Foto `kasih ayah' Sdr Zainudin menitiskan ubat ke mata anak kesayangannya, Mohd Syafik yang buta sebelah matanya akibat kena balingan mercun jiran yang tidak bertanggungjawab di Flat Paya Nahu 1, Sungai Petani Kedah. Foto sebelah, mercun bola dan keratan akhbar kosmo mengenai insiden cedera akibat mercun di bulan Ramadan.SUNGAI PETANI - Seorang budak tujuh tahun, Mohd. Syafiq Zainuddin mungkin buta mata kirinya selepas terkena letupan mercun bola yang dipercayai dilempar oleh jirannya sendiri baru-baru ini.
Kejadian yang berlaku di kawasan perumahan Flat Paya Nahu 1 di sini itu merupakan kes mangsa letupan mercun bola yang pertama dilaporkan di Kedah.
Dalam kes terbaru, mercun itu dipercayai dilempar dari tingkat tiga oleh beberapa remaja sebelum meletup di tingkat bawah flat pada kira-kira pukul 8.30 malam Khamis lalu.
Pada waktu itu, Mohd. Syafiq yang juga murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Taman Ria berjalan turun dari rumahnya di tingkat tiga flat berkenaan bersama adik perempuannya, Izzati, 6, untuk pergi ke kedai runcit di hujung blok tersebut.
Bapa mangsa, Zainuddin Che Teh, 39, masih ingat jeritan orang ramai memanggil namanya supaya turun ke bawah pada waktu dia sedang berehat bersama isteri, Bedah Awang Kecik, 38, dan dua lagi anak mereka selepas berbuka puasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan