Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Selasa, 9 Februari 2010
Malaysia ada Peguam Negara Paling tidak bijak di dunia
Surat pengesahan doktor bahawa Saiful tidak diliwat
Peguam Negara telah melakukan salah satu tugas yang paling mustahil yang pernah dikenali manusia. Tugas kita adalah untuk membuktikan, melampaui keraguan, bahawa liwat/sodomi tanpa tusukan telah berlaku.
Bahkan, lebih banyak orang di dunia percaya kepada Maryam masih berstatus dara yang melahirkan Nabi Isa al-Masih daripada tuduhan liwat si Saiful Bukhari. Lebih banyak orang di dunia boleh menerima bahawa Maryam adalah seorang dara atau perawan ketika ia mengandung Isa as dari Saiful yang kononnya diliwat oleh seorang lelaki yang mempunyai sakit tulang belakang yang lama.
tak layak disebut sebagi kes
Kes ini bahkan tidak layak untuk disebut sebagai sebuah kes. Mahkamah lain di dunia akan melemparkan kes luar tingkap lebih cepat daripada anda boleh mengatakan "Bingo". Orang yang membawa kes ini ke mahkamah pasti sudah dipenjara kerana menghina mahkamah kerana membuang masa dan menghina pasukan siasatan.
Ini menunjukkan bahawa sistem perundangan kita boleh dibeli dengan harga tawaran tertinggi.
Kesian, negara kita ada orang bodoh sebegini dan hanya untuk melayani satu tujuan untuk memusnahkan Anwar Ibrahim.
tiada tusukan maka tiada aktiviti liwat
Kes ini jelas, tiada tusukan kerana itu tiada liwat berlaku dan kerana itu, Seksyen 337B langsung TIDAK BERKAITAN.
Kandungan kes tidak akan mengubah fikiran 80% orang Malaysia yang masih percaya Anwar tidak bersalah. Hanya Umno tegar yang percaya pada tuduhan tak berasas seperti itu.
Terjemahan dari artikel Tulang Besi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan