Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Isnin, 7 Disember 2009
Mengapa Menyalahkan Orang Melayu sahaja?
Tidak, bukan Orang Melayu yang memberikan kuasa pentadbiran kepada UMNO. Itu adalah disebabkan Orang Cina, India dan peribumi di Sabah dan Sarawak. Jadi, jika anda ingin menyalahkan seseorang, jangan menyalahkan orang-orang Melayu. Menyalahkan orang Cina, India dan peribumi di Sabah dan Sarawak.....
Raja Petra Kamarudin
Saya telah menulis berkenaan dengan perkara ini sebelumnya, berkali-kali saya bertulis. Tetapi kadang-kala kita harus sentiasa mengupas kembali isu lama yang sama ketika orang-orang terus membuat komen sama yang tidak masuk akal walaupun kami telah menjelaskan masalah tersebut. Bahkata Orang Melayu : tak paham paham lagi.
penyesalan terbesar
Masalah yang aku ingin bicara disini ialah Orang Melayu menyalahkan Malaysia Today menjadi sebuah forum untuk memaparkan artikel membencikan Melayu. Ya, ada banyak yang harus dibicarakan mengenai sikap Orang Melayu. Bahkan Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengatakan penyesalan terbesar beliau adalah gagal untuk mengubah sikap Melayu dalam masa 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dan beliau bahkan menangis seperti bayi dalam satu sidang UMNO kerana beliau merasa beliau gagal untuk menukar Melayu dan UMNO.
Meskipun demikian, Orang Melayu tidak boleh disalahkan atas segala masalah yang wujud di Malaysia. Kadang-kala orang bukan Melayu juga menyumbang kepada masalah tersebut.
Sudah pasti, UMNO mungkin merupakan satu masalah. Tapi UMNO bermasalah hanya disebabkan kita mempunyai Barisan Nasional. Tanpa Barisan Nasional, UMNO akan menjadi sejarah. Dan sementara UMNO merupakan Melayu, tapi Barisan Nasional tidak.
Sebanyak 7,944,274 rakyat Malaysia keluar untuk mengundi daripada jumlah sekitar 10,8 juta pemilih berdaftar dalam pilihanraya umum Mac 2008. Itu adalah sekitar 70%. Ini bererti hanya di bawah 30% tidak keluar mengundi. Jadi itu adalah jumlah orang Malaysia yang mengambil sikap tidak peduli. Namun kita masih tidak ditambahkan 4 juta orang yang tidak mendaftar untuk mengundi. Ditambahkan dengan mereka yang tidak mengundi, maka sekitar 7,5 juta orang Malaysia tidak mengundi kerana mereka mengambil sikap tidak peduli.
Sudah mengerti? 7.9 juta rakyat Malaysia peduli manakala 7.5 juta orang Malaysia yang tidak peduli. Jadi, patutkah kita menyalahkan Melayu untuk masalah-masalah yang dihadapi di negara ini atau kita menyalahkan 7.5 juta rakyat Malaysia yang tidak mengundi untuk perubahan dan cukup senang dengan tidak melakukan apa-apa dan membiarkan apa yang berlaku ini untuk terus berlaku?
Sekarang, daripada jumlah warga yang mengundi, 4,082,411 undi telah memilih Barisan Nasional dan 3,796,464 undi mengundi pembangkang. Hal ini memberikan Barisan Nasional memperolehi 50.27% daripada kertas undi dan pembangkang 46.75%. Namun, dengan hanya 50,27% undi, Barisan Nasional memenangi 140 daripada 222 kerusi parlimen berbandingkan dengan pembangkang hanya 82.
Adakah kita menyalahkan Melayu untuk semua ini atau kita menyalahkan penyempadanan undi yang tidak adil, undi pos dan pengundi hantu yang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sengaja menutup mata mereka mengenai masalah ini?
UMNO, dengan sendirinya, hanya mengumpulkan 2,381,725 undi, dimana peratusannya kurang daripada 30%. Dan jumlah kerusi yang dimenanginya adalah 79, kini turun menjadi 78 dengan kehilangnya Kuala Terengganu dalam pilihan raya kecil. Ini bermakna UMNO hanya memenangi 35.6% daripada kerusi yang dipertandingkan dan sekarang kerusinya kurang lagi kerana kehilangan Kuala Terengganu.
14 adalah dari Sabah
Bagaimana UMNO dapat membentuk kerajaan dengan hanya 29.33% daripada kertas undi, dan 35.6% daripada kerusi yang dipertandingkan? Gabungan ketiga-tiga parti pembangkang itu telahpun mengumpulkan 46.57% kertas undi dan memenangi 36.9% daripada kerusi yang dipertandingkan. Angka ini lebih tinggi daripada angka yang dimenangi oleh UMNO. Dan satu perkara penting yang harus diperhatikan disini adalah 78 kerusi yang dimenangi UMNO, 14 adalah dari Sabah. Jika tidak, kerusi UMNO akan turun menjadi hanya 64 kerusi, bahkan lebih buruk lagi.
Ya, jika anda ingin tahu dengan jawapan untuk persoalan tersebut, tanyalah orang Cina, India dan peribumi di Sabah dan Sarawak. Ini adalah kerana mereka, meskipun pentadbiran mereka lebih teruk daripada pihak pembangkang, barulah UMNO dapat membentuk kerajaan. Mereka dapat membentuk kerajaan atas pertolongan daripada orang Cina, India dan peribumi di Sabah dan Sarawak, dan oleh sebab itu, mereka juga boleh menyalahgunakan kuasa, rasuah, melaksanakan dasar-dasar perkauman dan menunjukkan sikap kesombongan.
Tidak, jangan salahkan orang-orang Melayu. 51% daripada undi Melayu memilih UMNO. Ini, aku tidak boleh menyangkal. Tapi ini juga bermakna bahawa 49% daripada undi Melayu tidak memilih UMNO. Tapi suara 51% undi Melayu masih belum cukup untuk UMNO membentuk kerajaan. Ia hanya memberi mereka sekitar satu pertiga undi daripada jumlah undi ataupun kerusi masing-masing (dan kurang tanpa 14 kerusi daripada Sabah). Perkara yang membolehkan UMNO untuk membentuk kerajaan adalah kerana orang Cina, India dan peribumi di Sabah dan Sarawak.
Tidak, bukan Orang Melayu yang memberikan kuasa pentadbiran kepada UMNO. Itu adalah disebabkan Orang Cina, India dan peribumi di Sabah dan Sarawak. Jadi, jika anda ingin menyalahkan seseorang, jangan menyalahkan orang-orang Melayu. Menyalahkan orang Cina, India dan peribumi di Sabah dan Sarawak. Mereka adalah orang-orang yang harus dipersalahkan.
Faham?
Artikel Asal: www.malaysia-today.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan