Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Jumaat, 12 Februari 2010
KENAPA TIDAK BELI KAPAL SELAM INI YANG BOLEH TERBANG !
MASALAH TEKNIKAL PUNCA KAPAL SELAM TIDAK BOLEH MENYELAM - melayau
Panglima Tentera Laut, Jen. Laksamana Abdul Aziz Jaafar mengesahkan terdapat kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam.
Beliau berkata, kerosakan mekanikal itu dikesan pada 17 Januari lalu ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.
"Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk yang menyebabkan kapal itu gagal untuk dilancarkan ke bawah permukaan air,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Anggota Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam yang melaporkan kapal selam pertama negara itu gagal menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lepas.
Abdul Aziz berkata, berikutan kerosakan itu, kapal selam yang tiba secara rasmi di perairan negara pada 3 September tahun lepas dinasihat untuk tidak menyelam kerana dikhuatiri membahayakan.
"Kerosakan itu hanyalah kerosakan kecil dan kini sedang dibaik pulih oleh kontraktor yang dilantik, alat gantinya sudah diperoleh dan kerja menyelenggara sedang dilakukan,” katanya.
Ulasan TT
KAH KAH KAH
woit.... KAPAL SELAM ALTANTUYA TAK BOLEH PANJAT POKOK PISANG... kah kah kah...
woit.... KAPAL SELAM ALTANTUYA TAK BOLEH BUAT NASI LEMAK...kah kah kah...
woit... KAPAL SELAM ALTANTUYA TAK BOLEH BUKA KEDAI BUNDLE... kah kah kah...
woit... KAPAL SELAM ALTANTUYA TAK BOLEH PERGI PASAR...kah kah kah...
woit... MEMANGLAA TAK BOLEH... INI KAPAL SELAM... KERJA PASTILAH MENYELAM ..kah kah kah..
woit... TAPI KAPAL SELAM ALTANTUYA INI TAK BOLEH MENYELAM.... kah kah kah kah kah kah...
KAH KAH KAH KAH KAH KAH...
woit... INI BUKAN LAWAK SERAM..INI NAK BODOHKAN SATU MALAYSIA . kah kah kah..
nota:
inilah hakiktnya negara kita di bawah gerombolan
enjin jet hilang
rashia pertahanan bocor
tanah johor jual pada singapura
12 bilion hilang di pelabuhan klang
pelajar sekolah yang duduk hostel kena balik rumah ujung minggu
duit beli makanan tak cukup
bila lah agaknya orang melayu nak sedar
tak faham faham
tak serik serik kena tipu
pagi ditipu di tempat kerja
tengah hari ditipu berok tunggal
malam ditipu oleh tv
sampai jadi bodoh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan