Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Jumaat, 8 Januari 2010
Konvoi Viva Palestin: Tahniah, Mesir dah buka pintu walau belum demo lagi
Demontrasi depan kedutaan Mesir diteruskan walaupun konvoi telah dibenarkan masuk Palestin
1. Pagi ini bertalu - talu sms menerobos mencari ruang di inbox handphone saya yang bertanyakan : "jadi kah himpunan kita hari ini di hadapan kedutaan Mesir ? "
2. Kekeliruan ini timbul apabila tersebar berita mengenai langkah terkini Mesir yang telah membenarkan peserta konvoi VIVA Palestine memasuki GAZA .
3. Alhamdulillah , memang benar sebahagian peserta konvoi VIVA Palestine telah berjaya memasuki GAZA setelah desakan dari ummat Islam di seluruh dunia .
4. Pun begitu , Himpunan Aman dan penyerahan memorundum ke Kedutaan Mesir tetap diteruskan kerana masih banyak tuntutan ummat Islam dunia yang memerlukan perhatian dan tindakan segera kerajaan Mesir .
5. Sebagai contoh Mesir masih lagi meneruskan usaha membina tembok konkrit sepanjang 6 KM membentengi sempadan Mesir - Palestine dan ianya jelas membuktikan Mesir merelakan diri untuk menjadi boneka kepada Israel . Tindakan membina tembok tersebut sekali gus seperti membina sebuah penjara besar bagi ummat Islam Palestine yang senantiasa menjadi mangsa keganasan Yahudi Israel Laknatullah .
6. Sikap dan Layanan buruk yang diberikan oleh Mesir ke atas rombongan konvoi VIVAPalestine yang berkelana dalam siri kempen membebaskan Palestine , mesti dibantah agar ia menjadi peringatan kepada kerajaan Mesir selepas ini agar tidak mempermainkan kesengsaraan dan penderitaan ummat Islam di Palestine .
7. Antara desakan kita ialah menggesa supaya Mesir benar - benar memainkan peranan sebagai sebuah negara yang mampu membela nasib ummat Islam yang sering ditindas dan dianiaya oleh Israel . Sebagai sebuah negara ummat Islam yang besar dan bersempadan dengan Palestine , ia menjadi tanggungjawab penting dan utama bagi kerajaan Mesir .
8. Ayuh ! saudara , jangan terpedaya dengan berita dan maklumat salah yang mengatakan Himpunan hari ini di batalkan . Kita akan terus melahirkan sokongan kita ke atas ummat islam yang tertindas dan mengutuk sekeras kerasnya Israel dan boneka mereka yang secara terang - terangan mencabul dan menceroboh hak asasi manusia dan hak ummat Islam penduduk pribumi Palestine hidup dengan aman .
9. Solat jumaat di Masjid Tabung Haji dan sejurus solat jumaat insayaallah kita akan bergerak ke kedutaan Mesir bagi menyerahkan memorundum bantahan tersebut .
10. Semoga Allah swt memberikan kekuatan kepada kita untuk memberi apa yang kita mampu untuk ummat Islam Palestine sekaligus menyatakan kepada dunia semangat solidariti kita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan