Adakah imej PAS merosot di kalangan warga 'muda' ?Pendapat mengatakan bahawa orang muda PAS masa sekarang sudah mula menolak PAS memang ada kebenarannya. Dan kita tengok dahulu jenis yang macam mana. Kalau yang jenis tidak ada pendedahan agama yang merupakan tunjang kekuatan Pas itu sememangnya benar. Boleh dikatakan majoriti orang muda sekarang mengejar kemajuan.
Setiap kemajuan yang tidak berlandaskan kepada batasan dalam beragama pastinya akan membawa kepada kemelesetan beriman. Berapa banyak pula orang muda yang hanyut dengan sogokkan hiburan dan lupa kepada dosa dan pahala.
PAS wujud kerana pincangnya akidah dan pembawaan sifat kufur dalam Islam. Dan slogan PAS untuk "membangun bersama Islam" seharusnya diperluaskan. Kalau dalam bab mengundi semua orang tahu. Perlunya ada habuan pada setiap yang diberikan.
Perjelaskan bab hukum hakam. Halal dan haram. Keadilan dan kekejaman. Orang muda yang kebanyakkan sudah terlalu banyak dilalaikan. Dengan ketakwaan kepada Allah maka jalan pembawaan PAS kepada Islam akan lebih difahami.
Apakah imej serban atau imej baju korporat macam pemuda Umno tu menimbulkan jurang untuk anak muda mendekati PAS?. Imej mantan Ketua Pemuda YB Salahudin rasanya nampak lebih santai dan
cool.
al-banjari online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan