Khamis, 8 Oktober 2009

GEMPA BUMI DI PADANG : KENYATAAN MEDIA OLEH PRESIDEN AMAL







Yayasan Amal Malaysia atau AMAL MALAYSIA) adalah diantara NGO “charity and relief” yang menerima amanah dari Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri Malaysia di dalam menggerakkan misi menyalurkan bantuan kemanusiaan dan pemulihan semula kawasan konflik Gaza, Palestin.

Yayasan Amal mjuga turut terlibat menyalurkan bantuan kemanusiaan di hampir semua kawasan konflik dan bencana besar di rantau ini seperti di Indonesia, Sri Langka, Bangladesh, Lubnan, Iran, Myanmar Thailand, Pakistan, Kashmir, China, dan Mindanao disamping program korban di kawasan miskin tegar di 12 negara serantau.

Tidak ketinggalan tentunya khidmat kemanusiaan dan kemasyarakatan di negara sendiri, Malaysia tercinta.

Hari ini dunia digemparkan dengan bencana besar yang melanda di beberapa kawasan di rantau ini seperti taufan Katrina di Manila dan gempa besar di Padang, Sumatera serta Samoa. Di Padang, Sumatera, lebih 2000 yang disahkan mati dan lebih 4000 masih hilang atau terperangkap. Ribuan rumah kediaman dan bangunan ranap dan musnah.

Ratusan ribu yang hilang tempat tinggal, tercedera, hilang mata pencarian, bergelap terputus bekalan makanan, letrik dan bekalan air bersih.

Pasukan bentuan pertama AMAL MALAYSIA di Padang dihari kedua bencana terus disana sehinggga sekarang diikuti pasukan kedua pada Sabtu 3 Oktober dan pasukan ketiga akan berlepas pada 7 Oktober 2009. Mereka terdiri daripada medic team, logistic dan sosial kaunselor.

Alhamdulillah, kami bekerja sepasukan bersama workers Persatuan Bulan Sabit Merah Indonesia dan Persatuan Muamalat Indonesia dan turut disertai oleh beberapa rakan NGO daripada Turkey dan Eropah. Missi bantuan kemanusiaan Yayasan lebih tertumpu kepada bidang perubatan (medic team), bantuan makanan, khemah penginapan sementara dan bekalan air bersih.

Dua team teknikal bekalan air bersih akan berlepas pada hari sabtu terdekat ini (10 Oktober 2009).

AMAL Malaysia ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menyumbang. Namun, kami ingin terus merayu rakyat Malaysia yang prihatin, orang-orang perseorangan, badan-badan swasta, organisasi-organisasi masyarakat, masjid dan lain-lain untuk terus menghulurkan sumbangan kepada saudara-saudara kita yang sedang menerima uijan Allah, kesempitan dan ancaman maut di Padang, Sumatera sekarang ini.

AMAL Malaysia berbesar hati menawar diri menjadi perantara kepadapa masyarakat Malaysia prihatin dengan mangsa bencana yang malang ini dan kepada tenaga-tenaga perubatan serta tenaga-tenaga pakar yang ingin mengambil pengalaman berkihdmat boleh berhubung dengan ibu pejabat kami di

127-2, Jalan SBC 1, Taman Seri Batu Caves, Selangor atau menalifon di talian +603 61874382
atau
hubungi terus kami,

Hj Hussin Ismail (Presiden) +6019 9511860,
Hj Jamuliddin Hj Elias (Timb Presiden, Ketua Bantuan Kemanusiaan) +6019 6644796 / +6281376652890 (local phone Padang),
Dr Rani (Ketua Relief) +6013 9279256 atau Hj Zaman (Bendahari) +6019 9831927.

Akaun Yayasan Amal Malaysia adalah :

MAYBANK Malaysia Berhad (MBMB) NO: 553010122090
Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) NO: 13010002499715
Hongkong & Shanghai Bank (HSBC) No: 001057884021
Sekian, Wasalam.Terima Kasih.
Haji Husin Ismail
Presiden
Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia)


Nota : Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Yayasan Amal Malaysia Cawangan Johor Sdr Hamdan Basiran Pemangku Pengerusi YAM Johor 019-7252857 dan Cikgu Ismail Setiausaha YAM Johor 019-7533161.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan