Ahad, 21 Februari 2010

Imam doakan budak tak solat Jumaat dapat hidayah di Masjid Jamek Bandar Renggam


Nak cari gambar masjid Renggam tak ada, yang ada gambar bas `Renggam Bus Co Ltd' dulu, sekarang Syarikat Renggam Bus Co Sdn Bhd

Saya sempat mendengar Khutbah jumaat yang cukup menarik isi kandungannya kalau tak silap bab ketaatan kepada Allah dan ketaatan kepada manusia pada hari Jumaat lepas.

cari kipas

Selepas azan jemaah saya nak masuk pintu sebelah kanan dewan solat tapi malangnya dah penuh... bukan penuh safnya tapi tak tau kenapa orang Renggam ni suka sangat sembahyang depan pintu sampai susah jemaah lain nak masuk sedangkan banyak saf depan dan tengah kosong! Nak lalu depan tak patut pulak sebab mereka tengah solat sunat, mungkin jemaah ni nak mengurangkan kepanasan global, ye lah, tak cukup kipas di syiling, nak juga kipas dinding dalam masa yang sama nak dapat angin yang asli daripada luar agaknya. Maknanya lokasi mereka solat ni pun ada strategi dan politiknya. Patutlah rata-rata masa solat mesti tuju bawah kipas, tepi dinding yang ada kipas dan dekat dengan pintu, orang lain tak boleh kacau...

Budak-budak dan remaja biasalah, duduk tempat parkir motosikal, borak kuat-kuat dan pekena rokok. Panas kat luar tak menjadi hal kerana nak hisap rokok punya pasal.

Imam Tuan Haji Purnomo yang menjadi khatib masa tu pun menyampaikan dengan nada yang baik dan kebanyakan hadirin mendengar dengan teliti walaupun ada juga yang tertidur.

tak solat

Semasa solat jumaat saya dengar budak-budak dewasa bukan budak kecil bercakap dan berbual dengan kuat, saya ada di kawasan tengah dewan solat dapat dengar dengan jelas gelak ketawa mereka. Astagfirullah !! apa nak jadi budak ni. Tempat lain saya juga tau ada kalangan budak ni yang tak solat, tapi tak lah mereka ni buat bising, bila salam mereka hidupkan enjin motosikal dan cabut. Berbeza kat Renggam sudah berani buat bising semasa sedang solat.

Akhirnya semasa Imam membaca doa dengan nada kesal atas perbuatan mereka yang tak solat jumaat itu seterusnya mendoakan budak-budak ni supaya mendapat hidayah. Makmum pun mengaminkan. Mujur imam masih waras dan tak doakan budak-budak tu jadi BISU dan diaminkan oleh makmum? Bayangkan kalau sebaliknya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan