Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Ahad, 28 Februari 2010
Pelajar dipaksa tulis surat
Entah-entah peminat Facebook PM Najib pun spesis yang terpaksa?
PERIHAL PENGETUA SBT BODEK PM SATU MALAYSIA - harakahdaily
Saya rasa terpanggil untuk menulis maklumat yang baru saya terima dari anak saya yang merupakan salah seorang pelajar di salah sebuah sekolah yang telah diumumkan sebagai sekolah berprestasi tinggi (SBT) oleh TPM.
Alangkah terkejutnya saya apabila anak saya memaklumkan semua pelajar di sekolahnya diwajibkan menulis surat satu Malaysia ke PM dan bagi pelajar yang tidak menghantar surat tersebut kepada guru berkenaaan pelajar-pelajar ini tidak dibenarkan 'outing' (keluar untuk sekadar beberapa jam pada Jumaat atau Ahad).
arahan pengetua kemudian ditapis pulak
Mengikut anak saya arahan ini dari pengetua sekolah. Surat-surat yang ditulis ditapis oleh guru dan isi kandungannya terikat kepada idea-idea yang dibincangkan dengan guru. Permulaan harus lebih kepada memuji kepimpinan PM.
Persoalannya mengapa harus memaksa pelajar-pelajar menulis surat satu Malaysia kepada PM sedangkan gagasannya masih kabur dan mengapa harus memuji kepimpinan PM dan mengapa harus ditapis kandungannya?
ICT
Bukankah lebih baik menggunakan ICT di mana pelajar menulis dan terus email kepada email PM. PM harus tahu dan menerima hakikat mengenai apa sahaja pandangan dari rakyat.
Pengetua pun janganlah hendak jadi 'kaki bodek' dengan cara memaksa pelajar-pelajar dalam hal ini.Seusia ini (13-17 tahun) pelajar telah dipaksa dan tidak diberikan kebenaran menulis, di manakah demokrasi yang dicanangkan sehingga ke Washington.
Ibu pelajar SBT
ulasan TT
KAH KAH KAH...
woit.... KANTOI...kah kah kah..
woit... MULA MULA... TAK BANYAK SURAT SAMPAI.... kah kah kah..
kah kah kah.... KAKI BODEK CADANGANKAN PANJANG KAN LAGI MASA... kah kah kah...
kah kah kah... TAK ADA JUGA SURAT SAMPAI... kah kah kah..
kah kah kah... AKHIRNYA KAKI BODEK PAKSA PELAJAR TULIS SURAT... kah kah kah...
woit.... SEKARANG SUDAH KANTOI..... kah kah kah...
woit... INI SEMUA PROJEK TIPU MELAYU... kah kah kah
SISWA MENGANGGUR KERANA TAK ADA KERJA BUKAN LEMAH BI
LEMAH BI , SUKA TUKAR KERJA PUNCA SISWAZAH MENGANGGUR – melayau
Kajian Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) mendapati siswazah yang suka bertukar kerja dan lemah dalam bahasa Inggeris (BI) dan kemahiran berkomunikasi merupakan antara punca utama kepada masalah pengangguran di kalangan siswazah di negara ini.
Pengarah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Dr. Mohd. Fauzi Ramlan berkata, masalah itu juga termasuk kurangnya latihan industri, kemahiran menyelesaikan masalah dan kurangnya keyakinan diri.
"Ini adalah lima masalah utama yang dihadapi majikan apabila berhadapan dengan siswazah yang baru menamatkan pengajian mereka. Jawapan mengapa siswazah menganggur adalah kerana kelemahan dan kekurangan pelajar itu sendiri.
"Ini kerana siswazah gagal meyakinkan para majikan untuk diambil bekerja dalam organisasi mereka,” katanya dalam ucapan penutup Program Etiket Siswa 2010 yang berlangsung selama dua hari di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini.
KAH KAH KAH...
kah kah kah.... INI NAK MENIPU MELAYU... kah kah kah..
woit...SISWA MENGANGGUR KERANA TAK ADA KERJA.... kah kah kah...
kah kah kah... LEMAH BI... TAK YAKIN DIRI... TAK PANDAI KOMUNIKASI...APA MAKNA NYA INI... kah kah kah..
woit... INI MAKNA NYA UNIVERSITI DAN KOLEJ TEMPAT BELAJAR GAGAL MELAHIRKAN PELAJAR CEMERLANG... kah kah kah..
woit... INI MAKNA NYA SISTEM PEMBELAJARAN KANTOI... kah kah kah..
woit.... PEKARA INI PUN NAK TIPU ORANG MELAYU... kah kah kah..
woit... TAK PAYAH TIPU... SATU MALAYSIA TAHU... UNIVERSITI DAN KOLEJ MALAYSIA...HANYA JAGUH KAMPUNG.... kah kah kah...
Kapitalis untung bila nelayan dipaksa beli tong baru
ARAHAN PENGUNAAN KOTAK IKAN BERINSULASI BERMULA ISNIN :NOH OMAR - mStar
Arahan penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) secara berperingkat akan tetap bermula Isnin ini sekalipun ada segelintir pengimport ikan mengugut untuk menghentikan operasi membawa masuk ikan ke negara ini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Noh Omar yang kesal dengan tindakan kumpulan terbabit berkata pihak berkenaan sudah diberi peluang untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka semasa sesi dialog dengan beliau pada Khamis lepas.
"Individu terbabit pun ada sama pada dialog itu. Bila dia timbulkan masalah maka kita dah setuju untuk buat beberapa keputusan dan semua orang puas hati, tetapi kenapa hari ini dia buat kenyataan bercanggah dengan apa yang dipersetujui, apa masalahnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
pengimport ikan dari Johor, Selangor, Kedah dan Perak
Beliau diminta mengulas kenyataan anggota jawatankuasa Persatuan Import dan Eksport Malaysia, Tan Chee Meng dalam sebuah akhbar hari ini yang antara lain berkata sekumpulan pengimport ikan dari Johor, Selangor, Kedah dan Perak tidak berpuas hati dengan arahan itu.
Kumpulan itu juga dilaporkan mengugut untuk menghentikan import ikan ke negara ini apabila arahan dikuatkuasa bermula 1 Mac ini.
Noh berkata bagi membantu meringankan beban pengimport membeli KIBFG yang agak mahal, kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan RM2.4 juta sebagai subsidi termasuk pengurangan caj ikan import sebanyak dua sen sekilogram.
harga subsidi
"Harga subsidi ini diberikan bagi pembelian 60,000 kotak KIBFG iaitu 20,000 kotak KIBFG seberat 100 kilogram dan sebanyak 40,000 untuk kotak KIBFG seberat 50 kilogram.
"Bagi KIBFG seberat 100 kilogram, harganya ialah RM205 seunit dan subsidi diberikan kerajaan ialah RM60 seunit menjadikan harga selepas subsidi cuma RM145, manakala harga KIBFG seberat 50 kilogram pula yang pada asalnya RM125 seunit jadi RM95 selepas subsidi," katanya.
Kerajaan katanya telah cuba meringankan beban pengimport dan pada masa yang sama golongan itu juga harus menyokong hasrat kerajaan yang mahu memastikan rakyat mendapat bekalan ikan segar selain mengelakkan penyeludupan.
Mengenai masalah berhubung tong ikan plastik sedia ada selepas penggunaan KIBFG dikuatkuasakan, Noh berkata kerajaan telah memberi beberapa cadangan seperti menjualkannya kepada pengimport ikan dari Thailand dan Indonesia atau menjualkannya kepada nelayan tempatan.
"Kerajaan pun ada maklumkan selepas bulan Jun jika mereka nak beli KIBFG daripada pembekal lain selain empat pembekal yang dilantik Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kita benarkan tetapi mereka masih kena gunakan cip yang kita sediakan.
"Kenapa mereka takut nak guna cip kita? Apa helah mereka? Takut kita boleh kesan sebarang kegiatan yang tidak sepatutnya?" katanya.
Noh seterusnya menegaskan pengimport ikan tidak akan dibenar membawa masuk ikan ke negara ini sekiranya mereka tetap ingkar daripada mematuhi arahan itu apabila penggunaan KIBFG dikuatkuasakan sepenuhnya pada November ini.
guna cip
"Negara-negara seperti Thailand dan Singapura dah guna KIBFG dan Indonesia pun bawa masuk ikan ke Malaysia guna kotak ikan berinsulasi tetapi tiada gred makanan, cuma hanya Malaysia yang guna cip.
"Apa pun saya akan panggil individu ini bagi mendapat penjelasan sebenar dan menerangkan semula arahan itu kepadanya dalam masa terdekat. Janganlah kelirukan rakyat dengan isu ini," katanya.
Ulasan TT
jika ikan tidak di import maka harga ikan akan naik.
jika hartal dilakukan oleh pengimpot lagi harga naik.
apa tujuan kotak berinsulasi ini ?
tidak diternagkan dengan jelas.
apa batahan dari pengimpot?
ini juga tidak dilaporkan.
satu melaysia sudah bosan degan laporan berita satu pihak sahaja.
apa dia permintaan pengimpot.
kenapa perlu kotak ini?
syarikat kroni mana yang jadi monopili jual kota berinsulasi ini?
pelik pulak: tong lama plastik boleh dijual untuk nelayan
tempatan pulak.
dari laporan berita ini nampaknya
ini satu lagi nak tipu Melayu
satu projek paksa orang beli dari syarikat kroni
inilah dia dinamakan perniagaan bumiputera kah kah kah
letih jadi Melayu
tak pernah malu
malas buat kerja
suka niaga atas angin kah kah kah
Baru ada 5 NGO Melayu, mana lagi 71?
Senaraikanlah semua NGO Melayu yang terlibat, NGO yang berdaftar dengan ROS sahaja ye. Ada tak NGO yang berwibawa seperti ABIM dan Persatuan Ulama sekali... mereka pun melayu juga?
76 NGO bersatu pertahan hak Melayu dan Islam
Sebanyak 76 NGO Melayu bergabung hari ini bagi menubuhkan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM) dalam usaha mempertahankan dan melindungi hak-hak Melayu serta agama Islam di negara ini.
Antara NGO yang menyertai MPM ialah :
1.Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa),
2.Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak)
3.Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung,
4.Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia dan
5.Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
hak istimewa
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang bertindak sebagai wakil pertubuhan itu berkata, peranan MPM adalah sebagai pelindung dan benteng kepada pihak yang semakin hari cuba mengganggu-gugat hak-hak keistimewaan serta ekonomi orang Melayu, kedudukan agama Islam dan ketuanan Raja-Raja Melayu di negara ini.
"Pada masa sama, kita juga akan jadi pendesak yang berhemah kepada kerajaan supaya kerajaan tidak lari dan menyeleweng daripada perkara asas dalam Perlembagaan negara berdasarkan Perkara 153," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran MPM di Kelab Sultan Sulaiman di ibunegara hari ini.
Beliau berkata satu persidangan meja bulat bersama-sama semua anggotanya akan diadakan pada 7 Mac ini untuk membincangkan hala tuju ekonomi orang Melayu apabila model ekonomi baru diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelak.
"Kita juga berharap dapat jumpa perdana menteri sebelum model ekonomi baru itu diumumkan supaya kita tak mahu bila pengumuman dibuat ada NGO Melayu yang bersikap 'rumah dah siap pahat berbunyi'...sebab kita nak apa sahaja dasar yang telah kerajaan buat ia harus mendapat sokongan daripada semua pihak.
"Tetapi kerajaan juga perlu proaktif pada NGO Melayu, maksudnya ada tolak ansur kalau kerajaan nak sokongan daripada NGO, kerajaan juga kena ambil kira perasaan dan hati kami," kata Anggota Parlimen Pasir Mas itu.
Dalam kenyataan MPM yang diedarkan kepada media, MPM menetapkan bahawa setiap anggota hendaklah bersama-sama mengkaji setiap isu yang ada kepentingan orang Melayu, agama Islam, Kesultanan Melayu, keselamatan dan kesejahteraan negara sama ada ditimbulkan atau dipersoalkan oleh orang lain atau yang perlu diketengahkan dan diperjuangkan oleh orang Melayu.
Selain itu, MPM akan menyedia dan melaksanakan pelan tindakan bagi menangani atau menentang provokasi terhadap perkara-perkara menyentuh kepentingan orang Melayu dan Islam apabila ia ditakrifkan sebagai usaha pihak-pihak berkenaan sebagai menghasut atau membenci.
- Bernama
Wanita Pertama Rosmah atau Zahirah
ROSMAH BUKAN "FIRST LADY" MALAYSIA
Rosmah Mansor hanya bertaraf isteri kepada seorang Perdana Menteri sahaja dan tidak layak menggelar atau menganggap diri beliau sebagai Wanita Pertama Malaysia atau "First Lady" disisi Perlembagaan, kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Dalam konteks gelaran Wanita Pertama Malaysia usaha meletakkan gelaran itu pada bukan yang hak adalah sesuatu yang tidak bermoral dan tidak bersopan menurut pakar perlembagaan itu.
"Wanita Pertama Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan tidak boleh mana-mana pihak membuat tuntutan ke atas penghormatan itu hatta isteri Perdana Menteri sekali pun.
Protokol kepimpinan
"Rakyat negara ini harus faham protokol kepimpinan negara sebagaimana yang dipertuntukkan dalam Perlembagaan," Prof Abdul Aziz.Menurut Perkara 32 (2) dalam Bab 1 berkaitan "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan,
" Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".
"Oleh kerana Yang DiPertuan Agong mestilah seorang lelaki maka isteri baginda menjadi Permaisuri Agong dan bagindalah yang menurut Perlembagaan memegang gelaran Wanita Pertama Malaysia bukannya mana-mana pihak lain," jelas Prof Abdul Aziz lagi.
kedudukan mulia
Ditanya mengenai laporan media yang sering mengaitkan Datin Seri Rosmah sebagai "Wanita Pertama", beliau menyatakan perkara itu menyalahi protokol negara dan tidak menghormati kedudukan mulia Permaisuri Agong.
"Dalam Perlembagaaan termaktub dengan jelas dalam Perkara 70 berkaitan kekananan Sultan, Raja dan Yang DiPertua Negeri selepas Yang DiPertuan Agong dan Permaisuri Agong," tegas beliau.
Perkara 70 (1) berhubung "Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri" menyatakan "Tertakluk kepada keutamaan Yang di-Pertuan Agong dan Isterinya, Raja dan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri-Negeri hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain dan setiap Raja atau Yang di-Pertua Negeri hendaklah, di dalam Negerinya sendiri, diberi keutamaan daripada Raja dan Yang di-Pertua Negeri yang lain".
Perkara 70 (2) pula menyatakan, "Tertakluk kepada Fasal (1), Raja hendaklah diberi keutamaan daripada Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan, antara mereka sendiri, mengikut tarikh mereka menjadi Raja, dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri hendaklah, antara mereka sendiri, diberi keutamaan mengikut tarikh mereka dilantik sebagai Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri; dan jika Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dilantik pada hari yang sama, maka yang lebih tua hendaklah diberi keutamaan daripada yang lebih muda".
"Maksud kedua-dua fasal dalam Perkara 70 tersebut ialah selepas YDP Agong dan Permaisuri kekananan atau "seniority" Sultan, Raja dan Yang DiPertua Negeri adalah mengikut tarikh mereka dilantik memegang jawatan masing-masing.
Umpamanya yang paling kanan selepas YDP Agong dan Permaisuri Agong ialah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan diikuti oleh yang lain.
hiraki kepimpinan
"Tidak disebut dalam Perlembagaan isu kekananan Perdana Menteri dalam hirarki kepimpinan negara. Kalau Perdana Menteri tidak disebut apa lagi isteri kepada Perdana Menteri!," ujar beliau.
Malaysia bukan republik
Prof Abdul Aziz menasihati media dan agensi kerajaan supaya mempelajari sistem protokol negara sebelum memberi apa-apa gelaran kepada mana-mana individu."Malaysia bukannya sebuah republik seperti Amerika Syarikat di mana Presiden adalah Ketua Kerajaan dan juga Ketua Negara, dan isteri beliau adalah Wanita Pertama.
"Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan yang mana YDP Agong adalah Ketua Negara dan Permasuri Agong adalah Wanita Pertama."
Saya berpendapat menamakan Rosmah sebagai wanita pertama hanya helah politik oleh kuncu-kuncu beliau untuk menaikkan namanya," jelasnya lagi.
Beliau diminta mengulas laporan BERNAMA bertajuk "Rosmah Tekankan Pentingnya Peranan Wanita Pertama" yang disiarkan semalam.-SK
Sabtu, 27 Februari 2010
Antara Islam dan bangsa
Pentingkan Islam dari bangsa baginda telah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar di mana menurut riwayat Ibn Qayyim baginda telah mengadakan majlis mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar di rumah Anas b. Malik.
Ketika itu,seramai 90 orang lelaki yang hadir separuh daripadanya kaum Muhajirin dan separuh lagi kaum Ansar. Apa yang begitu menakj...ubkan diri ini ialah nilai persaudaraan yang begitu erat terjalin antara kaum Muhajirin dan Ansar walaupun baru dipersaudarakan oleh Rasulullah s.a.w. dan berkenalan dalam masa yang singkat.
Sebagai contoh,diriwayatkan oleh al-Imam Bukhari r.h. bahawa Rasulullah s.a.w. telah mempersaudarakan Abdul Rahman b. Auf dengan Sa’d b. al-Rabi’ di Madinah.
Berkata Sa’d b. al-Rabi’ kepada Abdul Rahman b. Auf: “Sebenarnya aku ini orang Ansar yang terbanyak hartanya, di sini aku hendak bagi dua, isteriku pun dua kau pilihlah mana seorang dari mereka yang berkenan di hati kau, dan aku hendak ceraikan, selepas selesai iddahnya kau kahwinlah dengannya.“(Ar-Rahiqul Makhtum edisi terjemahan,al-Mubarakfuri,m/s 247-248)
ayat 13, surah al-Hujurat, yang bermaksud: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan
Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."
Allah SWT tunjuk azab di dunia lagi
Sejak kebelakangan ini akhbar utusan M'sia banyak mengeluarkan rencana mengenai Mustafa Kamal Ataturk sebagai bapa kemodenan dan dikatakan sebagai pemimpin yang memBEBASkan WANITA Turki. Benarkah?
KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
* Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
* Sakit jantung
* Penyakit darah tinggi
* Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.
jeritan
Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
15 tahun diawet
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya. Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu mar-mar.
bumi tidak menerima
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!". Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
INILAH IDEOLOGI BELIAU
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?". Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan". Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
Jumaat, 26 Februari 2010
Khamis, 25 Februari 2010
Debu dan JIHAD
`Tidak akan dijilat api neraka debu-debu yang melekat di kaki seorang hamba yang berjihad di Jalan Allah'
Hadis Riwayat Bukhari
Jom kita berjuang, hilangkan rasa malas dan lesu... bangkit membuat perubahan!
Tarikh Maulid Nabi SAW
Tarikh sebenar hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.
Di antara cuti umum yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Malaysia ialah pada 12hb. Rabiul Awwal kerana ia dianggap sebagai hari kelahiran Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul).
Pihak Darul Quraan Was Sunnah berasa bertanggungjawab untuk membincangkan persoalan ini demi memperbetulkan tarikh lahir Baginda SAW yang ditetapkan sebagai cuti umum itu kerana tidak ada ertinya kita merayakan sesuatu hari jika ia tidak menepati hari yang dimaksudkan itu dengan tepatnya. Apalagi kalau diterima juga tarikh wafat Nabi SAW sebagaimana dipercayai umum pada 12hb. Rabiul Awwal.
konflik
Keadaan ini tentunya menimbulkan satu konflik di dalam jiwa masyarakat yang mana di satu pihak mereka merayakan kelahiran Nabi SAW dan bergembira kerananya sedangkan di pihak lain pula pada hari yang sama sepatutnya mereka bersedih dan tidak boleh merayakan hari tersebut kerana ia juga merupakan hari kewafatan Nabi SAW. Jadi di manakah adanya kewajaran masyarakat merayakan Maulidur Rasul yang juga merupakan hari
perkabungan-nya?
Di samping itu angka 12 yang dipilih untuk hari lahir dan hari wafat Nabi SAW berkemungkinan besar berpunca daripada Syiah Imam Dua Belas. Justeru angka 12 ini bagi mereka merupakan angka sakti yang mereka kaitkan sekian banyak keistimewaan dengannya. Apalagi jika orang yang mula-mula mempopularkan tarikh ini adalah Ibnu Ishaq yang juga seorang Syiah. (Taqribut Tahdzib, Al Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, jld. 2, hal. 144)
Pendapat yang menyatakan bahawa Nabi SAW dilahirkan pada 12hb. Rabiul Awwal itu walaupun masyhur tetapi ia berasaskan riwayat yang lemah kerana ia berpunca daripada Ibnu Ishaq seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam di dalam kitab sirahnya.
riwayat lemah
Menurut ulama-ulama rijal hadis, Ibnu Ishaq selain dianggap sebagai seorang syiah, dia juga seorang yang lemah dalam riwayat-riwayatnya. Imam Nasa'i mengatakan bahawa dia tidak kuat. Daraqutni mengatakan hadisnya tidak boleh menjadi hujjah. Imam Abu Daud ada berkata, "Dia adalah seorang yang berfahaman Qadariah dan Mu'tazilah."
Imam Sulaiman At-Taimy, Hisyam bin Urwah, Yahya bin Sa’id Al-Qatthan dan Imam Malik mengatakan dia seorang pendusta besar. Malah Imam Malik pernah berkata, "Dia seorang dajjal". (Mizanul I’tidal, Imam Zahabi, jld. 3, hal. 468-475). Ibnu Ishaq sendiri tidak menyebutkan sanad-sanad tempat ambilannya.
Pendapat yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran Baginda ialah pada hari Isnin, 9hb. Rabiul Awwal Tahun Gajah. Di antara ulama yang berpendapat sedemikian ialah Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abul Khattab Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin 'Aini. (Al Bidayah wa An Nihayah, jld. 2, hal. 260-261).
Pendapat ini juga disokong oleh penyelidikan yang dibuat oleh seorang ahli falak yang terkenal iaitu Mahmud Pasya yang cuba menentukan tarikh gerhana matahari dan gerhana bulan yang berlaku semenjak zaman Nabi SAW hingga ke zaman beliau. Berdasarkan kajian beliau, hari Isnin tidak mungkin bertepatan dengan 12hb. Rabiul Awwal mengikut perkiraan bagaimana sekalipun bahkan hari Isnin pada bulan berkenaan Rabiul Awwal) jatuh pada 9 haribulan. Beliau mengemukakan beberapa alasan untuk menyokong hasil kajiannya.
Antara alasan-alasan yang dikemukakan oleh Mahmud Pasya ialah:
· Dalam Sahih Bukhari disebut ketika anak Rasulullah SAW iaitu Ibrahim wafat, telah berlaku gerhana matahari iaitu pada tahun ke 10 Hijrah dan Nabi Muhammad SAW ketika itu berusia 63 tahun.
· Berdasarkan kaedah kiraan falak, diketahui bahawa gerhana matahari yang berlaku pada tahun 10H itu adalah bertepatan dengan 7hb. Januari 632M pukul 8.30 pagi.
· Berdasarkan kepada kiraan ini, sekiranya kita undurkan 63 tahun ke belakang mengikut tahun qamariah, maka kelahiran Nabi SAW jatuh pada tahun 571M. Berdasarkan
kira-kira yang telah dibuat beliau, 1hb. Rabiul Awwal menepati 12hb. April 571M.
· Perselisihan pendapat berlaku tentang tarikh kelahiran Nabi SAW, walau-bagaimanapun semua pihak telah sepakat mengatakan ia berlaku pada hari Isnin bulan Rabiul Awwal.
Mereka hanya berselisih tentang tarikh di antara 8 hingga 12 haribulan dalam bulan Rabiul Awwal tersebut. Tetapi Mahmud Pasya mendapati hari Isnin jatuh pada 9hb. Rabiul Awwal bersamaan 20hb. April 571M.
Ini menguatkan lagi pendapat ulama-ulama muktabar yang telah disebutkan di atas. Di antara penulis sirah mutaakhir yang menyokong pendapat ini ialah Syeikh Muhammad Al Khudhori Bik di dalam Nurul Yaqin (hal. 6), Safiyyul Rahman Al Mubarakpuri di dalam Ar Rahiqul Makhtum (hal. 54), 'Allamah Sibli Nu'mani di dalam Siratun Nabi (jld. 1, hal. 176), Maulana Abul Kalam Azad di dalam Rasul Rahmat (hal. 37) dan lain-lain.
tahun kewafatan
Berhubung dengan tarikh wafat Nabi Muhammad SAW pula, beberapa perkara yang telah diterima oleh ulama hadis dan sirah perlu diletakkan dihadapan untuk menentukan tarikhnya iaitu:
· Tahun kewafatan Baginda SAW ialah 11H.
· Dalam bulan Rabiul Awwal.
· Antara 1hb. hingga 12hb.
· Hari Isnin. (Sahih Muslim, jld. 8, hal. 51-52).
· Hari wuquf di Arafah dalam Haji Wada' pada 9 Zulhijjah tahun ke 10H jatuh pada hari Jumaat. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15, Sahih Al Bukhari, Sahih Muslim, dll).
· Daripada hari itu (wuquf) sampai kepada hari wafatnya Nabi Muhammad SAW adalah 81 hari. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15, At Tafsir Al Kabir, Fakhrul Razi, j. 11 hal. 139, Tafsir Baghawi, Fathul Bari).
Berdasarkan kepada beberapa perkara yang telah diterima oleh para ulama tadi, maka boleh diandaikan tarikh kewafatan Baginda SAW seperti berikut:
1. Diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 30 hari (walaupun tidak pernah berlaku begitu tetapi diandaikan mungkin juga berlaku) maka hari Isnin menepati 6 atau 13hb. Rabiul Awwal.
2. Jika diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 29 hari (walaupun ini juga tidak pernah berlaku) maka hari Isnin menepati 2, 9 atau 16hb. Rabiul Awwal.
Daripada kenyataan-kenyataan yang disebut di atas, tarikh yang lebih tepat bagi kewafatan Nabi SAW ialah pada hari Isnin 1hb. Rabiul Awwal tahun 11H bersamaan dengan 25hb. Mei 632M
dikaji
Berdasarkan fakta-fakta yang telah kami kemukakan, pihak kami berharap agar ketetapan hari lahir Nabi Muhammad SAW yang ditentukan sebagai hari cuti umum itu dikaji dan diubah kepada tarikhnya yang sebenar kerana amatlah malang dan memalukan sekali kita orang-orang Islam jika kita merayakan suatu hari yang kononnya hari kelahiran Nabi SAW padahal ia bukanlah harinya yang sebenar.
(Dipetik dari Siri Risalah Suluhan terbitan Darul Quran Was Sunnah dengan sedikit pindaan)
Kenali Keluarga Nabi Muhammad SAW
Nama anak & isteri Nabi Muhammad s.a.w.
Isteri-isteri Rasulullah :
Khadijah binti Khuwailid r.a.
Saudah binti Zum'ah r.a.
Aisyah binti Abu Bakar r.a.
Hafsah binti Omar Al-Khattab r.a.
Zainab bin Jahsyin r.a.
Zainab binti Khuzaimah r.a.
Ummu Salamah (Hindon binti Abi Umaiyah) r.a.
Ummu Habibah (Ramlah binti Abi Sufian) r.a.
Juwairiyah binti Al-Harith r.a.
Maimunah binti Al-Harith
Safiah binti Hoiyi bin Ahtab r.a.
Mariyah Al-Qibtiyah
Hanya seorang sahaja isteri Rasulullah yang gadis ketika berkahwin dengan baginda iaitu Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq.
Manakala yang lainnya adalah janda atau balu yang kematian suami.
Anak-anak Rasulullah dengan Khadijah :
Al-Qasim
Abdullah
Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummu Kalthum
Fatimah
Anak Rasulullah dengan Mariyah Al-Qibtiyah :
Ibrahim
Dipetik dari buku soal jawab berkaitan Rasullulah
oleh Hj Ahmad bin Haji Awang
Musim Kemarau
Foto Empangan Sembrong dan Sungai Sembrong yang kering
Buka paip nak masak air pagi semalam, air keluar tapi halus di Taman Sri Lambak T6, malamnya pergi rumah mak mertua di Kampung Baru Kluang nak ambil wuduk, air tak ada terus. Semalam singgah rumah maknyai di Kampung Melayu Renggam pun air tak ada, SAJ catu kata mak...
Musim kemarau telah melanda, segera muhasabah diri kita, banyak istigfar dan buat solat hajat. Jangan cuba mainkan agama dan peraturan ciptaan Allah SWT, kelak Allah main-mainkan kita.
Petang semalam awan dah gelap sangat, memang macam nak hujan lebat, tetapi tak jadi hujan juga, malah awan tadi turunkan hujan mencurah di tempat lain pulak. Cuaca jadi sangat panas dan udara pulak lembab, memang amat merimaskan. Ya Allah, mungkin ini adalah tanda Allah SWT mainkan kita balik.
Empangan tetap kekeringan dan mula-mula ikan mati lama-lama manusia pun boleh mati akibat tidak cukup air. Bak kata Dato Mahfodz Mohamed, badan pun dah bau TANAH!.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan perasaan takut dan kelaparan, dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah : 155)
Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (Al-Anbiya’ : 35)
Kesian! guru KAFA kena bayar semula elaun bersalin
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) telah menerima satu salinan surat yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Agama, Jabatan Agama Johor bertarikh 17 Februari 2010 dengan bilangan surat Bil (3) PPAJ/06/02/07(32) berkaitan dengan tindakan terlebih bayar elaun Guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) yang telah bersalin.
Surat yang difotokopi dan diserahkan kepada semua guru KAFA yang terlibat ini iaitu mereka yang telah mengambil cuti bersalin sejak tahun 2007 dan mereka telah menerima bayaran elaun selama dua bulan sepanjang tempoh cuti tersebut.
diarahkan bayar kembali
Apa yang mengejutkan setiap guru yang telah menerima elaun tersebut telah diarahkan untuk membayar kembali elaun yang telah diterima kepada Bahagian Pendidikan Agama JAJ dan perlu dijelaskan selewat-lewatnya pada atau sebelum 1 Mac 2010.
Sebelum tahun 2007, guru-guru KAFA yang bercuti kerana bersalin menikmati elaun penuh selama enam puluh hari cuti bersalin. Selepas itu, guru KAFA terpaksa mengambil cuti bersalin tanpa gaji.
peruntukan ada
Pada 26 Jun 2008, Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, YB Zainal Abidin Osman telah menjawab soalan YB Halim Suleiman (BN-Puteri Wangsa) pada Sidang Dewan Undangan Negeri Johor dengan menyatakan bahawa kerajaan negeri menerima peruntukan sebanyak RM14.1 juta setahun daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi tujuan pembayaran elaun kepada 1,850 guru dan penyelia Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di negeri ini dan kerajaan Johor telah menambah peruntukan tersebut sebanyak RM5.6 juta setahun.
Laporan Audit Negara seperti mana yang telah dibentang oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin yang telah dikeluarkan pada tahun 2009 telah menyatakan bahawa kesemua guru KAFA di Johor tidak menikmati imbuhan tahunan kakitangan awam walaupun mereka berhak menerimanya seperti diumumkan kerajaan melalui pekeliling pada 2006 dan 2008 dan ia boleh menjejaskan motivasi guru-guru terlibat sehingga mengganggu perjalanan sistem KAFA.
guru tak tahu
Guru KAFA di Johor yang telah terlibat dalam perkara ini terpaksa membayar kembali elaun yang mereka telah terima sebelum daripada ini sedangkan mereka tidak tahu menahu bahawa JAJ telah menghapuskan peruntukan kepada guru KAFA yang bersalin. Dengan elaun yang kecil, guru-guru ini sudah tentu tertekan dengan surat yang ingin mereka membayar kembali elaun tersebut. Secara tidak langsung ia adalah satu penindasan kepada guru KAFA di Johor sedangkan guru KAFA di Selangor menikmati elaun penuh semasa cuti bersalin.
DPPNJ mendesak supaya JAJ memperjelaskan perkara ini kepada umum tentang elaun guru KAFA yang dihapuskan dan mengapa perlu membayar semula elaun cuti bersalin yang telah diberikan terlebih dahulu sedangkan JAJ tahu bahawa ia adalah berpunca daripada kelemahan JAJ sendiri.
DPPNJ mendesak agar elaun cuti bersalin yang telah diterima oleh guru KAFA yang terlibat dengan bersalin tidak ambil kembali dan perlu diberikan kembali elaun tersebut pada masa akan datang.
sumber Sidang Media DPPNJ
Diskriminasi terhadap 25,000 peneroka : Bangkitlah!
Hakmilik: Peneroka dakwa Felda tipu
Abdul Rahim Sabri
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi, diskriminasi dan dakwaan berlakunya penipuan oleh Felda.
Memorandum tersebut diserahkan oleh presidennya Mazlan Aliman (kiri) kepada pesuruhjaya suruhanjaya tersebut Datuk Khalid Ibrahim (kanan) di pejabatnya kira-kira jam 3.30 petang ini.
Turut hadir ialah barisan peguam yang ketuai oleh Ahmad Nizam Hamid serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, antaranya ahli parlimen Batu Tian Chua dan ADUN Port Dickson M Ravi.
Kira-kira 100 peneroka hadir dalam majlis penyerahan memorandum tersebut kepada Suhakam.
aduan
Dalam memorandum tersebut, persatuan itu menyenaraikan beberapa aduan termasuk dakwaan diskriminasi terhadap 25,000 peneroka yang mengendalikan sendiri kebun mereka selepas melangsaikan bayaran hutang.
"Tanah mereka itu, sudah selesai bayaran hutangnya, tetapi sampai hari ini, mereka tidak dapat hak milik," kata Mazlan dalam aduannya kepada Khalid.
Beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS juga mendakwa terdapat peneroka menerima ugutan daripada Felda, termasuk dakwaan akan disingkirkan dari tanah rancangan.
Menurutnya, terdapat sesetengah peneroka Felda telah menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan hak milik tanah mereka itu, termasuk membuat laporan polis, berjumpa dengan menteri dan membawa perkara tersebut ke mahkamah.
Dalam memorandum tersebut, peneroka juga menuntut hak mereka yang telah dinafikan oleh agensi kerajaan itu selama ini, antaranya wang tanam semula sebanyak RM17,000 yang tidak diterima mereka sehingga hari ini.
dinafikan hak
Selain itu, mereka juga mendakwa dinafikan hak, antaranya, untuk mendapat bantuan tanam semula Risda bagi tanaman getah, lesen menjual hasil sawit dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) serta bantuan pendidikan dan pinjaman usahawan.
Dalam aduannya juga, Mazlan turut mendakwa Akta Penempatan Beramai-ramai (GSA) 1960 telah menjadi "senjata" agensi kerajaan itu untuk mengawal selia keseluruhan aktiviti dan kegiatan peneroka.
"Mereka akan menyebut akta ini termasuklah berhubung pengurusan ladang, dan kegiatan aktiviti peneroka mengikut tafsiran felda. Dan peneroka tidak boleh buat apa-apa," kata Mazlan.
Memorandum itu juga mendakwa akta tersebut membolehkan penguasaan tanah rancangan secara langsung dalam bentuk syarat nyata yang tertulis dalam surat hak milik peneroka, sama ada secara tersirat atau tidak nyata.
Akta itu, menurut memorandum tersebut, tidak membenarkan tanah mereka digadai, dipecah-pecahkan atau dibahagikan dan diserahkan kepada seorang penama sahaja.
Akta ini, kata peneroka terbabit, telah menimbulkan konflik dalam keluarga dari sudut pembahagian pusaka, hak peneroka terhadap tanah dan masa depan generasi kedua.
perjanjian terpaksa
Memorandum itujuga mendakwa, peneroka terpaksa menandatangani beberapa perjanjian untuk mendapat hak milik tanah, termasuk perjanjian penanaman semula yang diperkenalkan beberapa tahun dahulu.
Peneroka juga didakwa tidak mendapat salinan surat perjanjian tersebut dan felda juga boleh bertindak hingga ke tahap mendapatkan 'kaveat' tanah peneroka.
Dalam majlis tersebut juga lima wakil peneroka felda dari pelbagai negeri turut mengemukakan aduan lisan mereka kepada Khalid, yang rata-ratanya berkisar mengenai masalah yang dibangkit itu.
Sementara itu, Khalid berkata bagi pihaknya tidak pernah menerima aduan berhubung masalah yang dihadapi oleh peneroka.
kami dengar yang elok-elok sahaja
"Kami hanya mendengar yang elok-elok sahaja, yang tidak ada masalah. Oleh sebab itu, kita mahu mendengar sendiri dari peneroka sebagai langkah pertama untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga akan mendapatkan penjelasan daripada Felda sendiri berhubung aduan yang dikemukakan oleh persatuan tersebut.
Sehubungan itu, para pesuruhjaya Suhakam akan bermesyuarat pada 8 Mac depan untuk mengkaji dan menentukan tindakan mereka berhubung aduan yang diterima itu, termasuklah membuat siasatan nasional sekiranya sukar untuk mendapatkan maklumat.
"Kita tidak ada kuasa untuk memaksa kerajaan mesti buat itu, mesti buat ini. Kita hanya menyampaikan kepada kerajaan, maklumat yang tidak menyebelahi mana-mana pihak," katanya.
bawa ke Parlimen
Manakala Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula memberitahu pemberita sebelum penyerahan memorandum tersebut bahawa sebagai ahli parlimen, akan membahaskan akta Akta Penempatan Berkelompok 1960 (GSA) dan masa depan Felda dalam sidang parlimen yang akan bermula 15 Mac ini.
Beliau yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata, akta tersebut menindas peneroka dan sudah tiba masanya akta tersebut di semak semula.
Terdapat 112,635 peneroka di Malaysia di 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, tiga buah negeri yang mempunyai jumlah peneroka yang ramai iaitu Pahang (43,123); Johor (27,641) dan Negeri Sembilan (16,429) orang.
Felda Lurah Bilut di Bentong yang dibuka pada 1958 adalah rancangan Felda yang terawal dengan projek penanaman getah, manakala Felda Taib Andak di Kulai Johor dibuka pada 1961 untuk penanaman kelapa sawit.
Rabu, 24 Februari 2010
Telefon bimbit banyak fungsi yang kita tak tahu
Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -
Dail NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )
KERETA TERKUNCI
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.
Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.
Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.
Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.
Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.
Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.
Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.
Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' .
Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .
TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.
Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.
Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.
Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.
Selamat mencuba!!
Sumber: www.webnisa.ne
Selasa, 23 Februari 2010
Catatan Habiburrahman mengenai Tok Guru
Cerita dari Kelantan
Wednesday, 17 February 2010
Siang itu,14 Februari 2010,saya mendarat di Bandara Kota Bharu, Negeri Kelantan. Saya datang ke Kelantan atas undangan Departemen Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan,sebagai pembicara ahli dalam acara talkshow berjudul, Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat dalam momen Festival Hiburan Islami.
Juga diundang untuk memberi kuliah umum di Masjid Kerajaan. Tiba di bandara panitia sudah datang menjemput.Mereka terdiri dua orang gadis dan dua orang lelaki. Ramah dan baik. Saya langsung diajak untuk menemui tokoh paling dihormati di Negeri Kelantan, yaitu seorang ulama kharismatik yang juga menjabat sebagai Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan,yaitu Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.
wardina
Di rumah dinas, tempat Menteri Besar biasa menerima tamu, para wartawan dari media cetak dan elektonik telah menunggu.Ternyata di sana sudah datang terlebih dahulu seorang artis dan penyanyi terkemuka Malaysia yang kini setia mengenalkan jilbab, yaitu Wardina Shafiyyah. Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyambut dengan senyum yang mengembang.
Kharismanya sebagai seorang ulama tampak jelas.Sayangnya beliau tidak bisa berlama-lama menemani. Sebab saya datang memang terlambat. Saya sampai di Kota Bharu pukul 12 siang lebih,yang semestinya dijadwalkan pukul 11 siang.Penyebab keterlambatan itu adalah pesawat Malaysian Air Lines yang tidak tepat waktu.Semestinya terbang dari KLIA ke Kota Bharu pukul 10.00 ternyata baru terbang pukul 11.20. Saya dijadwalkan bertemu dan berbincang dengan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz pukul 11.00,dan beliau ternyata sudah menunggu sejak pukul sebelas.
setia menunggu
Beliau pun masih setia menunggu sampai saya datang. Hanya saja tidak bisa berlama-lama menemani,sebab ada tamu lain yang juga harus beliau temui. Sementara beliau menemui tamu yang lain, saya yang baru datang diminta untuk menyantap hidangan makan siang bersama Wardina Shafiyyah dan suaminya.Sebelum makan siang, para wartawan minta konferensi pers.Banyak pertanyaan yang diajukan seputar perkembangan perfilman di Indonesia.
Ada juga yang bertanya tentang proses pembuatan film berkarakter seperti Ketika Cinta Bertasbih dan Ayat Ayat Cinta. Saya sempat menunggu-nunggu adakah wartawan yang akan menanyakan hal berkaitan dengan Manohara. Sebab saya sedang berada di tempat Manohara pernah membuat kisah yang banyak mendapat perhatian di Indonesia.Ternyata tidak ada satu pun yang menyinggung masalah itu.Semuanya fokus menanyakan segala hal yang berkaitan dengan seluk beluk perfilman dan sastra.
Adzan dhuhur berkumandang, Menteri Besar mengajak shalat berjamaah. Saya tidak ikut karena ada bagian dari pakaian saya yang kotor, saya memilih untuk menjama’ shalat dengan jama’ ta`khir.Selesai shalat berjamaah Menteri Besar kembali menemui saya. Kami berbincang- bincang sebentar. Lalu bagian dokumentasi Kerajaan Negeri Kelantan meminta saya berfoto bersama Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
pengunjung membludak (penuh sesak)
Setelah itu panitia mengajak saya langsung ke acara inti yaitu talk show di KB Mall Kota Bharu Kelantan. Panitia memberi tahu pengunjung telah membludak.Saya meminta pengertian panitia untuk membawa saya ke hotel dulu.Sebab saya baru tiba dari bandara, saya perlu cuci muka dang anti pakaian.
Sebenarnya sejak awal saya ingin ke hotel dulu dan berpakaian lebih rapi ketika bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tetapi waktu tidak memungkinkan, Tuan Guru sudah lama menunggu. Akhirnya saya ikut saja. Maka ketika saya diajak langsung ke KB Mall, saya minta pengertian panitia. Dan mereka setuju. Saya dibawa ke Kelantan Trade Centre untuk membersihkan badan dan ganti pakaian. Acara talk show di KB Mall berjalan hangat.Pengunjung membludak.
Yang unik adalah background panggung dan hiasan Mall seratus persen bernuansa China. Karena hari itu memang bertepatan tahun baru China. Akan tetapi acara sesungguhnya adalah Festival Hari Hiburan Islam. Dalam acara itu tampak jelas kerinduan masyarakat Malaysia akan hadirnya film-film Islami di Malaysia. Masyarakat Malaysia mengakui dalam hal kreatifitas pembuatan film Islami pun Malaysia masih tertinggal beberapa langkah dari Indonesia.
tokoh besar
Mereka takjub dengan yang terjadi di Indonesia.Mereka merindukan adanya audisi pemilihan bintang film yang bermoral seperti yang dilakukan di Indonesia melalui film Ketika Cinta Bertasbih. Hari berikutnya, saya menyempatkan diri melihat rumah kediaman Menteri BEsar sederhana dan paling bersih di Malaysia. Saya memang ingin melihat langsung seperti apa rumah tokoh besar yang namanya tercatat dalam 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan dimuat dalam buku berjudul ”The 500 Most Influential Muslims” yang dieditori oleh Prof. John L Esposito dan Prof Ibrahim Kalin.
Rumah Menteri BEsar Nik Abdul Aziz memang biasa saja, sama dengan umumnya rakyat Malaysia. Rumah itu ada di samping masjid, berada di komplek lembaga pendidikan yang didirikannya. Tak ada penjaga.Tak ada protokoler.Tak ada polisi yang tampak. Benar-benar biasa.
Siapa pun bisa menemui Menteri BEsar ini jika beliau ada di rumah. Siang itu beliau tidak ada di rumah. Saya memang tidak membuat janji untuk itu. Saya ditemui salah satu putra beliau yang juga bersahaja. Dari cerita orang-orang Kelantan, ternyata Menteri Besar Dato` Nik Abdul Aziz dikenal orang yang sangat dekat dengan segala lapisan masyarakat. Ada kebiasaan unik yang dilakukan pemimpin paling kharismatik di Malaysia ini.
bercukur
Setiap hari Jumà t, tepatnya setelah shalat shubuh, Menteri Besar yang juga ulama besar ini selalu menyediakan diri menjadi tukang cukur bagi rakyatnya. Maka tak heran, jika setiap hari Jumà t, masyarakat berdatangan shalat shubuh di masjid beliau, dan beliau yang menjadi imam shalat. Selesai shalat shubuh puluhan orang bersiap diri untuk dicukur rambutnya oleh beliau. Dan beliau melakukan hal itu dengan penuh rasa sayang pada rakyatnya.
Kebiasaan beliau yang lain. Selama ada di kantornya,jika bukan untuk urusan Negara maka beliau akan mematikan semua fasilitas yang ada di sana. Misalnya jika dia harus shalat pada waktu malam, karena shalat adalah urusan pribadi dan bukan urusan Negara,dia mematikan lampu dan AC yang ada di ruangannya. Kepribadian ini mengingatkan pada kepribadian Umar bin Abdul Aziz.
Tak heran jika Dato` Nik Abdul Aziz ini,pada tahun 1998 dinobatkan oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) sebagai Menteri Besar - kalau di Indonesia sepadan dengan gubernur- yang memiliki reputasi paling bersih di Malaysia.Anugerah itu diberikan sebagai penghargaan atas usaha beliau menentang gejala bentuk suap dan korupsi selama memerintah Negeri Kelantan selama hampir 18 tahun.
betapa cintanya
Tiga hari saya berada di Malaysia, dan saya menjumpai betapa cintanya penduduk Kelantan pada Tuan Guru mereka,kepada ulama mereka yang juga menjadi Menteri Besar mereka. Ada kalimat Tuan Guru Dato` Haji Nik Abdul Aziz yang diingat selalu oleh rakyatnya, yaitu, ”Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mampu menyatukan hati banyak orang. Bukan pemimpin yang hanya mampu menggunakan kekuasaannya untuk membatasi ini dan itu.
” Selama tiga hari juga,saya masih penasaran kenapa tidak satu orang pun yang menyinggung Manohara. Akhirnya pada suatu jamuan makan bersama beberapa panita, salah seorang dari mereka menanyakan kasus Manohara. Dia bertanya, apakah citra Kelantan sedemikian buruk di Indonesia. Saya jawab,mungkin iya.Tampak dia agak sedih.
Saya lalu balik bertanya sebenarnya bagaimana masyarakat Kelantan memandang kasus Manohara? Orang itu menjawab,mayoritas masyakarat Kelantan tidak tahu menahu tentang kasus Manohara. Tidak ada beritanya sama sekali di Kelantan.Dan itu juga bukan urusan pihak Kerajaan Negeri Kelantan, tetapi itu urusan dalam rumah tangga Istana Raja. Dia sendiri memandang tidak ada yang bisa dibenarkan dalam kasus Manohara.Menurut dia keduaduanya salah. Dia berkata,”Mereka bertemu secara tidak baik-baik,dan berpisah juga dengan tidak baikbaik.
Itu masalah dua anak kecil yang tidak baik,tetapi disangkutpautkan dengan negara.’ Paling tidak mendengar hal itu, saya telah mengetahui satu sudut pandang masyarakat Kelantan tentang kasus itu. Kenyataan yang saya temui, masyarakat awam Melayu Kelantan sangat menghargai bangsa Indonesia. Dan masih mengakui Indonesia sebagai bangsa besar.
Seorang di antara mereka dengan jujur mengatakan kepada saya, ”Indonesia adalah ikon Islam di Asia Tenggara.Jika Indonesia tegak, maka umat Islam di Asia Tenggara termasuk Malaysia tegak. Jika Indonesia runtuh yang lain juga akan runtuh.”
Habiburrahman El Shirazy
Budayawan Muda, Penulis Novel Ketika Cinta Bertasbih
Mesyuarat Agung PAS Cawangan Ulu Dengar usul desakan sidang DUN disiarkan di kaca TV
Tanaman sawit di felda Ulu Dengar dan Bro Anwar di sidang Parlimen
Walaupun berada di kawasan ulu atau pendalaman (berdekatan Gunung Berlumut Kluang) dalam bahasa mudah tetapi peneroka felda yang cintakan agar Islam didaulatkan menggunakan telinga mereka untuk mendengar berita dan maklumat yang sebenar. Masih ramai orang yang macam tak ambil kisah mengenai suasana politik tanahair dan masih menyokong gaya pemerintahan yang lama yang terkenal dengan skandal enjin jet hilang dan kapal selam yang tak boleh menyelam.
Satu usul yang menarik ialah mendesak supaya kerajaan meyiarkan sidang DUN Johor dan lain-lain negeri juga secara langsung di kaca TV dan radio bagi membolehkan rakyat tahu apa yang berlaku di dewan. Mereka nak tengok juga gelagat wakil rakyat yang mereka pilih samada aktif atau tidur.
Mesti banyak kekangan kerana siaran laporan Parlimen sekarang pun telah banyak yang disunting untuk kepentingan UmnoBN dan bukan siaran secara langsung. Apapun kalau kerajaan PM Najib telus dan terbuka satu Malaysia, beranikah beliau siarkan perbahasan Bro Anwar, Ust Hadi dan Kapral Singh secara terus kepada rakyat? saya rasa tak berani... saudara bagaimana?
Isnin, 22 Februari 2010
Kuliah Tafsir di Felda Ulu Belitong kali pertama
Sungguh terharu kerana pada malam Sabtu lepas dapat mengadakan kuliah dan mesyuarat di rumah salah seorang peneroka felda Ulu Belitong. Al-Maklum kawasan felda memang amat tegar semangat kemelayuannya sehingga program dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang pelopornya, pemimpinnya dan ahlinya juga sama darah dan keturunan dengan mereka yaini Melayupun kalau boleh nak disekat dan dipulau. Itu belum bikin ceramah, lagi hebatlah kebencian mereka.
ROS
PAS Cawangan Ulu Belitong di bawah Kawasan Sembrong sudah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada bulan April tahun lalu dan mesyuarat kali ini adalah rombakan dan penambahan AJK baru bagi memantapkan PAS cawangan yang setakat ini mempunyai 30 ahli.
Kepada orang kampung, jangan takut dan malu untuk bersama PAS dan Pakatan yang telah memerintah 5 negeri dan Insyallah kejayaan bakal menanti kalau orang melayu felda berani bangkit membuat perubahan. Beranikan saudaraku?
Ahad, 21 Februari 2010
Imam doakan budak tak solat Jumaat dapat hidayah di Masjid Jamek Bandar Renggam
Nak cari gambar masjid Renggam tak ada, yang ada gambar bas `Renggam Bus Co Ltd' dulu, sekarang Syarikat Renggam Bus Co Sdn Bhd
Saya sempat mendengar Khutbah jumaat yang cukup menarik isi kandungannya kalau tak silap bab ketaatan kepada Allah dan ketaatan kepada manusia pada hari Jumaat lepas.
cari kipas
Selepas azan jemaah saya nak masuk pintu sebelah kanan dewan solat tapi malangnya dah penuh... bukan penuh safnya tapi tak tau kenapa orang Renggam ni suka sangat sembahyang depan pintu sampai susah jemaah lain nak masuk sedangkan banyak saf depan dan tengah kosong! Nak lalu depan tak patut pulak sebab mereka tengah solat sunat, mungkin jemaah ni nak mengurangkan kepanasan global, ye lah, tak cukup kipas di syiling, nak juga kipas dinding dalam masa yang sama nak dapat angin yang asli daripada luar agaknya. Maknanya lokasi mereka solat ni pun ada strategi dan politiknya. Patutlah rata-rata masa solat mesti tuju bawah kipas, tepi dinding yang ada kipas dan dekat dengan pintu, orang lain tak boleh kacau...
Budak-budak dan remaja biasalah, duduk tempat parkir motosikal, borak kuat-kuat dan pekena rokok. Panas kat luar tak menjadi hal kerana nak hisap rokok punya pasal.
Imam Tuan Haji Purnomo yang menjadi khatib masa tu pun menyampaikan dengan nada yang baik dan kebanyakan hadirin mendengar dengan teliti walaupun ada juga yang tertidur.
tak solat
Semasa solat jumaat saya dengar budak-budak dewasa bukan budak kecil bercakap dan berbual dengan kuat, saya ada di kawasan tengah dewan solat dapat dengar dengan jelas gelak ketawa mereka. Astagfirullah !! apa nak jadi budak ni. Tempat lain saya juga tau ada kalangan budak ni yang tak solat, tapi tak lah mereka ni buat bising, bila salam mereka hidupkan enjin motosikal dan cabut. Berbeza kat Renggam sudah berani buat bising semasa sedang solat.
Akhirnya semasa Imam membaca doa dengan nada kesal atas perbuatan mereka yang tak solat jumaat itu seterusnya mendoakan budak-budak ni supaya mendapat hidayah. Makmum pun mengaminkan. Mujur imam masih waras dan tak doakan budak-budak tu jadi BISU dan diaminkan oleh makmum? Bayangkan kalau sebaliknya?
Khamis, 18 Februari 2010
Sarawak masih ada ikan raksaksa
Jangan cemburu kekayaan mereka
MEREKA BERJIMAT CERMAT
INILAH TAULADAN YANG PATUT DICONTOHI - SIMPAN DUIT BAWAH BANTAL
ADIK PM KE EMPAT TERKAYA DI MALAYSIA – harakah daily
Majalah Malaysian Business menamakan adik Najib, Nazir Razak sebagai orang Melayu yang ke empat terkaya di Malaysia melalui senarai 40 orang terkaya di Malaysia.
Berikut adalah 14 dari 40 orang terkaya di Malaysia menurut Malaysian Business.
MOKHZANI MAHATHIR ANTARA 20 TERKAYA DI MALAYSIA - malaysiakini
Mokhzani Mahathir - anak Mahathir Mohamad - tersenarai dalam 20 orang terkaya di Malaysia, demikian menurut hasil kaji selidik majalah Malaysian Business.
Sehingga 15 Januari lalu, Mokhzani dari Kencana Petroleum, disenaraikan dengan kekayaan sebanyak RM1.075 bilion untuk menduduki tangga ke-20 orang terkaya di Malaysia.
Ulasan TT
KAH KAH KAH
woit.... MALAON MALAON INI KERJA KUAT...JIMAT DUIT....kah kah kah...
kah kah kah.... DARI DARJAH SATU LAGI MALAON INI SUDAH SIMPAN DUIT DALAM TABUNG BULUH.... kah kah kah..
woit... BULAN PUASA SEBULAN ANAK-BERANAK MAKAN DI MASJID... kah kah kah...
kah kah kah.... SELAMAT BELANJA SEBULAN LAGI....kah kah kah...
kah kah kah... BILA RAYA ... PERGI KE SETIAP RUMAH TERBUKA..kah kah kah..
kah kah kah.... RAYA CHINA... KUMPUL ANGPAU... kah kah kah...
woit... MASA DEPAVALI... SATU KELUARGA MAKAN MERUKU...kah kah kah...
kah kah kah... PERGI KERJA NUMPANG KERETA MEMBER... kah kah kah...
kah kah kah... KALAU TIDAK TIDOO DI OPIS...kah kah kah..
kah kah kah... RUMAH TEPI JALAN... DAPAT CAHAYA LAMPU PERCUMA... kah kah kah..
kah kah kah... UNTUK AIR... MALAON INI PANDAI... BUAT PERIGI...kah kah kah
kah kah kah... ISTERI DI RUMAH BUAT DIREK SELING.... kah kah kah...
kah kah kah.... DI RUMAH MAKAN BUBUR DENGAN GARAM... kah kah kah..
kah kah kah.... TU FASAL JADI KAYA RAYA.... kah kah kah...
woit... JANGAN BUAT FITNAH... TAK BAIK... kah kah kah...
woit... MAK CAKAP INI REZEKI MALAON... kah kah kah
LIHAT BAGAIMANA MELAYAU TIPU MELAYU – NAMA ADIK NAJIB TAK ADA DI SEBUT LANGSUNG
ROBERT LOUK KEKAL TERKAYA DI MALAYSIA - melayau
KUALA LUMPUR 16 Feb. - Bekas Raja Gula, Robert Kuok Hock Nien terus mengekalkan kedudukan di tempat teratas sebagai orang terkaya di Malaysia apabila nilai kekayaannya meningkat sebanyak RM16.1 bilion kepada RM42.7 bilion.
Tahun lalu, nilai kekayaan Robert Kuok adalah sebanyak RM26.6 bilion.
Tempat kedua dikuasai oleh 'orang kuat' industri telekomunikasi, T. Ananda Krishnan dengan nilai kekayaan berjumlah RM27 bilion manakala tempat ketiga pula jatuh kepada taikun perladangan, IOI Corporation Bhd., Tan Sri Lee Shin Cheng dengan nilai kekayaan sebanyak RM11.92 bilion.
Kaji selidik tersebut dilakukan oleh sebuah majalah tempatan, Malaysian Business bagi terbitan hari ini.
Malaysian Business dalam kenyataannya di sini turut mendedahkan nilai kekayaan 40 orang terkaya Malaysia setakat pada 15 Januari 2010 berjumlah RM156.7 bilion berbanding RM96.3 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu mewakili kenaikan sebanyak 63 peratus.
Katanya, sehingga pertengahan tahun ini, pertambahan nama dalam senarai orang terkaya negara dijangka berlaku sebanyak 50 peratus lagi.
Jelasnya, setakat ini, Malaysia mempunyai 22 orang terkaya, meningkat berbanding pada tahun lalu.
"Nilai kekayaan pada tahun ini secara keseluruhannya menyusut sedikit berbanding 2008, jatuh RM171.9 bilion,'' kata Malaysian Business.
Tokoh perbankan dari Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow pula berada di kedudukan keempat terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan sebanyak RM10.86 bilion.
Berada di kedudukan kelima terkaya adalah Tan Sri Lim Kok Thay dari Genting Group dengan nilai kekayaan sebanyak RM10.38 bilion, manakala tempat keenam diisi oleh Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Group dengan nilai kekayaan RM7.09 bilion.
Bukhary ada 6 Bilion
Usahawan bumiputera dan pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pula menduduki tempat ketujuh dengan nilai kekayaan sebanyak RM6 bilion.
Tempat kelapan dikuasai oleh isteri mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, orang kuat syarikat konglomerat hiburan dan perjudian Genting Group, Puan Sri Lee Kim Hua dan tempat kesembilan menjadi milik Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dengan nilai kekayaan sebanyak RM3.5 bilion.
Menduduki carta ke 10 merupakan tokoh korporat, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group.
Dua lagi usahawan bumiputera yang berjaya menempatkan diri dalam senarai orang terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Azman Hashim dari Arab Malaysian Corporation untuk mengisi kedudukan ke-11 dengan nilai kekayaan RM2.86 bilion dan Datuk Mokhzani Mahathir dari Kencana Petroleum pada kedudukan ke-20 dengan nilai kekayaan sebanyak RM1.07 bilion.
KAH KAH KAH...
woit... MANA HILANG NAMA NAZIR RAZAK... kah kah kah..
kah kah kah.... INI LAH BERITA NAK BODOHKAN MELAYU... kah kah kah
Tuan Guru jadi hero penyelamat pantai (Baywatch)
Presiden PAS, keluarga selamatkan orang lemas - Harakahdaily
MARANG, 17 Februari: Bukan sahaja menyelamatkan aqidah umat tetapi sudah sampai kepada menyelamatkan nyawa manusia. Itulah yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarganya apabila menyelamatkan nyawa seorang yang lemas di Pantai Rusila berhampiran rumahnya.
(Gambar atas: Abdul Hadi keletihan selepas menyelamatkan mangsa lemas)
Ia berlaku pada 14 Februari lalu kira-kira jam 6.30 petang di Pantai Rusila, Marang iaitu berhampiran dengan rumahnya.
"Hari itu, lepas solat Asar, Tok Guru pergi mengail di pantai depan rumahnya. Tiba-tiba dia tengok orang sedang terkapai-kapai lemas. Dia terus suruh anaknya terjun ke laut dan dia bersama-sama menarik orang itu," cerita Haji Omar, Pengerusi Masjid Rusila, yang terletak di sebelah rumah Abdul Hadi.
Mangsa yang dikenali sebagai Pak Mat Jaga, kata Haji Omar, adalah penduduk Kampung Belubor, iaitu kampung berhampiran pantai Rusila itu.
anaknya Abd Rahman, Khalil dan menantu sedang memancing
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang, Abdul Hadi bersama dengan anaknya iaitu Abdul Rahman dan Khalil serta menantunya Zaharudin sedang memancing di pantai itu.
Mereka berkumpul sambil memancing sementara menunggu untuk menyembelih kambing untuk aqiqah cucu Abdul Hadi.
Tiba-tiba mereka mendengar seorang wanita berteriak 'orang lemas...orang lemas' sambil menunjukkan tangannya ke laut.
Menurut Abdul Rahman, 28, anak Abdul Hadi, ayahnya terus menyuruh beliau terjun ke laut dan menyelamatkan mangsa lemas itu.
Ombak besar
"Saya terus ambil pelampung dan terjun ke dalam laut...saya cuba campakkan pelampung itu kepadanya tetapi tidak berjaya kerana ombak besar pada ketika itu. Saya kemudian tarik tangan beliau. Abang Khalil dan Zaharudin datang membantu dan menyeret ke pantai.
"Ayah kemudian turun ke dalam air bersama-sama kami memapah mangsa itu ke pantai," cerita Abdul Rahman kepada Harakahdaily.
Seorang penduduk tempatan yang kebetulan ada di situ telah merakamkan gambar keadaan Abdul Hadi bersama mangsa yang diselamatkannya dan memasukkannya dalam facebook beliau. Gambar itu kemudiannya tersebar ke marata-rata.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Shamsuddeen membuat catatan berikut dalam blognya:
"Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.
Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.
"Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya."
Zaihan Daud, Setiausaha Peribadi Abdul Hadi juga mengesahkan kejadian itu.
mangsa bersyukur
Sementara itu, mangsa lemas yang diselamatkan itu, Ahamad Mat Zin, 58, (Gambar) bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepada Presiden PAS dan keluarga yang telah berusaha membantunya.
Menurutnya, pada mulanya dia mandi di kawasan biasa tetapi tiba-tiba dipukul ombak besar.
Beliau menjangkakan sekiranya tidak diselamatkan dalam tempoh 10 minit selepas diberi bantuan oleh keluarga Presiden PAS itu, mungkin sesuatu yang buruk berlaku kepadanya kerana sudah tidak bermaya lagi.
Teori RAHMAN dah berlalu
Teori RAHMAN dah berakhir: Siapa PM selepas Najib?
Shuhaimi Al-Maniri
Ramai pemerhati politik di Malaysia sebelum ini sukar mempercayai berhubung dengan satu teori, iaitu teori RAHMAN yang dikaitkan dengan siapa akan menjadi Perdana Menteri Malaysia dan pemimpin utama politik Negara selepas merdeka.
Untuk rekod, teori ini dikatakan bermula selepas Tunku Abdul Rahman mewakili ‘R’ menjadi Perdana Menteri yang pertama dan kemudiannya Tun Abdul Razak mewakili ‘A’ pula dipilih menjadi Pedana Menteri Kedua. Seterusnya digantikan dengan huruf ‘H’ oleh Tun Hussein Onn walaupun Tun Dr. Ismail pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Razak tetapi meninggal dunia lebih awal.
Semasa Tun Hussein menjadi Perdana Menteri, beberapa nama selain huruf ‘M’ Tun Dr. Mahathir disebut-sebut layak menjadi timbalan atau pengganti kepada Hussein seperti Tan Sri Ghazali Shafie (King Ghaz), Tun Ghaffar Baba dan Tan Sri Razaligh Hamzah (Ku Li).
Musa terkeluar
Begitu juga semasa Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, nama juga Tun Musa Hitam muncul untuk menjadi penggantinya tetapi tidak kesampaian. Selepas Musa Hitam mengundur diri, tiga orang yang bermula huruf ‘A’ menjadi timbalannya bermula dengan Tun Abdul Ghaffar Baba, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan akhirnya Tun Abdullah Ahmad Badawi berjaya menjadi pengganti kepada Mahathir bagi mengisi huruf ‘A’.
Beberapa nama yang mungkin layak untuk menjadi Perdana Menteri seperti Tun Dr. Ismail, Musa Hitam, King Ghaz dan Ku Li terlepas peluang menjadi Perdana Menteri kerana tidak secocok dengan Teori RAHMAN.
Najib terakhir
Sama ada secara kebetulan ataupun tidak, pencipta teori RAHMAN berjaya dibuktikan selepas Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri sejak April, 2009 yang lepas. Selepas teori RAHMAN ini berjaya dibuktikan semasa kepimpinan BN menerajui pemerintahan negara, pengkaji-pengkaji politik Negara mulakan satu lagi pencarian baru, apakah teori perlantikan PM selepas ini?
Apakah teori RAHMAN untuk pusingan kedua akan berlaku? Atau terdapat satu teori lain akan muncul sedikit masa lagi. Kita nantikan perkembangan selanjutnya.
Muhyidin bukan Pengganti Najib?
Sembang-sembang politik yang popular dewasa ini menyebut, Tan Sri Muhyidin bukan pengganti Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya. Sebab yang paling popular yang menjadi perkiraan mereka, era pemerintahan BN akan berakhir dengan kepimpinan Najib dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.
Tetapi sesetengah mereka yakin BN masih mampu memenangi pilihanraya ke-13 nanti kerana orang Melayu tidak ada pilihan lain terpaksa bergantung kepada UMNO kerana PAS masih tidak diyakini mampu memenuhi aspirasi orang-orang Melayu. Apatah lagi dengan parti multi-racial seperti PKR.
Muhyiddin dijangka kecundang
Seorang penganalisis politik UMNO menjangkakan, pertandingan dalam UMNO akan menjadi lebih sengit selepas PRU ke-13 nanti dan Muyhidin dijangka akan kecundang. Pertandingan baru-baru ini Muhyidin terselamat kerana Najib masih memerlukan beliau untuk meredakan pergolakan dalaman UMNO.
Beliau memberitahu saya, nasib Muhyidin akan sama seperti nasib Tun Musa Hitam sebelum ini. Kedudukan beliau hanya untuk memanaskan kerusi Timbalan Perdana Menteri untuk seketika jika beliau tidak bertindak dari sekarang untuk menyelamatkan kedudukannya.
legasi baru dirancang
Tempatnya dijangka akan digantikan oleh Datuk Hishamuddin Tun Hussein sebelum diambilalih oleh Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir untuk membentuk satu legasi baru pusingan kedua politik Malaysia yang sedang dirancangkan oleh pihak-pihak elit politik negara.
Konspirasi politik kedua keatas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam menghadapi tuduhan liwat oleh Saiful Bukhari mungkin menjadi sebahagian dari plot yang dirancangkan oleh pihak-pihak berkepentingan. Bagi mengelakkan perkara ini terus berleluasa, satu reformasi kedua politik negara akan berlaku tetapi rakyat masih belum bangkit menjayakannya seperti tahun 1998 dan 2008 yang lepas.
Dalam tahun 1998 hanya orang Melayu yang bangkit. Begitu juga dalam tahun 2008 hanya bukan Melayu yang bangkit. Kali ini jika semua rakyat bangkit menuntut reformasi menyeluruh dalam kepimpinan politik negara, BN hanya akan menjadi sejarah dengan Najib sebagai Perdana Menteri terakhir era BN.
Ku Li
Dua nama yang sedang disebut-sebut untuk menjadi Perdana Menteri pilihan rakyat berbagai kaum kali ini adalah Anwar Ibrahim dan Tengku Razaligh Hamzah. Anwar Ibrahim telah melalui zamannya dalam pilhanraya 2008 yang lepas dengan Pakatan Rakyat/Barisan Alternatif dan Tengku Razaligh pun telah melalui zamannya dalam pilihanraya 1990 melalui Gagasan Rakyat/Angkatan Perpaduan Ummah.
Melihat kepada sambutan kepada Ku Li dalam taklimat Royalti Petroleum baru-baru ini, saya yakin sentuhan Ku Li dalam politik negara masih berbisa. Jika Ku Li berjaya menjadikan Kelantan sebagai pangkalan politiknya.
Jika beliau diperlukan oleh UMNO/BN sebagai Perdana Menteri, nescaya nasibnya dalam UMNO/BN tidak seperti sekarang ini memandangkan rakan-rakannya dalam team B dulu seperti Abdullah Badawi dan Rais Yatim serta yang lain-lain lebih bernasib baik berbanding dengan beliau sendiri.
Satu sahaja peluang yang masih terbuka untuk Ku Li dan Anwar menjadi PM sekarang ini adalah dengan bersatu menggerakan peluang Gagasan Pakatan Rakyat berbanding melalui UMNO/BN kerana pintu tersebut telah hampir tertutup baginya.
Razaleigh, Anwar, Hadi...
Jika Ku Li menjadi Perdana Menteri yang pertama Pakatan Rakyat, kemudian diikuti oleh Anwar Ibrahim sebelum Hadi Awang mengambilalih untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya, peluang TEORI RAHMAN pusingan kedua era Pakatan Rakyat boleh menjadi kenyataan. Sama-sama kita tunggu!
Rabu, 17 Februari 2010
Perarakan Maulid Nabi di jalan raya tak wajib
Jalan raya bukan untuk upacara agama
http://drmaza.com
Rentetan daripada isu perarakan Maulidur Rasul yang timbul baru-baru ini, maka saya dengan ini mencadangkan agar semua agama tidak benarkan menggunakan jalanraya untuk sebarang upacara keagamaan sehingga mengganggu pengguna jalanraya yang lain.
Semua agama bererti bukan sahaja orang Islam, tetapi juga Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain. Berikut adalah alasan-alasan kepada cadangan ini;
a) Jalanraya tidak diwujudkan untuk upacara keagamaan. Sebaliknya untuk kemudahan penggunanya yang ingin menuju ke destinasi masing-masing. Juga di Malaysia rakyat membayar cukai jalan untuk tujuan itu, bukan untuk upacara keagamaan.
b) Tiada teks mana-mana agama yang menyatakan disuruh menggunakan jalanraya untuk melakukan upacara agama. Upacara agama yang hanya membabitkan pengikut agama masing-masing sepatutnya dibuat di tempat ibadah agama masing-masing, atau tempat yang dimiliki atau disewa untuk upacara tersebut.
c) Menggunakan jalanraya untuk upacara keagamaan boleh menyebabkan kesesakan, atau ditutup laluan. Ini mengganggu, bahkan merampas hak pengguna lain yang tidak terlibat dengan upacara tersebut.
d) Kesesakan jalanraya yang disengajakan seperti ini boleh menyebabkan pembaziran minyak, waktu, menghalang rawatan orang sakit, menghalang urusan penting orang lain dan berbagai lagi. Islam tidak membenarkan penganutnya berbuat demikian, juga semua agama yang menghormati masyarakat awam tidak mungkin boleh membenarkan hal seperti ini.
e) Gangguan kepada pengguna jalanraya yang lain boleh menimbulkan perasaan tidak senang, atau kebencian terpendam antara penganut agama. Seorang muslim mungkin akan tidak puas hati apabila perjalanannya terhenti disebabkan upacara agama lain yang dibuat atas jalanraya raya. Demikian juga perasaan penganut agama-agama lain.
f) Sesetengah upacara keagamaan telah mengotor atau mencemari kebersihan jalanraya yang mengganggu pemandangan orang awam. Juga menyusahkan pihak majlis perbandaran untuk membersihkan upacara agama yang tidak kongsi oleh semua masyarakat itu.
g) Tenaga pihak Polis, Perbandaran, RELA dan berbagai lagi terpaksa digunakan untuk menjaga upacara keagamaan seperti ini. Sedangkan kita tahu bahawa bukan semua anggota-anggota yang bertugas itu seakidah, atau seagama dengan upacara tersebut. Ia boleh mengganggu perasaan dan rasa kurang senang dari masa ke masa.
Dengan alasan-alasan ini, juga beberapa rasional yang lain, saya berpendapat amat tidak wajar jalanraya dijadikan tempat perarakan keagamaan mana-mana agama. Jika perhatian ini cuba diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya melihat Kerajaan Selangor patut memberikan perhatian yang sama terutama di Kawasan Batu Caves. Ini bukan kenyataan yang berat sebelah, tetapi terpakai untuk semua agama.
Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin,
Bekas Mufti Perlis.
Lagi Umno kempen di Kampus
SPRM digesa siasat Umno adakan konvensyen di UiTM
PAS mempersoalkan tindakan Umno Pahang yang didakwanya mengunakan fasiliti milik rakyat - Universiti Teknologi Mara (UiTM Jengka, Pahang) - untuk mengadakan konvensyen Umno yang bakal dirasmikan oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sehubungan itu, PAS mahu Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat status pengunaan UiTM Pahang sebagai lokasi konvensyen Umno itu.
Ketua penerangan PAS, Idris Ahmad (kanan) berkata seramai 2,000 ahli Umno Pahang dijangka berkampung di UiTM Jengka hujung minggu ini.
bertentangan dengan Akta UiTM 174
“Konvensyen Umno Pahang diadakan dari 19-21 Februari ini merupakan program politik yang jelas bertentangan dengan Akta UiTM 174 yang tidak membenarkan program politik diadakan di dalam universiti berkenaan.
“Walaupun ada peruntukan 'dengan kebenaran menteri' tetapi kebenaran yang diberikan itu boleh dipertikaikan kerana selama ini UiTM begitu keras menolak mahasiswa dan kakitangannya melibatkan diri dalam politik, apalagi membenarkan program politik di dalam kampusnya.
“Kalau dengan alasan sudah mendapat restu menteri, jawapan itu juga boleh dipersoalkan kerana menteri pengajian tinggi juga adalah ahli Majlis Tertinggi Umno,” kata Idris dalam satu kenyataan hari ini.
Idris mendakwa, sebelum ini sudah ada rekod bahawa Umno merupakan parti yang suka mengambil kesempatan dalam mengunakan kemudahan rakyat.
Umno gagal bayar hutang
Malah, katanya pada tahun lepas, Umno pernah diheret ke mahkamah oleh sebuah syarikat kerana gagal membayar hutang sebanyak RM218 juta semasa pilihanraya 2008.
jika bayar berapa sewanya
“Apakah Umno mengunakan fasiliti UiTM secara berbayar atau percuma. Jika berbayar, berapakah nilai sewaan dewan-dewan dan asrama yang mereka gunakan.
“Sampai bilakah UiTM mahu membiarkan dirinya terus menerus menjadi hamba kepada Umno. Rakyat sudah jelak melihat Umno memperkudakan UiTM,” katanya.
Malah, Idris mendakwa UiTM “tanpa segan silu mengarahkan mahasiswanya menjadi petugas semasa persidangan Umno setiap tahun di PWTC.”
Kes tuduhan palsu terhadap anwar ditangguh
Sheikh Yusuf Al-Qardhawi yang meminta DS Anwar bawa kes qazaf / tuduhan palsu ini sejak dulu sebelum dibicarakan dalam kes yang lain-lain di mahkamah sivil. Siapa yang menuduh tanpa bukti boleh kena sebat 80 kali kalau mengikut Syariat Islam.
Kes qazaf Anwar ditangguh hingga 10 Mac
Abdul Rahim Sabri
Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan tetapkan 10 Mac untuk mendengar hujah tiga responden dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung permohonan ketua umum PKR itu untuk mendakwa bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas kesalahan qazaf atau tuduhan palsu berhubung kes liwat yang dihadapinya.
Hakim Mohd Shukor Sabudin menetapkan demikian selepas mendengar hujah peguam kedua belah pihak di mahkamah pagi ini.
Keputusan penangguhan tersebut dibuat kerana peguam Anwar memerlukan masa untuk menjawab afidavit tiga responden tersebut.
Tiga responden yang dinamakan dalam permohonannya Anwar ialah ketua pendakwa syarie, Shamsuddin Hussain; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.
Tarikh tersebut dipersetujui bersama oleh kedua belah pihak.
Kesemua responden tersebut diwakili tiga peguam, termasuk Zainul Rijal Abu Bakar manakala Anwar pula diwakili lima peguam yang diketuai oleh Kamar Aniah Kamaruzaman.
Anwar memfailkan permohonan qazaf itu pada 9 Julai 2008 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan terhadap Mohd Saiful yang didakwa membuat "tuduhan palsu terhadapnya".
Anwar, 62, berdepan dengan perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.
akta jenaya syariah
Ketiga-tiga responden tersebut dinamakan dalam permohonan Anwar kepada Mahkamah Syariah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan perintah dan relif supaya mahkamah mendakwa Mohd Saiful atas kesalahan qazaf di bawah Seksyen 41, Akta Jenayah Syariah 1997 dan/atau hukum Syarak dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah mahkamah.
Anwar juga memohon mahkamah memastikan agar responden kedua dan ketiga, tidak menghalang dan/atau mempengaruhi responden pertama daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dalam pendakwaan terhadap Mohd Saiful.
Selain itu, Anwar juga meminta supaya kos permohonan dijadikan kos dalam kausa; relif-relif lain yang mahkamah fikirkan perlu; dan kegagalan mematuhi perintah mahkamah boleh dikenakan tindakan penghinaan mahkamah.