Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Isnin, 9 November 2009

'Pesta banjir' jadi rezeki peniaga



Kelantan yang mula dilanda banjir sejak semalam sebenarnya ibarat pesta bagi sesetengah penduduknya yang sememangnya menunggu kedatangan musim tengkujuh ini.

Bagi mereka, banjir bukanlah sesuatu yang perlu ditakutkan kerana ketika inilah bermulanya pesta mandi-manda ketika rumah mereka mula digenangi air hampir 1 meter.

Musim tengkujuh ini bukan sahaja memberi makna keriangan bagi kanak-kanak tetapi juga bagi peniaga kecil-kecilan untuk berniaga di tempat yang dikunjungi ramai seperti di Jalan Pantai Cahaya Bulan dan berhampiran Tambatan Diraja yang kedua-duanya terletak di Kota Bharu.

Jalan Pantai Cahaya Bulan terutama di Kampung Cina dan di Tambatan Diraja merupakan dua kawasan yang lebih awal menerima "kunjungan" banjir di jajahan ini.

Tinjauan di Tambatan Diraja, umpamanya, ramai peniaga mengambil kesempatan berniaga dan sebut apa sahaja jenis kudapan seperti pisang goreng, cucur, putu halba, colek buah sehinggalah kepada jagung bakar semuanya ada di situ.

Bagi Johan Ali, 42, peniaga pisang goreng, musim tengkujuh merupakan bulan rezeki kerana memperolehi lebih rezeki daripada biasa.

"Seronok berniaga musim banjir ini. Rezeki pun dapat lebih... kadang-kadang lebih RM70 sehari kalau rajin," katanya ketawa sambil ditemani isterinya Misihah Khatib, 43.

Johan yang tinggal di Kampung Lembah Sirih di Kota Bharu berkata di Tambatan Diraja adalah pilihannya untuk berniaga pada musim ini kerana ia merupakan tumpuan ramai melihat limpahan air Sungai Kelantan selain merupakan tempat menyukat paras air utama sungai itu.

"Encik lihatlah betapa meriahnya mereka datang ke sini, bukan sahaja mahu bermain air tetapi mahu menikmati pisang goreng saya," katanya.

Di Kampung Cina pula kelihatan ramai kanak-kanak yang cukup riang bermandi- manda tanpa ditemani ibu bapa yang dikhuatiri boleh mengundang bencana lemas.

Mohd Asyraf Zahid, 9, yang bermain bersama rakan-rakannya berkata beliau tidak takut untuk mandi, malah sebaliknya memang menunggu kedatangan musim banjir.

"Saya tak takut untuk mandi dan kawan-kawan saya yang lain pun seronok mandi dengan bawa pelampung masing-masing," katanya, yang turut memaklumkan rumahnya juga sedang ditenggelami air ketika ini.

"Mak dengan abah duduk rumah kemas barang-barang," katanya bila ditanya kenapa ibu dan bapanya tidak ada bersama.

Di tepi jalan di kampung itu kelihatan Azlina Azmi, 25, dan rakannya Norsuraya Ismail, 36, tidak menang tangan membungkus putu halba yang menjadi kegemaran rakyat Kelantan ketika musim hujan.

"Seronok bang bila berniaga musim hujan ini. Mereka mandi dan lepas tu beli putu saya bila lapar," katanya.

Apa pun yang berlaku rakyat Kelantan perlu mengambil ingatan agar berhati-hati serta mengawasi anak-anak ketika banjir ini dan harus akur untuk berpindah sekiranya pihak berkuasa mengeluarkan arahan.

Setakat ini seorang lelaki, Mohd Mazlan Yajid, 28, dikhuatiri lemas apabila dilapor hilang ketika mandi di Sungai Banggol Kerian, Pasir Puteh semalam. BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch