Jumaat, 13 November 2009

Jangan Biar Kipas Siling Terbang Kena Kepala Muhyidin



Muhyiddin kesal kejadian kipas siling tercabut

ALOR SETAR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan pengurusan sekolah memastikan peralatan dan bangunan sekolah selamat bagi memastikan insiden kipas siling di Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil, Selangor tercabut sehingga mencedera-parahkankan seorang pelajar Tingkatan Satu petang Selasa lalu, tidak berulang.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran kecewa kerana aspek keselamatan di sekolah masih tidak diambil berat oleh pengurusan sekolah sehingga mengundang kemalangan ke atas pelajar.

Haritu jambatan gantung roboh salahkan murid kata bermain enjut-enjut, sampai sekarang masih tiada siapa yang mengaku membuat jambatan maut tu, sekarang kipas tercabut pun nak salahkan pengurusan sekolah pulak, tak pun salahkan pelajar kononya bergayut pada kipas. Menteri apa ni asyik nak salahkan orang.

Rakyat macam kita mesti berubah, jangan berfikiran asyik kita sahaja yang salah, mesti golongan bawahan yang salah!!! sepatutnya pemimpin dan pemerintah yang patut disalahkan terlabih dahulu atas apa jua kes.

2 ulasan:

  1. Salam hormat dan rahayu.

    Sekiranya semua pemimpin mempunyai sifat Rasulullah (Benar, menyampaikan, amanah, dan bijaksana), pasti rakyat terpimpin dan hidup penuh saling bekerjasama.

    salam bicara.
    Bicarawahyu.

    BalasPadam