Isnin, 7 Disember 2009

Dialog bersama Peguam Wan Ruhaimi yang menang kes tuntutan peneroka Felda Kemahang 3 Kelantan



Kluang : Majlis Dialog bersama Peguam Sdr Wan Ruhaimi yang memenangi kes tuntutan peneroka di felda Kemahang 3, Kelantan telah diadakan di Felda Ulu Dengar, Kluang pada jam 10.00 pagi, 6 Disember 2009.

Turut hadir ialah YDP PAS Kawasan Sembrong, Chegu Bard, Ahli Majlis Tertinggi PKR , Sdr Zabidie Ketua AMK PKR Johor dan Sdr Ketua DPP Kawasan Sembrong. Banyak pertanyaan dari peneroka dari felda Ulu Dengar dan Kahang Timur mengenai masalah penghasilan mereka.

Pada majlis itu Sdr Wan Ruhaimi menerangkan dan menjawab sesi soal jawab berdasarkan kes di Felda Kemahang dan Felda Moakil, Labis. Rata-rata hadirin berpuashati dan bersepakat untuk menuntut hak masing-masing dan tuan rumah, Ayahanda Imam Ahmad yang juga Ketua PAS Cawangan Ulu Dengar sudi menghidangkan kami dengan jamuan makan tengahari yang lazat walaupun isterinya terlantar sakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan