik kampung adalah satu proses mengeratkan pertalian keluarga," kata Fatimah.
Bagi jururawat Elizabeth Choo, Aidilfitri adalah untuk semua.
"Ia merupakan cuti kebangsaan, jadi kita semua perlulah balik kampung kalau boleh, dan berjumpa orang tua.
"Mereka agak sukar untuk datang ke sini. Bila lagi, sebab pada hari lain kita sibuk bekerja," kata Choo yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.
Balik kampung - dulu dan sekarang
Penulis masih ingat pada tahun 1982, ketika beliau seorang mahasiswa di sebuah universiti di sini, beliau terpaksa duduk di lantai gerabak kereta api kelas tiga untuk 'balik kampung' kerana ingin menyambut Hari Raya bersama ibunya di Pasir Mas, Kelantan.
Semuanya kerana tiket bas kehabisan. Untuk naik kapal terbang jauh sekali kerana penulis tidak mampu. Ketika itu perkhidmatan bas tidaklah sebanyak dan sebaik yang ada sekarang.
Sekarang untuk balik kampung sahaja, beratus-ratus bas yang selesa serta berhawa dingin disediakan. Tak cukup lagi, beratus permit bas sementara juga disediakan oleh pihak berkuasa pengangkutan.
Naik kapal terbang untuk balik kampung juga kini satu kemudahan untuk semua.
"Naik kapal terbanglah pakcik, sekejap je dan tambang pun tak mahal," kata seorang pelajar universiti, Nurul Huda, bila ditanya penulis bagaimana beliau hendak balik kampung.
"Dulu kalau mahu pulang ke Sabah untuk sambut Hari Raya cukup mahal dan susah. Tidak lagi sekarang," kata Surami Saimi yang berasal dari Penampang, Kota Kinabalu.
Tiga dekad yang lalu, hanya syarikat penerbangan MAS yang beroperasi. Kini, telah wujud syarikat penerbangan tambang murah seperti Firefly dan AirAsia yang boleh menerbangkan anda kemana-mana saja destinasi di dalam dan luar negara.
Bagi yang memilih untuk naik kereta api, perjalanan mereka juga selesa kerana semua koc KTMB mempunyai pendingin hawa serta kerusi yang bernombor.
Jadi, bukanlah satu kerumitan untuk balik kampung dan menemui sanak saudara di musim perayaan ini.
Selamat Hari Raya. BERNAMA
Isnin, 14 September 2009
Jom Iktikaf Di Masjid Memburu Lailatulqadar
Foto lelaki soleh yang bangun di tengah malam untuk solat tahajjud dan tawaran yang lumayan Allah SWT khas untuk pemburu Lailatulqadar.
10 akhir Ramadan disunatkan kita beriktikaf di masjid untuk menghidupkan malam sebagaimana yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah SAW.
PAS Kawasan Sembrong mengadakan program iktikaf di Masjid Nurul Iman Taman Sri Lambak bermula malam ke 21 sehingga malam ke 29. Ahli yang ada kelapangan digalakkan meninggalkan keseronokan sebentar dari tidur bersama isteri di katil yang empuk untuk sama-sama berjaga malam bermula pukul 12 tengah malam sehingga 5.00 pagi.
Program iktikaf tak formal dan bebas untuk melakukan berbagai ibadat seperti solat sunat, membaca dan bertadabbur Al-Quran, berwirid dan zikir atau berbincang sesama kita dalam hal perjuangan menegakkan Kalimah Allah di muka bumi.
Nak Membalas Dendam Dengan Merogol. Ajaran Mana Dia Dapat.
Foto bantahan golongan Hawa terhadap tindakan cabul dalam majlis dialog antara Kerajaan Selangor dengan penduduk Syeksyen 23
AKU AKAN ROGOL KAU RODIAH - KE BALAI POLIS – harakah daily
"Aku akan rogol kau, Rodziah!" adalah antara kata-kata cabul yang dihamburkan terhadap Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail ketika majlis dialog antara penduduk Seksyen 23, Shah Alam dengan kerajaan Selangor 5 September lalu.
Dalam kenyataannya ketika membuat laporan polis semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga itu menceritakan, beliau telah dihamburkan pelbagai kata-kata cabul lain oleh mereka yang mencetuskan kekecohan dalam dialog yang di adakan di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu.
Nota:TT
inilah kata kata yang telepas dari mulut mereka yang
mengakui mempertahankan agama. inilah rupa betok
fikrah insan yang memperjuangkan agama.
sebenarnya bukan agama yang menjadi krisis.
yang menjadi krisis ialah apabila gerombolan hilang
kuasa di selangor maka orang orang yang dahulunya
boleh mencari makan dengan mendapat kontrek
atau menjual kontrek kini terkapai-kapai. maka apabila ada
kuil itu ingim dipindahkan maka mereka mendapat lubang
untuk berkempen.
agama adalah agenda terbaik untuk membantai kerajaan
pakatan rakyat di selangor.
tujuan cukup senang : sprm buat kes. tekan kes rasuah atau
salah guna kuasa. sprm akan siasat sampi mati.
beberapa adun pakatan akan di tekan atau di beli.
pasti ada adun pakatan yang bermasaalah seperti berhutang
pada bank atau pusat motivasi telah tertutup atau bercitacita untuk
menjadi mb atau mabuk dengan kepala agung maka AGAMA adalah
senjata terbaik.
tidak ada agama disini. masjid atau kuil hanyalah alat untuk
mengolah persetujuan orang ramai akan kerajaan selangar
dapat dijatuhkan.
PRK Bagan Pinang Dalam Bulan Syawal
Statistik pecahan kaum dan keputusan PRK 2008 Dun Bagan Pinang. Misteri undi pos seramai 4604 orang pemilih, ramainya!. Undi Poskah yang memenangkan BN?
Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh penamaan calon pula ditetapkan 3 Oktober manakala tarikh keluar writ dan notis masing-masing pada hari ini dan esok.
Katanya, pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 dan daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu.
"Daftar pemilih ini mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.
DUN Bagan Pinang mengalami kekosongan selepas penyandangnya Azman Mohammad Noor yang mewakili BN meninggal dunia pada 4 September lalu.
Menurut Abdul Aziz, daftar pemilih tersebut akan mula dijual pada 18 Sept.
"Para pengundi juga boleh membuat semakan menerusi laman web SPR iaitu www.spr.gov.my atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR
Beliau berkata, 8,577 atau 62.77 peratus pengundi terdiri daripada kaum Melayu, 2,834 atau 20.74 peratus pengundi India, 1,498 atau 10.96 peratus pengundi Cina dan 755 atau 5.54 peratus terdiri daripada lain-lain bangsa.
"Daripada pecahan itu, 7,912 pengundi terdiri daripada golongan lelaki manakala bakinya, 5,752 pengundi ialah pengundi wanita," katanya.
Menurut Abdul Aziz, dewan Majlis Perbandaran Port Dickson akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi manakala proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dibuat di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Port Dickson.
"Untuk pilihan raya kecil ini, SPR akan membuka lapan buah pusat mengundi yang melibatkan lapan buah sekolah dan 18 tempat saluran mengundi," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Aziz turut mengumumkan penubuhan tiga Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) di bawah Seksyen 27B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk memantau dan mengawal aktiviti calon sepanjang tempoh berkempen.
"Pasukan berkenaan akan mula bertugas dari tarikh penamaan calon hingga tamat hari mengundi, dan akan diketuai oleh seorang pegawai penguatkuasa.
"Ia akan turut dianggotai oleh seorang pegawai polis, seorang wakil pihak berkuasa tempatan dan wakil-wakil calon yang bertanding," katanya sambil memberi amaran, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar subseksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Saya ingin tegaskan sekali lagi, jangan terkejut jika kita bertindak tegas dan mengenakan tindakan, dan jangan kata SPR berlaku zalim. Kita dah ingatkan banyak kali," katanya.
Di bawah subsesyen berkenaan, mana-mana pihak yang disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 1 tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Seperti pilihan raya kecil yang lain, SPR turut membenarkan Malaysia For Free and Fair Election (Mafrel) menjadi pemerhati perjalanan pilihan raya kecil berkenaan. BERNAMA
Jumaat, 11 September 2009
Soal Jawab Umno Dengan Tulang Besi Isu Kuil
UMNO 1: Kerajaan PR tak bincang dgn penduduk dulu sebelum buat keputusan nak pindah.
Jawapan: YB Khalid dah jawab. Perbincangan dgn penduduk hanya dibuat setelah cadangan rasmi dari PKNS dibuat, yakni setelah proses perbincangan dgn jabatan2 kerajaan dan jawatankuasa kuil selesai. Tak kan nak bincang dgn penduduk sebelum kerajaan sendiri endorse secara rasmi.
UMNO 2: Kenapa tak pindah kat sek 18 yang ramai org India?
Jawapan: Sek 18 dah ada kuil. Tak kan nak buat dua kuil kat situ.
UMNO 3: Kenapa tak pindah kat Sek 22?
Jawapan: Tapak cadangan Sek 22 tu kat tengah2 kaw kilang. Langsung tak sesuai. AJK kuil pun tak setuju. Hanya lembu sahaja yang boleh setuju buat kuil kat tengah2 kaw kilang.
UMNO 4: Kenapa tak kekal sahaja kat Sek 19?
Jawapan: Kalau tempat kat Sek 19 tu sesuai, tak de orang sibuk suruh pindahkan. Kuil kat kaw perumahan mana sesuai. Bila time orang ramai nak pakai kuil, tempat parking pun payah. Marah orang yg duduk kat situ.
UMNO 5: Kenapa tak roboh aje kuil tu?
Jawapan: Islam ajar kita hormati hak penganut agama lain. Merobohkan rumah ibadat orang lain bercanggah dgn ajaran Islam. Sapa nak jawab kat akhirat nanti?
UMNO 6: Tapi bukan ke kuil dah terlalu banyak kat S'ngor ni, byk yg tak daftar pulak tu.
Jawapan: Soalan tu kena tanya MB lepas iaitu Khir Toyo. Kenapa tak urus dgn baik. Setahun lebih PR merintah s'gor, belum ada pembinaan kuil baru. Tapi bila kuil dah ada, mana boleh roboh camtu aje.
anti-lembUMNO.
Tulang Besi
Hukuman sebat: Kartika bukan yang pertama
Foto Kartika yang rela disebat sebagai hukuman meminum arak.
Ekoran dari isu hukuman sebat terhadap bekas model Kartika Sari dewi Sukarno dan tindakan biadap JAG, SIS dan konco-konconya - Dewan Pemuda PAS Pusat wajar memperjelaskan bahawa :
1. Kartika bukanlah orang pertama disebat atas kesalahan minum arak. Di Kelantan seramai 6 orang lelaki telah pernah disebat. Tahun 1997; 4 orang, tahun 2001; seorang dan 2003; seorang.
2. Kartika juga bukan wanita pertama dijatuhi hukuman sebatan. Hukuman sebatan Syariah terhadap seorang pesalah wanita pernah diputuskan oleh Mahkamah Syariah Johor pada tahun 2000. Namun pesalah berkenaan telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah dan hukuman sebatan telah diketepikan.
3. YA Hakim Dato' Abdul Rahman yang menjatuhkan hukuman sebat ke atas Kartika juga telah pernah menjatuhkan hukuman yang sama beberapa tahun lalu ke atas 2 orang adik beradik yang melakukan kesalahan minum arak . Mereka juga memfailkan rayuan dan rayuan mereka belum didengar.
4. Tohmahan kononnya Kartika dijadikan target untuk disebat adalah fitnah besar terhadap institusi agama, kerana bukan hanya Kartika seorang yang ditangkap dan dijatuhi hukuman sedemikian.
Pada masa kejadian, selain dari Kartika, juga telah ditangkap 2 orang lain..- seorang lelaki dan seorang wanita. Keduanya juga dijatuhi hukuman yang sama denda 5000 dan 6 sebatan, namun mereka telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah Pahang.
Justeru, bagi memastikan keadilan dan Kartika tidak dihukum lebih berat dari dua orang lagi yang merayu itu, kesnya telah diputuskan oleh Ketua Hakim Syarie Pahang untuk disemak semula.
5. Hukuman keatas Kartika belum dibatalkan, hanya digantung berikutan keputusan Ketua Hakim Syarie Pahang, YAA Dato' Abdul Hamid hendak membuat semakan terhadap hukuman ke atas Kartika.
6. Jabatan Penjara pula sudah pun mempunyai seramai 171 orang tukang sebat terlatih termasuk 2 orang tukang sebat wanita. Kesemua mereka terlatih dalam menyebat secara sivil, Syariah dan Kanak-kanak.
7. Seorang penyebat wanita telah membuat demo sebatan Syariah dengan penuh bergaya di hadapan Hakim Rayuan JKSM YA Dato' Asri. YA kemudian mengesahkan dan berpuas hati dengan cara sebatan tersebut.
8. Prosedur sebatan Syariah adalah termaktub dalam sek.125 Tatacara Jenayah Syariah Pahang. Di Negeri lain pun ada tatacara yang sama. Gambarannya, apabila melakukan sebatan, hanya tangan yang terangkat tanpa menampakkan ketiak. Tidak seperti sebatan sivil yang memang bersifat cruel dan menyiksa pesalah, sebatan Syariah bersifat mendidik. Justeru adalah tidak wajar sebatan Syariah disamakan dengan sebatan sivil.
9. Kartika sendiri telah insaf dan bertaubat atas perbuatannya dan menuntut supaya beliau dekenakan hukuman berkenaan. Inilah bukti keberkesanan hukuman sedemikian di zaman ini. Keputusan sama ada Hukuman sebat ke atas Kartika akan dilaksanakan atau sebaliknya terserah kepada Jawatankuasa Rayuan Syariah Pahang yang akan bersidang bagi menyemak hukuman YA Hakim Mahkamah Tinggi Phang itu tidak lama lagi.
10. JAG dan SIS melalui memaorandum kepada PM telah mendesak Kerajaan Persekutuan untuk MEMANSUHKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH YANG SEDANG berkuatkuasa di negeri-negeri. Tindakan yang sama juga pernah dilakukan melalui memeorandum yang di kemukakan kepada Kerajaan pada tahun 2005 dan ditandatangani oleh 300 individu dan NGO termasuk Menteri2 Kabinet beragama Islam yang sedang berkhidmat.
DEWAN PEMUDA PAS PUSAT DENGAN INI MENEGASKAN TINDAKAN JAG, SIS DAN KONCO-KONCO MEREKA INI ADALAH TINDAKAN BIADAP MENCEROBOH BIDANGKUASA JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI YANG TELAH KITA WARISI SEJAK ZAMAN SILAM DALAM KANUN UNDANG-UNDANG NEGERI-NEGERI MELAYU
Keadilan Khalifah Umar Al-Khattab Terhadap Gereja
Apa Hujah NGO Melayu anti sangat dan nak roboh rumah Ibadat serta menghina agama lain?
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu.
Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa' fi sirah al-Khulafa', tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim.
"Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut. Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, "Saya ingin mengerjakan solat." Jawab Patriach: "Solat sahajalah di sini".
Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds :
"Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat Islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya".
Kisah di atas menceritakan respon Saidinna Umar kepada cadangan Patriach supaya beliau solat di dalam gereja al-Qiamah. Respon Saidina Umar merupakan satu respon yang mengambil kira kepentingan golongan Nasrani dan Patriach sambil dalam masa yang sama melindungi Kanisah mereka.
Umat Islam jangan hadi peroboh rumah Ibadat agama lain
Sehubungan dengan itu, sekiranya ummat Islam adalah peroboh kuil, gereja dan synagogue seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam dan turut dipercayai oleh segolongan ummat Islam yang jahil, sudah pasti Saidina Umar akan bertindak sebaliknya.
Maka amatlah malang sekiranya ummat Islam sendiri tidak memahami konsep keadilan yang dipertahankan oleh Islam sepertimana yang telah dizahirkan oleh Saidina Umar. Konsep keadilan ini meliputi berbagai perkara, termasuklah keadilan terhadap orang bukan Islam sendiri.
Khalifah-Khalifah Islam sebelum mengutus tentera Islam sentiasa berpesan supaya tidak dibunuh kanak-kanak, orang tua, orang yang berlindung ditempat-tempat peribadatan dan tidak diroboh rumah-rumah peribadatan mereka. Begitu juga, tidak dibunuh haiwan ternakan kecuali untuk dimakan dan tidak dimusnahkan tanam-tanaman dan menebang pokok-pokok tanpa alasan.
Keadilan yang sebeginilah yang melonjakkan ummat Islam ke kedudukan istimewa satu ketika dahulu! Bukan kekejaman dan bukan kezaliman.
Menurut kisah ini juga, maka adalah jelas bahawa Saidina Umar memasuki gereja dan berbincang dengan Patriach di dalamnya. Dengan itu, adalah diharapkan tiada pula dari golongan jahil yang akan menggelar Saidina Umar dengan gelaran 'Umar Gereja' di atas sebab ini.
Saya sememangnya cukup hairan dengan sikap sebahagian dari ummat Islam dewasa ini. Mereka berhajat besar untuk memimpin dunia, tetapi tidak menzahirkan sikap yang memungkin cita-cita ini tercapai. Terlalu banyak yang disensitifkan sehinggakan tidak mungkin berbincang dan berunding dengan yang bukan Islam sama sekali.
Manakan mungkin menjadi pemimpin dunia yang majoritinya bukan Islam, sekiranya kita sendiri tidak mampu untuk berinteraksi bersama mereka bagi membuktikan keadilan Islam itu sememangnya untuk semua.
Khalid Samad adalah anggota Parlimen Shah Alam. _
Duta Jepun Seronok Berbuka Puasa Bersama Tok Guru di Kota Bharu
Foto duta Negeri Matahari Terbit menghirup air dalam majlis iftar bersama TG Nik Aziz dan beliau melihat sendiri susana Ramadan yang meriah di Kelantan.
KOTA BHARU, 10 Sept: Kemeriahan Ramadhan di negeri Kelantan bukan sahaja dinikmati oleh umat Islam yang menjadikan Kelantan sebagai destinasi beribadat di sepanjang hari namun ia juga menarik minat Duta Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Masahiko Horie untuk sama-sama merasai nikmat umat Islam berbuka puasa.
Bagi meraikan beliau, kerajaan negeri telah mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di perkarangan Qaryah Ramadhan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke IV baru-baru ini.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjadi tuan rumah untuk beliau di majlis tersebut.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,Dato Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Haji Mohd Faudzi Che Mamat, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-BRI, Haji Ahmad Mahmood, Pengarah Urusetia Kerajaan Negeri Kelantan Haji Abdul Rahman Yunus serta pegawai-pegawai kerajaan negeri.
Nik Aziz ketika menyambut kedatangan duta Jepun tersebut berkata, inilah satu kelebihan menyambut Ramadhan di Kelantan di mana seluruh rakyat dan masyarakat bukan Islam turut diraikan di Qaryah Ramadhan.
"Saya amat terharu kerana Duta Jepun yang bukan beragama Islam pun sanggup bersama rakyat negeri ini disamping melihat sendiri suasana umat Islam berbuka puasa,"ujar beliau.
Sementara itu, Masahiko Horie telah membuat lawatan ke Pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan diberi taklimat berkaitan pembangunan Semasa dan pelaksanaan peraturan Islam yang ditelah dikuatkuasa oleh MPKB-BRI bagi semua premis perniagaan yang terdapat di bandar ini.
Menurut Yang dipertua MPKB-BRI, Haji Ahmad Mahmood beliau terharu kerana mendapat tahu nama Kota Bharu kini telah terkenal di negara matahari terbit itu dan ekoran dari itulah juga rombongan pegawai MPKB-BRI bersetuju membuat lawatan ke Jepun Oktober nanti.
Beliau berkata, lawatan pegawai MPKB-BRI akan dilakukan ekoran jemputan Datuk Bandar Kasoaka City kepada beliau sebelum ini.
Sementara itu Masahiko Horie ketika berucap di majlis yang sama berkata, lawatan beliau ke Kota Bharu kali ini merupakan kali ketiga tetapi kali pertama ke MPKB-BRI.
Beliau yang menjadi Duta ke Malaysia semenjak dua tahun lalu telah dilahirkan di Okayama Hight 63 tahun yang lalu, mengakui sukar untuk mempelajari Bahasa Melayu kerana setakat ini hanya mampu mengusainya sedikit sahaja.
Beliau juga berharap persahabatan antara MPKB-BRI dengan Bandaraya Kasoaka City akan terus berkekalan.
BOROS RM 16 JUTA UNTUK 19 ATLET MENGEJAR 1 PINGAT EMAS OLIMPIK
Foto pingat sukan Olimpik yang menjadi rebutan para atlet di seluruh dunia. Bagi muslim rebutlah malam lailatulqadar. Kalau bab belanja boros cepat sahaja, tapi kalau bab menurunkan harga bahan api dan barang keperluan harian LEMBAB. Kalau tak tahu mana satu yang perlu diutamakan, mereka kena belajar Fiqh Aulawiyat.
PEMUDA PAS PERSOAL RM 16 JUTA UNTUK 19 ATLET MENGEJAR 1 PINGAT EMAS OLIMPIK
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mempersoalkan keperluan Kerajaan Malaysia yang membelanjakan RM 16 Juta bagi tempoh 2009 hingga 2012 untuk menjayakan program "Road to London 2012" yang bertujuan mencari pingat emas pertama Malaysia daripada Sukan Olimpik di London pada 2012.
Dalam tempoh berkenaan, secara puratanya Kerajaan akan membelanjakan RM 5.3 juta setahun bagi 19 atlet yang dipilih dari empat acara sukan iaitu badminton, memanah, berbasikal dan terjun.
DPPP tidak menolak jika perbelanjaan itu mempunyai asas yang kuat untuk kebaikkan rakyat diseluruh negara. Tapi berbaloikah RM 16 juta demi seketul pingat emas olimpik yang berharga kurang dari RM 1 ribu.
Menurut laman web WikiAnswer, seketul pingat emas secara puratanya mempunyai berat sekitar 250 gram dengan kandungan sebenarnya adalah 244 gram perak dan 6 gram emas yang disadur dipermukaannya. Harga antarabangsa pada akhir 2008 hanyalah sekitar USD 300 sahaja.
Mungkin Kerajaan Malaysia tidak memandang kepada nilai pingat emas itu, tetapi lebih terdorong oleh semangat 'Malaysia Boleh' di mana Kerajaan mengharapkan kemahsyuran negara diperingkat antarabangsa dalam dunia sukan olimpik.
Tetapi berbaloikah kemahsyuran yang dikejar itu, walhal ianya hanyalah satu catatan sejarah yang belum pasti memberikan impak politik dan moral yang besar kepada negara dan dunia sukan. Malah kemahsyuran itu juga pastinya tidak lama, sama seperti misi-misi 'Malaysia Boleh' sebelum ini.
Sewajarnya Kerajaan melihat kembali proses pembinaan atlit negara dulu dan sekarang. Dimana pada era Allahyarham Moktar Dahari seluruh negara melihat atlit kita sanggup berkorban masa dan wang ringgit untuk negara walaupun mereka tidak diberikan ganjaran yang besar seperti hari ini.
Berdasarkan pengalaman itu, DPPP menyedari bahawa kejayaan atlit kita dahulu banyak didorong oleh motivatisi diri sendiri dan bukannya dengan pembaziran yang melampau. Mereka juga menghabiskan masa berlatih dalam negara dan hanya keluar negara jika ada pertandingan.
Sewajarnya budget sebesar itu dipergunakan untuk atlit negara menyertai lebih banyak pertandingan diluar negara, dan bukannya sekadar berlatih sahaja. Dengan lebih banyak pertandingan yang disertai maka mereka akan merasai lebih banyak pengalaman dan motivasi diri akan meningkat. Dalam masa yang sama, kita juga boleh memecahkan anggapan rakyat bahawa atlit kita hanyalah sekadar 'jaguh kampung'
DPPP tidak menolak dunia sukan, kerana ianya adalah keperluan jasmaniah yang penting, khususnya dalam memupuk generasi yang cergas dan sihat tetapi, Kerajaan harus beringat demi kebaikan semua pihak terutamanya dalam suasana kegawatan ekonomi ini.
DPPP mengucapkan tahniah dan terima kasih pada semua atlit yang berusaha keras bagi mengharumkan nama negara selama ini. Sama ada mereka mendapat pingat atau tidak, DPPP yakin bahawa mereka sudah berusaha sebaiknya ke arah itu.