Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Isnin, 9 November 2009

Walau dijamin MB , Asri perlu tauliah di Johor




Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang kini menjadi tumpuan ekoran penahanannya di Selangor minggu lalu, nampaknya "belum bebas" sepenuhnya jika mahu mengadakan ceramah di Johor walaupun mendapat jaminan Menteri Besar Datuk Seri Abdul Ghani Othman, kelmarin.


Ini kerana menurut Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin, setiap penceramah agama perlu mendapatkan kebenaran daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) untuk menyampaikan ceramah di negeri itu.

Kelmarin Abdul Ghani berkata, Asri boleh mengadakan ceramah agama bila-bila masa dan di mana sahaja di Johor tanpa memerlukan kelulusan MAIJ.

Awal bulan ini, Asri ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana mengadakan menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang.

Abdul Ghani berkata, Johor masih belum melarang mana-mana penceramah agama mengadakan ceramah di negeri itu.

Tegas Tahrir, ia adalah peraturan yang wajib dipatuhi bagi memastikan ceramah yang disampaikan tidak bercanggah daripada pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah.

Selain itu, kata beliau, peraturan tersebut bukan untuk menyekat mana-mana aktiviti dakwah, sebaliknya bagi membendung sebarang usaha untuk mengembangkan fahaman Wahabi yang boleh menyebabkan perpecahan ummah.

"Sesiapa sahaja yang berceramah di Johor tidak mengira apa kedudukan atau kelulusannya maka dia mesti perlu mendapatkan kebenaran MAIJ.

"Ini penting bagi memelihara perpaduan dan ketenangan yang wajib dijaga dalam masyarakat Islam dan usaha-usaha untuk membawa kerosakan keamanan itu perlu dibanteras," kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Tahrir menjelaskan, usaha-usaha mengembangkan fahaman Wahabi di negara ini perlu ditolak dan dibendung kerana ia akan menyebabkan perbalahan ummah kecuali di satu negeri.

"Kita tidak menyalahkan dia (fahaman Wahabi) tetapi ia hanya sesuai di negeri tertentu begitu juga fahaman Syiah sesuai di negara tertentu.

"Rantau ini sesuai dengan pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah bermazhab yang selama ini kita amalkan maka sesiapa tak perlu kacau," tegasnya.

Beliau berkata, pegangan Al Sunah bermazhab Syafie selama ini berjaya membawa kepada suasana tenang, hormat-menghormati dalam soal hukum fiqah manakala dalam soal tauhid, ia dipelopori Abu Hassan al-Asy'ari dan Abu Mansur al-Maturidi yang memberi impak besar kepada masyarakat Islam negara ini.

"Ini khususnya meletakkan keagungan dan kemuliaan Allah SWT yang langsung tidak serupa dan setanding dengan makhluk berpandukan kepada firman Allah yang bermaksud, Tiada Allah itu mempunyai persamaan sedikit pun dengan makhluk," katanya.

Justeru, tegas Tahrir, fahaman Wahabi yang menjisimkan Allah SWT adalah ditolak.

Selain itu, dalam hubungan sosial, jika fahaman Wahabi dikembangkan, tegas beliau, akan menimbulkan perselisihan di kalangan anggota masyarakat termasuk pergaduhan sesama ahli keluarga.

Tahrir berkata, Wahabi antaranya mencerca amalan membaca surah Yasin, tahlil dan talkin yang dikatakan bidaah, maka keadaan itu akan mengelirukan umat Islam.

Justeru, Tahrir berkata, umat Islam diingatkan supaya berwaspada dengan pihak-pihak tertentu yang cuba mengembangkan fahaman Wahabi di negara ini.

"Saluran pendidikan merupakan saluran penting untuk diperkasakan agar umat Islam terus berpegang kepada Ahli Sunah Wal Jamaah yang membawa kepada suasana damai dan aman di negara ini," katanya.themalaysianinsider.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch