Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Selasa, 1 Disember 2009
Amaran Angin Kencang Rabu ini
Foto ribut dan taufan sekadar hiasan
KUALA TERENGGANU – Jabatan Meteorologi Malaysia semalam, mengeluarkan amaran berlakunya hujan lebat berserta angin kencang peringkat kuning di Terengganu sehingga Rabu ini.
Menurut kenyataan jabatan berkenaan, hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dari semasa ke semasa dijangka berlaku di Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Dungun, Marang dan Kemaman.
Keadaan sama juga akan berlaku di Pahang membabitkan kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin, selain Mersing, Johor.
“Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan rendah yang berada berhampiran tebing sungai,” katanya.
kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam
Hujan lebat juga turut menyebabkan angin kencang dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam, sementara ombak pula mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.
Keadaan itu amat berbahaya kepada semua aktiviti nelayan pantai.
Selain itu, laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu melaporkan, paras air di semua sungai utama negeri ini masih berada pada tahap normal namun keadaan mungkin berubah sekiranya hujan lebat kembali melanda negeri ini berterusan sehingga esok.
Sehubungan itu, semua penduduk yang tinggal di kawasan rendah diminta supaya berwaspada dan sentiasa mendengar arahan dikeluarkan pihak berkuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan