Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Selasa, 8 Disember 2009
Cadangan Dr M ketinggalan zaman: Nazri
Foto Tun M dan Nazri Aziz yang berbeza pendapat tentang BTN. Beza pendapat tak salah cuma masyarakat anggap beliau lawan taukey. Kali ni saya setuju pendapat Nazri.
KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan cadangan mengekalkan modul kursus Biro Tata Negara (BTN) oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sudah ketinggalan zaman.
Katanya, beliau tidak bersetuju dengan pendirian Dr Mahathir sekiranya bekas pemimpin negara itu menekankan tentang silibus lama BTN yang hanya menjurus kepada satu bangsa sahaja.
“Yang ini jangan kita nafikan kerana kalau kita ingin mengatakan bahawa kursus ini tidak perkauman, saya berasa agak sukar untuk kita menafikan kerana banyak bekas-bekas Pengarah BTN ini sekarang duduk dalam pakatan pembangkang, misalnya Datuk Dr Hasan Ali, Datuk Johari Abdul yang kini Ahli Parlimen Sungai Petani dan Saifudin Nasution Ismail yang juga Ahli Parlimen Machang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan