Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Khamis, 4 Februari 2010
Pencuri getah merisaukan penoreh
Foto penoreh getah tua dan uzur yang bersusah payah bangun pagi akhirnya terpaksa menjaga pula getah sekerap dari dicuri. Gejala ini mesti segera dibendung, mohon pihak yang berkenaan usahakan sasuatu, jangan bagi rakyat risau.
Bermalam di kebun elak getah dicuri
Sinar
LEBAK SEBERANG – Sejak dua bulan lalu, penduduk kampung yang bergantung pendapatan dengan hasil menoreh getah terpaksa membina pondok dalam kebun untuk mengelak getah mereka dicuri.
Mereka terpaksa bermalam di pondok dalam kebun getah sekurang-kurangnya dua kali seminggu bagi menunggu getah mereka bimbang dicuri.
Senario ini sudah biasa dalam kalangan penduduk setempat. Malah ada yang bergilir-gilir bersama rakan dan ahli keluarga menunggu di kebun getah sebaik ditoreh pada sebelah pagi.
Seorang penoreh Ismail Othman, 55, dari Kampung Paya Pulai berkata, sejak dua bulan lalu, harga getah melambung hingga mencecah RM4.80 sekilogram.
Menurutnya, bagi yang mempunyai kebun getah berkeluasan dua hektar mampu meraih pendapatan RM400 hingga RM500 seminggu, malah ada yang lebih.
“Dalam keadaan harga getah mahal, kes curi getah berlaku di mana-mana. Di kawasan ini pun kerap berlaku curi getah, kami terpaksa menunggu dan membuat pondok.
“Sejak kami melakukan rondaan, kes kecurian ini semakin berkurang,”
“Tapi kami sentiasa berjaga-jaga kerana dalam seminggu sekurang-kurangnya ada satu kes,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Ismail berkata, dia mula menoreh bermula jam 7 pagi hingga 11 pagi setiap hari sebelum berehat di pondok dan meninjau kebun pada sebelah petang.
Katanya, pada sebelah malam, dia terpaksa meronda bersama rakan dan sekurang-kurangnya dua kali seminggu bermalam di kebun getah.
meronda
Sementara itu, rakannya pemilik kebun bersebelahan Nawawi Kassim, 64, berkata, dia tidak bermalam di kebun getah sebaliknya kerap meronda bagi menjaga hasil daripada dicuri.
kasihan dah penat noreh kena curi pula
“Kadang-kadang kasihan juga melihat penduduk kampung yang penat menoreh dua tiga hari tiba masa untuk menjual getah tiada.
“Perkara ini sudah biasa bagi penduduk kampung, saya berulang alik dari Kampung Buntut Pulau bagi memastikan getah tidak hilang,” katanya.
Nawawi berkata, dia mendapat tahu harga getah akan naik di pasaran, sepatutnya penoreh gembira tetapi perlu berjaga-jaga kerana pencuri pun akan berleluasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan