Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Jumaat, 12 Februari 2010
Anak peneroka yang balik kampung cuti TB Cina ni sila semak slip gaji mak ayah
Felda Juarai Segala Penipuan Dan Ketirisan
Zabidie
Ceramah penerangan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) malam tadi di Felda Ciku, Gua Musang mendapat sambutan hangat oleh peneroka disitu.
Dalam perbualan dari hati ke hati mereka kini lebih memahami kerakusan Kumpulan Felda berperanan meniris hasil keringat peneroka.
Perlu diingat bahawa Felda walaupun telah ditolak kes rayuannya oleh Mahkamah Rayuan tetapi tanpa segan silu mengemukan semakan semula. dan enggan membayar RM11 juta sehingga hari ini.
Hasil peneroka ditipu-selewengkan tetapi telah didapati bersalah masih bermuslihat. Keji dan memalukan.
Kepada anak-anak peneroka, apabila anda pulang ke kampung, minta slip gaji yang diberikan oleh Felda Holding kepada ibu-ayah. Tiada catatan berat sawit, jika ada pun tiada angka perpuluhan ( e.g : 5.38 tan ).
Jika ada sekarang bagaimana dengan selama puluhan pula. Tiada catatan pada slip gaji peneroka. Menjijikkan dan penghianat.
Ia bermaksud setiap siap buah sawit mempunyai timbangan genap (e.g : 1 tandan = 5 kg.). Bayangkan jika terdapat 103,156 peneroka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan