Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Selasa, 27 Oktober 2009
Kem 1Malaysia Abaikan Keselamatan : 22 Murid Mangsa Jambatan Runtuh
19 selamat, 1 mati, 2 hilang setakat ini
Menurut berita yang baru kami terima, Kes jambatan runtuh di Kuala Dipang - 19 selamat, 1 mati, 2 masih lagi hilang setakat 10:08 pagi. - www.perakexpress.com
GOPENG: Sehingga pagi ini, 22 pelajar yang dikhuatiri hanyut kerana jambatan gantung runtuh di Sungai Kampang, Kuala Dipang, belum ditemui.
Gerakan mencari itu membabitkan anggota polis, bomba dan penyelamat, Rela dan penduduk tempatan di sekitar Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang, dekat sini.
Dalam kejadian 10.30 malam tadi, seramai 22 murid dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di SK Kuala Dipang, runtuh.
Kira-kira 20 murid lain dilaporkan terselamat apabila sempat berpegang pada tali jambatan dan ada yang diselamatkan oleh seorang guru dan pengawal sekolah berkenaan.
Murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.
Seramai 59 murid kini berada di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang manakala sekumpulan lagi masih berada di tapak perkhemahan di seberang sungai berkenaan. - Bharian
Budak melompat-lompat penyebab jambatan gantung runtuh
KAMPAR 27 Okt. - Tindakan beberapa budak nakal melompat-lompat dikatakan menjadi penyebab jambatan gantung di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang di sini runtuh sehingga menyebabkan 22 pelajar hanyut.
Pendedahan itu dibuat seorang mangsa yang terselamat, Muhammad Haziq Ting Muhammad Salleh tingkat 12.
Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bemban itu merupakan antara 22 pelajar yang terlibat dalam kejadian itu.
Muhammad Haziq berjaya menyelamatkan diri dengan berenang dan berpaut pada jaring di tepi sungai sebelum diselamatkan seorang guru. - Utusan
* Budak pula yang dipersalahkan dan dikambinghitamkan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan