Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Khamis, 1 Oktober 2009
PAKATAN RAKYAT JOHOR LANCARKAN `TAWAN JOHOR'!
Foto TG Haji Abd Hadi Awang merasmikan bersama Pemimpin PR di Jamuan Pelancaran TAWAN JOHOR di Dewan Persatuan Membaiki Akhlak Kluang. Kelihatan Mustafa Kamil Ayub Naib Presiden PKR, Dr Tan Seng Giaw DAP. Dewan penuh di dalam dan di luar dengan hadirin dari berbagai bangsa. Tahniah PAS Kluang, tak lupa kepada petugas Majlis Guru PASTI Negeri Johor yang menghidang juadah dan Unit Amal Johor yang menjaga trafik.
Sumber pulakdah
Itulah tujuan pelancaran majlis malam tadi. Ada perkara menarik tentang TEMA program ini.
Nampaknya pemimpin PR semakin matang dalam usaha memenangi hati rakyat. Rakyat terutamanya yang Pro PR muak dengan istilah 'lompat-melompat'.
Negeri Perak jatuh kerana angkara ini. Namun UMNO & BN berkata DS Anwar Ibrahimlah yang memulakan isu 'lompat-melompat' parti ini ketika isu 16 September. Sehingga ia dijadikan siulan juak-juak UMNO & BN setiap kali tiba tarikh 16 September.
Pernah DS Anwar Ibrahim berkata semasa misi 16 September bahawa kerajaan BARU akan terbentuk apabila sebilangan MP akan berhijrah. Tapi hakikatnya sudah terbukti, pemimpin yang berasal dari kem UMNO & BN 'susah' untuk berhijah kerana sayangkan BANK UMNO itu sendiri berbanding demi kepentingan rakyat.
Malah PR sewajarnya sekarang ada 'SELCAT' khas untuk mencari calon pilihanraya akan datang agar kejadian di Perak tidak berulang lagi di mana-mana negeri. Jadi sekarang tutup buku bab 'lompat-melompat' ini.
Malam tadi, PR melancarkan 'Tawan Johor' dengan bertujuan untuk mengambil alih pemerintahan negeri Johor berlandaskan lunas-lunas demokrasi yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
-Menurut kaedah yang termaktub dalam undang-undang melalui pilihanraya umum.
-Menawarkan satu bentuk pemerintahan yang lebih baik dan diterima oleh setiap lapisan rakyat.
-Memperjuangkan keadilan sejagat serta menjamin Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan hak kebebasan mengamalkan agama masing-masing.
-Menolak sekeras-kerasnya konsep perkauman yang sempit dan mempromosikan toleransi antara kaum.
-Mendaulatkan prinsip raja berperlembagaan dan demokrasi tulen.
TAWAN hati rakyat dengan memberikan komitmen pembentukan pemerintahan yang:
T: Telus dan berintegriti dalam mentadbir kerajaan negeri.
A: Adil dalam pemerintahan.
W: Wibawa dalam kepimpinan.
A: Amanah dalam sistem penyampaian.
N: Niche (tiada tara, pilihan utama rakyat)
Itu antara pengisian program pelancaran Gagasan Pakatan Rakyat untuk Tawan Johor. Namun banyak yang perlu dilihat untuk PR memasuki kubu kuat UMNO & BN ini.
Bagi kawasan bandar ada perubahan yang ketara dari segi aliran pemikiran penduduk setempat. Baik golongan profesional,pendidik atau rakyat biasa. Kebanyakan mereka sudah muak dengan kerajaan sekarang. Isu rasuah dan sebagainya.
Namun itu tidak berlaku dikalangan penduduk Felda di Johor. Inilah cabaran utama PR. Seluruh jentera PR perlu turun ke Felda-felda kerana di sanalah terletaknya nyawa jangka hayat UMNO terutamanya di kalangan orang-orang Melayu totok!.
Selangor yang ramai jawa UMNO pun sudah jatuh ke tangan PR, masakan negeri Johor ini akan diserahkan dengan semudah itu. Apatah lagi Najib anak kepada Tun Razak orang yang berjasa kepada Felda, takkan Felda hendak menolak anak kepada seorang tokoh yang telah berjasa kepada kita ini!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan