Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Khamis, 3 September 2009
AKHIRNYA AHLI DUN PERAK DAPAT BERSIDANG DENGAN PENUH TATA TERTIB SETELAH DIHALANG POLIS
Foto Speaker Kerajaan Pakatan Rakyat V Sivakumar mempengerusikan Sidang Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan penuh adap sopan di Hotel Heritage setelah dihalang Polis untuk memasuki Bangunan SUK. Tahniah dan syabas.
Selepas gagal masuk ke bangunan sekretariat kerajaan negeri (SUK) pagi tadi, para ADUN Pakatan Rakyat mengadakan sidang DUN di bilik ballroom Hotel Heritage di Ipoh.
Nama ADUN yang telah 'dipecat' atau telah 'meletak jawatan' seperti Menteri Besar BN, Zambry Abd Kadir dan tiga ADUN yang mengisytiharkan diri sebagai calon bebas, tidak diletak pada meja di situ.
ADUN Pakatan duduk di sebelah kanan Speaker V Sivakumar (tempat ADUN parti pemerintah duduk). Empat lagi ADUN Pakatan tidak kelihatan - tiga ditangkap pagi tadi dan seorang lagi sedang mengerjakan umrah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan