Khamis, 29 Oktober 2009

Apa itu Bokbong?


Foto bokbong aka sejenis musang, dari jauh macam kucing tapi bukan, lihat kukunya yang tajam.

(Foto ehsan Tambako)

Apa guna kepuk di ladang
Kalau tidak berisi padi
Apa guna berambut panjang
Kalau tidak berani mati

Guruh berdentum bumi bergegar
Ayam jaguh sedang bersabung
Jangan cakap sahaja berdegar
Hulur senjata kita bertarung

Limau bentan di tepi tingkap
Budak-budak melempar burung
Harimau di hutan lagi kutangkap
Inikan pula cicak mengkarung

Pudak bukan sebarang pudak
Pudak tumbuh di tepi lombong
Jalak buka sebarang jalak
Jalak biasa menang bersabung

Anak Cina bersampan kotak
Muatan sarat dengan ragi
Biar retak bumi kupijak
Kamu takkan kulepaskan lagi

Sejak kecil saya mendengar perkataan Bokbong tanpa saya tahu apa itu Bokbong. Tapi saya diberi faham bahawa Bokbong itu adalah sejenis ‘muga’ yang boleh memberi bahaya dan memberi rasa takut yang amat sangat kepada budak-budak kecil terutama bagi yang suka tidur lambat, main sendirian di belakang rumah atau tempat gelap dan suka menangis malam.

Hanya baru-baru ini saya mendapat tahu apa itu Bokbong sebenarnya. Bokbong sebenarnya adalah sejenis haiwan yang dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil Mongoose.

Ia sangat hebat, lincah dan licik. Kepantasannya bisa membuatkan ia mampu menewaskan Ular Tedung yang berbisa itu.

Saya merasakan satu pecah amanah telah dilakukan. Saya telah dikaburi dari fakta sebenar sehingga saya percaya saya sepatutnya takut kepada Bokbong walhal kalau saya diberitahu dengan benar apa itu Bokbong sebenarnya, saya akan mahu menghormatinya dan mempelajari secara falsafah kehebatannya dalam berdepan dengan ular yang saya amat tidak suka.

Saya harap tidak ramai mereka yang menimpa nasib seperti saya iaitu tidak mengetahui perkara sebenar sehingga kita boleh menyalah tafsirkan yang baik jadi buruk dan yang buruk jadi baik. Lebih-lebih lagi saya berharap tokoh-tokoh penting dalam dunia kita tidak turut menjadi mangsa kepada orang yang suka pecah amanah ini.

Seksyen 405 Kanun Keseksaan (Pindaan 1997) – Pecah Amanah atau lebih dikenali dengan nama Criminal Breach of Trust.

Secara kasarnya seseorang itu yang diberi pertanggungjawabkan ke atas sesuatu harta atau jawatan yang memberinya kuasa atau kuasa bersama ke atas sesuatu harta secara berseorangan atau bersama telah menggunakannya secara tidak jujur atau telah memilik dirikan harta itu itu atau telah melucut hak milik harta yang diamanahkan itu dengan tidak berlandaskan proses undang-undang yang diperuntukan atau telah mengaburi pihak yang memberinya amanah dengan dengan apa tujuan sekalipun telah melakukan pecah amanah.

Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Pindaan 1997) menyatakan, jika pecah amanah telah dilakukan oleh Pentadbir Awam atau ajen, hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih dua puluh tahun beserta sebatan / rotan dan denda hendaklah dijatuhkan keatasnya.

Saya mahu jadi Bokbong bukan mahu takut pada Bokbong. sumber Kikcdafella

Tiada ulasan:

Catat Ulasan