Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Rabu, 13 Januari 2010
Tahniah kepada Felcra Tebing Runtuh Gelang Patah Johor
Logo Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka. Matlamat asalnya memang molek tapi bila tukar jadi korporat nampak macam menganianya peserta pulak.
Felcra diperintah bayar pampasan RM6.4 juta
JOHOR BAHRU 12 Jan. - Felcra Berhad (Felcra) diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini membayar pampasan RM6.4 juta kepada 38 peserta Felcra Tebing Runtuh, Gelang Patah setelah agensi itu didapati melanggar perjanjian.
Pesuruhjaya Kehakiman, Vernon Ong Lam Kiat memerintahkan Felcra membayar RM168,311.42 bagi setiap peserta tersebut serta faedah lapan peratus terhadap jumlah itu mulai tarikh tuntutan difailkan pada tahun 2001.
Tanhiah dan syabas kepada semua peserta serta peguam yang berjaya memenangi kes ini. Satu kejayaan besar dan selepas ni samada felcra mahupun felda jangan sewenang-wenangnya merampas tanah mereka konon atas alasan ingin dimajukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan