Foto di ambil semasa peperiksaan PMR, kepada anak murid ustaz yang belajar di Madrasah Al-Masriyah, ustaz nak ucapkan semoga mendapat keputusan A dalam PMR, jaga nama baik madrasah dan jangan bakar sekolah seperti budak SMK Johor Jaya 2.
PMR akan berlangsung pada 7-13 Oktober 2009.Tidak kira walau di mana jua anda berada,masanya akan tiba. Peperangan akan bermula.Kelengkapan dan senjata perlu disediakan selengkap-lengkapnya.Doa ke hadrat Illahi,agar dipermudahkan dan diberi ketenangan semasa menjawab peperiksaan.
Bagi anak-anak pelajar Tingkatan 3, di sini diturunkan tips menghadapi peperiksaan antaranya:
*
Belajar secara bersistem
* Fokus!
* Tidur secukupnya pada malam peperiksaan
* Sediakan alat tulis yang mencukupi,jangan lupa kad pengenalan dan slip peperiksaan
* Pastikan tahu jadual peperiksaan
* Sarapan sebelum ke dewan peperiksaan,agar perut tidak berbunyi
* Salam ibu dan ayah.Mohon restu mereka.
* Jangan berbincang dengan rakan-rakan tahap ulangkaji mereka sebelum melangkah ke dewan peperiksaan
* Bertawakal kepada Allah SWT setelah berusaha dan yakin dengan diri sendiri
* Melangkah ke dewan dengan membaca selawat Nabi
* Duduk di tempat anda dalam keadaan tenang.
* Membaca Bismillah dan Istighfar sebelum menjawab soalan yang diberikan
* Jawab soalan dengan tenang dan berhati-hati.
* Pastikan menjawab dalam keadaan tenang dan jawab soalan yang mudah dahulu
* Jangan mengulangkaji di saat-saat akhir peperiksaan
* Semoga memperolehi kecemerlangan di dalam PMR *
Tiada ulasan:
Catat Ulasan