Ahad, 29 November 2009

Lagi Kes Dera Oleh Pembantu Rumah



Foto amah mendera anak majikan manakala ada majikan mendera amah, kedua-duanya melakukan kezaliman. Yang zalim mesti dibawa kemuka pengadilan dan mesti diHUKUM.

TANJUNG MALIM - Tanpa menyedari perbuatannya mendera seorang kanak-kanak dirakam, membawa kepada penangkapan seorang pembantu rumah berikutan tindakannya menganiayai anak majikannya.

Kegiatan itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumah berkenaan, sekali gus membongkar perbuatan pembantu rumah itu selama ini iaitu ketika tuan rumah keluar bekerja.

lebam dan mata berdarah

Akibat perbuatan kejam itu, mangsa, Alisya Idrina Azizan, berusia satu tahun lapan bulan, mengalami kesan lebam pada muka dan pipi sebelah kanan, manakala mata sebelah kanannya berdarah dipercayai didera pembantu rumah terbabit

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Mohd Ali Mat Nayan berkata, ibu mangsa yang baru pulang dari kerja mendapati anaknya mengalami kecederaan lalu membawanya ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan