Khamis, 3 September 2009

TINDAKAN KEKAL DUN KOTA SIPUTEH TIDAK DAHULUKAN RAKYAT – harakah daily



Foto ADUN BN Kota Seputeh, Abu Hassan Sharif (berkopiah konon) dijulang oleh penyokong-penyokongnya setelah SPR membuat keputusan beliau kekal sebagai Adun walaupun telah 2 kali ponteng tanpa alasan kukuh, malahan tidak memaklumkan dengan YB Speaker ketidakhadiran beliau di Sidang DUN Negeri Kedah Darul Aman. YB culas, malas, asyik nak berseronok di luar negara dan ponteng tidak layak mewakili rakyat. Memalukan dan baik letak sahaja jawatan YB.

Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengekalkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Siputeh, Abu Hassan Sarif jelas menunjukkan yang didahulukan bukan rakyat tetapi wakil rakyat.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Kamarudin Jaffar menjelaskan, keputusan SPR itu memeranjatkan kerana sudah terbukti Adun tersebut hilang kelayakan bila gagal hadir sidang Dun sebanyak dua kali berturut-turut.

Malah, jelas Kamaruddin, Adun Kota Siputeh itu jelas hilang keanggotaan kerana SPR mendapati wakil rakyat itu tidak hadir dalam tempoh dua penggal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan