Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Selasa, 9 Februari 2010

Beban hutang kerajaan Johor boleh jadikan ia bankrap



Logo korporat Jcorp dan Iskandar Investment Berhad (IIB)

Muflis 2012: PAS mohon Sultan Johor campurtangan

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR, 8 Feb: PAS mahu Sultan Johor ,Tunku Ibrahim Ismail campurtangan ekoran kedudukan kewangan kerajaan negeri itu yang didakwa sangat lemah sehingga dijangka membawa kepada muflis pada tahun 2012.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, bagi tempoh tiga tahun berturut-turut negeri itu mengalami defesit sebanyak RM2.04 juta (bajet 2008), RM2.746 juta (bajet 2009) dan RM1.5 juta (bajet 2010).

Dalam masa yang sama katanya, hutang kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan meningkat 20.6 peratus daripada RM841.13 juta pada 2007 kepada RM1,010 juta atau RM1.01 bilion pada 2008.

Laporan Ketua Audit

"Menurut laporan Ketua Audit Negara 2008, kecairan tunai (Liquidity Ratio) kerajaan Johor adalah rendah kerana jumlah aset semasa hanyalah berjumlah RM201.53 juta (Tunai RM36.37 juta dan pelaburan RM165.16 juta) berbanding tanggungan semasa yang berjumlah RM943.54 juta.

"Dengan kata lain, jumlah aset semasa tidak dapat menampung jumlah tanggungan semasa.Sebagai perbandingan jumlah aset semasa negeri Johor adalah RM1,424.66 juta manakala Pulau Pinang adalah RM1,025.89 juta,"katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini pagi tadi.

Sehubungan itu PAS Johor akan mengadakan satu himpunan besar-besaran bagi menyerahkan memorandum kepada Sultan Johor, memohon baginda campur tangan dalam urus tadbir kewangan Johor Corporation (Jcorp) dan kerajaan negeri yang sedang mengalami krisis yang serius.

kempen selamatkan Johor

Penyerahan memorandum itu merupakan kemuncak kepada 'Kempen Selamatkan Johor' ekoran kegagalan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman menguruskan kewangan Jcorp dan kerajaan negeri secara berhemah sehingga megakibatkan kedua-duanya menanggung bebanan hutang dan krisis kewangan yang kritikal.

Perbelanjaan negeri Johor lebih kurang RM785 juta setahun atau RM65 juta sebulan dan ini bermakna jika tiada pendapatan baru diterima, maka jumlah aset semasa sebanyak RM201.53 juta hanya membolehkan kerajaan Johor bertahan selama tiga bulan sahaja sebelum diisytiharkan muflis.

Hutang terkumpul Jcorp pula berjumlah RM4.032 bilion.

Pada 2002, melalui Pelan Induk Penstrukturan Semula Korporat di bawah Bank Negara, Jcorp telah menerbitkan bon (surat hutang) berjumlah RM4.032 bilion dengan kerajaan negeri sebagai penjaminnya.Tempoh matang bon-bon tersebut adalah pada 2007.2009, dan 2012.

tebus bon

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 2009, Jcorp telah menebus bayar sebanyak RM393.76 juta (bon yang matang 2007) dan RM694.98 juta (bon yang matang 2009).Oleh itu, jumlah baki bon yang perlu ditebus pada 31 Julai 2012 ialah RM3..58 bilion.

Beliau juga mempersoal kemampuan Jcorp menampung kekurangan sebanyak RM2 bilion atau RM2,000 juta memandangkan purata keuntungan sebelum cukai Jcorp adalah lebih kuran 600 juta setahun.

Ini bermakna menjelang tahun 2012, Jcorp hanya mampu mengadakan lebih kurang RM1.5 bilion bagi menebus bayar bon.

jual aset negeri

Beliau tidak menolak kemungkinan Jcorp dan kerajaan negeri Johor akan mengambil jalan pintas dengan cara menjual aset-aset ataupun hartanah strategik milik mereka.

CEO Iskandar Investment Berhad (IIB) juga telah membuat kenyataan baru-baru ini bahawa IIB telah membeli Menara Pejabat Plaza Kotaraya daripada Jcorp dan tapak CIQ di Stulang daripada kerajaan Johor.

Sedangkan kedua-dua aset atau hartanah tersebut mempunyai lokasi yang sangat strategik dan sangat baik untuk disimpan sebagai pelaburan jangka panjang.

Mengulas lanjut mengenai kempen tersebut pula, ianya akan mengambil masa dua hingga tiga bulan bagi memberi penerangan kepada rakyat negeri itu sebelum penyerahan memorandum kepada pihak istana.

mohon sokongan rakyat Johor

"Pihak jawatankuasa sedang mendapatkan sokongan dan dokongan daripada seluruh rakyat melalui Badan Bukan Kerajaan (NGO), dan parti-parti politik.kami akan menubuhkan front rakyat untuk dikemukakan kepada pihak istana,'katanya.

Selain itu, PAS Johor turut mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera melakukan siasatan secara menyeluruh ke atas Jcorp dan 392 anak syarikatnya bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan kerugian besar yang dilami Jcorp serta mendakwa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Abdul Ghani juga diminta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kedudukan kewangan Jcorp dan kerajaan negeri yang sedang kritikal serta memberikan penjelasan kepada rakyat Johor sebab kedudukan kewangan negeri berada pada tahap sedemikian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch