Foto bangunan sekolah menengah di Kuala Terengganu yang tak siap-siap sepatutnya diserah pada september 2008PEMAJU MESTI SERAH TAPAK SEKOLAH – berita hairanNor Mohamed Yakcop mendedahkan ada pemaju perumahan di Pulau Pinang enggan menyerahkan tapak yang dicadangkan bagi pembangunan sekolah di kawasan projek mereka walaupun ia ditetapkan dalam pelan perancangan projek terbabit.
Sambil melahirkan rasa kecewa dengan sikap pemaju terbabit, beliau berkata, tindakan itu bukan saja menjejaskan pelaksanaan projek dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), tetapi juga menyusahkan rakyat.
Ulasan TTPEMAJU SENTIASA MENIPU
ADA TIPU SIMEN… ADA TIPU BATU MAMAR
ADA REMBAT TANAH LEBIH LUAS DARI YANG DIBELI…
ADA PEMAJU DUIT SUDAH AMBIL… KEMUDIAN LARI
BUKAN SUSAH NAK LULUS CF… SUAP AJE… MESTI LULUSnota:
pernah dengar pemaju kena tahan?
pernah dengar pemaju masuk penjara?
pernah dengar pemaju kena hukum bunuh?
tapi selalu dengar pemaju tipu
tapi selalu dengar bangunan baru tiba-tiba retak
tapi selalu dengar bagunan baru paip bocor
tapi selalu dengar pemaju curi air
tapi selalu dengar rumah runtuh orang mati
tapi selalu dengar banguan runtuh oarang terkorban
tapi selalu dengar rumah tak siap pemaju lari
paling selalu didengar pemaju pakai buruh murah
bila projek siap panggil polis untuk tangkap buruh
tak payah bayar gaji
Dari arkib Berita Harian 04/03/2006KERAP kali media massa mendedahkan isu rumah terbengkalai. Namun, pihak terbabit khususnya pemaju perumahan seakan-akan memekakkan telinga.
Pendedahan isu itu sebenarnya boleh menimbulkan kebimbangan kepada orang ramai untuk membeli rumah.
Menerusi pendedahan itu, pelbagai pihak termasuk kerajaan sering memberikan cadangan termasuk meminta pembeli membuat laporan polis, menggunakan khidmat guaman, bersemuka dengan pemaju dan sebagainya.
Ada sesetengah cadangan itu bagaikan melepaskan tanggungjawab membela nasib pengguna yang teraniaya.
Laporan polis memang diakui baik untuk rekod, tetapi kerajaan bertanggungjawab memantau perkara berkenaan dan mencari jalan penyelesaian bagi mengelak kejadian berulang.
senarai hitamDi sini, saya ingin mencadangkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyediakan kaedah atau sistem senarai hitam kepada pesalah (pemaju). Ikutlah seperti dilakukan bank tempatan yang mempunyai senarai mereka yang gagal menjelaskan pembiayaan pinjaman dan namanya akan disenaraihitamkan.
Kaedah itu juga perlu dipraktikkan kepada pemaju degil. Kita juga mahu pemaju yang gagal menyiapkan projek perumahan supaya nama syarikat dan pengarahnya disiarkan di dalam akhbar utama.
Ini menunjukkan kerajaan amat tegas dan tidak berkompromi dengan pemaju yang gagal dalam projek itu dan mereka tidak seharusnya diberi peluang untuk membuat projek lain atau membuka syarikat perumahan baru bagi projek seterusnya.
jangan beri projek baruPihak berkuasa tempatan (PBT) juga boleh membuat semakan menerusi senarai itu bagi mengelakkan mereka yang disenaraihitamkan mendapat projek baru untuk dilaksanakan.
Walau apapun, kebajikan dan kepercayaan rakyat perlu dijaga. Jangan sekali-kali khianati amanah yang mereka beri untuk membela nasib mereka.
IBNU NORED,
Perlis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan