Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Ahad, 1 November 2009
KECOH BILA LOGO HALAL PUN DIPERTIKAI JAIP, APALAH HARAPAN PENGGUNA/RAKYAT
Pada hemat teman, JAKIM perlu ada Sistem pertanyaan lesen halal dan pengkalan data yang sentiasa dikemaskini.
Awas sijil halal tidak diiktiraf
KUANTAN – Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) mengingatkan semua pengilang dan pengeluar produk makanan, produk gunaan, kosmetik, premis makanan dan hotel di negeri ini supaya tidak terpedaya dengan agensi swasta dan persendirian yang menawarkan Sijil Halal.
Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Pahang, Noridzuan Abdul Manan berkata, syarikat berkenaan beroperasi mengeluarkan sijil halal yang tidak diiktiraf di Pahang dan Jakim.
Menurutnya, agensi swasta dan persendirian itu sebelum ini sudah beroperasi di beberapa negeri lain, dengan menawarkan sejumlah wang sehingga RM2,000 untuk mendapatkan sijil berkenaan dan siap dalam tempoh singkat.
“Mereka mengenakan bayaran dalam jumlah tertentu dan sijil diberi dalam tempoh sehari, sedangkan tempoh sebenar yang diperuntukkan bagi memperoleh sijil berkenaan ialah sebulan dan sijil diberi selepas 10 hari tempoh bayaran,” katanya.
Beliau berkata, sebagai agensi sah mengeluarkan sijil berkenaan, pengurusan Jaip dan Jakim melalui prosedur tertentu yang ditetapkan, termasuk pemeriksaan dan pemantauan ke atas produk atau premis.
Katanya, proses berkenaan tidak semudah yang dilakukan agensi berkenaan yang hanya mengaut keuntungan dan menggalakkan lebih banyak premis jualan atau produk tidak halal.
“Kita sudah mengesan beberapa premis yang menggunakan tanda halal yang tidak diiktiraf itu. Tindakan susulan akan dilakukan jika premis berkenaan masih menggunakannya,” katanya.
Menurutnya, Jaip akan terus membuat pemantauan di premis jualan, pengeluar produk makanan dan restoran supaya tidak mudah terpedaya dengan agensi yang menawarkan sijil dengan mudah.
Noridzuan berharap, pengeluar produk makanan atau premis makanan yang berhasrat mendapatkan sijil halal tidak sewenang-wenangnya menggunakan agensi itu untuk meraih keuntungan dengan menarik pelanggan Muslim.
“Mereka perlu memohon sijil halal yang diiktiraf dan diperakui pihak berkuasa agama di negeri ini,” katanya.:
Beliau turut menasihatkan syarikat pengeluar produk makanan supaya tidak menggunakan logo halal Malaysia pada label produk, sedangkan mereka tidak pernah memohon mendapatkan sijil berkenaan.
Katanya, sehingga kini Jaip sudah mengesan beberapa produk yang diproses ditampal logo halal Malaysia tanpa kebenaran untuk mengaburi pelanggan.
“Menjadi satu kesalahan serius apabila pengilang menggunakan logo berkenaan tanpa kebenaran dan kita tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya kerana mereka memalsukan logo itu.
“Kita berharap, pendedahan ini memberi peluang pengguna berhati-hati memilih produk makanan yang mempunyai logo halal diakui halal dari Jakim dan Jaip,” katanya.-sinar
Dicatat oleh PAS Cawangan Bukit Sentosa 2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan