Foto logo Maybank : jangan hilangkan kepercayaan rakyat terhadap bank kamu. Sakit Hatiku Membuak-buak!Sakit Hati Tahap Pertama.Hari ini aku mencari ATM Maybank yang masih berfungsi di sekitar Cheras. Dari stesen minyak hingga ke cawangan-cawangannya. Semua memaparkan
”Out of Service”. Perkara seperti ini biasa berlaku pada hujung minggu. Aku yang tak serik-serik!
Sakit Hati Tahap KeduaSebelum itu, hatiku disakiti dengan peristiwa di bawah.
Lost or stolen card?Don't worry. Call 1-800-88 3231 or 03-2072 1373 for credit cards and 1-300 88 6688 for ATM cards to report it immediately.
Itu janji Maybank kepada kita. Janji yang dibuat dalam bahasa Inggeris kerana kita sememangnya tidak menjangkakan bahawa mereka berminat untuk menggunakan bahasa Melayu.
Laman web maybank2u.com.my 100% berbahasa Inggeris, sedangkan lebih 50% pelanggannya berbangsa Melayu.
“Helo, Maybank. Saya Samsudin Jidin. Saya ingin melaporkan kehilangan kad ATM saya, tetapi saya ingin memohon supaya penggunaan kad itu digantung (suspend) terlebih dahulu sebelum ditamatkan perkhidmatannya bagi membolehkan saya mencari kad tersebut di sekitar rumah.
Jika didapati benar-benar hilang, baharulah saya akan membuat aduan rasmi tentang kehilangan kad berkenaan" kata saya kepada penyambut panggilan yang ramah (?).
“Boleh tak Encik memberikan nombor kad yang hilang itu kepada saya” sampuk gadis yang bersuara lunak di sebelah sana.
“Saya tak ingat dan tak semestinya saya perlu mengingati nombor sebanyak 16 digit itu. Nombor itu tidak penting, kecuali nombor akaun dan nombor pin” kata saya yang mula naik angin.
” Ini prosedur Encik" balasnya.
”Prosedur tak betul kena perbaiki”, kata saya dengan suara yang agak tinggi.
”Oklah Encik. Saya akan maklumkan masalah ini kepada pihak atasan kami. Mengenai kehilangan kad ATM Encik, kami tidak boleh menggantung perkhidmatan kad Encik. Encik kena pergi ke cawangan kami yang berhampiran untuk menukar kad baharu. Tetapi kami akan mengenakan caj sebanyak RM12.00”.
”Mengapa tidak boleh digantung dahulu, sedangkan kad kredit boleh? Saya tidak mahu dengan mudah kehilangan RM12.00 kepada Maybank" jerit saya yang sudah hilang sabar sedikit.
”Ini prosedur Encik” balas penyambut panggilan.
”Prosedur lagi... Kalau tak dapat bantu saya tak apalah” kata saya dengan kecewa.
”Ya. Ada apa-apa yang boleh saya bantu lagi” katanya mengikut format khidmat pelanggan Maybank.
”Maaf, dari mula lagi anda tidak membantu saya”, balas saya dan terus menamatkan panggilan.
Begitulah cerita bagaimana sakitnya hatiku berhadapan dengan syarikat kewangan di Malaysia yang menggunakan sepenuhnya sistem pasaran monopolistik mereka. Orang ramai terpaksa akur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan