Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Ahad, 31 Januari 2010
PTPTN nak tokok dana RM5 Bilion setahun
PTPTN perlu dana RM5 bilion setahun
Jan 30, 10 10:12pm
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) memerlukan RM5 bilion setahun bagi memastikan mereka yang layak melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) tidak tercicir.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata keperluan itu memandangkan pertambahan peluang dan jumlah mereka yang akan melanjutkan pengajian ke IPT.
"Sekarang peruntukan setahun untuk PTPTN adalah sebanyak RM3 bilion, kementerian menganggarkan menjelang 2013 ia tidak mencukupi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan "Real Undergraduate" di Putrajaya, hari ini.
Mohamed Khaled berkata keperluan itu juga memandangkan bayaran balik yang di buat oleh peminjam adalah secara ansuran.
"Kini kementerian sedang membuat kajian bagaimana hendak menentukan kelestarian PTPTN...untuk menentukan dana itu hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan," katanya.
Beliau berkata ibu bapa yang berkemampuan sepatutnya perlu mengambil tanggunggjawab untuk membiayai pendidikan anak-anak mereka dan tidak meletakkan sepenuhnya di bahu kerajaan sahaja.
"Kerajaan dah sedia infrastruktur, sediakan tenaga akademik itu sudah disubsidi jadi kalau memang anak orang kaya (Baca anak menteri Umno)sepatutnya boleh bayarlah tanpa bantuan kerajaan," katanya.
- Bernama
Apakah ini punca Khalid Samad digantung?
Penarik Beca
Bukti tempahan penginapan Hotel Concord semasa Muktamar ke 55. Siapa yang menaja bil yang mahal ni masih misteri?
Maklumat saya dapat, ada yang tersenarai di atas tidak tinggal di bilik di atas. Antaranya Tok Guru Nik Aziz.
Saya tidak tahu pimpinan2 di atas ini tahu atau tidak dari mana datang wang untuk menempah bilik-bilik yang mahal-mahal di Concorde Hotel Shah Alam. Agaknya selepas Khalid Samad mendedahkannya baru mereka tahu.
Perhatikan juga nama seperti Dr Samsuri, Roslan SMS dan Suwardi Yaakob yang bukan pimpinan PAS dalam senarai di atas. Mengapa tidak digunakan wang di atas untuk para perwakilan untuk mengurangkan beban kos perjalanan mereka.
Mustahil PAS Selangor dapat menempah bilik yang begitu mahal di atas kalau tiada penajaan dari korporat besar.
Hasil peneroka disedut Felda purata RM100 sebulan
Zabidie Abas
RM3.7 Billion Wang Peneroka Dilesapkan Felda ?
* Tiada hadiah tunai ratusan ribu.
* Tiada layanan VIP
* Tiada hindangan mewah
* Tiada pengadil dan pertandingan
* Tiada Stadium dan dewan hotel untuk berdiskusi
* Tiada karpet merah
Tidak seperti Hari Anugerah Belia Felda Negara, anjuran Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) saban tahun. Mewah dan penuh dengan pembaziran.
Itu yang pencatat gambarkan pada Konyensyen Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang bakal diadakan pada 24-25hb April 2010 di Selangor.
Mesyuarat ke-2 penyelarasan kerja yang berlangsung di ibu negara semalam adalah susulan yang pertama yang diadakan di Johor rabu lepas.
Kini peneroka generasi peneroka Felda seluruh negara dianggarkan lebih 3 juta orang.
Daripada 275 buah perkampungan Felda dan punyai 103,156 keluraga peneroka. Setiap satu keluarga kini berpurata 30 orang.
di tipu setiap bulan
Tahukah anda setiap bulan seorang peneroka ditipu oleh pengurusan Felda Holding sekitar purata minium RM100.00.
Dianggarkan RM100 darap 12 bulan darap 30 tahun (purata menjadi peneroka) darap 103,156 peneroka bersamaan RM371 billion.
( RM 100 X 12 X 30 X 103,156 = RM 3,713,616,000.00 )
RM100.00 hanya hasil penipuan gred, pelbagai potongan yang lesap dan kelapa sawit muda yang ghaib. Bagaimana pula ahli Felcra boleh memperolehi bonus sekitar RM3000-4000 bonus setahun.
wang caruman tanam semula
Sedangkan peneroka hanya memperolehi RM300-400 sahaja setahun. Bagaimana pula dengan wang caruman tanaman semula yang tidak mahu dikembalikan setelah peneroka tanam sendiri pokok sawit dan getah.
Bagaimana pula sekolah berasrama penuh untuk generasi peneroka majoritinya dihuni oleh pekerja Felda Holding.
Bagaiman pula MBFM yang tidak lagi berdaftar dan mengadakan mesyuarat agung sejak 10 tahun lepas berbelanja jutaan ringgit setahun atas bantuan Felda dan badan kerjaan.
Bagaimana pula purata 10 perkampungan Felda hanya terdapa 1 pondok atau balai polis.
Bagaimana pula setiap persatuan belia Felda kawasan menerima sunbangan yang tidak diketahui sumbernya memperoleh puluhan ribu setahun.
Untuk apa dan siapa pemberinya tidak direkodkan. Puluhan kes lagi akan dikupas dalam Konyensen Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan kelak.
Johor ada telaga minyak misteri?
Terminal Petroleum Laut Dalam : Rakyat perlu tahu projek RM3.2 bilion
PAS Kota Tinggi
PENGERANG: Rakyat, terutama penduduk Kampung Sungai Buntu dan berhampiran sehingga hari ini masih terpinga-pinga, apakah status projek Terminal Petroleum Laut Dalam yang menelan belanja RM3.5 bilion di Tanjung Ayam, Pengerang.
Walaupun selepas enam bulan, Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani di antara kerajaan negeri Johor dengan sebuah syarikat kontraktor, Dialog Group Berhad, rakyat masih tidak diberitahu secara rasmi.
Nasib nelayan yang terjejas
Bagaimana nasib kira-kira 100 penduduk kampung nelayan di situ? Mengikut perancangan projek itu, kampung nelayan itu akan dipindahkan dan seribu satu kemungkinan isu bakal berbangkit mengenai masa depan mereka.
PROJEK MINYAK - uji tanah 1 Memetik sumber akhbar siaran 9 Jun 2009, iaitu sehari selepas MoU itu ditandatangani di Kuala Lumpur, projek yang dianggarkan bernilai RM3.5 bilion itu akan dibina di Tanjung Ayam, Kampung Sungai Buntu dan bersempadan dengan dua buah kampung tradisional iaitu Kampung Sungai Rengit dan Kampung Sungai Kapal.
Tambak laut
Menurut sumber itu, kawasan laut seluas kira-kira 500 ekar akan ditambak untuk menempatkan terminal minyak dan projek itu dibayangkan sama seperti Kertih, Terengganu dan Tanjung Langsat, dekat Pasir Gudang, Johor.
Projek itu dijadualkan akan memulakan kerja-kerjanya pada suku pertama tahun ini, dan kerja-kerja penilaian alam sekitar (EIA ) sudah dijalankan dan sudah di peringkat akhir.
Menurut Pengerusi yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Dialog Group Bhd, Ngau Boon Keat, projek itu mengambil kesempatan dari permintaan tinggi terhadap terminal penyimpanan petroleum di rantau ini.
Ia sekali gus memberikan saingan secara langsung kepada Singapura yang ketika ini adalah hab penyimpanan petroleum terbesar di Asia Tenggara.
“Apabila siap, terminal penyimpanan di Tanjung Awam itu mampu menawarkan kos penyimpanan jauh lebih kompetitif berbanding negara jiran” katanya
agenda tersembunyi
Hasil tinjauan PAS negeri Johor dan PAS Kawasan Pengerang ke Kampung Sungai Buntu dan bertemu penduduk Ahad lalu, mendapati ada banyak perkara yang penduduk kurang jelas dan menyifatkan cara kerajaan negeri melindungi projek itu di mata rakyat seperti ada ‘agenda yang tersembunyi’.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad, yang mengetuai rombongan itu bersama enam orang ahli jawatankuasa PAS negeri dan Pengerang bertegas untuk membawa isu itu ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada bulan Mac akan datang.
Beliau berkata, dari pemantauan itu mendapati kerja-kerja uji tanah (soil test) jelas sedang dijalankan pada jarak kira-kira 2 kilometer daripada pantai, dan penduduk kampung jelas melihat kerja-kerja itu dijalankan.
Malah, beliau difahamkan nelayan sudah mengadu mengenai alat tangkapan mereka habis rosak akibat terlanggar sisa tiang-tiang besi pancang kerja uji tanah itu.
Beliau berkata, “ini projek besar, ini juga hasil kekayaan baru negara yang melibatkan nasib dan masa depan rakyat. Mengapa Menteri Besar tidak turun bertemu penduduk untuk menjelaskan secara berterus terang?”
“Kita sudah ada banyak pengalaman seperti projek lebuh raya dan Iskandar Malaysia. Kita tak mahu nasib yang menimpa kampung nelayan Kampung Kepok, Gelang Patah berlaku pula kepada penduduk Kampung Sungai Buntu,” ujar beliau.
“Soal ambil tanah dan bayar pampasan kepada penduduk mesti dibuat dengan cara yang sewajarnya. Isu pampasan kepada penduduk amat penting, kerana mereka selepas ini sudah tidak jadi nelayan lagi.
Bolehkah mereka menukar cara hidup dengan begitu cepat dan mudah, sesuaikah kerja-kerja yang akan ditawarkan kepada mereka nanti?” soal beliau.
Menurutnya, dari maklumat yang beliau perolehi zon tanah di kawasan situ adalah zon pelancongan dan pertanian. Apabila statusnya ditukar kepada zon industri, nilai tanah disitu secara automatik melambung tinggi. Oleh itu, jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada penduduk juga mesti tinggi.
PAS Johor berpendapat, apabila kerja-kerja uji tanah sudah dijalankan, kerja-kerja susulan selepas ini adalah kerja penambakan dan arahan supaya penduduk berpindah juga semakin hampir.
Pihaknya bimbang kerajaan akan menggunakan Akta Pengambilan Tanah sama ada mengikut Seksyen 4 atau 8. Atau besar kemungkinan soal pengambilan tanah penduduk itu boleh dibuat lebih cepat, dan yang biasa menjadi mangsa adalah penduduk.
Sehubungan itu, PAS Johor mendesak supaya kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, segera turun padang bertemu penduduk untuk menjelaskan mengenai projek itu termasuk berdialog mengenai masa depan mereka.
Menurut penduduk, sudah lebih dua bulan jentera penggerudi minyak dan uji tanah berada di perairan laut bertentangan dengan kampung itu.
Penduduk pada peringkat awal tertanya-tanya apakah minyak sudah ditemui di perairan laut itu? Selepas mendapat penjelasan secara ringkas daripada ADUN Tanjong Surat, Datuk Harun Abdullah, sebahagian nelayan mula faham secara umum tentang projek itu.
Buat masa ini, antara isu yang ingin diketahui oleh penduduk adalah kemana mereka akan dipindahkan. Wakil penduduk, Haris Yunus secara tegas menyatakan mereka tidak mahu dipindahkan ke kawasan petempatan yang jauh daripada kampung asal, sebaliknya mahu terus kekal berada dalam kampung itu.
Beliau pada dasarnya tidak menolak projek yang mahu dibangunkan di Tanjung Ayam itu. Tetapi, beliau mahu memastikan nasib mereka benar-benar dibela bukannya berlaku peminggiran seperti yang sudah banyak terjadi apabila projek-projek mega dibangunkan oleh kerajaan di negara ini.
Sabtu, 30 Januari 2010
Ku Li dipuji kerana berani mempertahankan hak kelantan menuntut royalti minyak
Ku Li dipuji kerana berani bertegas atas tuntutan royalti minyak
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, Feb 29: Pakatan Rakyat memuji pemimpin veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah atas keberaniannya dan sifat non-partisan dalam membela tuntutan minyak Kelantan dan mengkaji semula Perjanjian Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan mengenai royalti minyak dan Petronas.
"Dia adalah pemimpin yang sangat berani, seorang yang berprinsip untuk partinya," Wan Rahim Wan Abdullah, MP untuk Kota Bharu dan bekas Pengerusi majlis perundangan Kelantan, kepada Harakahdaily.
"Bukan sahaja beliau bercakap untuk orang-orang Kelantan tetapi ia juga berusaha untuk memperbaiki salah guna oleh kerajaan persekutuan melalui cara mereka memperuntukkan wang dan geran kepada negara-negara yang berbeza, termasuk Sabah dan Sarawak," tambah Rahim Wan.
"Ini adalah masa kemuncak dalam UMNO-BN bersikap seperti seorang lelaki dan menghormati pembahagian keuntungan Petronas perjanjian dengan negara-negara pengeluar minyak, yang Kelantan adalah satu. Mereka seharusnya tidak mempunyai double standard dan memilih di Kelantan hanya kerana diperintah oleh PAS-Pakatan, "kata Hanipa Maidin, ahli jawatankuasa pusat PAS, kepada Harakahdaily.
Ku Li, Mantan Menteri Kewangan, yang merupakan pengerusi pertama syarikat minyak nasional Petronas, yang pada tahun 1980 pernah bertanding melawan mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan lebih baru-baru ini Perdana Menteri Najib Razak sebagai Presiden daripada UMNO.
Rakyat Kelantan yang memenuhi stadium yang tidak kurang dari 50.000 orang menunjukkan pendirian membantah sekatan pusat terhadap tuntutan royalti minyak bersama-sama Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan TG Nik Aziz Nik Mat, di Stadium Sultan Mohamed IV pada Selasa malam lalu.
Jumaat, 29 Januari 2010
Demam campak menguji saya
Rubella (Campak Jerman) pada orang dewasa
Sejak Rabu minggu lalu saya mengalami demam, sakit mata dan sakit sendi, pergi klinik penawar Simpang Renggam, doktor bagi ubat sendi dan antibiotik, masa tu tak muncul lagi tanda bintik-bintik.
Malam badan semakin panas, macam berapi kaki ni, esoknya khamis, pergi klinik Nor Jannah T6 dan setelah di diagnosa, ternyata saya sah Demam campak.
Syukur sekarang dah sembuh. Sabar atas ujian, sesungguhnya penyakit itu menghapus dosa-dosa.
Keputusan lambat petanda Pro Mahasiswa menang di UKM
PILIHANRAYA KAMPUS - PRO MAHASISWA MENANG DI UKM
PILIHANRAYA UKM KENA KELENTONG
Keputusan yang seharusnya diumumkan selewat lewat jam sembilan
telah ditangguh. Pelajar yakin ada kong kalikong.
Lalu 600 pelajar mengepong pejabat TNC dari jam sembilan malam
hingga berita ini ditulis – jam 2.25 pagi - masih ada 500 pelajar
yang mengepung pejabat TNC . Mereka tidak mahu ditipu.
Pelajar yakin inilah apa yang dikatakan e-undi
e-undi ini ialah kira sampai menang untuk pembodek gerombolan.
FRU dan polis telah dipanggil datang tetapi pelajar berkeras.
Mereka menuntut pimilihan diadakan sekali lagi.
Mahasiswa percaya mereka telah di kelentong.
JAM : 2.28 Pagi
Keputusan diambil esok jam 10.00 pagi
perundingan akan diadakan. Ini adalah cara
kelentong TNC untuk membeli masa.
Pelajar bersurai jam 2.30 pagi
KEMPEN FACEBOOK – KEMENGAN DIBATALKAN - malaysiakini
Tujuh calon pro-mahasiswa di Universiti Putra Malaysia (UPM) dibatalkan kemenangan mereka dalam pilihan raya kampus itu Selasa lalu.
Pembatalan itu susulan mereka didakwa berkempen secara berkumpulan dan menggunakan Internet melalui laman sosial Facebook.
Ulasan TT
KAH KAH KAH..
woit… MACAM MACAM CARA NAK MENIPU…kah kah kah..
kah kah kah… MULA MULA TAK BOLEH BERI GAMBAR…kah kah kah..
kah kah kah… KEMUDIAN TAK BOLEH BERKUMPULAN…kah kah kah..
woit… NANTI AKAN ADA UNDANG UNDANG KEMPEN TAK BOLEH BERCAKAP…. kah kah kah..
woit… APA NAK JADILAH NEGARA INI…kah kah kah..
woit… BILA LAH ORANG MELAYU NAK SEDAR…kah kah kah..
woit… HARTA KEKAYAAN NEGARA SEMUA KENA REMBAT…kah kah kah..
kah kah kah…TINGGAL KERAK KERAK…DAPAT KETUANAN MELAYU… kah kah kah…
kah kah kah…KALAU LAPAR BOLEH DIGULAI MASAK ASAM KE KETUANAN MELAYU NI….kah kah kah
nota:
melayu – sepanjang hidup kena tipu
pagi meminta
tengah hari berharap
hidup dengan harapan
mati kering menunggu janji kah kah kah
Kempen Puteri Umno boleh, Ahli Parlimen Segambut tak boleh
Pemuda PAS persoal daftar Puteri Umno di sekolah
Herman Samsudeen
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mempersoalkan kewajaran tindakan Umno Bahagian Segambut dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut yang membuat kempen pendaftaran Puteri Umno kepada pelajar-pelajar sekolah.
Expo Pendidikan Jalinan Mesra 1 Malaysia yang dianjurkan sebenarnya hanyalah gimik pihak sekolah dan Umno Bahagian untuk mengambil kesempatan ke atas pelajar-pelajar sekolah.
DPPWP kesal dengan kecurangan yang ditunjukan oleh pihak Sekolah yang bersekongkol dengan Umno untuk mempolitikan pelajar sekolah. DPPWP mengesa agar pengetua sekolah berkenaan diambil tindakan tatatertib di atas tindakan beliau membenarkan Umno mendaftarkan Pelajarnya sebagai anggota Puteri Umno.
Jika Pihak Kementerian enggan bertindak, DPPWP mahu pihak Kerajaan memansuhkan larangan ke atas semua kakitangan awam, guru dan pelajar yang selama ini dilarang berpolitik.
Sewajarnya hak yang sama diberikan jika pihak Kerajaan benar-benar ikhlas dalam dasar yang direka mereka.
YB. Lim Lip Eng telah dihalang
Sebelum ini Ahli Parlimen Segambut, YB. Lim Lip Eng telah dihalang untuk mengedarkan topeng muka H1N1 kepada pelajar.
YB. Dr. Lo'Lo' Hj. Mohamad Ghazali pun dihalang
Begitu juga yang berlaku kepada Ahli Parlimen Titiwangsa, Yb. Dr. Lo'Lo' Hj. Mohamad Ghazali yang dihalang menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Pelajar di dalam kawasan Sekolah hingga terpaksa menyewa Hostel untuk program berkenaan.
10 Kerusi Parlimen Pakatan, BN cuma 1
Kuala Lumpur kini dikuasai oleh Pakatan yang memiliki 10 Kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional yang hanya ada 1 Kerusi. Tetapi kerana di Kuala Lumpur ini tiadanya Dewan Undangan Negeri maka, Umno dan Barisan Nasional yang menguasai Kerajaan Persekutuan mempergunakan sepenuhnya agensi Kerajaan yang ada termasuk Sekolah untuk kepentingan mereka dan melarang agensi berkenaan bekerjasama dengan Ahli Parlimen Pakatan yang dipilih rakyat.
Lihat sahaja Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Siapa dia di Parlimen? Dia hanya seorang Senator yang dilantik dari pintu belakang Pejabat Perdana Menteri, bukan wakil yang dipilih rakyat.
DPPWP bertegas agar Kerajaan memberikan layanan yang adil kepada semua wakil rakyat dan tidak memperkudakan sekolah dan agensi Kerajaan yang lain untuk meraikan 'wakil Rakyat Haram' di Kuala Lumpur.
Gangguan sistem undian beberapa jam menjejaskan keputusan di tiga kolej
Pro-Aspirasi kuasai semula UM
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 28 Jan: Kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya gagal mempertahan kerusi mereka untuk mendapat majoriti dalam Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) apabila tewas di tangan kumpulan Pro-Aspirasi.
Dalam keputusan yang diumum lewat petang tadi, Pro-M hanya mendapat 17 kerusi berbanding Pro Aspirasi atau Penggerak, 21 kerusi, manakala bebas pula berjaya memperoleh 3 kerusi.
Keputusan itu sekaligus menyaksikan Pro-Aspirasi kembali merampas MPP kampus itu setelah dimenangi Pro-M pada pilihan raya kampus tahun lalu.
Pengumuman keputusan petang tadi dibuat Naib Canselor Prof Datuk Ghauth Jasmon di Dewan Tunku Canselor (DTC) dihadapan penyokong kedua-dua kumpulan.
Pro-M bagaimanapun mengemukan beberapa bantahan sewaktu tempoh bantahan dan rayuan dibuka selepas pengumuman dibuat.
Antara bantahan tersebut termasuklah berkait gangguan sistem undian beberapa jam dan mengganggu sekurang-kurangnya keputusan di tiga kolej.
Kejadian itu menyebabkan Pro-M meragui keputusan yang diumumkan.
Pihak pengurusan pilihanraya bagaimanapun memberitahu hanya akan menjelaskan berkaitan bantahan itu esok.
Pada tahun lalu, Pro-M memperoleh 19 kerusi manakala Penggerak mandapat 20 kerusi.
Bagaimanapun Pro-M berjaya membentuk kabinet MPP apabila dua calon bebas yang menang menyatakan sokongan kepada kumpulan mereka.
e-undi terdedah kepada penyelewengan
Tahun in merupaka kali pertama sistem undian elektronik, e-undi dilaksanakan di kampus tersebut.
Ianya bagaimanapun ditentang hebat khususnya kumpulan Pro-M yang mendakwa sistem tersebut terdedah kepada manipulasi dan penyelewengan.
Penyokong masing-masing dilihat mula membanjiri DTC seawal jam 5.30 petang sejurus waktu pengundian tamat.
Kedua-dua kumpulan mereka diasingkan sebelah menyebelah tempat duduk bahagian atas dewan dengan dikawal pasukan keselamatan universiti.
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 28 Jan: Kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya gagal mempertahan kerusi mereka untuk mendapat majoriti dalam Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) apabila tewas di tangan kumpulan Pro-Aspirasi.
Dalam keputusan yang diumum lewat petang tadi, Pro-M hanya mendapat 17 kerusi berbanding Pro Aspirasi atau Penggerak, 21 kerusi, manakala bebas pula berjaya memperoleh 3 kerusi.
Keputusan itu sekaligus menyaksikan Pro-Aspirasi kembali merampas MPP kampus itu setelah dimenangi Pro-M pada pilihan raya kampus tahun lalu.
Pengumuman keputusan petang tadi dibuat Naib Canselor Prof Datuk Ghauth Jasmon di Dewan Tunku Canselor (DTC) dihadapan penyokong kedua-dua kumpulan.
Pro-M bagaimanapun mengemukan beberapa bantahan sewaktu tempoh bantahan dan rayuan dibuka selepas pengumuman dibuat.
Antara bantahan tersebut termasuklah berkait gangguan sistem undian beberapa jam dan mengganggu sekurang-kurangnya keputusan di tiga kolej.
Kejadian itu menyebabkan Pro-M meragui keputusan yang diumumkan.
Pihak pengurusan pilihanraya bagaimanapun memberitahu hanya akan menjelaskan berkaitan bantahan itu esok.
Pada tahun lalu, Pro-M memperoleh 19 kerusi manakala Penggerak mandapat 20 kerusi.
Bagaimanapun Pro-M berjaya membentuk kabinet MPP apabila dua calon bebas yang menang menyatakan sokongan kepada kumpulan mereka.
e-undi terdedah kepada penyelewengan
Tahun in merupaka kali pertama sistem undian elektronik, e-undi dilaksanakan di kampus tersebut.
Ianya bagaimanapun ditentang hebat khususnya kumpulan Pro-M yang mendakwa sistem tersebut terdedah kepada manipulasi dan penyelewengan.
Penyokong masing-masing dilihat mula membanjiri DTC seawal jam 5.30 petang sejurus waktu pengundian tamat.
Kedua-dua kumpulan mereka diasingkan sebelah menyebelah tempat duduk bahagian atas dewan dengan dikawal pasukan keselamatan universiti.
Khamis, 28 Januari 2010
Syabas Saiful dan Nisa
Foto Saiful Hidayat dan Zainatunisa diperkarangan rumah Mohamed Razi yang juga bapa kepada pengantin lelaki di majlis menyambut menantu di Jalan Parit Ismail, Benut.
Tahniah dan syabas kepada dua mempelai. Semoga sabar menempuh alam rumahtangga.
Nota : Sdr Saiful merupakan sahabat sekerja satu pejabat dengan penulis.
Selamat menempuh alam berumahtangga Pok Ding dan Usop
Foto pengantin baru Yusof dan Nasrudin bergaya dengan pakaian Melayu lengkap bersampin. Moga bahagia sehingga ke akhirat.
Oleh Pensilajaib
SRI GADING 24 Januari 2010 - Bertempat di markas PAS Kg. Baru Sri Gading bermulalah satu program "Motivasi Keluarga Bahagia" sempena meraikan 2 orang pengantin baru iaitu Sdr. Yusof Azhar (Usop) dan pasangannya Siti Nur Atiqah serta Sdr. Nasruddin (Pok Ding) dan pasangannya Elia Nadira.
Kedua-dua pengantin lelaki adalah merupakan AJK dewan pemuda PAS Sri Gading.Program ini adalah anjuran Lajnah kebajikan dewan pemuda PAS kawasan Sri Gading yang diketuai oleh Sdr. Ismail Abd Kadir.
Tahlil dan doa selamat
Program bermula seawal jam 7.22 minit malam tadi di mana hadirin bersedia mengambil tempat untuk menunaikan solat magrib secara berjamaah. Setelah selesai solat magrib, diadakan pula majlis Tahlil dan doa selamat.
Lebih kurang jam 8 malam hadirin turun ke balai jamuan untuk menjamu selera masakkan nasi jagung berlaukkan daging lembu kari. Jamuan kami kali ini disediakan oleh pasukan catering dari Unit Amal Sri Gading diketuai oleh sdr. Norazren Sakib dan dibantu oleh "Amal Crew" yang lain.
Jamuan rasmi berlangsung kira-kira satu jam dan ratusan hadiran telah mengambil bahagian termasuk tetamu istemewa kami iaitu ketua dewan pemuda Pas pusat Ust Nasruddin Tontowi, timbalannya Ust Azman Shapawi Rani beberapa Exco pemuda Pas pusat serta Sdr. Khairul Faizi ketua pemuda Pas Johor.
paluan kompang
Acara seterusnya ialah sambutan ketibaan 2 mempelai yang diiringi dengan paluan kompang dari pasukan Kompang Parit Raja Darat yang diketuai oleh adik Zahir Morsid.
Kedua pengantin lelaki sahaja yang diarak dari hadapan warung "Gear Box" Brader Jumali menuju kehalaman markas.
Perarakan pengantin ini disertai oleh kumpulan kanak-kanak yang tentunya menunggu -nunggu pembahagian "angpau" dari kedua-dua mempelai.
Kedua-dua pengantin kemudiannya dipersembahkan dengan pertunjukkan Pencak Silat oleh tiga orang mahaguru silat tempatan iaitu terdiri dari Wak Sukimon ketua cawangan PAS Parit Raja Darat, En. Padil dari kampung Pt. Hj. Salleh dan sDR. Jamaluddin Hussin ketua penerangan PAS kawasan Sri Gading.
Setelah selesai pertunjukkan pengantin pun membahagi-bahagikan sumbangan kepada kanak-kanak yang hadir.
Selesai program sumbangan, kedua pasangan mempelai dan hadirin naik ke dewan markas untuk acara "Motivasi Keluarga Bahagia Berpayung Emas" yang dipimpin oleh Ust Akhwan pakar motivasi dari ADNIN Trainning Centre (Akdemi Didik Insan) didatang khas dari Pahang.
Program dimulai dengan bacaan doa selamat, ucapan Ketua Pemuda PAS kawasan Sdr Alias Sabu, ucapan kedua pengantin lelaki seterusnya motivasi pun bermula sekitar jam 10.15 malam dan diakhiri dengan penyerahan hadiah kepada kedua-dua pengantin.
Nota : Usop dan Pok Ding adalah Ahli Unit Amal Malaysia sebagaimana penulis.
Kesungguhan Abu Talhah walau sudah lanjut usia
Foto orang tua sekadar hiasan
Konsisten berjuang walaupun sudah berusia
Jiwo Kelate
Tengahari semalam selepas solat Zohor di Surau Pejabat Agung PAS, seorang Ustaz telah menyampaikan Tazkirah beliau mengenai Kisah Ummu Sulaim menanti keislaman Abu Talhah, antara yang dapat menarik untuk saya rakamkan di sini adalah Ustaz tersebut menceritakan ayat 41 Surah Taubah yang bermaksud:
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
Abu Talhah amat konsisten dengan perjuangan Islam. Beliau sentiasa bersedia untuk berjuang walaupun umur beliau sudah lanjut. Pada suatu masa, pada saat beliau sedang sakit, datanglah panggilan jihad.
Beliau meminta anak-anaknya mempersiapkan dirinya supaya beliau dapat keluar berjihad. Walau bagaimanapun, hasrat beliau ditentang oleh anak-anaknya.
Beliau pun membaca ayat 41 dalam surah at-Taubah yang bermaksud, “Berangkatlah kamu berjuang dalam keadaan ringan ataupun berat,” dan beliau tetap berkeras untuk keluar berjuang.
berjuang sejak zaman Rasulullah, Abu Bakar dan Omar
Anak-anaknya berkata, “(Ayah) telah berjuang pada zaman Rasulullah, Abu Bakar dan Omar dan sekarang giliran kami pula untuk keluar berjuang.” Akhirnya beliau diizinkan untuk belayar bersama-sama dengan tentera-tentera Islam untuk berperang.
Di tengah perjalanan, beliau meninggal dunia dan mayatnya hanya sempat ditanam sembilan hari selepas itu, apabila kawasan darat ditemui.
Namun yang anehnya, keadaan tubuh jasadnya tidak berubah sedikit pun semasa dikafani dan disimpan. Kisah ini disebutkan di dalam al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa.
Kesungguhan Abu Talhah dan konsistennya beliau dengan perjuangan Islam sepatutnya dicontohi oleh umat Islam pada hari ini.
Konsisten berjuang walaupun sudah berusia
Jiwo Kelate
Tengahari semalam selepas solat Zohor di Surau Pejabat Agung PAS, seorang Ustaz telah menyampaikan Tazkirah beliau mengenai Kisah Ummu Sulaim menanti keislaman Abu Talhah, antara yang dapat menarik untuk saya rakamkan di sini adalah Ustaz tersebut menceritakan ayat 41 Surah Taubah yang bermaksud:
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
Abu Talhah amat konsisten dengan perjuangan Islam. Beliau sentiasa bersedia untuk berjuang walaupun umur beliau sudah lanjut. Pada suatu masa, pada saat beliau sedang sakit, datanglah panggilan jihad.
Beliau meminta anak-anaknya mempersiapkan dirinya supaya beliau dapat keluar berjihad. Walau bagaimanapun, hasrat beliau ditentang oleh anak-anaknya.
Beliau pun membaca ayat 41 dalam surah at-Taubah yang bermaksud, “Berangkatlah kamu berjuang dalam keadaan ringan ataupun berat,” dan beliau tetap berkeras untuk keluar berjuang.
berjuang sejak zaman Rasulullah, Abu Bakar dan Omar
Anak-anaknya berkata, “(Ayah) telah berjuang pada zaman Rasulullah, Abu Bakar dan Omar dan sekarang giliran kami pula untuk keluar berjuang.” Akhirnya beliau diizinkan untuk belayar bersama-sama dengan tentera-tentera Islam untuk berperang.
Di tengah perjalanan, beliau meninggal dunia dan mayatnya hanya sempat ditanam sembilan hari selepas itu, apabila kawasan darat ditemui.
Namun yang anehnya, keadaan tubuh jasadnya tidak berubah sedikit pun semasa dikafani dan disimpan. Kisah ini disebutkan di dalam al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa.
Kesungguhan Abu Talhah dan konsistennya beliau dengan perjuangan Islam sepatutnya dicontohi oleh umat Islam pada hari ini.
Muhyiddin lebih utamakan SBT dari sekolah terbengkalai
Mana satu yang diutamakan oleh Muhyiddin ni, SBT atau projek sekolah yang tak siap-siap
SATU LAGI PROJEK SEBAT
KERAJAAN CADANG WUJUD KATEGORI SEKOLAH CERMERLANG –mStar
Kementerian Pelajaran bercadang untuk mewujudkan kategori sekolah cemerlang bagi memudahkan sekolah berkenaan mencapai tahap Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan cepat, kata Muhyiddin Yassin.
"Saya sedang memikirkan mungkin kita akan wujudkan kategori yang bukan SBT tetapi cemerlang. Kita ada ranking kesemua 10,000 sekolah, baik di Sabah, Sarawak dan Semenanjung dan tahu daripada jumlah itu di tahap mana prestasi sekolah-sekolah itu," katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, sekolah-sekolah ini akan dibimbing dan dibantu bagi mencapai kriteria yang diperlukan untuk menjadi SBT.
SBT DIHARAP WUJUDKAN PERSAINGAN SIHAT -mStar
KUALA LUMPUR: Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berharap Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) akan mewujudkan persaingan sihat di kalangan sekolah dalam usaha meraih status itu.
Presiden PIBGN, Prof Madya Dr Mohamad Ali Hassan berkata, SBT menjadi penanda aras dan sekolah contoh kepada yang lain dan usaha untuk tersenarai sebagai SBT mungkin menimbulkan tekanan kepada seluruh warga sekolah terbabit.
"Sehubungan itu, sebagai warga SBT yang menjadi "role model" kepada sekolah-sekolah setempat, sepatutnya menjadi "mentor" yang berkesan kepada sekolah-sekolah lain terutama di kawasan setempat supaya dapat mengikut jejak mereka (SBT)," katanya.
LAGI SEKOLAH TERBENGKALI - melayau
Masalah projek sekolah ‘sakit’ atau terbengkalai di negara ini bukanlah satu isu baru. Ia masih berlaku dari semasa ke semasa walaupun pelbagai langkah sudah diambil bagi memastikan perkara itu tidak berulang.
Sama seperti isu rumah terbengkalai, projek sekolah terbengkalai juga memberikan kesan langsung kepada masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Ulasan TT
KAH KAH KAH..
kah kah kah… SBT INI APA ?... BUNYI MACAM NAK SEBAT AJE ?... kah kah kah..
woit…. BETULKAN SEKOLAH YANG TERBENGKALAI INI DULU…kah kah kah..
woit... NAK TARAF DUNIA KEPALA BANA APA... YANG TAK SIAP SIAP INI APA HAL..kah kah kah
woit… INI PROJEK SEBAT DUIT RAKYAT…. kah kah kah..
woit… MACAM MANA PROJEK TAK SIAP… kah kah kah…
woit… SIAPA KONTREKTOR… MACAM MANA TENDER KELUAR…kah kah kah…
nota:
apa jadi dengan sekolah bistari
tak kan semua sudah habis lari kah kah kah
apa jadi dengan sekolah kluster
tak kan semua sudah kena gam plaster kah kah kah..
Rabu, 27 Januari 2010
Mahathir kecundang dengan Soros yahudi - Bangkok post
Foto Tun Mahathir dan musuh ketatnya George Soros
Bagaimana Mahathir Kalah Bertarung Dengan Seorang Yahudi Bernama Soros
Tulang Besi
Tulisan ini diambil dari Bangkok Post. Ia ditulis oleh George Soros sebagai menjawab tuduhan Dr Mahathir bahawa Soros bertanggungjawab menjatuhkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997. Malangnya, tulisan Soros tidak pernah disiarkan dalam akhbar Malaysia.
“I am sure you still can get your 20%. You called me a Moron . How can a Moron make so much money.. By allowing short selling and borrowing millions of share from your banks we fund managers made millions out of your inexperience and poor regulations. You lose all Malaysians’ money, therefore you are the Moron … Now you know too late and start crying over spilt milk.”
lebih kurang maksudnya
"Saya yakin anda masih boleh mendapatkan 20%. Anda menyebut saya tolol. Bagaimanakah seorang Moron membuat begitu banyak wang .. Dengan membiarkan jualan singkat dan meminjam jutaan saham daripada bank anda, pengurus dana kami membuat keuntungan jutaan daripada ceteknya pengalaman anda dan peraturan yang lemah. Anda kehilangan semua wang rakyat Malaysia, maka anda adalah Moron ... Sekarang anda tahu terlalu terlambat dan mulai menangisi susu yang tumpah.
Soros menyalahkan Kerajaan Malaysia kerana tidak tahu membuat peraturan yang berkesan menyebabkan “Fund Managers” seperti George Soros dapat membuat keuntungan yang berlipat-lipat kali ganda.
projek-projek korupsi
Soros juga menyalahkan Dr Mahathir kerana telah menghabiskan lebih USD 30 billion melalui projek-projek korupsi dan tidak berfaedah. Bagi Soros, itu adalah sebab sebenar ekonomi Malaysia jatuh pada tahun 1997.
Tujuan saya mengeluarkan surat ini adlaah untuk menunjukkan bahawa kaum Yahudi sememangnya makmur dengan perniagaan pasaran dan spekulasi dunia. Namun, umat Islam sendiri tidak mampu untuk membangun ekonomi dengan bijak dan memandang ke hadapan. Juga, Umat Islam tidak mampu untuk mengeluarkan diri mereka dari kengkangan korupsi dan nepotisma.
Akhirnya, segala korupsi dan nepotisma hanya akan memenangkan serta menguntungkan musuh Islam. Kalau kita hendak menang dalam berlawan dengan musuh Islam, Yahudi dan Nasrani, maka kita harus mampu memerangi korupsi dan nepotisma dalam masyarakat dan kerajaan kita dahulu.
Segala cakap2 Mahathir yang anti Yahudi dan Anti Barat semuanya sia-sia kerana kekotoran yang dilakukan Mahathir telah menyebabkan musuh kita mudah mengalahkan kita.
papa kedana
PAra Sahabat Nabi SAW miskin dan papa kedana tapi mampu menjatuhkan Empayar PArsi dan 4/5 Empayar Rom Timur dalam masa kurang dari 20 tahun.
Ladang Felda semak samun
Foto atas semak macam dalam hutan, foto bawah adalah lokasi yang sama pada tahun 2008
ANTARA DUA ZAMAN
http://gayapeneroka.blogspot.com
Hari isnin yang lepas ahli blog datang jumpa, ajak pergi ladang katanya nak ambil gambar ladang kerana ladang semak..."Mar...ko ketua blog tahu tak ladang kita semak..?"...saya jawab .."tau...tapi tak lah semak melampau..."
"Ha...hari ini aku nak ambil gambar dan ko tolong cuci kerana aku nak bagi pada Bos Besar Felda..."katanya.
"husss....gawat gayanya ni...." dalam hati ku....
Rumusanya inilah gambarnya perbezaan antara tahun 2008 dengan tahun 2010. pada tempat yang sama atau ladang sama.
Tapi kalau fikir lama-lama...memanglah ....ladang usia 1-3 tahun memang mudah naik rumput
Bapa penyanyi Fazley dikaitkan dengan hutang BN
Foto Dr Fazley yang merupakan seorang penyanyi dan sekarang lebih menumpukan kepada bidang motivasi
Saman RM546 Juta : BN lepas tangan, ayah penyanyi Fazley jadi kambing hitam
http://syukran.wordpress.com/
Ngeri sungguh jadi Setiausaha Kerja (SUK) Barisan Nasional, bila Syarikat Pentas Permata Sdn Bhd (PPSB) mengemukakan saman, dengan begitu mudah mereka hantar afidavit yang mengatakan :
“BN bukanlah pihak yang bersalah untuk disaman dan saluran betul ialah menerusi setiausaha kerjanya”.
Menurut Bernama, PPSB memfailkan saman itu pada 7 Disember 2007, terhadap BN kerana menamatkan kontrak bertarikh 5 Januari 2006 untuk membekal dan memasang papan iklan pengiklanan di kawasan terbuka bagi mempromosikan BN.
Syarikat itu, yang dilantik sebagai ejen untuk memasang papan iklan tersebut untuk BN, menamakan BN yang diwakili pada ketika itu setiausaha kerjanya Datuk Yaakob Mohammad sebagai defendan.
PPSB dalam pernyataan tuntutan, antara lain mendakwa bahawa menurut kontrak itu, BN berhak menamatkannya pada bila-bila masa dalam masa enam bulan ketika ia ditandatangani tetapi notis penamatan kontrak tersebut dikeluarkan selepas enam bulan.
kerugian
Syarikat itu mendakwa bahawa ia mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM546,552,800 akibat tindakan itu dan memohon amaun pembayaran balik, kos, faedah dan relif lain yang wajar diputuskan mahkamah.
Bagi saya, tindakan PPSB betul dan BN kena bertanggungjawab secara kolektif, bukannya menjadikan SUK, Datuk Yaakob yang juga ayah kepada penyanyi terkenal Fazley sebagai kambing hitam.
Memanglah dia yang jadi wakil untuk menguruskan perkara itu. Tetapi semua keputusan tidak dibuat oleh beliau sendiri. Pengerusi BN masa itu (Pak Lah) juga patut dipertanggungjawabkan.
Datuk Yaakob juga adalah orang kuat Umno iaitu parti yang pernah disaman sebanyak RM RM218 juta oleh syarikat pembekal barangan pilihan raya, Elegant Advisor Sdn. Bhd kerana enggan membayar kos penyediaan barangan kempen Pilihanraya 2004.
Terharu sehingga menitiskan air mata : Adun Triang
Foto Leong dua dari kanan dalam majlis di Chukai
Adun Triang menitiskan air mata mengenangkan sokongan Presiden PAS
Buletinonline
KEMAMAN 26 Jan: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Triang, Pahang dari parti DAP, Encil Leong Ngah Ngah, menitiskan air mata apabila mengenangkan kesahnya dengan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
”Saya menangis bila ingat kesah dengan Tok Guru Hadi Awang, waktu itu sepuluh tahun lalu, Tok Guru pergi ceramah di tempat saya di Triang, semua orang Melayu, saya satu orang Cina,”katanya memulakan ucapan pada Majlis Makan Malam bersama Masyarakat Tionghua DUN Chukai, disini Sabtu lalu, 23 Januari.
Menurutnya, pada waktu itu Umno berkempen dalam memperjuangkan ketuanan Melayu dan memburuk-burukkan orang Cina, khususnya DAP.
Katanya, Umno sedang bersiap sedia untuk membawa 10,000 orang pemudanya ke Kuala Lumpur, bagi menunjukkan kekuatan.
”Tok Guru Hadi Awang kata, dia jamin keselamatan orang Cina, dia kata kalau Umno bawa 10,000 orang pemuda untuk melakukan sesuatu kepada orang-orang Cina, beliau akan mengerahkan 10,000 pemuda PAS, melindungi orang Cina,”ujar Leong, dihadapan 150 orang Tionghua yang hadir pada malam tersebut.
Oleh itu, beliau berterima kasih kepada orang-orang PAS khususnya dalam kawasan DUN Triang.
”Orang-orang PAS banyak tolong saya, sejak mula-mula saya bertanding, orang PAS yang banyak tolong, tidak minta upah dengan saya walau satu sen pun,”terang Leong lagi.
Justeru beliau berharap Pakatan PAS dan DAP serta PKR akan kekal bersama Pakatan Rakyat, bagi masa depan Malaysia yang lebih baik.
”Pada tahun 1999, saya mula nampak satu harapan, saya kata harapan Malaysia masih ada, apabila pada tahun itu, semasa pilihanraya wanita (muslimat) PAS minta bendera DAP dan wanita DAP tidak takut pegang bendera PAS,”katanya.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Penolong Setiausaha PAS Terngganu merangkap Pengarah DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat, ADUN Simpang Pulai, Cahn Ming Kai dan Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing. --Buletinonline.net
Selasa, 26 Januari 2010
40 peratus Melayu sokong Nizar
PAS mempunyai sekurang-kurangnya 40% sokongan di Perak dari kaum Melayu
oleh Wong Choon Mei
Ipoh, Feb 26: Menteri Besar Pakatan Rakyat dari PAS Perak DS Ir Nizar Jamaluddin berkata pihaknya masih memiliki minima 40 peratus sokongan daripada pengundi Melayu di negeri Perak, mengabaikan spekulasi bahawa kerajaan Pakatan mungkin akan kehilangan kerusi dalam Pilihanraya Negeri yang diramal akan diadakan secara mengejut.
"Kami sangat yakin dengan kemenangan dan kerana itulah mengapa kami berniat untuk menelefon untuk mengadakan pilihanraya semula saat ini kita boleh melakukannya. Tidak seperti UMNO, Itulah sebabnya mereka tidak berani meminta diadakan pilihanraya ulangan, "kata Nizar kepada Harakahdaily.
Kajiselidik dalaman terbaru oleh PAS memperlihatkan sedikit perubahan dalam sentimen terhadap pengundi Melayu, Walaupun pendapat yang dilakukan oleh Merdeka Centre dan Universiti Malaya mencadangkan hal itu mungkin kerana kehilangan 7-8 peratus daripada para pengundi.
"Kami menghormati pandangan-pandangan mereka tetapi kita juga mempunyai kepercayaan dalam kajian kami sendiri," kata Nizar, ADUN Pasir Panjang, yang juga ahli parlimen Bukit gantang.
Bekas negeri yang kaya dengan hasil perlombongan timah memiliki penduduk campuran lebih daripada 2 juta, yang 54 persen atau 1,1 juta adalah Melayu, 32 peratus orang China, 12 peratus bakinya India dan ras-ras lain.
Jika PAS boleh mempertahankan pangkalan sokongan daripada 40 peratus pengundi Melayu, maka peluang mengambil kembali kerajaan negeri sangat cerah. Malah, pandangan pakar mengharapkan Pakatan - yang juga terdiri daripada multi-kaum DAP dan PKR - untuk menyapu bersih kawasan campur dalam pilihan raya , di mana non-Melayu membentuk kadar yang besar daripada keseluruhan penduduk.
Meningkatkan taraf hidup di kawasan luar bandar Melayu
Menurutnya, Pakatan menyediakan perancangan untuk mengatasi masalah kemiskinan sebahagian besar kawasan luar bandar terutama bangsa Melayu Perak, dan juga memperkenalkan program-program untuk menyuntikkan saranan dan prasarana yang moden sehingga mereka boleh mengejar dari ketinggalan dengan kawasan bandar.
"Banyak tempat seperti ini Larut dan Trong dan kelihatan seperti mereka masih di era pra-kemerdekaan. Mereka benar-benar dikesampingkan dan diabaikan oleh UMNO-BN dalam rancangan pembangunan negara, "kata pemimpin yang berusia 52 tahun itu.
"Kami bermaksud untuk memperbaiki hal ini dengan mengagihkan semula sumber negara yang lebih adil dan berkesan, pertama dengan cara membantaras kebocoran akibat rasuah."
Di bandar, di mana sebahagian besar penduduk non-Melayu, yang Pakatan akan mengumumkan strategi yang ramah perniagaan untuk memberikan semua kesempatan yang sama untuk berjaya.
"Kami akan Melaksanakan dimensi baru, maka akan ada pertukaran paradigma. Tidak ada lagi strategi pelaburan yang basi, tidak akan ada korupsi dalam perlaksanaan sesuatu projek" kata Nizar.
"Mereka yang meragukan kemampuan kita untuk membawa kemajuan hanya perlu untuk melihat kejayaan dan kecerdikan program sijil tanah kami. Kami serius dan profesional yang dapat menyelesaikan pekerjaan dengan baik. Jika kita telah dibenarkan untuk meneruskan, sekarang ini, kita akan mempunyai menyelesaikan target 150,000 memberikan geran kepada orang miskin dan golongan tak berumah. "
Pakatan tidak akan duduk dan goyang kaki
Nizar adalah Mentri Besar sebelum rampasan kuasa direkayasa oleh Perdana Menteri Najib Razak Pakatan yang menggulingkan kerajaan negeri pada Februari 2009.
Tuntutan Legaility Nya mencabar pemimpin UMNO-BN Zambry Kadir sebagai penggantinya akan ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari.
Tetapi jika ia hak kami ini tidak dikembalikan oleh mahkamah, Nizar mengatakan Pakatan tetap akan sepenuh tenaga merencana pembangunan semula kawasan luar bandar.
"Jika saya memenangi kes mahkamah, saya akan tetap meminta pilihanraya semula. Jika Pakatan menang dalam pilihan raya, kita akan tetap menemukan cara untuk penyelarasan dengan sektor swasta untuk membiayai program-program, "tegasnya.
"Sekarang, kami mempunyai 28 ADUN dan kami tidak akan duduk dan goyang kaki. Menang atau kalah, kita harus bekerja dan pekerjaan kami adalah untuk melayani kawasan pilihan raya dan kita mencari idea dan cara mereka untuk membawa perubahan dan pembangunan yang mereka inginkan. "
Yakin
Saat ini, Pakatan mempunyai jumlah yang sama 28 kerusi sebagai UMNO-BN. Namun, ada juga tiga ADUN bebas - statusnya mereka masih rujuk di mahkamah - yang telah menyatakan setia dengan BN.
Nizar juga Dinyatakan optimis tentang risiko dengan keputusan Mahkamah Persekutuan, Walaupun keprihatinan luas bahawa saya mungkin tidak mendapat keputusan yang adil berdasarkan rekod condong kepada tekanan politik dari elit yang berkuasa.
"Secara moral dan undang-undang, kita berada di kanan. Jadi saya sangat yakin bahawa aku dapat memenangi kes mahkamah, "katanya.
"Masalahnya ialah mungkin ada faktor lain yang terlibat. Jadi kita harus berdoa untuk memohon bimbingan Allah bahawa para hakim dan semua akan dipandu oleh hati nurani yang baik, niat yang baik dan kebijaksanaan. "
maaf terjemahan kurang baik : Hamdan
Isnin, 25 Januari 2010
PPD, pegawai bahagaian pertukaran dan Guru Besar tahan gaji guru kena saman
RM1.5 JUTA...CIKGU MENYAMAN
Suami Isteri Saman Pegawai Pendidikan Kedah RM1.5 Juta
ALOR SETAR, 24 Jan (Bernama) -- Sepasang guru menyaman dua bekas guru besar mereka dan seorang pegawai Jabatan Pendidikan Kedah berjumlah RM1.5 juta kerana mendakwa dianiayai menyebabkan mereka menghadapi masalah mental dan tekanan yang dahsyat.
Mohd Afandi Abdul Hamid, 39, dan isterinya, Roziaini Mohd Rozi, 38, menamakan Munajat Tamrin sebagai defendan pertama manakala Noriah Murad dan Abdul Aziz Hanifa, masing-masing defendan kedua dan ketiga.
konspirasi
Mohd Afandi selaku plaintif pertama munajat dan isterinya plaintif kedua mendakwa wujud konspirasi antara ketiga-tiga defendan untuk menyebabkan tekanan dan penderaan mental kerana ketidakpuasan hati mereka terhadap beliau dan isterinya.
Guru tersebut yang kini mengajar mata pelajaran Agama Islam di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perdana selepas dipindahkan dari SK Iskandar, Alor Setar memfailkan saman tersebut bersama peguamnya di Mahkamah Tinggi Alor Setar pada Ahad.
menghalang pertukaran
Mengikut writ saman, defendan pertama yang terlibat dengan pertukaran guru-guru sekolah di Kedah didakwa menghalang pertukaran plaintif kedua.
Bagaimanapun dengan bantuan kerajaan negeri pada masa itu, plaintif kedua berjaya dalam permohonan pertukarannya dan dipercayai menyebabkan defendan pertama merasa dirinya tercabar.
pergerakan gaji ditahan
Selepas bertukar ke SK Alor Setar, plaintif kedua mendakwa defendan pertama dan defendan kedua yang merupakan Guru Besar sekolah beliau mengajar berkonspirasi untuk menganiaya beliau menyebabkan pergerakan gajinya ditahan.
Plaintif kedua yang kini mengajar di SK Tunku Raudzah, Alor Setar juga dikatakan dituduh oleh defendan kedua gila hanya kerana beliau pada masa itu mendapatkan rawatan pakar pskiatri.
Plaintif pertama pula mendakwa defendan pertama berkonspirasi dengan defendan ketiga iaitu Guru Besar SK Iskandar, tempat beliau mengajar untuk meneruskan 'serangan' terhadap mereka.
Selain itu plaintif pertama diarahkan oleh defendan ketiga untuk mengajar mata pelajaran yang tiada kaitan dengan bidangnya, dihalang melatih pasukan ragbi sekolah dan menahan pergerakan gajinya selama satu setengah tahun.
mewujudkan suasana tekanan
"Perbuatan ketiga-tiga defendan berpakat untuk mewujudkan suasana tekanan mental dan tekanan serta memburukkan kami tersebar luas khususnya di kalangan guru menyebabkan kami mengalami kemurungan yang dahsyat," kata Mohd Afandi.
Mereka menuntut ganti rugi sebanyak RM500,000 daripada defendan pertama dan kedua; ganti rugi teladan RM500,000 daripada defendan pertama dan ketiga; ganti rugi teladan RM500,000 daripada defendan pertama; permohonan maaf secara terbuka; faedah sebanyak 8 peratus sehingga kes selesai, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh Mahkamah.
Dulu PPD pun tak nak ngaku salah bila kes murid India hanyut di Kuala Dipang...
PAS merosot dalam Isu nama Allah atau sebaliknya
PAS dan nama Allah
Oleh Zulkifli Sulong
Ketua Pengarang Harakahdaily
“75 peratus orang Melayu menolak pandangan PAS yang mengizinkan Kristian menggunakan nama Allah. Hanya 25 pertaus sahaja menyokongnya. Di kalangan bukan Melayu pula, 90 peratus menyokong PAS manakala 10 peratus sahaja menentangnya.”
Inilah kenyataan yang saya temui hari ini. Ia berdasarkan analisa rambang yang dibuat oleh beberapa pihak ekoran isu nama Allah.
“Jika begitu kedudukannya, PAS akan kalah di semua kerusi yang ditandinginya,” kata saya kepada pihak yang memberikan maklumat itu kepada saya. Analisa saya kepada maklumat itu adalah:
75 peratus dari 60 peratus orang Melayu akan mengundi Umno. Hanya 25 peratus sahaja akan mengundi PAS. Ini bermakna, PAS hanya akan mendapat 15 peratus pengundi kelompok ini.
PAS akan mendapat 36 peratus dari 40 peratus pengundi bukan Melayu di Malaysia. Ini bermakna, jumlah undi yang diperolehi PAS adalah 51 peratus berbanding dengan Umno 49 peratus dari seluruh kelompok masyarakat negara ini.
Jika begitu kedudukannya, walaupun PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Malaysia tetapi PAS akan kalah di kesemua kerusinya kerana PAS hanya bertanding di kawasan Melayu majoriti melebih 70 peratus.
Inilah dilema PAS... kalau dilihat kepada senario hari ini.
fakta sebenar
Namun, saya melihat dari perspektif berbeza. Benar inilah senario hari ini tetapi bukannya senario hari esok dan hari-hari seterusnya. Ini kerana, senario hari ini berlaku berdasarkan emosi orang Melayu dan bukan berdasar fakta sebenar kenapa PAS bertindak sedemikian dalam isu nama Allah ini.
Secara ringkasnya, pendirian PAS dalam isu nama Allah adalah:-
1) PAS setuju tidak salah agama Kristian menggunakan nama Allah kerana semua agama Samawi sememangnya menggunakan nama Allah untuk Tuhan mereka.
2) PAS tidak mahu nama Allah disalahgunakan untuk tempat-tempat yang tidak sewajarnya.
Jelas apa yang diputuskan oleh PAS adalah berdasarkan Islam yang menjadi dasar PAS selama ini. Keputusan itu tidak dibuat PAS kerana kepentingan politik atau kerana emosi para pemimpinnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam itu. Ia pula dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS selepas berbincang dan bermesyuarat.
bersatu hati
Dan buat pertama kalinya selepas isu unity government, para pemimpin utama PAS bersatu hati dalam tindakan mereka. Kalau selama ini kelihatan semacam ada kumpulan-kumpulan dalam PAS, isu nama Allah telah menyatukan mereka kembali.
Pemimpin yang membuat kenyataan berbeza dari keputusan 12 Jan itu juga bertegas, pandangan mereka sebelum itu adalah pandangan pribadi. Kini pandangan mereka adalah sama dengan pandangan parti yang diputuskan 12 Jan itu.
Terbukti kini secara perlahan-lahan, PAS telah membuat keputusan yang tepat dengan keperluan parti dan keperluan negara sebenarnya. PAS bukan lagi parti kampung atau parti keagamaan sempit tetapi parti yang meletak kepentingan negara didepannya.
kalau PAS menentang
Bayangkan jika PAS berpendirian menentang keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Kristian menggunakan nama Allah itu. Saya yakin, kalaulah PAS mengambil keputusan itu, bukan lapan gereja yang menjadi mangsa “vandalism”. Bahkan, berpuluh-puluh gereja yang bakal menjadi mangsa. Ia bukan lagi dinamakan “vandalism” tetapi serangan berdasarkan “jihad agama”.
Saya katakan semua ini kerana sememangnya perasaan curiga di dalam masyarakat antara Islam dan Kristian ini sudah lama ditanam. Siapa yang menanamnya tidak diketahui. Yang pasti, ia umpama “fitnah” yang sedang tidur. Jika ia digerakkan, maka akan bangunlah ia.
Oleh itu, sesiapa yang masih tidak bersetuju dengan keputusan PAS ini perlu berfikir sekali lagi. Fikiran itu hendaklah dibuat dengan rasional dan berdasarkan sikap terbuka, bukannya emosi. Apakah yang PAS buat itu betul atau salah.
Benar, Umno menggunakan segala organ dan jentera yang dikawalnya untuk mempengaruhi masyarakat agar memihak kepada pemikiran sempitnya iaitu menentang permohonan Kristian itu. Ia bertujuan untuk memberitahu rakyat Umnolah pejuang agama sebenar. PAS (kononnya -GB) hanya memperalatkan agama bukannya pejuang agama.
mimbar jumaat dan istana
Antaranya Umno menggunakan platform yang paling ampuh di kalangan orang Melayu iaitu mimbar Jumaat dan Istana untuk mempengaruhi emosi dan pemikiran orang Melayu.
Minggu lepas, sekurang-kurang hampir semua mimbar Jumaat di semua masjid dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membaca teks khutbah yang dibekalkan oleh pihak berkuasa agama yang dikawal kerajaan. Dalam khutbah itu, dibahaskan betapa tidak wajarnya Kristian dibenarkan menggunakan perkataan Allah. Ini kerana Kristian tidak percaya kepada Allah yang satu tetapi trinity.
Di Selangor, pihak berkuasa agama negeri mengeluarkan titah Sultan Selangor melarang nama Allah digunakan oleh agama Kristian.
Namun, ia tidak membawa kesan yang besar. Ini kerana, kewibawaan ulama PAS dalam hal agama ini jauh lebih baik. Bayangkan jika PAS juga bersama mereka... hancurlah negara.
Rabu, 20 Januari 2010
Penipuan gred buah kelapa sawit
Felda diarah bayar RM11 juta kepada peneroka
Mahkamah Persekutuan hari ini enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar RM12 juta kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.
Kira-kira 600 orang, termasuk keluarga peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan, yang memenuhi dewan mahkamah di Putrajaya, gembira menerima keputusan mahkamah tersebut.
gembira
Pengurus tanah rancangan tersebut yang telahpun meninggalkan dunia, telah menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka.
Panel tiga orang hakim yang diketuai oleh Tun Zaki Azmi, sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.
“Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan,” kata Zaiki dalam penghakiman lisannya.
Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.
Ekoran keputusan itu, maka 354 peneroka masing-masing dijangka mendapat antara RM25,000 dan RM30,000.
Mereka diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff.
Sumber: Malaysiakini.com
Selasa, 19 Januari 2010
Sejarah Asal-usul Melayu masih misteri
Foto klasik sampan melayu
Benarkah Melayu orang penduduk asal semenanjung.
Ini benar sejarah Malaysia. Ini berasal dari pasukan antropologi dari salah satu universiti Australia. Setakat yang saya tahu, itu asli, mengingat dari mana asalnya. Kena baca dan lihat apa yang boleh kita simpulkan.
HARI INI DALAM Sejarah
Kebenaran Revealed (dengan bukti)!
Pada bulan Jun 1998, kerajaan Malaysia telah menyewa sebuah kumpulan ahli dari seluruh dunia akan berkumpul di sini di Malaysia untuk sebuah projek penyelidikan yang selaras dengan sejarah kajian yang kami lakukan di sekolah menengah. Objektif daripada kajian ini adalah sederhana:
Objektif kajian
1. Untuk mencari bukti dan bukti-bukti yang menunjukkan orang melayu penduduk asal Malaysia dan mereka adalah perkauman dan agama pertama yang mendarat kaki mereka di Malaysia.
2. Untuk lebih mengukuhkan tuntutan mereka, pertama-tama mereka harus menemukan kubur daripada Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu dan lain-lain ... untuk menunjukkan kewujudan mereka sebagai perintis.
3. Batu Bersurat di Terengganu, mendedahkan bahawa agama Islam telah mendarat di Malaysia selama lebih dari tujuh ratus tahun yang lalu yang mana lebih mengukuhkan pendapat mereka.
Hang Tuah
Sejak Tahun 1999 (kalau saya tidak salah) atau tahun 2000, pengajian mereka tentang Hang Tuah lagi? Mengapa subjek yang popular hilang dalam tindakan? atau bukti menunjukkan sesuatu yang lain yang menyebabkan tindakan menghentikan silabus dan menyembunyikan fakta yang benar? Berikut adalah Bukti-bukti daripada penemuan oleh pasukan saintis, arkeolog, sejarawan dan kakitangan teknikal lain daripada Amerika Syarikat, Inggeris, Jerman, Canada, Yemen & Russia.
Bukti adalah:
1) Mereka akhirnya menemukan kubur Hang Tuah, Hang Jebat dan lain-lain, rangka mereka telah analisa dan sampel DNA yang diambil dengan keputusan menunjukkan:
Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu dan pasangan bukan berbangsa melayu! Mereka berasal keturunan cina muslim dari Tanah Besar China!
Kenapa mereka berada di Melaka? Jika anda kembali dalam sejarah, anda akan tahu bahawa mereka berada di sebuah misi untuk melindungi raja melaka daripada serangan oleh Kerajaan Siam (Thailand).
upahan
Jadi Hang Tuah bukan pahlawan Melayu! Mereka adalah upahan dan mereka tak perlu berterima kasih kepada Parameswara (yang berasal dari Sumatra) yang mendarat di Melaka dan mendakwa bahawa tanah melaka itu miliknya!
Hang Tuah dan teman-teman semua dari China, mereka sedang ditugaskan membantu Raja Melaka iaitu Parameswara yang meminta Maharaja Dinasti Ming untuk perlindungan!
Oleh kerana itu, warisan sejarah yang kaya daripada Baba & Nyonya sedang erat berkaitan dengan Laksamana Zheng He (Cheng Ho) yang kebetulan adalah seorang Muslim China sendiri! Itu sebabnya rangkaian sejarah Hang Tuah HILANG dari sejarah Malaysia sekarang.!
Nota: Ingat Puteri Hang Li Poh? - Semua nama keluarga 'HANG'
2) Para penyelidik yang disewa oleh kerajaan mendapati tertua nisan (kubur) di Kelantan pada tahun 2000.
Anehnya, batu nisan setidaknya 900 tahun! Lebih tua daripada yang disebut Batu Bersurat dan yang menarik adalah bahawa mereka semua berasal dari CINA!
Jika anda ingin bukti kebenaran daripada apa Penelitian menunjukkan, silakan menulis surat kepada Persatuan Federal Arkeologi & Penyelidikan dari Michigan, Amerika Syarikat.
Ini adalah alasan yang baik untuk mengingatkan bumiputra TIDAK untuk meminta China atau India untuk kembali ke tanahair ibunda mereka kerana mereka ada bukti menunjukkan bahawa orang melayu itu BUKAN orang asal tanah melayu!
"Pencari Kebenaran 'mengabadikan sejumlah kesalahan umum mengenai Parameswara dan hal-hal lain.
Nota sejarah yang merujuk pada atribut Parameswara sampai 3 sumber:
1. Portugis Gordinho D'Eredia, seorang pelaut Portugis dan seorang wanita dari Melaka Makasar, Referrer (circa 1600) dalam tulisan-tulisannya ke Melaka penguasa disebut 'Permicuri. " Tidak banyak maklumat lanjut muncul dari sumber ini. Sejarah Melayu misalnya, tidak menyebutkan suatu Parameswara sama sekali.
2. Tom Pires Para pelaut Portugis yang tinggal di Melaka, yang dimaksudkan dengan 'Xaquem Darxa' dan 'Modafarxa' dalam Suma Oriental 1513.
3. China Dinasti Ming (1368-1644) arkib mempunyai nota daripada lawatan ke Nanking daripada para utusan dan penguasa Melaka.
Ini adalah:
(a) Pai-li-mi-su-la di 1405
(b) putranya Mu-kan-sa-yu-ti-eh-sha pada 1414 dan
(c) cucunya Hsi-li-ma-ha-la-che di 1424
Ini kunjungan ke China dan istana Maharaja Yung-Lo harus membayar ufti kepada China dan mencari perlindungan dari serangan Siam. Masing-masing tiga di atas telah maksudkan sebagai:
(a) Parameswara
(b) Megat Iskandar Shah
(c) Sri Maharaja
Kedua lawatan ke China pada 1414 dan 1424 juga untuk melaporkan kematian dan Megat Parameswara Iskandar Shah masing-masing, dan untuk menegaskan kembali hubungan erat antara China dan Melaka.
Ketiga Penguasa dari Melaka dan mereka masing-masing utusan melakukan perjalanan ke China di salah satu kapal Laksamana Zheng He's (Cheng Ho) beberapa armada kapal-kapal.
Parameswara masuk Islam
Hal ini jelas daripada nota-nota yang pernah Parameswara masuk Islam. Dia adalah orang India Hindu atau India atau bangsa Melayu atau Melayu orang asli campuran Hindu yang meninggalkan Palembang di Sumatra untuk akhirnya menemukan Melaka sekitar tahun 1400 AD.
Saat itu nama Sri Maharaja yang diubah sendiri dan ramai dikalangan orang istana Melaka masuk Islam, dan sebagai hasilnya tercatat nama Sultan Muhammad Shah (mungkin 'Modarfaxa' Tom Pires) suatu masa selepas 1435.
Megat Iskandar Shah dianggap telah menukar namanya selepas berkahwin dengan seorang putri Kerajaan Pasai, nama 'Megat' menandakan sebuah perkahwinan antara orang biasa dan salah satu kerajaan yang berkuasa.
ragu-ragu
Tetapi penukaran kepada Islam yang ragu-ragu, mengingati bahawa anaknya masih menggunakan nama hindu iaitu Sri Maharaja dan kerananya, kemungkinan ada isteri lain yang bukan Melayu dan bukan Islam.
Keterangan mengenai Parameswara dan kejayaan menguasai takhta Melaka diselesaikan secara definitif oleh Profesor kita sendiri iaitu Wang Gungwu dalam makalahnya "The First Tiga Penguasa dari Melaka 'diterbitkan pada tahun 1968.
Ini adalah asas di mana subjek sejarah di sekolah sekarang mengenai Kesultanan Melaka.
Raja Chulan
Berkenaan dengan Raja Chulan, kita dapat mengambil sikap yang lebih jelas, iaitu tanpa bayangan keraguan, ini adalah merujuk kepada Raja Chulan atau Cholan dari Bangsa Chola (abad ke 7-13 Masihi) dari India Selatan.
Yang paling terkenal adalah Raja Hindu dari India iaitu Rajaaraja Raja Chola dan anak lelakinya Rajendra Chola yang menyerbu selatan Siam, Kedah, Perak, Johor dan Sumatera pada sekitar 1000 Masihi.
Berkenaan dengan lagenda Hang Tuah dan persoalan asal-usul keturunannya, saya percaya bahawa kita telah dikelirukan dan faktanya ialah Hang Tuah dan sahabatnya adalah tentera upahan berketurunan Cina Muslim.
ujian DNA
Bukti telah disahkan oleh ujian DNA. Tuntutan seperti itu boleh ditemui di Internet dan merujuk kepada sumber, iaitu., Persatuan Persekutuan Arkeologi dan Penyelidikan dari Michigan, Amerika Syarikat.
Ada juga sebuah hipotesis bahawa 'Hang' dikaitkan dengan Putri China Hang Li Po dari China yang berkahwin dengan Sultan Mansur Syah Melaka pada 1459.
Tetapi tidak ada cara yang ditawarkan oleh bukti oleh mereka yang menyokong pemikiran ini. Apa yang benar adalah bahawa sejarah Hang Tuah ditiadakan di buku teks sejarah sekolah. Kementerian Pelajaran sepatutnya menjawab misteri ini.
Tapi apa yang benar-benar menyedihkan adalah bahawa anak-anak kita diajarkan di dalam sejarah Malaysia seolah-olah tahun 1400 tiba-tiba tertubuh kerajaan Melaka yang sultannya beragama Islam.
Mana pergi sejarah pengaruh budaya India dan China di Asia Tenggara sepanjang lebih dari 2000 tahun, mungkin bermula dengan kedatangan orang India dari Brahmanical pangeran / sarjana Aji Saka di Jawa pada AD78, melalui ke Vietnam, Kemboja (Indo China), Thailand, Burma, Indonesia, Bali, Kalimantan, Brunei dan seterusnya.
buruh
Kami dipaksa untuk percaya bahawa orang India dan China pertama kali tiba di pantai Malaysia pada sekitar 1850 sebagai buruh, petani dan pekerja upahan.
Tidak boleh menutup kebenaran. Penemuan binaan di Lembah Bujang adalah berkaitan dengan India kuno / Hindu di Kedah. Ada penempatan cina di Pahang dan Kelantan sekitar 13-kurun ke-14 dan di abad ke-12 di Singapura. Kesultanan Brunei awalnya dipunyai oleh Ratu China. Bukti yang tidak boleh ditolak ialah terbinanya Angkor Wat dan Borobudur dan bahawa 40% -50% daripada Bahasa Melayu terdiri daripada sanskrit barasal dari Tamil.
Waktunya telah tiba bagi kita untuk mencatat sejarah kita sebagai fakta kepada kita dan tidak seperti yang kita ingin berharap anda. Kebenaran akan pernah menyakiti siapa pun. Kebohongan, akan selalu begitu.
Bagaimana Tanah Melayu Tergadai
MELELEH AIR LIOR CUKONG MELIHAT TANAH PENJARA PUDU
YTL TERIKAT DENGAN PERJANJIAN - melayau
Syarikat pemaju, Yeoh Tiong Lay (YTL) tidak boleh membangunkan apa jua jenis pembangunan komersial lain di kawasan yang telah diperuntukkan untuk pembangunan rumah kos rendah di Kampung Railway, Sentul.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan berkata, ini kerana syarat menetapkan sebahagian kecil kawasan pembangunan perumahan adalah untuk rumah kos rendah dan sederhana.
“Sudah termaktub dalam perjanjian iaitu setiap pembangunan khususnya melibatkan pihak swasta, 30 peratus daripada kawasan untuk pembinaan rumah kos rendah dan sederhana.
“Oleh sebab itu, mana-mana pemaju termasuk YTL harus mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
“Mereka tidak boleh membuat pembangunan komersial yang lain selain daripada perumahan kos rendah,” tegasnya.
berjanji pada 1994
Sebelum ini, penduduk Kampung Railway dan sekitar Sentul mendakwa, YTL menerusi anak syarikatnya Sentul Raya Sdn. Bhd. telah berjanji pada 1994 untuk membina 3,000 unit rumah kos rendah dan sederhana, dua buah dewan serbaguna serta sebuah padang bola di satu kawasan di Sentul.
Perjanjian itu, kata mereka, termaktub dalam surat dan pelan projek bertarikh 6 Oktober 1994 yang ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif Sentul Raya ketika itu, K. Tharmalingam.
Dalam pada itu, Saravanan memaklumkan bahawa pihaknya telah mendapat surat daripada YTL yang menyatakan kesediaan mereka untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah tersebut.
“YTL perlu mengutamakan perjanjian tersebut iaitu membina rumah kos rendah untuk penduduk-penduduk di sana.
kebajikan
“Selain itu, kebajikan mereka (penduduk) juga perlu dijaga memandangkan sebahagian besar di antara mereka telah menetap selama 60 tahun di kawasan berkenaan,” katanya lagi.
Tambah Saravanan lagi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan menukar syarat-syarat yang telah ditandatangani pada 1994 itu.
Bagaimanapun, harga penjualan rumah yang pada asalnya sekitar RM25,000 akan dinaikkan kepada RM40,000 seunit.
“Kami juga mengambil kira akan kos pembangunan sekarang memandangkan harga bahan mentah juga berbeza jika dibandingkan dengan harganya sekitar 16 tahun dahulu.
“Saya percaya masalah ini akan selesai dengan segera dan nasib penduduk-penduduk di sana akan terbela selepas saya dan YTL berbincang dalam masa terdekat ini,” ujarnya lagi.
nota TT:
lihat inilah cara cukong merembat tanah.
inilah mondus operandi yang mereka lakukan
pertama : cari tanah kerajaan
kedua: cari melayu untuk jadi kaki sogok – kalau boleh jadikan pengerusi
ketiga: buat kertas kerja dan cadangan
keempat: dalam cadangan katakan akan disediakan juga rumah rumah murah, padang bola, rumah ibadah.
kelima: melayu kaki sogok akan bergebang tentang projek cukong ini – untung untung dapat amoi
keenam : menteri luluskan – perjanjian dibuat – fulus masuk
ketujuh : dirikan kondo.
kelapan : lambatkan membuat rumah rumah murah, padang bola, tempat ibadat – rembat tanah tanah ini juga
kesembilan : minta batal perjanjian buat rumah murah untuk rakyat
kesepuluh : hairan ke? ini trik lama... trik para cukong tipu melayu kah kah kah
nota:
inilah caranya kenapa semua kota kota dan pekan pekan dalam negara
kita ini dimiliki oleh cukong cukong – inilah caranya.
nota:
akan lingkup penjara pudu
akan lingkup jalan peel
akan lingkup tanah tanah kerajaan di sekitar dewan bahasa
akan lingkup opis stesen keretapi dsebelah masjid negara
akan lingkup kawasan perumahan saan peng
sedang lingkup tanah disebelah muzium negara ( sedang dipangar sekarang)
nota:
ketuanan melayu berdegar degar
tanah melayu tinggal saekar kah kah kah
Isnin, 18 Januari 2010
Isu guru : 2 kementerian bertelagah
Cikgu tiada kerja kerana menteri bergasak sesama sendiri-Harakahdaily
oleh : Angkasanuri
Isu ini bukan isu baru, cuma kini dibangkitkan semula apabila bertambah kritikal. Semalam timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zakarshi menyalahkan IPTA yang terus menawarkan program ijazah pendidikan di negara ini.
Apabila Kementerian Pelajaran dan Pendidikan Tinggi diasingkan maka wujud masalah kerana tidak ada keselarasan. Mungkin setiap menteri yang mewakili kementerian terbabit mempunyai agenda politik tersendiri.
28 Institut Pendidikan Guru kekal di bawah KP yang kini dinaik taraf untuk melahirkan graduan dalam ijazah pendidikan untuk ditempatkan di sekolah rendah .
program ijazah pendidikan
Penempatan guru,sekolah rendah dan menengah juga terletak di bawah KP. Dalam masa yang sama IPTA,IPTS termasuk UPSI yang terletak di bawah KPT terus menawarkan program ijazah pendidikan.
Memandangkan IPG merupakan produk KP, sudah pasti keutamaan diberikan dalam urusan penempatan. Lebihan atau saki baki kekosongan baru ditawarkan kepada KPT.
Maka berlakulah hari ini apa yang diistilahkan lambakan graduan IPTA/IPTS dalam bidang pendidikan. Jika dulu bidang pendidikan adalah 'pasport' untuk menjadi guru kini tidak lagi.
Sepatutnya masalah tak berlaku, KP atau KPT dua-dua di bawah kabinet 1Malaysia. Apa yang mereka buat dan bincang masa mesyuarat kabinet? lainlah kalau KP di bawah kerajaan Umno@BN dan KPT di bawah Pakatan Rakyat. Sudah pasti wujud diskriminasi.
menjadi penganggur
Nama je kabinet 1Malaysia tetapi masalah ini pun tak boleh selesaikan. Menjadi mangsa adalah ribuan graduan pendidikan yang sehingga hari ini menjadi penganggur.
Adakah kerajaan nak suruh mereka jual burger? Jika tidak pun minta mereka jangan pilih kerja, kerajaan 1Malaysia syorkan buatlah apa yang patut tanam kangkung atau jual kacang putih?
Timbalan Perdana Menteri yang juga MP turut bertanggungjawab terhadap KPT. Kalau KPT tak penting atau tidak sehaluan dengan dasar, mansuhkan terus pos kabinet ini tak perlu diadakan.
Hari ini kedua-dua menteri KP dan KPT dari parti 'juara rakyat' yang bangga dengan slogan rakyat didahulukan terus mempersendakan rakyat di negara ini.
Selesaikan dulu masalah dari parti dan kabinet dari sibuk-sibuk nak jadi juara rakyat
Belasah satu Haiti bagi meneruskan kelangsungan hidup
Oleh Wartawan Daily Mail
Kelihatan kaum lelaki dan anak-anak menyaksikan sekujur mayat berlumuran darah yang disyaki pencuri yang dibantai secara brutal oleh seorang lelaki dengan kayu beluti.
bulat
Mangsa didapati dalam keadaan telanjang bulat yang terikat pada tangan dan kakinya. kejadian berlaku waktu siang disaksikan orangramai di kawasan ibukota Haiti yang telah hancur.
Ini adalah kejadian terbaru dalam siri gambar mengerikan daripada sebuah negara anarki yang terancam akibat gempa bumi sangat memerlukan bantuan luar.
bermaharajalela
rata-rata mangsa gempa diancam ketakutan dan mengharap keselamatan dan keamanan kerana diwaktyu ini keganasan telah bermaharajalela.
Lelaki bersenjata parang dan senjata lain berjalan mundar-mandir tanpa rasa malu melalui ibu negara sementara yang lain merayau-rayau di jalan-jalan memegang samada golok atau senjata.
Salah satu pasukan penyelamat dari Rusia mengatakan ketidakamanan itu telah memaksa mereka untuk menghentikan operasi penyelamat di waktu malam.
Laporan menggambarkan kawalan pihak polis di ibu negara amat longgar dan kerap kedengaran bunyi tembakan disana-sini.
menunggu bantuan
Ketegangan telah meningkat di antara mereka yang menunggu bantuan antarabangsa dan sanggup berbuat apa sahaja untuk hidup sejak bantuan mulai datang empat hari selepas gempa bumi yang dianggarkan telah mengobankan 200 000 orang.
Seorang pegawai senior PBB memperingatkan bahawa masalah bahanapi dan kebuluran akan melanda jika bantuan tidak datang seterusnya akan merumitkan keadaan walaupun keadaan undang-undang dan ketenteraman awam setakat ini agak terkawal 'untuk sementara'..
BN Johor Mahu SPR lebih berkuasa daripada Speaker
Takut negeri jatuh kepada Pakatan Rakyat (PR), Umno-Barisan Nasional (BN) Johor meminda Undang-Undang Tubuh negeri itu yang digunapakai sejak tahun 1895.
Umno-BN yang diketuai Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman meminda bahagian perlembagaan negeri itu yang berkaitan dengan kekosongan kerusi yang melibatkan pilihan raya kecil.
Percaya bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menyebelahi mereka, wakil-wakil rakyat Johor menggunakan sepenuhnya kuasa majoriti mereka untuk mengubah syarat jika berlaku kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
mengubah Fasal 5
Mendedahkan perkara itu, Adun PAS – Maharani, Dr Muhammad Taslim berkata, mereka mengubah Fasal 5: Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor yang sudah termaktub dan dilaksanakan sejak tahun 1895.
Mengikut fasal itu, pilihan raya kecil boleh diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi dalam tempoh 60 hari dan kuasa menentukan pilihan raya boleh dijalankan adalah Speaker, katanya dalam satu ceramah.
Pada sidang dewan yang terbaru September lalu, mereka membuat pindaan dan menetapkan kuasa menentukan sama ada pilihan raya boleh diadakan atau tidak, ialah SPR dan bukan lagi Speaker.
siang-siang sudah pinda
Muhammad menjelaskan,“Semua itu mereka lakukan kerana melihat kekalutan apa yang berlaku kepada DUN Perak. Mereka siang-siang sudah pinda perlembagaan kerana takut kalau Speaker akan menyebelahi PR, seperti V. Sivakumar.”
"Ini terang-terang mereka mencabuli sistem demokrasi yang mendokong doktrin pemisahan kuasa di antara legislatif, eksekutif dan kehakiman," terang beliau.
“Sekarang ini mereka berkuasa dan mempunyai majoriti dalam dewan, mereka boleh buat apa sahaja untuk meminda undang-undang itu demi kepentingan mereka. Itulah amalan orang Umno-BN yang kini semakin takut kehilangan kuasa mereka” katanya.
Beliau berkata, dalam isu itu, enam orang Adun PR tidak dapat berbuat apa-apa kerana Adun BN mempunyai majoriti besar dalam DUN Johor. Tetapi, kehadiran enam wakil rakyat PR sejak Mac tahun lalu, menggusar dan menakutkan mereka.
kubur Umno pada pilhan raya umum ke-13
Mengulas kemegahan negeri Johor yang sering dilabel sebagai ‘kubu’ kuat Umno, Muhammad berkata, gelaran itu semakin tergugat sekarang dan PR yang diwakili oleh KEADILAN, PAS dan DAP bakal mengubah gelaran itu kepada Johor ‘kubur’ Umno pada pilhan raya umum ke-13 nanti.
Malah, susulan kejayaan menganjurkan Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama 19 Disember lalu akan diterjemahkan di negeri Johor, dan sekali gus misi menawan Kota Iskandar akan menjadi kenyataan.
Beliau mendedahkan perkara itu ketika mengadakan ceramah anjuran PAS Kota Tinggi di Tadika Pasti, Taman Hijrah baru-baru ini.
Turut hadir memberi ceramah ialah Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat, Ustaz Kamal Asha’ari.
Selain menceritakan pindaan perlembagaan negeri buat julung kali sejak tahun 1895 itu, beliau menjelaskan mengenai taktik ‘Menyekat dan Menghalang’ dilakukan oleh wakil-wakil rakyat Umno-BN terhadap wakil-wakil PR daripada banyak bersuara.
Mengenai jumlah soalan yang boleh ditanya setiap kali persidangan. Peraturan lama menetapkan setiap wakil rakyat boleh bertanya enam soalan lisan dan tiada had untuk soalan bertulis, dan soalan bertulis perlu dihantar dua minggu lebih awal.
“Apabila sidang dewan berjalan, kami daripada PR gunakan sepenuhnya peluang itu untuk tanya banyak soalan. Bukan sahaja enam soalan lisan sahaja, tetapi soalan bertulis kami ada pecahan soalan, a, b, c, d….hinggalah menjadi sampai 20 soalan”.
“Setiap soalan kami nampaknya terpaksa dijawab oleh Exco Kerajaan, ketua-ketua jabatan berkaitan dan Menteri Besar dalam sidang yang pertama. Oleh kerana bimbang dengan soalan-soalan panas dan cepumas daripada kami, mereka pun pinda peraturan dalam sidang seterusnya.”
Katanya, peraturan terbaru menetapkan lima soalan hanya untuk satu-satu tajuk sahaja, tidak boleh ada anak soalan dan tidak boleh merujuk kepada mana-mana media jika hendak bertanya satu-satu isu.
Bagi soalan bertulis juga, tidak dibenarkan lebih dari 40 perkataan untuk satu-satu soalan.
suara dan isu rakyat
“Begitulah gayanya mereka hendak menyekat kami, tapi kami tidak akan putus asa. Peluang berada dalam dewan dan dalam sidang-sidang dewan akan datang, kami akan terus membawa suara dan isu rakyat.”
“Memang dalam media arus perdana mereka tidak laporkan langsung soalan dan isu-isu yang kita bangkitkan. Tetapi, melalui medan ceramah-ceramah umum seperti ini, kami wakil-wakil PR akan terus membuat pendedahan kepada rakyat” katanya.
SUMBER - http://dun-maharani .blogspot. com/
Khamis, 14 Januari 2010
Danga Bay lubuk peminta sedekah
Foto wanita dan bayi dalam hujan
Anda sedang makan steamboat di tepi Pantai Lido (sekarang Danga Bay). Selesai anda makan, anda telah membuang sisa tersebut kedalam tong sampah.
Seketika kemudia datang seorang lelaki tua berbangsa India mengambil sisa-sisa tersebut dan makan dengan penuh berselera.
Dalam pada itu lelaki tersebut asyik membebel marahkan anak-anak beliau kerana membiarkan beliau jadi melarat sebegitu rupa.
* Kes ini dialami oleh aku sewaktu berdating ngan wife aku masa dulu-dulu. Gambar tak dapat dirakamkan kerana waktu tersebut aku hanya gunakan henpon Siemen C25.
pengemis yang duduk bersila
Semalam balik dari kerja, aku ke Pasar Malam Damnsara Damai, Pj. Terlalu ramai pengemis yang duduk bersila dan adakalanya melata diatas tanah.
Adakah ini salah satu taktik, tabiat atau memang tak boleh berjalan tak dapat aku pastikan dengan bukti yang nyata.
Membawa seorang bayi
Dalam banyak-banyak pengemis tersebut aku tertarik dengan seorang pengemis ni. Membawa seorang bayi yang mungkin baru berusia sebulan atau 2 bulan.
Ketika gambar ini dirakam hujan sedang turun renyai-renyai dan kandangkala agak lebat. Apa korang fikirkan tentang nasib bayi berkenaan. Paling penting sekali, cuba bayangkan seandainya kita ditempat pengemis berkenaan. Hidup penuh pancaroba... bersyukurlah atas nikmat yang Allah berikan kepada kita.
Peringatan : Penyakit lupa
Lupa lagi dah...
Akal adalah ciptaan Allah yang sangat hebat. Dengan adanya akal juga kita dibezakan dengan makhluk haiwan dan dengan akal juga kita dapat mengingati sesuatu. Namun akal akan menjadi lemah sekiranya ingatannya sekiranya kita melakukan beberapa perkara seperti..
* Sering melihat perkara2 yang haram seperti menonton cerita lucah@porno
* Sering bermain mata dengan lawan jantina (lelaki atau perempuan lain)
* Membuang air kecil ketika sedang memberus gigi
* Tidak membaca al-Quran dalam seharian walaupun sebaris ayat
* Meminum atau memakan sesuatu yang haram atau diperoleh dari sumber yang haram
* Meminum minuman atau makanan yang bercampur semut
* Sering memikirkan tentang wanita atau sebaliknya
* Memikir perkara yang bukan2 dan keluh kesah
* Sering mengumpat, mengadu domba dan melancap
Akal adalah ciptaan Allah yang sangat hebat. Dengan adanya akal juga kita dibezakan dengan makhluk haiwan dan dengan akal juga kita dapat mengingati sesuatu. Namun akal akan menjadi lemah sekiranya ingatannya sekiranya kita melakukan beberapa perkara seperti..
* Sering melihat perkara2 yang haram seperti menonton cerita lucah@porno
* Sering bermain mata dengan lawan jantina (lelaki atau perempuan lain)
* Membuang air kecil ketika sedang memberus gigi
* Tidak membaca al-Quran dalam seharian walaupun sebaris ayat
* Meminum atau memakan sesuatu yang haram atau diperoleh dari sumber yang haram
* Meminum minuman atau makanan yang bercampur semut
* Sering memikirkan tentang wanita atau sebaliknya
* Memikir perkara yang bukan2 dan keluh kesah
* Sering mengumpat, mengadu domba dan melancap
Rabu, 13 Januari 2010
Cafe Dewan Muslimat dirasmikan TG Presiden
Presiden PAS lancar D' Green Shoppe & Cafe
KUALA LUMPUR, 11 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyokong penuh usaha Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) memperkasakan bidang ekonomi dengan membuka 'One Stop Halal Hub' yang menjual pelbagai produk keluaran Muslim, D' Green Shoppe & Cafe.
Abdul Hadi dalam ucapan perasmian kedai serbaneka berkenaan di tingkat bawah Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, dekat sini semalam berharap agar DMPP memanfaatkan perniagaan yang diusahakan itu, bukan sahaja untuk menjana pendapatan tetapi juga menjadikannya sebagai medan memperkenalkan konsep perniagaaan Islam kepada pelanggan.
"Oleh itu, di samping menarik pelanggan untuk membeli produk yang dijual di sini, muslimat juga berperanan menarik masyarakat di luar supaya tertarik dengan Islam yang merupakan perjuangan utama kita," ujarnya.
Sementara itu, Ketua DMPP, Ustazah Nuridah Salleh dalam ucapannya menyifatkan peluang yang diberikan oleh pimpinan tertinggi parti untuk mereka memulakan perniagaan itu sebagai satu suntikan semangat kepada mereka untuk mengorak langkah dalam menjana ekonomi parti.
Siti Khadijah juga usahawan
"Kalau Dewan Pemuda terkenal dengan pengurusan PASTInya, Dewan Ulama' terkenal dengan institusi pendidikan pondoknya, Dewan Muslimat pula ingin mengikut jejak langkah isteri Rasululullah S.A.W, Siti Khadijah yang berjaya dalam bidang ekonomi.
"Saya bagi pihak Dewan Muslimat mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Presiden dan pimpinan PAS yang lain kerana memberi keprcayaan kepada kami untuk memulakan perniagaan ini. Saya berharap semua pihak berdoa agar usaha kami ini mencapai kejayaaan dan memberikan imej yang baik kepada parti," katanya.
D' Green Shoppe & Cafe dibuka oleh DMPP melalui Lajnah Ekonominya dengan modal sebanyak RM30,000 dan akan beroperasi tujuh hari seminggu dari jam lapan pagi hingga 10 malam.
Kedai serbaneka berkonsepkan 'layan diri' ini menjual pelbagai produk keluaran Muslim terdiri daripada makanan dan minuman seperti roti, kek, kerepek, jus buah-buahan dalam botol dan tin, makanan sejuk beku, produk kesihatan dan juga buku-buku ilmiah selain busana muslimah.
Selain itu, kedai berkenaan turut menyediakan menu makan pagi, tengahari dan malam yang disediakan oleh tiga tukang masak tetap.
ibu tunggal
Menurut Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Kewangan DMPP, Khadijah Mahmud, perniagaan ini juga merupakan salah satu cara untuk membantu golongan ibu tunggal dalam PAS yang ingin menambahkan pendapatan.
"Kedai ini juga salah satu cara untiuk kami membantu golongan ibu tunggal sebab mereka boleh menghantar kuih atau barang makanan yang mereka buat di sini.Kami menerima produk dari sesiapa sahaja yang ingin berkerjasama dengan kami asalkan ianya halal dan mengikut cara Islam," ujarnya.
Majlis perasmian kedai itu semalam turut dimeriahkan dengan kehadiran pimpinan tertinggi parti yang lain iaitu Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Setiausaha, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pemuda, Ustaz Nasrudin Hassan, dan beberapa Ahli Jawatankuasa parti iaitu Ustaz Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Dr. Hasan Ali, Dr. Siti Mariah Mahmud, Wan Ubaidah Wan Omar dan lain-lain lagi.
Abdul Hadi turut mengambil kesempatan semalam meninjau produk-produk yang dijual. Beliau juga menjadi orang pertama yang membeli produk di kedai serbaneka itu.
Turut berbuat demikian, Uztaz Azizan, Ustaz Nasrudin dan Dr. Siti Mariah.
Para hadirin yang hadir turut dijamu dengan makan tengahari.
Kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi pembekal atau menghantar produk mereka ke D' Green Shoppe & Cafe boleh menghubungi pengurusnya, Wan Syamsiah di talian 019-947 6844.