Foto lelaki swiss bukan Islam bergaya bergambar disebelah menara buatan sendiri ala menara masjid yang bercat emas. Malulah kaum muslimin, kenapa kita tak bantah, jangan senyap saja saudaraSeorang lelaki Switzerland telah membina sebuah model menara masjid di atas gudangnya bagi membantah larangan pembinaan struktur yang dikaitkan dengan masjid itu, menurut laporan sebuah akhbar pada hari Ahad, sehari selepas ratusan penduduk berkumpul di luar parlimen untuk menentang larangan itu.
Pemilik kedai kasut, Guillaume Morand, yang bukan seorang Islam, membina model menara siap dengan cat berwarna emas, memberi gambaran bantahan terhadap satu pindaan perlembagaan yang diluluskan kerajaan pada akhir bulan lepas.
“Ia memeranjatkan apabila masyarakat Switzerland telah mengundi untuk larangan itu,” Britain TimesOnline memetik Morand sebagai berkata. “Kini kami [orang Switzerland] mendapat sokongan semua pihak-pihak merentasi Eropah. Ini memalukan.”
Morand menyatakan dia melihat larangan itu "memeranjatkan" sekiranya Switzerland dalam masa yang sama menggalakkan orang-orang Arab untuk "melawat negara itu dan membelanjakan wang mereka di sini."
Orang kanan People Party, yang mengusulkan terhadap larangan itu, menuduh Morand telah menggunakan menara untuk publisiti perniagaannya, tetapi Morand menegaskan bahawa menara plastik adalah lambang “keamanan dan toleransi.”
“Menara kepunyaan saya cantik. Boleh dikatakan saya berbangga dan gembira apabila rakyat bercakap mengenainya,” Morand, 46, berkata.
Morand bagaimanapun menyatakan bahawa jiran-jirannya tidak gembira dengan struktur menara itu dan telah "dihujani dengan penghinaan bersifat perkauman,". Akhbar itu turut melaporkan, sejak menara itu telah dinaikkan minggu ini sekurang-kurangnya seorang daripada jiran-jiran Morand telah mengancam untuk meruntuhkannya.
Morand juga berkata polis tempatan telah mengambil gambar struktur itu dan telah mengancam untuk memfailkan satu laporan, yang akan membawa kepada pertarungan guaman tetapi pemilik kedai tidak risau dan berkata “Saya baru sahaja mendapat sepucuk surat daripada seorang hakim. Jika mereka menyaman saya, saya akan lawan. Tiada justifikasi untuk satu hukuman mengenai perkara ini.”
Agama KeamananSementara itu pada hari Sabtu lalu 500 orang telah berkumpul di luar parlimen di Bern untuk mengutuk larangan pembinaan menara, di mana Switzerland hanya mempunyai empat menara masjid setakat ini.
Terdapat tulisan-tulisan pada kadbod yang dibawa semasa perhimpunan seperti "Islam" dan "Kami adalah orang Islam, bukan Hitler," pengelola-pengelola daripada pusat Majlis Islam Switzerland ,bagi menghantar satu mesej Islam itu adalah agama keamanan yang mengajar pengikutnya supaya menghormati kepercayaan-kepercayaan agama lain.
Nicolas Blancho, seorang muslim yang juga penganjur demonstrasi daripada sebuah Pertubuhan Islam Switzerland telah memberitahu hadirin, umat Islam di sini tidak menuntu perlaksanaan undang-undang Syariah di Switzerland, menurut laporan sebuah agensi berita ATS.
Larangan pembinaan menara itu telah menerima kritikan meluas di seluruh dunia, Pesuruhjaya tinggi PBB bahagian hak-hak manusia , Navi Pillay menyebut larangan ini "diskriminasi keterlaluan ini telah memecahbelahkan negara dan ia langkah yang silap diambil oleh kerajaan Switzerland."
Kerajaan Switzerland cuba untuk meyakinkan 400,000 orang Islam, kebanyakannya adalah etnik Balkan dan asal Turki, tindakan larangan ini "bukan suatu penolakan terhadap masyarakat Islam, agama atau budaya."
Switzerland mempunyai kira-kira 200 buah masjid, dengan hanya empat antaranya yang mempunyai menara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan