Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Isnin, 1 Februari 2010
Pasti Felda Umas Diarah Keluar?
Zalim! Ada lagi kes halau murid PASTI sekarang ni, kesian budak tak bersalah dijadikan mangsa politik
SabahDaily
Isu kali ini adalah berkaitan dengan PASTI NURUL IKHWAN FELDA UMAS yang diarah keluar oleh Pengerusi Surau tempat PASTI beroperasi sekarang.Samada ianya benar-benar akan berlaku atau tidak,sama-samalah kita lihat nanti. Namun itulah maklumat yang dapat di perolehi dari sahabat yang berada di Felda Umas,ust Yusri,iaitu mudir PASTI Nurul Ikhwan.
Menurut ust Yusri lagi sehingga sekarang pengerusi surau tersebut agak sukar untuk ditemui untuk membincangkan perkara ini,”Telefon pun tidak berjawab,sms tidak berbalas” jelas Ust Yusri.Tindakan beliau ni agak pelik kerana sikapnya sebelum ini bukan begitu… seolah-olah dia takut atau telah ditakutkan oleh pihak-pihak tertentu.
Akhirnya ust Yusri dimaklumkan bahawa satu perjumpaan yang telah diaturkan oleh Pengerusi Surau tersebut akan diadakan pada petang Ahad ni tapi bukan dengan pengerusi surau tadi, tapi dengan ketua UMNO cawangan Felda Umas..
Agak terkilan bila pihak PASTI dimaklumkan bahawa satu perjumpaan yang telah diaturkan oleh Pengerusi Surau tersebut akan diadakan pada petang Ahad ni tapi bukan dengan pengerusi surau tadi, tapi dengan ketua UMNO cawangan Felda Umas..
Hai..kalaulah benda ni berlaku pada TABIKA KEMAS dan terjadi pula di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat…Confirm!! TV1,TV2,TV3 dan sekutu-sekutunya termasuklah akhbar tunggangan UMNO menjadikan isu ni sebagai berita UTAMA! Confirm…seminggu keluar berita tentang kezaliman yang dilakukan KONONnya oleh pemimpin Pakatan Rakyat kepada kanak-kanak yang tidak bersalah! Tapi kalau berlaku pada PASTI…semua dok senyap je…macam takda apa yang berlaku…itulah UMNO-BN. -DPP Tawau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan